Khamis, 31 Ogos 2017

Kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

 ABDUL MUEIN ABADI



Tiada siapa mampu nafikan bahawa isu yang paling kencang bertiup menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-60 kali ini ialah ‘penjajahan China’.  Berikut analisis 19 isu yang perlu diberi perhatian.

1. Isu hartanah: persepsi ini agak ketara dikaitkan dengan projek di Johor dan di Melaka.  Demikianlah projek ‘Shenzen Malaysia’, serta skim seperti Malaysia My Second Home (MM2H). Pemberian status pegangan bebas ‘freehold’ kepada warga China dipersoalkan kerana warga tempatan sendiri tidak mampu untuk memiliki aset hartanah.  Keadaan ini juga bakal mengimpak struktur demografi penduduk negara kelak.  Kerajaan Malaysia perlu campur tangan secara agresif dalam menghadapi isu pemilikan hartanah asing ini.

2. Isu Bank China: persepsi bahawa Bank China seperti Export-Import Bank of China (Exim Bank) memiliki peranan besar dalam penentuan beberapa keputusan melibatkan projek infrastruktur di Malaysia di mana syarat pelantikan kontraktor ditetapkan agar memberi kelebihan dan keutamaan hanya kepada para kontraktor China tidak kurang hebatnya.  Rakyat Malaysia juga perlu membayar hutang projek pembangunan yang dibiayai pinjaman Bank China ini.  Sewajarnya dari awal lagi sumber pembiayaan alternatif lain turut dipertimbangkan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) atau pun Bank Pembangunan Islam (IDB).

3. Isu kontraktor China: Malaysia tidak kekurangan pakar dan kemahiran bagi membina infrastruktur berskala besar seperti syarikat Gamuda, IJM, dan sebagainya.  Maka sekali pun kontraktor seperti IJM diberi peluang bekerjasama dengan Beibu Gulf Port Group (China) dalam projek pelabuhan Kuantan, namun pihak kerajaan perlu lebih agresif mengusahakan agar lebih banyak kontraktor Malaysia mendapat peluang dan manfaat berbanding kontraktor China dalam pembinaan aset strategik negara.

4. Isu Nelayan China: pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri telah berulang kali memberi amaran akan penjajahan para nelayan asing (termasuklah dari China) di Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia.  Selain daripada bantahan diplomatik yang lebih signifikan, pemerkasaan aset seperti radar dan kapal peronda perlu diberi keutamaan.

5. Isu Pulau Buatan China: Perkembangan pesat pembinaan pulau-pulau buatan China di Kepulauan Spratly tidak boleh dinafikan memberi impak kepada perkiraan strategik (strategic calculation) Malaysia di Laut China Selatan.  Meski pun tidak berada dalam perairan Malaysia secara langsung, namun kelengkapan ketenteraan yang semakin canggih dan semakin banyak ditempatkan di sana pastinya menggugat kestabilan rantau ini.



6. Isu Sembilan Garis Terpecah: Peta yang diterbitkan China pada 2009 ini jelas menceroboh Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) di mana Garis Keempat menceroboh perairan Bintulu dan Miri di Sarawak manakala Garis Kelima menerobos jauh dari perairan berhampiran Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, dan Kudat, Sabah.  Dialog Konstruktif perlu diteruskan oleh Malaysia agar China memahami bahawa ianya adalah lebih bermanfaat untuk China melindungi kepentingan mereka di Laut China Selatan menerusi kerjasama ketenteraan bilateral dengan negara-negara Asia Tenggara, dan bukannya dengan cara cuba membolot Laut China Selatan.

7. Isu alam sekitar: Dominasi syarikat China dalam projek ECRL menimbulkan persoalan dari segi pemantauan terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan yang terlibat.  Terkini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum bantahan berhubung keperluan laporan penilaian impak alam sekitar (EA) projek ECRL ini terutama sekali hakikat bahawa Banjaran Titiwangsa bakal direntasi dalam projek ini.

8. Isu Tenaga: Edra Energy iaitu aset penjana tenaga milik syarikat 1MDB yang berjaya dibeli syarikat China juga dianggap bakal menjadi pemain industri tenaga yang utama di Malaysia.  Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa TNB masih merupakan aktor yang bertanggungjawab dalam penentuan kadar tenaga (elektrik) dalam negara, namun senario sebegini perlu diperbetulkan kembali demi meraih keyakinan rakyat. Perancangan ke arah mengambil alih Edra kembali ke pangkuan milik kerajaan mahu pun swasta di Malaysia perlu dimulakan.

9. Isu pelabuhan Malaysia: Syarikat China telah memiliki pegangan dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Melaka.  Meskipun pembinaan pelabuhan ini cukup penting bagi meningkatkan kapasiti pelabuhan negara yang setakat ini ditampung Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas sahaja, namun ia tidak seharusnya dilihat eksklusif memanfaatkan China semata-mata sedangkan dalam masa yang sama memencilkan kuasa pasifik lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut sepatutnya diundang kerana kebergantungan yang sama kepada laluan yang sama.

10. Isu automotif: Penjualan pegangan 49.9 peratus Proton kepada Geely dari China masih belum menunjukkan impak signifikan.  Sebaliknya produk Geely iaitu ‘Boyue’ pula yang cuba dipasarkan di Malaysia.  Sepatutnya Proton yang diutamakan untuk diberi akses ke China dan juga negara operasi Geely yang lain di seluruh dunia, di samping mengemukakan perancangan ampuh jangka panjang untuk kemajuan automotif negara.



