Ahad, 28 Februari 2021

Baru Dapat ‘Durian Runt0h’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Akt!viti Lomb0ng Emas Di Kuala Lipis

 

Baru Dapat ‘Durian Runt0h’, Kerajaan Pahang 

http://mytvviral.com

Nama Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77,000 hektar itu mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya.

Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kechau terletak dalam jajaran dikenali sebagai Sutera Raub-Bentong. Jajaran ini pula terletak dalam Jajaran Emas negara yang merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung bermula dari Thailand hingga ke Batang Melaka, Jasin.

Penemuan emas baru-baru ini umpama rezeki ‘durian runt0h’ untuk penduduk setempat. Menurut pihak Kosm0, ada sebahagian penduduk telah membeli kenderaan baru secara tunai. Bahkan ada juga penduduk membeli jengkaut untuk memudahkan kerja-kerja melomb0ng emas di tanah mereka sendiri.

Tetapi kegembiraan penduduk setempat tidak bertahan lama apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan keg!atan melomb0ng emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta. Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan untuk memastikan keg!atan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih ser!us.

“Walaupun kegiatan melomb0ng emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

“Sebab itu saya minta mereka hentikan keg!atan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas keg!atan melomb0ng emas di Kampung Kechau. Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

Mengulas status pemilik tanah yang memoh0n lesen pelomb0ng kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permoh0nan iu sebelum kelulusan diberikan. Ini disebabkan kerana ada permoh0nan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket

Selepas 48 jam disuntik, Dr Adham kata semuanya sihat walafiat

adham vaksin
Dr Adham Baba dan KSU KKM menyatakan mereka bekerja seperti biasa dan dalam keadaaan sihat selepas 48 jam menerima suntikan vaksin COVID-19.

SEJAK Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan Rabu lalu, semua yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer BioNTech memberikan respons positif.

Apa yang digembar-gembur golongan antivaksin mengenai gejala kesan sampingan juga tidak dilaporkan.

Misalnya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini berkongsi keadaannya yang dalam keadaan sihat walafiat selepas 48 jam menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Berada di pejabat pagi tadi bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

“Alhamdulilah kami berada dalam sihat walafiat selepas 48 jam disuntik vaksin COVID-19.

“Kami dan seluruh warga kerja KKM akan terus berjuang serta berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghentikan penularan COVID-19. Bersama kita mainkan peranan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca artikel berkaitan: Selepas PM, Dr Adham dan KSN pula disuntik vaksin COVID-19

Vaksinasi bersejarah bermula, Muhyiddin selesai disuntik dos pertama

Gejala kesan sampingan selepas disuntik COVID-19 memang ada dilaporkan tetapi ia hanyalah kes terpencil disebabkan beberapa faktor.

Namun, bagi golongan antivaksin, perkara tersebut diperbesarkan sehingga mengelirukan ramai di media sosial.

Jenayah syariah, Menteri arah jawatankuasa Jakim bersidang

diarah bincang

JAWATANKUASA Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah bersidang bagi membincangkan ruang penambahbaikan undang-undang syariah yang boleh dilaksanakan khususnya berkenaan kesalahan jenayah syariah.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri susulan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin berhubung keabsahan peruntukan seks luar tabii di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Menurut Dr Zulkifli, beliau juga telah mengadakan perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan kesan dan implikasi perundangan yang berbangkit daripada keputusan mahkamah.

Beliau juga pada masa sama menyeru agar umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman tersebut dan tidak mencetuskan spekulasi.

“Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat serta boleh menjejaskan perpaduan dan kehamonian dalam negara yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Syariah: Menanti respons menteri susulan keputusan semalam

Keputusan buka ruang pihak lain cabar Enakmen Jenayah Syariah – PGSM

Tambah Dr Zulkifli, sebagai menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam, beliau akan terus menjunjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan menjunjung Islam sebagai agama bagi Persekutuan menjadikan kedudukan agama Islam lebih istimewa berbanding agama lain seperti mana diputuskan Mahkamah persekutuan dalam kes-kes terdahulu.

Tambahnya, beliau mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin berhubung keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan penghakiman tersebut diputuskan berpandukan Perlembagaan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi maslahat semua sama ada yang Islam atau bukan.

“Penghargaan ditujukan kepada Exco Hal Ehwal Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mewakili kerajaan Selangor yang akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan dan meleiti perkara tersebut bagi memperkasan perundangan syariah di Selangor.

‘Ini satu tindakan proaktif yang wajar diberi pengiktirafan,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

40 ditahan ketika berhibur

ISKANDAR PUTERI: Seramai 40 pengunjung termasuk seorang warganegara Vietnam ditahan ketika sedang berhibur di pusat hiburan di kawasan Jalan Jati 2, Taman Nusa Bistari Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 12.10 malam itu, daripada 40 yang ditahan 29 adalah wanita manakala 11 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 59 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit mempunyai lesen hiburan karaoke yang sah.

"Penjaga premis yang bekerja sebagai pengurus dan juruwang, turut ditahan. Penjaga premis itu tiada sebarang rekod jenayah lampau.

"Hasil ujian air kencing dijalankan terhadap kesemua pekerja premis dan pelanggan, mendapati enam individu dikesan positif dadah jenis methamphetamin dan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Semua 40 individu yang berada didalam premis itu dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak memakai pelitup mulut dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

"Sementara, wanita warga Vietnam turut disiasat di bawah seksyen 15(1)(c)Akta Imigresen 1959/1963," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Turut dirampas perkakasan hiburan seperti satu televisyen, dua mikrofon, satu video CD, satu pembesar suara, dua kertas disyaki senarai bilik yang dilanggan dan dua walkie talkie.

MAFI sasar 75 peratus bekalan beras tempatan dalam 5 tahun

JASIN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan Tahap Sara Diri (SSL) bagi bekalan beras dalam negara mencapai 75 peratus dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata setakat ini tahap SSL bekalan beras dalam negara dapat menampung 70 peratus keperluan manakala bakinya diimport membabitkan beras premium termasuk basmathi serta beras perang.

"Sehubungan itu beberapa langkah dirumus termasuk meningkatkan teknologi pengeluaran untuk melonjakkan lagi hasil pengeluaran padi di negara ini," katanya selepas menyampaikan Insentif Teknologi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jabatan Pertanian negeri, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ghazale Muhamad; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Eliyas Saad dan Pengarah Pertanian negeri, Mohd Rasydan Mohd Yusop.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, seramai 600 penerima terdiri daripada kalangan petani di daerah Jasin menerima pakej bantuan input pertanian seperti baja, benih dan peralatan bernilai RM500 setiap seorang manakala maksimum RM50,000 pula bagi setiap komuniti.

Bagi fasa kedua tahun ini, Jabatan Pertanian memperuntukkan RM21.18 juta yang akan memberi manfaat kepada 27,524 individu dan 1,064 komuniti di seluruh negara.

"Di Melaka saja, seramai 3,151 individu dan 130 komuniti akan menerima insentif PENJANA tahun ini.

"Justeru, saya berharap semua penerima akan segera menggunakan alatan yang diberi dengan sebaiknya kerana menerusi penanaman sayuran ini akan dapat membantu mereka berjimat belanja dapur hingga RM110 sebulan," katanya.