11. Isu Sosiobudaya: Antara tanda-tanda isu ini tidak boleh dipandang enteng adalah apabila Duta China ke Malaysia Dr. Huang Huikang membuat kenyataan tentang kepentingan kaum Cina di Jalan Petaling.  China turut mengeluarkan kad khas buat orang China di seberang laut.  Meski pun Malaysia tegas dalam isu kewarganegaraan, isyarat perlu diberi kepada Beijing bahawa urusan dalaman negara Malaysia – sekali pun melibatkan mereka yang berketurunan Cina – tidak boleh diizinkan kepada campur tangan China.

12. Isu Bahasa Mandarin: sepatutnya China tidak mengulangi hegemoni kuasa-kuasa Barat yang mengutamakan Bahasa ibunda mereka semata-mata tanpa penghormatan kepada Bahasa ibunda negara-negara lain, terutama sekali negara kecil.  Pemimpin Malaysia pula perlu memberi penekanan pada Bahasa Melayu sebagai Bahasa antarabangsa dan menganjurkan order multipolar bukan hanya dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks Bahasa.

13. Isu akses Maklumat: kebanyakan projek berskala gergasi China di Malaysia sukar untuk dikaji kerana kekurangan akses maklumat terbuka yang boleh dicapai secara atas talian.  Hal ini pastinya membimbangkan kerana terdapat beberapa kes di mana syarikat milik China ini didapati bermasalah dalam pengurusan projek di negara-negara lain seperti China Communication Construction Company (CCCC).

14. Isu aset Ketenteraan: keputusan Malaysia untuk membeli empat kapal laut dari China bagi tujuan ketenteraan turut mengundang pertimbangan yang lebih mendalam.  Hal ini demikian kerana kapal milik tentera China diketahui sering ‘berkonfrontasi’ dengan TLDM di ZEE milik Malaysia seperti yang pernah dialami KD Kedah tidak berapa lama dahulu. Sewajarnya syarikat anak tempatan diberi keutamaan penuh dalam projek aset strategik negara ini.

15. Isu Jentera China: projek pembangunan infrastruktur di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bakal diusahakan oleh jentera-jentera berat dari China. Tiadakah syarikat milik anak tempatan yang boleh diberi peluang bagi menyediakan kemudahan jentera ini?  Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan langkah yang boleh memberi manfaat kepada kontraktor serta jentera yang dioperasikan anak tempatan.

16. Isu Teknologi China: setakat ini boleh dikatakan tiada hitam putih yang jelas diisytiharkan tentang manfaat pemindahan teknologi dari China yang boleh memanfaatkan kapasiti syarikat atau agensi milik awam Malaysia di bawah projek-projek infrastruktur di Malaysia.



17. Isu peluang pekerjaan: projek-projek gergasi China di Malaysia turut membawa bersama para buruh dari tanah China.  Malah baru-baru ini luas tersebar syarat pengambilan kerja yang melibatkan beberapa posisi dalam projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya menerima pekerja yang boleh berbahasa Mandarin sahaja.  Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius isu ini agar diskriminasi sebegini tidak berterusan.

18. Isu Import China: kadar kebergantungan serta hubungan perdagangan yang pesat dengan China turut menimbulkan kebimbangan.  Meski pun China merupakan rakan dagang utama Malaysia, namun potensi untuk berlakunya pengurangan eksport kita ke China serta lambakan import yang memudaratkan dari China tidak boleh dipandang mudah.  Maka Malaysia perlu untuk menambah nilai dalam produk eksport ke China dan dalam masa yang sama mempelbagaikan destinasi import agar kebergantungan kepada import China dapat dioptimumkan.

19. Isu peluang anak negeri: Projek ECRL dikatakan bakal memberi faedah kepada para penduduk di sekurang-kurangnya tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang.  Namun demikian, anak negeri di ketiga-tiga negeri tersebut kurang diberi peluang yang sepatutnya dalam proses pembinaan ECRL ini.  Anak negeri Pantai Timur juga sepatutnya dilibatkan secara lebih intensif dan pada peringkat yang tertinggi dalam pembuatan keputusan berkaitan projek ECRL ini, bukannya hanya sekadar menjadi pemerhati atau mendapat peluang kerja yang ibarat ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata.

* Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sejak 10 tahun lalu Umno-BN tabur janji di Parlimen Jerai

MOHD ALI HASHIM

Mohd Ridzuan Arshad


Lebih 74,000 pengundi dalam kawasan Parlimen Jerai diingatkan supaya tidak lagi memberi sokongan kepada Umno-BN setelah terbukti  parti itu memungkiri apa yang dijanjikan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12.

Malah dengan memberi sokongan kepada Umno-BN akan menggalakkan parti pemerintah tersebut untuk terus mengkhianati segala janji-janji mereka kepada rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Kawasan Jerai Mohd Ridzwan Arshad Ahmad ketika berucap pada program 'Bangkit Anak Muda' sempena menyambut kemerdekaan negara di Sungai Limau, Yan, Kedah malam tadi.

Jelas beliau, Umno-BN Jerai yang diwakili oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah pun melaung-laungkan pelbagai janji untuk ditunaikan sejak 10 tahun yang lalu.

Namun begitu sehingga kini apa yang mereka janjikan hanyalah umpama menanam tebu di bibir semata-mata, dakwanya.