Mengharungi setahun penuh liku, cabaran

KUALA LUMPUR: Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat cepat bertindak menangani setiap krisis, terutama kesan pandemik COVID-19 yang begitu ketara.

Tindakan itu termasuk memberikan bantuan munasabah dan seimbang kepada seluruh masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi akibat wabak berkenaan.

Kemuncak kepada usaha itu ialah pada 21 Februari lalu apabila kelompok pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan semalam dengan ketibaan 200 liter vaksin Sinovac dari China.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata sepanjang setahun ini, kerajaan bukan saja mengumumkan pelbagai inisiatif tetapi proaktif serta terus membuat pemantauan bagi memastikan bantuan itu sampai kepada golongan sasar.

"Sepanjang hampir setahun menerajui kepemimpinan, kerajaan bukan saja segera memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi tetapi selari membuat pemantauan melalui laporan mingguan oleh unit laksana di bawah Kementerian Kewangan.

"Sebanyak lima pakej rangsangan dilancarkan tahun lalu bernilai RM305 bilion dan tidak termasuk peruntukan terbesar dalam sejarah yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021 iaitu RM322.5 bilion.

"Ini sudah cukup membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh membela nasib rakyat dan perniagaan dan dapat disaksikan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu, tidak sampai dua minggu selepas itu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dilancarkan dan disusuli pakej lain selepasnya.

"Apabila PKP kali kedua dilaksanakan pada 13 Januari lalu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pula dilancarkan, tidak sampai seminggu sekatan perjalanan itu bermula,"katanya.

Beliau berkata, dengan pakej rangsangan itu, impak kemelesetan ekonomi, dapat diminimumkan dan perkembangan keseluruhan 2020, dianggap memuaskan berikutan ramai menjangkakan keadaan lebih teruk daripada itu.

Kira-kira 4.8 juta pekerja mendapat manfaat daripada Langkah Tambahan yang diumumkan bagi membantu meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam PERMAI.

Di bawah Pakej PRIHATIN pula, katanya, Program Subsidi Upah (PSU) kepada majikan diberi enam bulan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Selain PRIHATIN, PERMAI, PSU, tumpuan membantu golongan B40, Skim MYFutureJobs, Geran Khas PRIHATIN dan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ahmed Razman berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut negatif 5.6 peratus pada keseluruhan 2020, namun menunjukkan pemulihan ketara tahun ini.

"Ini sangat memuaskan kerana ramai menjangkakan lebih teruk daripada itu. Walaupun menyusut sepanjang 2020, namun negatif 4 pada November tetapi pada Disember ini mencatatkan 1.7 peratus, sekali gus penguncupan semakin perlahan.

"Angka eksport pula menunjukkan momentum positif lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus pada Januari lalu kepada RM89.63 bilion (eksport Malaysia)," katanya.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teks1M Lembah Klang, Yuzaimi Yusof, berkata ramai ahlinya mendapat manfaat sekali gus membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan sangat berterima kasih kepada inisiatif itu dilakukan secara berperingkat.

Berdasarkan keadaan semasa, katanya, tempoh setahun pentadbiran PN disifatkan baik dalam usaha mengawal ekonomi dan kebajikan rakyat.

"Antaranya pemandu teksi yang memohon mendapat bantuan one-off RM500, GKP RM3,000 dan BPN berikutan ramai termasuk dalam golongan B40.

"Misalnya menerusi GKP itu kami dapat sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan harian, malah ada yang menggunakan untuk menerokai bidang pekerjaan baharu, sekali gus tidak terasa diketepikan mendapatkan bantuan sewajarnya," katanya.

Individu cacat fizikal, Muhammad Nazreen Khuzairi Fauzi, 26, yang bekerja sebagai penghantar makanan, berkata banyak manfaat diperoleh secara individu menerusi PENJANA, BPN dan faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) walaupun tiada majikan tetap.

"Saya dilindungi caruman PERKESO iaitu hanya perlu membayar RM60 setahun dan selama itu dilindungi insurans. Sejak dua tahun lalu, saya bekerja sebagai penghantar makanan," katanya yang turut mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400.

Benih padi, MAFI terbuka terhadap rungutan pesawah

 Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

 
RONALD Kiandee (tengah) , Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr. Asfaliza Ramli (kanan) memeriksa padi yang di tanam oleh pihak MARDI semasa tinjauan yang yang dilakukan di MARDI Kepala Batas hari ini. UTUSAN/ MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

KEPALA BATAS: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa terbuka terhadap sebarang rungutan atau teguran khususnya daripada kalangan pesawah berkaitan pengedaran serta penjualan benih padi. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, langkah penambahbaikan juga akan dibuat dari semasa ke semasa demi manfaat para pesawah pada ketika ini. 

“Sebenarnya, ini adalah pengalaman baharu buat Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) apabila dilantik sebagai pengedar tunggal benih padi kepada pesawah. 

“Apapun, semua tindakan penambahbaikan yang kita buat ini adalah demi kebaikan pesawah semata-mata,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan dua varieti baharu padi keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) iaitu MR315 dan MRQ104 di pejabat MARDI Seberang Perai, di sini hari ini. 

Dfahamkan, varieti pertama iaitu MR315 atau diberi nama Seri Waja itu diperkenalkan untuk memberi kepelbagaian kepada genetik padi selain menawarkan lebih pilihan kepada pesawah. 

Sementara itu, varieti MRQ 104 atau Kembangsari pula dihasilkan untuk membuka pasaran beras wangi tempatan secara lebih meluas. 

Menurut Ronald, kedua-dua varieti itu dihasilkan selepas satu kajian selama lebih 10 tahun dijalankan bagi memastikan padi tersebut tahan penyakit selain sesuai dengan tanah dan iklim tempatan. 

“Kita jangkakan dengan adanya varieti baharu ini, tabung makanan negara ketika ini dapat ditingkatkan. 

“Pada masa sama, pengenalan varieti ini juga diharap dapat memberikan hasil yang lebih tinggi juga iaitu sehingga sembilan metrik tan per hektar untuk tanaman padi,” ujar beliau. -UTUSAN ONLINE

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Jalan Kuching

 BH ONLINE

Dua beradik dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong malam tadi. -Foto NSTP/Ihsan PDRM
Dua beradik dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong malam tadi. -Foto NSTP/Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR : Dua beradik dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah malam membabitkan kereta Proton Satria Neo dan pikap jenis Mazda BT 50.

Beliau berkata, mangsa yang maut ialah Lee Pan Nee, 45, dan adik lelakinya, Lee Veeran, 35, serta Muhammad Hafiz MD Isa, 32.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Satria Neo dipandu Muhammad Hafiz, datang dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

"Kereta itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki Pan Nee, dan adik lelakinya, Veeran.

"Akibat kemalangan itu mereka yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian COVID-19 diperolehi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian adik-beradik itu yang berniaga ikan dalam perjalanan ke pasar borong untuk membeli ikan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

KEJORA terus cemerlang bangun Johor Tenggara

KOTA TINGGI: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bakal menyambut sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya, tahun depan, iaitu pada 1 Jun 2022.

KEJORA yang ditubuhkan pada 1 Jun 1972 adalah antara Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) terawal ditubuhkan di Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan membangunkan Wilayah Johor Tenggara.

Wilayah KEJORA di bahagian Johor Tenggara itu membabitkan kawasan seluas 151,231 hektar Wilayah semenanjung Pengerang dan 149,919 hektar Wilayah Johor Tengah.

Penubuhannya adalah satu strategi pembangunan terancang kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mencapai keseimbangan pembangunan dan ekonomi antara wilayah.

Bertunjangkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)bagi mencapai visi Luar Bandar Sejahtera, KEJORA terus mengorak langkah untuk menjadi Peneraju Wilayah Johor Tenggara pada 2030.

Pengerusinya, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh, berkata banyak perubahan yang dilakukan KEJORA di bahagian Johor Tenggara yang bermula daripada kawasan yang tidak dikenali serta hutan belukar.

"Hari ini, banyak bangunan, infrastruktur serta kemudahan fasiliti dibina di Wilayah KEJORA khususnya di Bandar Penawar, di sini.

"Bagi menyemarakkan sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan KEJORA, pelbagai acara menjelang sambutan sudah disusun dan akan dilaksanakan bagi menghargai jasa anggota, selain memaklumkan kepada umum kejayaannya sejak ditubuhkan.

"Antara acara yang disenaraikan sepanjang tahun ini hingga tahun depan termasuklah Pertandingan Merekacipta Logo Dan Slogan, Pertandingan Virtual Run 2021, Pertandingan Kuiz Online 2021, Wawancara Eksklusif, Executive Talks, Pameran 50 Tahun KEJORA dan Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KEJORA," katanya pada Majlis Prapelancaran Sambutan Jubli Emas KEJORA, di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata KEJORA yang bakal menyambut sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya tahun depan, disifatkan sebagai LKW paling cemerlang prestasi pembangunannya, di negara ini.

Katanya, sepanjang 49 tahun penubuhannya, KEJORA berjaya membangunkan masyarakat luar bandar di wilayah Johor Tenggara menerusi pemerkasaan modal insan, prasarana dan sosioekonomi mampan.

"Sebagai satu daripada LKW yang terawal ditubuhkan di negara ini, KEJORA menggalas amanah dengan matlamat untuk menangani ketidakseimbangan wilayah melalui penerokaan tanah, pembukaan kawasan baharu dan menyediakan infrastruktur asas di kawasan yang tidak dapat diakses serta mempunyai kepadatan penduduk rendah.

"Penubuhan KEJORA pada 1 Jun 1972 adalah kesinambungan dari pembentukan LKW pada tahun 1970-an, yang bermatlamat untuk mempercepatkan pembangunan kawasan kurang maju dan menangani cabaran sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara ini seperti kemiskinan dan ketidaksamarataan tahap ekonomi.

Abdul Rahman (kanan), menerima logo sambutan Jubli Emas KEJORA yang disampaikan A Jalil.
Abdul Rahman (kanan), menerima logo sambutan Jubli Emas 
KEJORA yang disampaikan A Jalil.

"Warga KEJORA haruslah berasa bertuah dan bersyukur kerana berjaya mengharungi pelbagai halangan dan rintangan selama 49 tahun penubuhannya.

"Kejayaan KEJORA hari ini adalah kejayaan semua warga kerja termasuk pegawai dan kakitangannya yang berganding bahu demi memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar terbela," katanya pada majlis prapelancaran berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pengiktirafan yang diterima KEJORA lebih daripada empat dekad membuktikan pada usia Jubli Emas, KEJORA sudah mampu terkehadapan dan mendahului pembangunan di wilayah diurus LKW.

"Inilah citra yang berjaya dibina bersama hasil jerih-payah perjuangan perintis KEJORA terdahulu dan ia perlu diuar-uarkan kepada masyarakat supaya kejayaan KEJORA dapat disebar luas dan menjadi inspirasi kepada semua," katanya.

2 projek khas ringan beban, tingkat taraf hidup penduduk

Kota Tinggi: Satu daripada misi KEJORA di wilayah pembangunannya adalah meningkatkan pendapatan penduduk kumpulan sasar daripada miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) di luar bandar melalui pembabitan mereka dalam projek ekonomi yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

Ia termasuklah pembayaran wang sumbangan dan dividen menerusi dua projek khas iaitu Tabung Ladang Berskala Besar (TLBB) dan Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian.

Pengurus Besar KEJORA, A Jalil Md Arsad, berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM4.78 juta kepada KEJORA bagi melaksanakan Projek Tanaman Nanas menerusi Program Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP7), pada 2014.

Katanya, KEJORA dilantik sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi pelaksanaan projek berkenaan membabitkan kerja penyediaan infrastruktur luar bandar yang merangkumi jalan ladang, bekalan air dan elektrik dengan Tetuan Ergobumi Sdn Bhd dilantik sebagai syarikat peneraju dan merupakan pemajak tanah pertanian KEJORA seluas 124.542 hektar di sebahagian Kawasan Pertanian Kampung Tuan Seh, Sedili Besar bagi pelaksanaan projek berkenaan.

Oleh itu, syarikat berkenaan dikehendaki menjelaskan wang sumbangan TLBB kepada KEJORA bagi disalurkan kembali kepada penduduk golongan sasar di wilayah KEJORA khususnya peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Sinar Sedili bagi tujuan sumbangan sempena sambutan Aidilfitri, bantuan persekolahan dan juga kecemasan.

"KEJORA memperuntukkan sebanyak RM19,600 iaitu pada kadar bayaran RM200 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) Taman Sinar Sedili membabitkan 98 keluarga.

"Ia bagi meringankan beban kewangan penduduk Taman Sinar Sedili yang terjejas pendapatannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan," katanya.

Mengulas lanjut, A Jalil berkata, bagi Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian pula pelaksanaannya diluluskan KEJORA sejak 9 November 2010 dengan peruntukan RM300,000.

Katanya, keuntungan daripada hasil pendapatan projek berkenaan diagihkan kepada 30 peserta yang disenaraikan e-Kasih di mukim Sedili Kecil.

"Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak RM22,260 bayaran dividen menerusi projek berkenaan diberikan kepada peserta melalui hasil keuntungan projek berkenaan.

"Seramai 30 peserta menerima bayaran dividen berkenaan iaitu sebanyak RM300 seorang," katanya.

Sementara itu, penerima pembayaran wang sumbangan dan dividen menerusi dua projek khas iaitu TLBB dan Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian, bersyukur bayaran berkenaan terus diberikan, sekali gus meredakan bebanan ditanggung.

Abdul Rahman (dua dari kanan) bersama A Jalil (kanan) dan Che Zakaria (kiri) bergambar dengan penerima sumbangan dan dividen, Munah (tiga dari kanan), Napsiah serta Mohammad Amin selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Sambutan Jubli Emas KEJORA.
Abdul Rahman (dua dari kanan) bersama A Jalil (kanan) dan 
Che Zakaria (kiri) bergambar dengan penerima sumbangan 
dan dividen, Munah (tiga dari kanan), Napsiah serta Mohammad
 Amin selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Sambutan 
Jubli Emas KEJORA.

Bagi ibu tunggal, Munah Rahmat, 70, penerima dividen Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian, berkata beliau sudah menerima bayaran dividen berkenaan sejak lima tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana KEJORA tidak melupakan penduduk miskin di wilayah pentadbirannya.

"Manfaat yang diterima ini amat besar maknanya bagi kami penduduk kurang mampu sekali gus meredakan bebanan ditanggung," katanya.