"Pengundi kawasan Jerai masih ingat bagaimana projek Sulihh yang ditukar nama kepada Zippy yang hendak dilaksanakan di Yan, menjanjikan ribuan peluang pekerjaan kepada anak Kedah, sebaliknya tidak menjadi kenyataan sejak 10 tahun yang lalu.

"Begitu juga dengan janji Umno-BN sepertimana dalam manifesto PRU ke 13 mereka untuk membina kawasan Industri Kecil Sederhana atau IKS, sebaliknya hingga kini tiada pun bayang IKS yang hendak mereka bangunkan.

"Walaupun tujuan mereka adalah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan, tetapi apa yang diharapkan itu hanyalah setakat janji-janji kosong yang akan berulang lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi," jelasnya.

Selain itu katanya, Umno-BN pernah berjanji untuk membela nasib imam-imam, namun begitu apa yang dijanjikan juga masih menjadi harapan yang tidak kunjung tiba.

"Mereka berjanji berkali-kali kepada imam-imam masjid akan menaikkan elaun imam-imam masjid sekiranya Umno-BN menang dalam pilihan raya tersebut.

"Sebaliknya apa yang dijanjikan masih menjadi harapan menggunung yang entah bila akan menjadi realiti.

"Begitu juga dengan masalah bekalan air bersih yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Kedah sejak sekian lama, " ujarnya lagi.

Sehubungan itu katanya, adalah diharapkan sambutan Aidil Adha pada hari esok tidak akan mengulangi sejarah hitam semasa sambutan Aidil Fitri yang lalu apabila bekalan air terganggu begitu lama.

"Oleh kerana itu kerajaan negeri Kedah harus serius bagi memastikan janji mereka untuk melaksanakan segala janji yang dibuat menjadi kenyataan dan bukan setakat omongan kosong sahaja.
"Buktikan bahawa kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Bashah itu tidak setakat janji-janji kosong.

"Tetapi buktikan bahawa slogan BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu 'BN menang, Kedah senang' bukan hanya janji manis, sebaliknya rakyat Kedah tetap sengsara, derita dan merana," tambahnya.

Justeru itu tegasnya rakyat Kedah mesti bangkit untuk menolak Umno dan BN serta sekutunya daripada terus memperjudikan janji-janji kosong menjelang PRU14.

Angin kencang di Arafah tidak pudar semangat jemaah haji untuk berwukuf

MALAYSIA DATELINE

Jemaah haji sudah berada di padang Arafah sejak petang Rabu waktu tempatan.


Angin kencang beserta debu yang melanda Arafah pada petang Rabu waktu tempatan tidak meluntur semangat para jemaah haji untuk berwukuf di Arafah.

Sebahagian jamaah haji sudah pun tiba di Arafah pada hari Rabu, 8 Zulhijjah walaupun waktu wukuf hanya bermula setelah tergelincir matahari pada Khamis, 9 Zulhijjah, lapor jurufoto Malaysia Dateline Wan Zahari Salleh yang berada di Arafah.

Sementara itu pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan bahawa semua persiapan bagi menerima lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji sudah siap sepenuhnya.

"Segala persiapan dirangka bagi menerima lebih dua juta jemaah haji, termasuk 1.73 juta dari luar negara," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki, dalam satu sidang media.

Angin kencang yang bertiup di Arafah tidak memudarkan semangat para bakal haji untuk berwukuf.
Jemaah haji Malaysia mencari khemah penempatan setibanya di Arafah.
 

Akar umbi kurang yakin komitmen Azmin kukuhkan Pakatan Harapan

MALAYSIA DATELINE

Azmin Ali


Komitmen timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Mohamed Ali untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) diragui kumpulan akar umbi gabungan parti pembangkang tersebut melainkan beliau melaksanakan empat perkara.
Dalam satu kenyataan media, Gerakan Aktivis Harapan (GAH) mendesak naib presiden PH itu untuk membentuk sekretariat PH Selangor, mengusir Pas daripada kerajaan Selangor, mengarahkan PKR Kelantan menolak lantikan politik dalam kerajaan negeri dan menerima secara inklusif penyokong PH dalam keputusan dasar politiknya.
Dalam satu kenyataan yang dipetik portal Selangorkini.com, Azmin mengakui menerima keputusan PH untuk menolak sebarang perbincangan dengan Pas dan berjanji akan memperkukuhkan jentera pilihan raya bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun GAH mengakui 'tidak teruja' dengan pengakuan Azmin dan menyifatkan kenyataan itu sebagai 'melepaskan batuk di tangga'.

Sehubungan itu, GAH turut menyokong hasrat ahli akar umbi PKR yang mendesak diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) atau kongres khas bagi membincangkan hal kerjasama dengan Pas dan mahu Azmin menjawab segala persoalan berhubung sikap tidak konsisten biro politik PKR yang dipengerusikan olehnya dalam melaksanakan keputusan parti khususnya merujuk hubungan PKR dan Pas.

"Sebagaimana yang difahamkan oleh (Naib Presiden PKR) Saudara Rafizi Ramli, Azmin adalah individu yang memporak-perandakan keputusan-keputusan partinya sendiri dengan mengubah keputusan biro politik yang asal. Termasuklah peranannya dalam siri pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," ujar kenyataan ditandatangani enam jurucakap GAH itu.

GAH juga masih berpendirian bahawa kelompok Azmin atau 'kartel' adalah parasit yang membawa barah kepada PH jika tidak berhati-hati.