Mohammad Amin Abu Naim, 52, yang juga penerima sumbangan TLBB pula berkata, beliau yang bekerja sebagai nelayan sememangnya terbeban dan terjejas berikutan musim monsun selain pelaksanaan PKP.

"Sumbangan yang diterima ini menambah hasil pendapatan keluarga dan boleh digunakan bagi membeli barang keperluan kami," katanya.

Ia dipersetujui peniaga burger, Napsiah Abd Manap, 47, yang bersyukur kerana sumbangan menerusi TLBB itu akan dimanfaatkan sepenuhnya penerima di kalangan keluarga B40.

"Peserta bukan sahaja disediakan rumah bagi setiap keluarga malah banyak lagi manfaat termasuk sumbangan TLBB yang sangat membantu kami," katanya.

25 kambing rentung

KEPALA BATAS: Kandang kambing di Jalan Permatang Kerai Besar, di sini, terbakar mengakibatkan 25 haiwan itu rentung, semalam.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran najis kambing yang dilakukan di bawah kandang berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.18 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati kandang berkenaan sudah terbakar sebanyak 90 peratus dan strukturnya yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan cepat.

"Difahamkan oleh pemilik haiwan itu bahawa kejadian dipercayai berpunca daripada kerja pembakaran najis kambing yang dilakukan pada petang semalam," katanya ketika dihubungi, di sini.

Api berjaya dikawal pada jam 10.40 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.04 malam.

Dua lelaki cuba lari ditahan bersama dadah

PADANG BESAR: Dua lelaki ditahan selepas polis merampas 9.82 gram (gm) dadah daripada mereka di Beseri, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran, berkata kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi apabila polis dari JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan Beseri.

"Ketika rondaan dilakukan, pihak kami ternampak sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan sedang berada di sebuah stesen minyak di Jalan Kaki Bukit, berdekatan pekan Beseri.

"Ketika anggota polis cuba menghampiri kenderaan suspek untuk diperiksa, pemandu kereta itu bagaimanapun terus memecut laju melarikan diri menyebabkan polis terpaksa mengejar suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Suspek berjaya ditahan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Kampung Darat, Beseri sekitar satu kilometer daripada lokasi stesen minyak mereka dikesan.

"Pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 32 dan 24 tahun itu berjaya menemui empat paket plastik lutsinar serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 9.15 gm serta satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin berat 0.67 gm," katanya.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kebun Bandar kurangkan belanja dapur

TANJUNG MALIM: Projek Kebun Bandar yang diusahakan oleh penduduk Proton City, dekat sini, bukan sahaja dapat mengurangkan belanja dapur isi rumah, namun turut memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

Kebun berkenaan diusahakan di pinggir taman perumahan bersebelahan kaki Banjaran Titiwangsa mempunyai keluasan kira-kira 0.5 hektar.

Pengarah Kebun Bandar, Abd Razak Mat Taib, 49, berkata kebun itu diwujudkan atas inisiatif penduduk bersama mahasiswa ijazah sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Proton City sekitar tahun 2017.

Katanya, seramai 30 penduduk terbabit dalam mengusahakan tanah yang dijadikan Kebun Bandar dengan menanam sayur-sayuran dan tumbuhan herba.

"Setiap peserta secara berkelompok akan diberikan kawasan atau tapak bagi bercucuk tanam dengan tanaman masing-masing.

"Biasanya, peserta akan meluangkan masa bersama di Kebun Bandar pada cuti hujung minggu dan pada hari biasa, mereka akan bergilir-gilir menyiram tanaman," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Menariknya, Kebun Bandar ini juga mempunyai Rumah Pengeringan Solar yang dibina oleh UKM bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk tujuan pengeringan, terutama bagi tumbuhan herba.

Antara tanaman yang ditanam selain sayuran ialah bahan asas masakan seperti pokok daun kari, bunga kantan, serai, kesom dan pandan.

Sementara tumbuhan herba pula terdiri daripada pokok mahkota dewa, salam, lamundi, serai wangi dan mata itik.

Abd Razak berkata, kaedah Kebun Bandar yang diwujudkan di taman perumahan ini banyak memberi manafaat kepada isi rumah kerana mereka tidak perlu lagi membeli sayuran asas ketika memasak untuk keluarga.

Katanya, penduduk di taman perumahan ini terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang yang berbeza dan dengan adanya Kebun Bandar, ia sekali gus dapat memupuk semangat kejiranan.

Sementara itu, peserta yang juga pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik UPSI, Dr Nor Nafizah Mohd Noor, berkata Kebun Bandar menjadi tempat penuntut fakulti terbabit menjalankan kajian dan penyelidikan tumbuhan herba.

PERMAI bantu rakyat hadapi cabaran PKP

KUALA LUMPUR: Suntikan fiskal melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) diumumkan kerajaan memberi kesan serta-merta kepada pergerakan ekonomi.

Sebanyak 44 peratus daripada keseluruhan Pakej PERMAI bernilai RM15 bilion berbentuk suntikan fiskal, yang antara lain mampu meminimumkan implikasi negatif susulan sekatan perjalanan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Ia membabitkan Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) dan beberapa bantuan lain.

Pakar Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia, Dr Ahmed Razman Abdul Latif, berkata laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) juga membuktikan inisiatif dalam Pakej PERMAI bersifat mudah untuk dilaksana dan disalurkan kepada orang ramai.

berkata, impak daripada pelaksanaan Pakej PERMAI adalah ketara dan mampu dinikmati masyarakat pelbagai lapisan, selain sebahagian besar peruntukan sudah disalurkan penerima.

"Secara prinsipnya, kalau berlaku suntikan wang secara langsung memang akan beri kesan serta-merta kepada ekonomi, walaupun bantuan di bawah Pakej PERMAI bersifat jangka pendek.

"Angka dibentang dalam laporan LAKSANA juga signifikan apabila lebih 30 peratus daripada peruntukan BPR sudah sampai kepada 8.45 juta penerima, sekali gus membolehkan mereka mendapat manfaat daripadanya.

"Peruntukan PSU juga melebihi sasaran dan hampir 70 peratus PSU 2.0 sudah disalurkan. Kini kita berharap PSU 3.0 turut mengikut kecekapan sama," katanya ketika dihubungi BH.

Pada 18 Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pakej PERMAI bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Pakej bantuan terbaharu itu akan dilaksanakan menerusi 22 inisiatif dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Teras Pakej PERMAI masih bertunjangkan usaha kerajaan bagi membantu rakyat, perniagaan dan melindungi ekonomi negara.

Ia adalah tambahan kepada empat pakej rangsangan ekonomi yang sudah dilaksanakan sejak penularan COVID-19 pada awal tahun lalu, membabitkan nilai keseluruhan RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

mpat pakej bantuan terdahulu adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Khas PRIHATIN (KitaPrihatin).

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata Pakej PERMAI turut membantu aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peniaga mikro.

Selain itu, katanya, perluasan geran khas PRIHATIN juga sangat membantu usahawan kerana memberi peluang kepada peniaga untuk membuat perubahan dalam model perniagaan masing-masing apabila berdepan pasca COVID-19.