Menurut GAH, tanpa sebarang tindakan konkrit daripada Azmin, kenyataannya hanyalah 'auta dan sandiwara' yang tidak bersandarkan kepada kesungguhan dan realiti.

"Maka adalah berhak untuk semua pihak menperlecehkannya dan menolaknya dalam PRU nanti," ujar kenyataan yang ditandatangani Zanirun Baba, Othman Ismail, Annuar Ismail, Mohd Saad Ismail, Lee Thian Soo dan Dr Maniam.

Anggota polis maut ditembak dalam balai

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Seorang anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di badan, dalam sebuah balai polis komuniti di Subang Jaya, awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, selain kesan satu das tembakan yang dilepaskan daripada pistol mangsa dari jarak dekat, lans koperal berusia 29 tahun itu juga cedera di kepala.
 
Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersendirian dalam Balai Polis Pinggiran USJ dan mayatnya ditemui rakan sejawatan sekembali mereka daripada rondaan kira-kira 3.25 pagi.
 
Menurut laporan FMT, Mazlan mengesahkan pistol mangsa juga didapati hilang.
 
“Anggota yang bertugas itu tertiarap dan apabila dibuka lampu, kelihatan kepala dia berdarah dan ada luka dan pada masa sama badan ada kesan tembakan,” katanya pada sidang media di tempat kejadian hari ini.
 
Mazlan berkata, balai itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), tetapi polis sedang memeriksa rakaman CCTV di premis berhampiran.
 
Katanya, mangsa yang berasal dari Sarawak itu sudah berkhidmat dengan pasukan polis selama 7 tahun dan meninggalkan seorang isteri.
 
Beliau berkata, mangsa tidak mempunyai sebarang masalah peribadi atau keluarga dan beliau tidak menolak kemungkinan lebih seorang suspek terbabit dalam serangan itu.
 
Katanya, saksi awam memaklumkan terdengar bunyi letupan di kawasan balai polis itu kira-kira jam 2.40 pagi tadi.
 
 

Wanita didakwa selepas tipu 100 pengantin cecah ratusan ribu ringgit

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KLANG: Pemilik syarikat pengendali perkahwinan, yang didakwa menipu 100 pengantin mencecah RM500,000, ditahan reman selama dua hari.

Susulan aduan polis pelanggan yang tidak berpuas hati, wanita 35 tahun itu dibawa reman di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi. 
 
Menurut laporan Harian Metro, suspek ditahan polis semalam bagi siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kata peguamnya Mohamad Akmel Ari Shamsul Kahar. 
 
Ketua polis daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata polis mengenal pasti pengantin dan bakal pengantin yang mendakwa ditipu.
 
“Pengadu mendakwa sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan,” katanya.
 
Terdahulu kes wanita berkenaan kecoh di laman sosial Facebook, apabila lebih 100 orang mendakwa terpedaya dengan tawaran syarikat itu, di Shah Alam, membabit nilai mencecah RM500,000.
 
 

Azmin akur henti rundingan dengan PAS, kemelut dalam PKR mungkin selesai - penganalisis

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kemelut yang melanda kepimpinan PKR bersabit kerjasama parti itu dengan PAS berkemungkinan dianggap sebagai selesai selepas Datuk Seri Azmin Ali akur dengan keputusan Pakatan Harapan (PH).
 
Sehubungan itu penganalisis politik Prof Dr Fuad Mat Jali menegaskan bukan sahaja para pemimpin dalam PKR perlu berlapang dada menerima keputusan muktamad ini tetapi akar umbi juga perlu bersama-sama dalam perkara ini.
 
"Jadi oleh kerana sudah berlaku penjelasan daripada Azmin, saya rasa mungkin (Naib Presiden) Rafizi (Ramli) menerima hakikatnyalah dan mula membincangkan perkara-perkara lain. 
 
"Tidak lagi cakap kerjasama dengan PAS, bila Azmin bertegas begitu (jadi) Rafizi kena akur dan akar umbi melihat benda ni dah diselesaikan dengan ketegasan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Malam Isnin lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH memutuskan bahawa tiada kerjasama akan dijalinkan dengan PAS, selain menegaskan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14. 
 
Susulan itu, Timbalan Presiden PKR malam tadi memberitahu media bahawa PKR akan menuruti arahan yang diputuskan PH.
 
Ketika ditanya mengenai wujudnya dua kumpulan dalam PKR mengenai kerjasama PAS ini, Fuad berkata ia lebih kepada salah faham antara pemimpin tertinggi parti itu.
 
"Dia bukan ada dua kumpulan tapi perselisihan faham, Rafizi mahu selesaikan masalah kalau dulu katakan PAS tidak mahu buat apa benda ni perlu dirundingkan lagi. Azmin pula melihat bahawa PAS ini adalah satu aset bagi beliau dalam mempertahankan Selangor," katanya.
 
Minggu lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
 
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.
 
Mengulas lanjut, Fuad tidak menolak wujudnya penyokong atas pagar dalam PH ekoran ada pihak yang masih lagi menyokong PAS.
 
"PKR akar umbi mungkin akan ada separuh mereka berada di atas pagar (yang) mana nak ikut, samada mahu bersatu dengan DAP, Amanah atau mereka pergi ke PAS (kerana) ada yang menyokong PAS dahulu," katanya.
 
Tambah beliau lagi, sukar untuk menjangkakan berapa lama pendirian ini boleh bertahan kerana dalam dunia politik ini apa saja boleh berlaku menjelang pilihan raya akan datang.
 