"Ekonomi tidak mampu kembali normal begitu mudah dan akan kekal dengan norma baharu, terutama ekonomi digital, walaupun kesan kesihatan dapat dilandaikan menerusi Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Dari perspektif ekonomi, Pakej PERMAI banyak memberi kesan dalam suku pertama 2021 yang agak terkesan akibat pelaksanaan PKP. Saya yakin dengan pakej ini dapat memelihara kebajikan rakyat," katanya.

"Pakej PERMAI akan mewujudkan keadaan yang mana wang akan mengalir dalam ekonomi, sekali gus akan merancakkan permintaan domestik dan penggunaan swasta bagi pertumbuhan ekonomi.

"Ia juga meningkatkan momentum ekonomi pada suku pertama. Malah, ia disokong PICK yang akan memberi keyakinan pelabur terhadap sentimen pertumbuhan ekonomi, selain Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 6 hingga 6.5 peratus, tahun ini," katanya.

Sabtu, 27 Februari 2021

SIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak hina Islam

Malaysiakini

ULASAN | Tulisan ini merupakan maklum balas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Sisters in Islam (SIS) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 sebagai tidak berperlembagaan dan menetapkan bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan kepada Dewan Undangan Negeri.

Keputusan ini tidak sekali-kali dilihat sebagai menghina agama Islam atau merendahkan umat Islam ataupun kedudukan institusi agama ataupun Majlis Raja-raja.


BACA BERKAITAN:

Undang-undang syariah Selangor isu seks luar tabii tak sah - Mahkamah Persekutuan

ULASAN | Apa maksud keputusan mahkamah isu seks luar tabii?


Sebaliknya keputusan Mahkamah Persekutuan ini menjelaskan tentang proses penggubalan undang-undang, khususnya undang-undang jenayah syariah yang dilihat bertentangan dengan semangat federalisme yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama dan tertinggi di Malaysia.

Keputusan sebulat suara yang dicapai oleh Mahkamah Persekutuan tersebut juga menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri tidak boleh menggubal undang-undang yang tidak termasuk di bawah bidang kuasanya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Jadual ke-9, Senarai Negeri.

Mahkamah juga menyatakan frasa ‘the precepts of Islam’ tidak memberi kuasa mutlak kepada Dewan Undangan Negeri untuk menggubal apa-apa sahaja undang-undang Islam tanpa had. 

Sebagai salah satu dari cabang penting kerajaan, mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak dan membatalkan mana-mana peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang yang digubal secara salah oleh badan perundangan (legislatif).

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini merupakan keputusan yang amat penting dan signifikan memandangkan komuniti LGBTQ di Malaysia masih lagi tidak diterima oleh orang ramai dan seringkali menjadi mangsa salah guna kuasa oleh pelbagai pihak seperti penguatkuasa agama dan pihak berkuasa yang lain.

Isu penganiayaan oleh penguatkuasa agama di bawah undang-undang jenayah syariah telah menyebabkan diskriminasi, penghinaan, keganasan dan ketidakadilan seperti serbuan di premis-premis peribadi (seperti di rumah persendirian, di bilik hotel dan lain-lain). 

Ini dapat dilihat di dalam kes dua orang wanita yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak enam kali di hadapan lebih dari 150 orang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada tahun 2018 atas kesalahan percubaan melakukan musahaqah (hubungan seksual antara perempuan).

Ketidakadilan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama ini juga dapat dilihat apabila tertuduh sukar untuk mendapat khidmat peguam di mahkamah kerana mereka ditangkap atas sebab jenayah yang terkait dengan agama.

Disebabkan ini, ramai yang memilih untuk mengaku salah tanpa perbicaraan bagi mengurangkan rasa malu dan hina akibat pendakwaan di bawah undang-undang Islam.

Komuniti LGBTQ juga sentiasa menjadi mangsa kenyataan-kenyataan yang berbaur negatif oleh pihak berkuasa dan lebih banyak lagi kenyataan yang tidak benar dinyatakan, lebih banyak keganasan yang akan berlaku terhadap komuniti ini.

Ini akan menyebabkan stigma dan diskriminasi.

Akhir kata, undang-undang Islam yang digubal oleh mana-mana kerajaan di mana-mana negara termasuk Malaysia bukanlah berunsur ‘divine’ atau ilahi.

Undang-undang Islam yang ada di negeri-negeri di Malaysia adalah dari usaha pemahaman dan tafsiran manusia tentang Al-Qur’an yang kemudian dijadikan sebagai undang-undang yang digubal melalui proses penggubalan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Keputusan tak lemahkan umat Islam

Segala pindaan atau perubahan atau pengkajian semula undang-undang Islam tersebut tidak bererti bahawa agama Islam diperkotak-katikkan.

Adalah mustahil bagi keyakinan dan keimanan kita sebagai umat Islam begitu lemah sekali sehinggakan kita meletakkan sumber kekuatan umat Islam semata-mata ke atas undang-undang Islam, Mahkamah Syariah dan institusi Islam yang sedia ada.

Nilai kita sebagai masyarakat dan umat Islam juga adalah terserlah pada keseluruhan undang-undang yang ada termasuklah Perlembagaan Persekutuan.

Nilai-nilai keislaman seperti keadilan, martabat dan kasih sesama manusia masih boleh diangkat oleh sistem perundangan Islam juga sivil.

Keputusan mahkamah ini tidak melemahkan Islam di Malaysia, ianya meluruskan sistem perundangan yang kita ada selari iaitu Islam dan sivil, di mana sebelum ini terdapat beberapa ketidakpastian.

Penjelasan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini akan membawa kita lebih dekat kepada keadilan dan rakyat Malaysia adalah lebih saksama di bawah undang-undang negara.


NGO SISTERS IN ISLAM memperjuangkan hak-hak wanita Islam di Malaysia di dalam kerangka Islam, prinsip-prinsip hak asasi manusia, jaminan perlembagaan serta realiti kehidupan dan pengalaman wanita.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

Tabika Perpaduan dibuka mulai 1 Mac

Athirah Huda Zalhe

Guru, murid mesti jaga kebersihan, patuhi protokol kesihatan, SOP

BANGI– Semua Tabika Perpaduan akan dibuka secara bersemuka di seluruh negara bermula 1 Mac ini.

Pembukaan ini adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Februari lalu.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara akan memastikan pengoperasian itu tertakluk kepada pematuhan yang ketat berdasarkan Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah, Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara.

“YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara mengingatkan semua guru agar sentiasa memastikan murid-murid Tabika Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan sepanjang tempoh pengoperasian ini,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, KPM secara tiba-tiba menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini untuk pelajar sekolah rendah iaitu pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 pula akan bermula 8 Mac, dan sekolah menengah ditetapkan selepas cuti pertengahan penggal iaitu pada 4 April serta 5 April.


Seks luar tabii: Hormat keputusan mahkamah, jangan cetus spekulasi - Zulkifli

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad menggesa semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah, baru-baru ini.

Pada masa sama, Zulkifli berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi melihat ruang penambahbaikan dalam undang-undang Syariah, terutama berkenaan kesalahan jenayah Syariah.

"Saya menyeru agar semua umat Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman yang diputuskan dan tidak mencetuskan spekulasi dari penghakiman tersebut.

"Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat, serta boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam negara kita yang tercinta ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 25 Februari lalu, barisan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang berhubung kesalahan seks luar tabii.

Penghakiman antara lain menyebut seksyen tersebut belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor, selain perkara yang dibahas dalam seksyen tersebut hanya boleh digubal melalui Parlimen.

Maimun juga berkata kuasa membuat undang-undang badan perundangan negeri tertakluk kepada perkara yang disenaraikan dalam Perkara 1 dari Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan,dan hal berkaitan dengan seks di luar tabii adalah sesuatu yang sudah terkandung dalam Senarai Persekutuan.


BacaUndang-undang syariah S'gor isu seks luar tabii tak sah - Mahkamah Persekutuan


Zulkifli berkata dia telah berbincang dengan penasihat undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kesan dan implikasi keputusan tersebut.

"Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jakim juga telah diarahkan untuk bersidang dan berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan undang-undang Syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya yang berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah.

"Jawatankuasa tersebut akan berunding dengan negeri-negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk memperkasakan dan menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata penghakiman tersebut dibuat berdasarkan "pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan" panel hakim berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, dia membangkitkan Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan dipertahankan," katanya lagi.

Kompaun RM10,000 boleh dirayu turun hingga RM200?

Siti Hafidah

Tindakan bagi kesalahan berulang, cetus penularan wabak sahaja

BANGI – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan penularan wabak COVID-19.

Jelasnya, kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya lagi, polis akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan rekod yang mereka ada.

“Kita akui ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000. Namun ia bukan dikenakan kepada semua kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka.

“Sebaliknya, untuk kesalahan tertentu iaitu mereka yang degil dengan melakukan kesalahan berulang serta mereka yang melanggar SOP termasuk rentas negeri sehingga menyebabkan berlakunya penularan COVID-19,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Bagaimanapun katanya, individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu boleh membuat rayuan untuk pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 sahaja selepas rayuan dan alasan yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan individu yang melanggar peraturan atau SOP ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama pula boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Ketika ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Kadar kompaun baharu itu akan berkuat kuasa mulai 11 Mac ini mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan pada Khamis lalu.

Kadar kompaun terbabit dinaikkan susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada ketua pengarah kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh pendakwa raya.

Penguasa mesti berani tangani sindiket dadah ‘kartel orang besar’

Athirah Huda Zalhe

Tarik balik gelaran Tan Sri, Datuk Seri malukan institusi diraja

BANGI – Semua agensi penguatkuasaan kerajaan digesa bertindak tegas dan berintegriti ketika mengekang sindiket pengedaran dadah dalam kalangan individu bergelar Tan Sri atau Datuk Seri.

Ini susulan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket itu yang berselindung di sebalik gelaran Tan Sri dan Datuk Seri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sindiket berkenaan dikesan mempunyai rangkaian hebat, berselindung di sebalik perniagaan sah serta hidup mewah, namun sukar untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan dadah.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan memastikan sindiket berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

Kesal dengan pendedahan itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat berkata, sebaiknya gelaran ‘Tan Sri atau Datuk Seri’ individu terbabit ditarik balik.

Ini kerana, tindakan individu berkenaan hanya memalukan institusi diraja yang telah mengurniakan gelaran itu, katanya.

“Isu judi, arak, dadah, ceroboh tanah, premis maksiat dalam lama melibatkan ‘kartel orang-orang besar’.

“Cuma, pihak berkuasa dan kerajaan beraniah bertindak atau tidak atau lebih teruk lagi ‘payung’ individu-individu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terlalu awal untuk anggap vaksinasi pasport kepada imuniti

azrulhakimie

Kerajaan perlu kaji keberkesanan vaksin sebelum buat sebarang keputusan

KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk menganggap bahawa vaksinasi COVID-19 akan dijadikan sebagai asas untuk memperoleh ‘pasport imuniti’ supaya seseorang dapat bergerak dengan bebas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kerajaan masih perlu mengkaji dengan teliti hasil keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Vaksinasi membawa sinar harapan kepada kita semua, namun ia masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membuat keputusan mengenai sama ada vaksinasi itu akan menjadi ‘pasport imuniti’ dan membolehkan kita mengembara ke sekeliling dunia, misalnya.

“Marilah kita mendapatkan suntikan vaksinasi dan kemudian lakukan penilaian dari semasa ke semasa,” katanya dalam ucaptamanya yang disiarkan menerusi webinar Forward Malaysia: Charting New Paths to the Next Normal, anjuran Newcastle University Medicine Malaysia di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai ‘pasport imuniti’ yang dikemukakan oleh Pakar Perunding Perubatan Akut dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia Datuk Seri Dr Paras Doshi yang juga salah seorang penceramah webinar itu.

Dr Noor Hisham berkata, buat permulaan, kerajaan mungkin akan melonggarkan sekatan COVID-19 misalnya, dalam aspek kuarantin sekiranya program vaksinasi berjalan dengan baik.

Namun, pada waktu yang sama, katanya kerajaan perlu memastikan sama ada diperlukan suatu pemangkin atau sama ada tindak balas imuniti tubuh akan berkesan dan berpanjangan setelah satu atau dua tahun selepas menerima suntikan vaksin.

“Kita perlu melihat data … sekurang-kurangnya lapan bulan atau setahun dan mungkin maksimum sehingga dua tahun untuk melihat keberkesanan dan keselamatan vaksin.

“Saya rasa ada banyak persoalan yang belum terjawab ketika ini …tetapi kita berharap yang terbaik dan anda masih perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun anda telah menerima suntikan vaksin,” tambah beliau.

Dr Noor Hisham berkata sekiranya perlindungan dalaman (vaksin) dan luaran (mematuhi SOP) berjalan seiring, Kementerian Kesihatan mungkin akan mempertimbangkan semula mengenai ‘pasport imuniti’ ini dengan berbincang dengan rakan sejawatnya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Mengenai sama ada kita dapat kembali kepada kehidupan normal sebelum pandemik COVID-19 itu, ia adalah sesuatu yang kita harapkan menjadi kenyataan namun kita juga harus melihat kepada keberhasilan program vaksinasi sama ada ia berupaya memberi kita ‘pasport imuniti’.

“Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu … ketika ini diakui kita hidup dalam situasi yang amat sukar dan mencabar,” katanya.

Namun, katanya perkara yang lebih penting ialah rakyat perlu bersabar dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu sehingga keadaan pulih dan kehidupan kembali menjadi normal. – Bernama

40% pengusaha bas gulung tikar ketika penutupan sekolah akibat Covid-19

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat 
berkata, secara keseluruhan, mereka hanya dibayar enam bulan sepanjang 
2020, iaitu Januari, Februari, Mac, Julai, Ogos dan September.

KUALA LUMPUR: Pengusaha bas sekolah boleh menarik nafas lega menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat mulai 1 Mac ini.

Meskipun hanya melibatkan sekolah rendah pada peringkat permulaan, ia memberi sedikit sinar kepada mereka untuk bangkit semula sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 awal tahun lalu.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, sektor itu sudah lama menderita sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan tahun lalu yang memaksa sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan.

“Hampir 40% pengusaha bas sekolah gulung tikar. Jika dahulu kita ada dalam 10,000 pengusaha di seluruh negara, namun kini saya berani cakap tinggal 6,000 saja. Selebihnya sudah gulung tikar, menanggung kerugian dek tidak mampu menampung kos selenggara bas dan ramai yang beralih ke sektor ekonomi gig.