"(Tapi) benda politik ni tak boleh dijangka, apa pun boleh berlaku masa PRU (cuma) saya melihat dan yakin PAS tidak akan berpatah balik dan (teruskan) bertanding sendirian," ujarnya

Trafik bergerak perlahan disemua lebuhraya utama

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama mula perlahan setakat petang ini susulan pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
 
Keadaan trafik sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berikutan orang ramai mengambil peluang untuk balik kampung sempena cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, setakat pukul 3.30 petang tadi berhampiran susur keluar di Plaza Tol Port Dickson, Negeri Sembilan mendapati kenderaan bergerak perlahan menghala ke arah selatan.
 
Sementara itu, trafik menghala ke Pantai Timur juga dilaporkan sesak.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 


Ikut saluran betul, PKR tegur DAP

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Susulan hasrat DAP yang mahu bertanding kerusi PKR di Johor, Pengerusinya Hassan Karim menegur cara penasihat DAP Lim Kit Siang dalam menyatakan perkara berkenaan.
 
Ujar beliau, Kit Siang sepatutnya memberitahu hasrat itu mengikut saluran yang betul dan dibincangkan terlebih dahulu.
 
“Kami ingin mengulang sekali lagi bahawa ada disediakan mekanisme pengagihan kerusi sesama anggota Pakatan Harapan (PH) dan diharap semua pemimpin parti komponen mematuhinya, bukan menyatakan secara terbuka di blog atau media,” kata Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
 
Tidak cukup dengan hasrat DAP sebelum ini yang mahu bertanding kerusi PKR di Kedah, kali ini Kit Siang sekali lagi menyatakan perkara yang sama tapi mensasarkan kerusi PKR di Johor pula.
 
Dua minggu lalu, pemimpin veteran DAP itu mencadangkan mereka diberi dua kerusi yang ditandingi PKR - dan kalah - di Kedah dalam PRU ke-13 untuk memastikan kemenangan PH.
 
Kerusi itu ialah Gurun dan Kulim.
 
Walaupun PKR Kedah bersikap terbuka dengan adangan berkenaan, naib presiden parti itu Tian Chua berkata Kit Siang seharusnya membincangkannya secara dalaman.
 
PKR Johor bagaimanapun kelihatan seperti tidak bersedia untuk melepaskan mana-mana tiga kerusi yang dinyatakan ketua anggota parlimen DAP itu.
 
Hassan berkata PKR bekerja keras di peringkat akar umbi sejak 2013 di kerusi-kerusi itu, dan sudah mengenal pasti calon berpotensi yang telah dilantik sebagai penyelaras.
 
“Mereka yang dilantik itu dan pasukan masing-masing bekerja keras sejak beberapa tahun lalu dan kami sangat yakin mereka adalah individu terbaik yang mampu menarik pengundi dan mencipta sejarah memenangi kerusi Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau," katanya.
 
 

Pendaftaran portal berita serangan terhadap media pra PRU14

 
 
Oleh Fahmi Fadzil 

CADANGAN untuk mewajibkan pendaftaran portal berita dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah satu serangan ke atas media sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pendaftaran portal berita ini bakal bertindak sebagai “permit penerbitan” bagi media digital. Ini akan mengancam kebebasan media online kerana dipercayai portal berita yang menerbitkan berita tidak disukai atau tidak sehaluan dengan Putrajaya boleh ditutup atau dihalang akses, seperti yang pernah berlaku sebelum ini kepada The Malaysian Insider.


Oleh itu, pendaftaran portal berita melanggar semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara termasuk untuk media online khususnya portal berita.

Langkah ini akan lebih menyukarkan PKR dan Pakatan Harapan menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengundi, memandangkan media arus perdana sedia ada juga dimiliki dan dikawal rapi Umno-BN.

Oleh itu, ini akan mengakibatkan gelanggang pertandingan PRU14 menjadi lebih tidak adil dari yang sedia ada, dan akan mengukuhkan persepsi umum PRU14 bakal menjadi pilihan raya paling kotor yang pernah kita saksikan.

Media merupakan tiang seri demokrasi, dan perlu dipertahankan dan diperkukuh – bukan dihalang sebegini rupa. – 29 Ogos, 2017.

* Fahmi Fadzil ialah pengarah komunikasi PKR.

Undi Umno, PAS juga akan pecah, pesan penganalisis

 


PETALING JAYA: Keengganan PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan tidak akan menjejaskan peluang gabungan pembangkang pada pilihan raya nanti, kata seorang penganalisis politik.

Ahmad Atory Hussain berkata ketika perhatian pemerhati politik tertumpu kepada kesan pertandingan pelbagai penjuru kepada PH, mereka terlepas pandang perkara paling nyata.

Beliau berkata walaupun undi pembangkang akan terpecah dalam pertandingan tiga penjuru, pilihan raya umum akan datang juga bakal menyaksikan sokongan kepada Umno dan PAS berpecah.

“Sokongan kepada PAS dan Umno sudah pun terpecah dengan pembentukan parti serpihan Amanah dan PPBM,” katanya

Kesimpulannya, pada hari pengundian nanti, sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan, penyokong yang menjadi tempat PAS dan Umno bergantung pada pilihan raya umum 2013 akan lebih kecil.

Malah, ada juga yang akan meninggalkan mereka untuk bersama dengan pemimpin Amanah dan PPBM yang diundi mereka sebelum ini, kata Atory.