Amali Munif Rahmat.

“Hutang syarikat kredit dan kos selenggara antara beban kami terpaksa tanggung, walaupun kali terakhir mendapat bayaran daripada ibu bapa September tahun lalu. Secara keseluruhan, pada 2020, kami hanya dibayar sebanyak enam bulan saja, iaitu Januari, Februari, Mac, Julai, Ogos dan September,” katanya kepada Bernama.

Selain jumlah pemain industri yang semakin menguncup, katanya, kebanyakan penjaga juga masih risau risiko jangkitan Covid-19 di dalam bas sekolah sehingga tidak berani membenarkan anak mereka menggunakan perkhidmatan itu.

“Ramai ibu bapa yang diberi kelonggaran bekerja dari rumah juga mempengaruhi jumlah pengguna perkhidmatan kami kerana mereka mempunyai masa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sendiri.

“Situasi ini agak membimbangkan kerana graf kami menunjukkan jumlah penurunan penumpang yang konsisten, malah sejak tahun lalu sehingga ke hari ini, kita kehilangan lebih 500,000 penumpang atau kira-kira 33% daripada jumlah pengguna berbanding sebelum pandemik Covid-19 melanda.”

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan berperingkat bermula dengan murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 di sekolah rendah pada 1 Mac, diikuti Tahun 3, 4, 5 dan 6 bermula 8 Mac.

Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala negeri lain pada 5 April.

Polis kenal pasti tauke dadah sembunyi di sebalik status ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberi jaminan akan mengambil tindakan 
tegas, termasuk menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 terhadap tauke dadah. 
(Gambar Bernama)

JELI: Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah yang berselindung di sebalik status “Tan Sri”, “Datuk Seri” dan “Datuk”, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, Jabatan Narkotik di Bukit Aman kini dalam proses mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati hidup mewah dengan berselindung di sebalik perniagaan sah menyebabkan polis sukar mendapatkan maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Tetapi, saya akan pastikan mereka ini akan masuk (penjara), walaupun saya tahu statusnya tinggi bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri…saya akan berusaha, perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ini akan terungkai dan mereka akan didakwa.

“Paling tidak pun saya akan ambil tindakan di bawah Poca (Akta Pencegahan Jenayah 1959),” katanya selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat.

Hamid berkata, sudah tiba masanya kegiatan golongan itu didedahkan dan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang merosakkan ribuan orang akibat terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

“Beribu masyarakat rosak disebabkan perbuatan mereka hendak mendapatkan keuntungan secara haram ini dan sudah berapa ramai yang masuk penjara, berapa ramai warga polis dihukum disebabkan menerima rasuah untuk beri perlindungan menutup kegiatan tauke-tauke dadah ini.

“Jangan ingat mereka boleh berselindung di sebalik ‘title’ yang mereka itu untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang kononnya sah, tetapi sebaliknya melakukan kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah.”

Beliau turut memberi jaminan polis di setiap peringkat daerah dan negeri akan menjalankan siasatan secara telus dan terperinci berhubung sindiket pengedaran serta penyeludupan dadah itu bagi memastikan setiap rangkaian sindiket dari atas hingga bawah ditumpaskan.

Mengulas laporan berhubung kejadian seorang pegawai dan lima anggota polis ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh semalam, Hamid berkata: “Saya ingatkan kepada warga PDRM bahawa tiada maaf lagi untuk kesalahan sebegini kerana perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah arahkan siasatan lanjut dilakukan supaya mereka tidak terlepas dan akan pastikan mereka dihukum.”

2 doktor saman universiti kerana ijazah perubatan tak diwarta

PETALING JAYA: Dua doktor perubatan memfailkan saman terhadap sebuah universiti swasta atas kecuaian, memberi gambaran salah dan pelanggaran kontrak kerana memberikan ijazah yang tidak membenarkan mereka mengamalkan perubatan di Malaysia.

Dr Amardas Singh Sandu dan Dr Liew Mee Yew berkata, selepas menamatkan kursus akhir tahun lalu, mereka mendapati ijazah mereka tidak diwartakan di bawah Jadual Kedua Akta Perubatan 1971.

Plaintif, yang memfailkan saman melalui Tetuan Arnold Andrew & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini, menamakan Prof Dr Shahjahan Mohamed Yasin, ketua Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences, sebagai defendan pertama.

Defendan kedua adalah Prof Andrew Walker, manakala presiden dan naib canselor Universiti Monash Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga.

Monash University Malaysia Sdn Bhd dinamakan defendan keempat.

Tanpa mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), pelajar juga tidak dapat memohon menjadi doktor pelatih di hospital kerajaan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka yang dilihat FMT, Amardas dan Liew, pemegang biasiswa kerajaan, berkata mereka menerima tawaran melakukan program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) selama lima tahun di Universiti Monash Malaysia pada 2016.

FMT difahamkan kira-kira 120 pelajar lain yang menerima tawaran serupa pada tahun itu juga berada dalam situasi sama seperti Amardas dan Liew.

Kedua-duanya berkata, pada tahun ketiga program itu, mereka dimaklumkan ijazah baru – Sarjana Muda Sains Perubatan dan Doktor Perubatan (MD) – yang bernilai lebih tinggi akan diberikan kepada mereka.

Tetapi, mereka perlu menulis satu kertas penyelidikan tambahan yang dipersetujui plaintif.

Mereka berkata, terdapat pemahaman tersirat iaitu selepas menamatkan pengajian, mereka layak memohon MMC atau mendapatkan lesen sementara untuk mengamalkan perubatan.

Sejurus menamatkan ijazah tahun lalu, mereka ke MMC dan mendapat tahu ijazah itu tidak diwartakan.

Mereka memaklumkan Shahjahan, yang turut terkejut, tetapi defendan memilih menawarkan ijazah serentak – MBBS dan MD untuk menyelesaikan masalah mereka.

Amardas dan Liew berkata, tindakan defendan adalah kecuaian, memberi gambaran salah dan pelanggaran kontrak.

Mereka menuntut ganti rugi dan kehilangan pendapatan berjumlah RM1 juta serta faedah pada kadar 5% dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Peguam Kiranjeet Kaur Sidhu, yang mewakili plaintif, berkata kertas kausa sudah dihantar kepada defendan.

Beliau berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 25 Mac di depan pendaftar mahkamah.

Tulis surat jika anak tak dapat ke sekolah, menteri beritahu ibu bapa

Radzi Jidin (kiri) menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pejabat 
Kesihatan Putrajaya, Presint 11 hari ini sambil disaksikan Pegawai 
Kesihatan Daerah Putrajaya, Dr Zainal Abidin (kanan). (Gambar 
Bernama)
 

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin meminta ibu bapa menulis surat kepada pihak sekolah yang akan dibuka semula Isnin ini, jika tidak dapat menghantar anak ke kelas atas faktor kesihatan.

“Ibu bapa harus menulis surat kepada pihak sekolah berserta dokumen sokongan untuk rekod, jika tidak dapat menghantar anak ke sekolah atas sebab tertentu seperti kesihatan,” katanya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama lima guru di Pejabat Kesihatan Putrajaya di Presint 11.

Beliau berkata, sesi persekolahan secara bersemuka wajib untuk semua pelajar dan Kementerian Pendidikan akan memastikan semua sekolah mematuhi SOP ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelajar.

Terdahulu, Radzi mengesahkan lima guru antara 55,539 guru berisiko tinggi bakal menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau turut menggesa semua 500,000 guru di seluruh negara segera mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Ketika disuntik (vaksin), tidak rasa apa-apa. Alhamdulillah, semuanya baik. Semua rakyat Malaysia perlu mengambil ruang ini untuk mendaftar segera melalui MySejahtera supaya proses vaksinasi dapat berjalan lancar.”

Kompaun RM10,000 hanya untuk pesalah berulang, cetus penularan Covid-19

Abdul Hamid berkata individu yang dikenakan kompaun RM10,000 boleh 
membuat rayuan bagi pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan.

JELI: Kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP) serta mereka yang boleh mencetuskan penularan Covid-19, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kerajaan menaikkan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000 bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akui ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000. Ia bukan dikenakan kepada semua kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka.

“Sebaliknya, untuk kesalahan tertentu iaitu mereka yang degil dengan melakukan kesalahan berulang serta mereka yang melanggar SOP termasuk rentas negeri sehingga menyebabkan berlakunya penularan Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu di sini hari ini.

Pada 25 Feb lepas, dilaporkan individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 akan berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Abdul Hamid berkata individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu bagaimanapun boleh membuat rayuan bagi pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan.

“Mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 sahaja selepas rayuan berdasarkan alasan yang diberikan,” katanya, yang memaklumkan bahawa pihak polis hanya terbabit dalam penguatkuasaan pematuhan SOP dengan mengeluarkan kompaun dan tidak menerima bayaran kompaun.

Abdul Hamid berkata Polis akan mengesyorkan kepada KKM supaya mengenakan kompaun RM10,000 tersebut terhadap premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen.

432 ditahan ingkar PKP, termasuk tiada penjarakan fizikal

Seramai 106 orang ditahan semalam kerana tidak mengamalkan penjarakan 
fizikal.

PETALING JAYA: Polis menahan 432 individu yang mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam dengan 108 kes gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan mendahului kesalahan lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 414 individu dikompaun dan 18 lagi direman.

Selain gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, katanya, kesalahan lain termasuk tiada penjarakan fizikal (106), tidak memakai pelitup muka (96), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (51), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktiviti perjudian (18), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10) dan lain-lain (1).

Beliau berkata, 27 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan dua bot/kapal serta sebuah kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Katanya, seramai 131,455 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai 2020 hingga semalam menjalani kuarantin wajib di 77 hotel dan 12 institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,084 individu dikuarantin dan 123,622 orang dibenarkan pulang, manakala 749 lagi dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Bas bawa pesakit Covid-19 terbabas rempuh plaza tol, 6 penumpang cedera

Bas ekspres membawa pesakit Covid-19 terbabit kemalangan di Plaza Tol 
UPM, hari ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 dengan membawa 12 pesakit Covid-19 terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, bas yang dalam perjalanan dari Perak itu dipercayai terbabas dan merempuh pondok plaza tol terbabit mengakibatkan enam penumpang mengalami cedera ringan.

Bas itu dipercayai membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak dan difahamkan enam mangsa yang cedera dibawa terus ke MAEPS, Serdang untuk rawatan lanjut manakala keadaan pemandu bas belum dapat dipastikan.

Kejadian itu tular di media sosial hari ini yang menunjukkan sebuah bas terbabas dan melanggar plaza tol serta beberapa keping gambar keadaan bas terbabit yang rosak di bahagian hadapan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Azman Shari’at ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan masih dijalankan.

15 penyerang di Thailand mungkin cuba selinap ke Malaysia, kata KPN

Abdul Hamid Bador berkata, polis dan tentera akan memperketatkan 
kawalan di semua sempadan Malaysia-Thailand. (Gambar Bernama)

JELI: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador tidak menolak kemungkinan 15 penyerang yang diburu polis Thailand akan cuba memasuki negara ini.

Justeru, beliau berkata, pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan di semua sempadan Malaysia-Thailand bagi menghadapi kebarangkalian itu.

“Berhubung kawalan sempadan, kedua-dua pihak sama ada PDRM dan ATM sentiasa diingatkan supaya memperketatkan kawalan sempadan.

“Dengan kejadian yang berlaku di Thailand, kami tidak menolak kemungkinan mereka (15 penyerang) akan masuk (Malaysia),” katanya selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli.

Beliau mengulas laporan dua anggota renjer maut, manakala seorang lagi rakan mereka parah dalam letupan bom paip serta insiden berbalas tembakan di sebuah kampung di Ra-ngae, Narathiwat, selatan Thailand pada Jumaat lepas.

Media melaporkan Ketua Polis Ra-ngae, Piyapak Thongpanlertkun berkata, dalam kejadian 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang sedang berehat di dalam khemah selepas melakukan rondaan dikejutkan dengan beberapa letupan, kemudian sekumpulan individu mula melontarkan bom paip buatan sendiri serta melepaskan tembakan ke arah khemah itu.

Rempuh kenderaan: Polis temui dadah, seorang ditahan, Bob Mah Sing diburu

Kumara Sabapatty
Suspek
Rakan penjenayah dadah bernama Bob Mah Sing sedang diburu polis selepas meloloskan diri dari insiden ganas selepas tayar keretanya ditembak polis dari Gombak hingga ke Sierramas Sungai Buloh tengahari ini.

PETALING JAYA – Polis menemui plastik lutsinar yang disyaki dadah heroin seberat 1.7 gram dalam kereta yang ditinggalkan dua individu selepas melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa itu di Sierramas, di sini dengan merepuh beberapa kenderaan.

Bagaimanapun polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di kawasan perumahan Desa Aman, kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta suspek ditinggalkan.

Ketua polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada jam 12.45 tengahari Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak telah menerima makluman bahawa dua individu yang menaiki kereta Proton Waja dari Kampung Desa Aman menghala bulatan Sierramas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa.

“Mereka tiba-tiba bertindak merempuh kenderaan lori dan Myvi yang berada di hadapan, dan beberapa kenderaan termasuk MPV polis yang berada di belakang bagi meloloskan diri dari pemeriksaan polis.

“Suspek juga cuba merempuh kereta MPV polis sehingga memaksa salah seorang anggota polis melepaskan tembakan ke kedua-dua tayar hadapan kereta dinaiki suspek itu.

“Tindakan berani dan ganas suspek yang merempuh kenderaan di hadapan dan kanannya membolehkan suspek melarikan diri ke arah Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh dan akhirnya meninggalkan kereta mereka di tepi jalan kerana kebocoran tayar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, hasil maklumat orang awam, anggota dari IPD Petaling Jaya menahan suspek seorang lelaki berusia 35 tahun di kawasan perumahan Desa Aman, kira-kira atu kilometer dari tempat kereta suspek ditinggalkan.

Suspek difahamkan ditahan selepas melarikan diri ke arah kawasan semak berhampiran Stesen MRT Damansara Damai.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lapan rekod kes dadah lampau dan polis juga telah melancarkan pemburuan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dikenali dengan gelaran ‘Bob Mah Sing’ berusia 40-an.

“Suspek ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jya pagi esok (Sabtu) untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut,” katanya.

Nik Ezanee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan,Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.