“Di atas kertas memang nampak seperti pertandingan pelbagai penjuru menentang BN akan menyukarkan peluang PH untuk menang.

“Namun tidak mustahil kerana pengundi PAS akan berpecah dua dan begitu juga dengan Umno.
“Kalau ia seperti plihan raya lepas, di mana PPBM dan Amanah tidak wujud, pertandingan 3 penjuru akan menyaksikan DAP dan PKR melawan PAS dan Umno.”

Bagaimanapun, Atory mengakui masih banyak yang perlu dilakukan PH untuk menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana PAS menyukarkan keadaan untuk gabungan itu.

Ditanya apakah yang boleh dilakukan oleh gabungan yang dipimpin bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan peluang mereka pada pilihan raya nanti, Atory berkata antara langkah boleh diambil ialah mengumumkan calon menteri besar mereka untuk setiap negeri.

“Beritahu pengundi siapakah orangnya yang kamu tawarkan sebagai pemimpin mereka – iaitu mereka akan ada seorang pemimpin yang baik dan boleh diterima.”

“PH juga mesti pastikan manifesto pilihan raya gabungan itu sampai kepada pengundi dan mudah difahami,” katnya.

Majlis presiden PH malam tadi membuat keputusan tegas untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas bermesyuarat selama 3 jam, pemimpin PH berkata gabungan itu akan menyediakan strategi untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru.

Mesyuarat itu menyusuli laporan mengatakan beberapa pemimpin PKR terbabit dalam rundingan dengan PAS mengenai pengagihan kerusi di Selangor pada PRU14.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata rundingan dengan pemimpin PAS bukan dibuat atas kapasiti perbadi tetapi keputusan parti.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti pernah membuat keputusan seperti yang disebutkan Azmin itu.

Azmin juga berkata rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.

Langkah itu bagaimanapun tidak dipersetujui sesetengah pemimpin parti, termasuk Ahli Parlimen Selayang William Leong, yang mengumumkan meletak jawatan dari biro politik PKR baru-baru ini.

Tiada kerjasama PH-PAS: Pinggan tak retak, nasi tak dingin

 
 
Oleh DR RIDUAN MOHD NOR 

KEPUTUSAN Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) dan bersedia untuk bertanding tiga penjuru bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahkan ia sudah diramalkan.

Tidak ada sesuatu yang pelik dengan keputusan terbaharu PH kerana PAS tidak mempunyai apa-apa hubungan politik dengan PH. Maka terpulang kepada PH untuk membuat apa juga keputusan terhadap PAS. Ahli-ahli PAS juga telah diberi taklimat untuk bersedia menghadapi ‘peperangan’ tiga penjuru, dengan BN dan dengan PH di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Saya menganggap keputusan itu hanya sekadar menambah penegasan daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Parti-parti dalam Pakatan Harapan selain PKR telah bersedia dengan keputusan itu, bahkan gembira dengan pengumuman itu. Mungkin hanya sebahagian pemimpin PKR gelisah dengan keputusan itu, kerana impaknya pasti terasa khususnya di negeri Selangor.

Ia memberi petunjuk kepada sebahagian dari mereka yang boleh dibaca adalah; tanpa PAS sukar buat PH memenangi Putrajaya. Mungkin mereka memahami bahawa tanpa PAS, Selangor pasti tumbang di tangan BN jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Bagi golongan yang memandang rendah kepada PAS, mereka kini sudah mula rasai kekalutan bahawa peranan PAS sebagai ‘king maker’ begitu dirasai. Sudah ada yang mula merayu, dan bersimpuh menagih simpati dengan PAS sebelum PRU ke-14 lagi.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati BN akan tewas di peringkat persekutuan dan hilang lapan negeri jika Pakatan harapan (PH) dan PAS bekerjasama mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN di semua kerusi Parlimen dan DUN. Kajian itu menunjukkan bahawa PH bakal mendapat sejumlah 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan PH jika semua parti bergabung menentang BN.

Kenyataan ini boleh disangkal dengan kajian lain terutama oleh YB Rafizi Ramli melalui NGO beliau INVOKE yang boleh menggembirakan PH. Tetapi rata-rata kepimpinan tertinggi PKR mengakui kajian IDE itu dan mengiktiraf dapatan dari IDE. Jika tidak, mengapa sampai begitu bersungguh-sungguh pihak tertentu mahu berunding dengan PAS agar jangan sampai bertembung tiga penjuru.

Apa yang menghairankan, ketika PAS disisihkan dan diburukkan dari politik negara, ada pula pihak yang terhegeh-hegeh mahu berbincang dengan PAS. Lebih menghairankan apabila ada pula parti yang berbalah dan bergaduh hanya kerana sikap mereka terhadap PAS. Suatu ketika memburukkan PAS dengan pelbagai tuduhan, satu masa yang lain terlalu mengharapkan PAS. Ketika tangan kiri melempar batu kepada PAS, tangan kanan pula sibuk mahu berjabat tangan dengan PAS.


Hakikat sebenarnya tidak sukar untuk bersahabat dan bekerjasama dengan PAS. Politik PAS adalah politik lurus, jujur, benar dan amanah, dan sikap PAS adalah politik matang dan sejahtera. PAS tidak sesekali mengamalkan politik berbelit dan menipu. Islam adalah slogan dan matlamat perjuangan PAS, dan PAS boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sanggup mengangkat dasar perjuangan ini. Namun jika Islam itu boleh dijual beli, boleh dicagar dan direndahkan, diketepikan, minta maaflah, merayu bagaimana sekalipun, PAS tidak akan sudi.

Membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan PAS mesti diiringi dengan diplomasi yang mudah – iaitu hormati dasar perjuangan PAS, hormati pemimpin-pemimpin PAS, bersikap jujur dalam berpolitik dan amalkan politik secara Islam. Selain itu, segala perkara boleh dibawa berbincang kerana PAS tidak pernah tamakkan kerusi, apatah lagi gila merebut kuasa ke Putrajaya!

*DR RIDUAN MOHD NOR. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 

Petrol, diesel naik di malam merdeka

MALAYSIAKINI



Harga minyak sekali lagi meningkat untuk minggu mendatang apabila kerajaan mengumumkan kadar baru bermula tengah malam nanti.

Bagi petrol RON95 harga baru mulai 31 Ogos ialah RM2.16 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.44 seliter.

Perubahan itu mencatatkan peningkatan 1 sen bagi setiap liter berbanding minggu lalu.

Bagaimanapun pola sebelum ini untuk diesel berubah. Jika Rabu lalu harga bahan bakar itu ditetapkan pada RM2.01 seliter, mulai tengah malam ini ia dijual pada kadar RM2.04 seliter - atau bertambah sebanyak 3 sen.
 
Kos yang dikeluarkan pengguna untuk membeli petrol sentiasa bertambah secara konsisten sejak 27 Julai lalu, dengan pengecualian untuk tempoh 24 hingga 30 Ogos apabila ia harganya tidak berubah berbanding minggu sebelumnya.

Untuk diesel pula, minggu terbaru mulai 31 Ogos akan mencatatkan peningkatan selepas harganya turun minggu-minggu lalu.

Kali terakhir harga minyak turun adalah bagi tempoh 22 hingga 28 Jun lalu dan disambut dengan kelegaraan orang ramai, terutama kerana berlaku semasa orang ramai melakukan banyak perjalanan sempena hari raya puasa.

Untuk rekod umat Islam di negara ini akan meraikan hari raya haji lusa.

Kerajaan mula menetapkan harga minyak ditentukan secara mingguan sejak 30 Mac lalu.


Norman idam naik pelamin dengan Abby

   


Berpisah sebagai suami isteri, tetapi kemudian bersama-sama menaiki pelamin - tanpa dendam - dengan masing-masing diiringi pasangan baru.

Ia adalah suatu bayangan yang kedengaran begitu indah sekali, apatah lagi jika orang di atas pelamin itu nanti ialah Norman Hakim dan Abby Abadi.

Bukan, mereka yang pernah diijabkabulkan itu tidaklah bersanding sebagai suami isteri, sebaliknya masing-masing digandingkan dengan pasangan sekarang.

Pada majlis itu nanti Norman akan bersanding dengan isterinya, Memey Suhaiza, manakala Abby dengan suaminya sekarang, Muhammad Faizal Zakaria.

Mungkin tidak pernah dibuat orang, tetapi Norman mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

Kata Norman peluang itu diambil bagi mengumpulkan kesemua anggota keluarga - sesuatu yang Norman tidak pernah ada kesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

“Majlis itu menggambarkan bagaimana kehidupan kami selepas berkahwin dan membawa haluan sendiri. Kami juga akan bersanding bersama anak-anak.

“Majlis itu menjadi satu-satunya acara rasmi yang akan menghimpunkan keluarga besar (saya dan Abby) termasuk anak-anak daripada perkahwinan terdahulu.

“Sebelum ini, kami tidak pernah ada masa untuk berkumpul bersama-sama memandangkan anak-anak semuanya bersekolah asrama,” katanya.

Tak letak harga

Bagaimanapun, untuk yang teruja mendengarnya, sila bersabar. Rancangan Norman itu masih diperingkat perbincangan dan tertakluk kepada persetujuan Abby.

Norman ditemui pada sidang media pengumuman duta Mahligai Impian di Mutiara Damansara, Selangor semalam. Memey turut hadir menyerikan.

Sebenarnya, majlis persandingan anjuran Mahligai Impian Katering Sdn Bhd itu diadakan bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey.

Pada masa sama ia diadakan untuk menguar-uarkan pelantikan Norman dan Memey sebagai duta Mahligai Impian.


Majlis bertemakan Islamic Vintage yang akan diadakan di Selayang, Selangor itu melibatkan jemputan antara 1,000 hingga 2,000 orang.

Selain bersanding majlis kesyukuran sempena khatam al-Quran anak sulung Norman dan Abby, Mohamad Danish Hakim akan turut diadakan nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta, Norman memberitahu dia dan isterinya enggan meletakkan sebarang harga kepada syarikat katering dan pengurusan majlis perkahwinan itu.

Menurut Norman, sebahagian keuntungan diperoleh akan disalurkan bagi membantu rumah kebajikan anak yatim Pertubuhan Kebajikan Iman & Aman sebagai sumbangan saham akhirat masing-masing.

“Kami tidak meletakkan harga sebab nama pertubuhan amal itu lebih besar. Saya cuma ingin tumpang pahala di situ.

“Kalau lebih, dapatlah saya bayar zakat, tetapi kalau kurang, itulah rezeki saya,” katanya.


Berani Zainal nyanyi pasal korupsi, kata Adibah Noor

 
 

Kadang-kadang deria orang seni memang cepat mengesan sesuatu yang dipandang biasa bagi orang kebanyakan.

Apatah lagi apabila suasana dihangatkan dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan seperti dipersembahkan semasa majlis penutup rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) hari ini.

Justeru ketika jutaan orang berseronok menyaksikan persembahan ramai artis terkenal mendendangkan pelbagai lagu popular, pengacara, pelakon dan penyanyi Adibah Noor sempat mengusik.

Komen penyanyi Terlalu Istimewa itu muncul di Twitter semasa Datuk Zainal Abidin menyampaikan salah satu lagu ikonnya, Hijau, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Berani abang Zainal nyanyi pasal korupsi, opresi depan para pemimpin heheheh," katanya.

Sebenarnya ungkapan itu adalah sebahagian daripada lirik lagu Hijau yang dirakam pada 1990 sebelum diterbitkan pada Mei 1991.

Dihasilkan oleh Mukhlis Nor, Hijau bercerita mengenai alam sekitar dan kemusnahan yang dilakukan manusia.

Antara lain liriknya ialah:

Bumiku yang kian pudar
siapa yang melihat
di kala kita tersedar
mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
polussi, depressi di bumi kini



Penyanyi dari pelbagai generasi memeriahkan majlis penutup malam ini. Antaranya ialah Amy Search, Datuk Sheila Majid, Salamiah Hassan, Datuk David Arumugam dan Man Bai.

Semakan Malaysiakini setakat 12.15 pagi ini, status Adibah itu diulang tweet hingga lebih 1,070 kali dan disukai sebanyak 854 pengguna Twitter.

Pengguna akaun NaufalKadir antaranya menyatakan memuji status Adibah itu.

"@adibahnoor Bahahahaha ni pecah perut u!!" tulisnya.

Manakala pengguna akaun Shahrulhaidi pula menyamakan tindakan itu berani sama seperti Datuk Siti.

"@adibahboor berani cam dato siti," katanya.


Pelakon Sepet dan Aku Tak Bodoh itu juga bertanya mengapa lagu Cindai dan Lebih Indah tidak dinyanyikan oleh penyampai asalnya, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Sebaliknya lagu itu disampaikan juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana.

"Dua-dua lagu tokti (Siti) tapi bukan dia yang dijemput. Ko rasa?" katanya.

Korupsi menjadi antara isu utama dimainkan pengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang bakal berdepan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Najib bagaimanapun menafikan terlibat dalam sebarang salah laku atau penyelewengan, malah tidak beliau tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah setakat ini.

Pada masa sama Siti Nurhaliza sesekali dilihat lebih cenderung memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu kini mengetuai pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Perdana menteri dan menteri kabinet adalah antara orang kenamaan yang menyaksikan persembahan penutup gilang-gemilang KL2017.

Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan 145 pingat emas. Perdana menteri turut mengumumkan cuti khas pada Isnin 4 Sept ini sebagai menghargai pencapaian atlet negara.

Najib umum cuti 4 Sept

MALAYSIAKINI


Kerajaan mengumumkan cuti umum khas pada Isnin, 4 Sept ini.

Ia diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa berucap di malam penutup tirai temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebentar tadi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan yang menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Apa yang ditunggu?" kata perdana menteri beberapa kali.

"Cuti!" jawab orang ramai.

"Bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia dah ada terlalu banyak cuti, tapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya mengumumkan cuti umum pada 4 Sept," katanya.

Sukacita saya isytiharkan hari Isnin 4 September sebagai cuti umum sempena kejayaan kita menjuarai #SukanSEA2017. Moga dapat dimanfaatkan
 Sebenarnya pengumuman itu bukanlah terlalu mengejutkan kerana cakap-cakap mengenainya sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu.

Malah semasa perdana menteri dijemput ke pentas untuk menyampaikan ucapan di penghujung acara, suasana di dalam stadium itu terus bergemuruh.

Malah beberapa kali beliau mengacah penonton, dan ia disambut dengan sorakan dan laungan "cuti!".

Malaysia mencatat kejayaan membanggakan apabila mengumpul 145 pingat emas, 34 lebih banyak berbanding sasaran asal iaitu 111.

Pencapaian itu membolehkan Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan selepas kali terakhir melakukannya pada 2001.

Kejayaan itu menjadi lebih bermakna kerana negara meraikan sambutan hari kemerdekaan pada hari ini, sehari selepas KL2017 ditutup dengan rasminya.


1MDB buat bayaran kedua kepada IPIC

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran tranche kedua secara penuh, yang dijadual pada tarikh akhir 31 Ogos, 2017 kepada International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC).
 
“Pembayaran itu adalah tertakluk kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC,” menurut 1MDB dalam satu kenyataan semalam.
 
Menurut kenyataan itu lagi, dana pembayaran itu adalah hasil program rasionalisasi berterusan.
 
Pada 11 Ogos lalu, 1MDB memberitahu bahawa syarikat berkenaan telah membuat bayaran sebanyak AS$360 juta kepada IPIC.
 
Bayaran berkenaan dibuat selepas ia terlepas tarikh akhir asal 31 Julai yang turut diberikan lanjutan lima hari

Rabu, 30 Ogos 2017

Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mantan pemimpin PKR, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor mendakwa terdapat sebuah parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang angkuh apabila acap kali memberi kata dua kepada gabungan itu jika tidak sealiran mengenai sesuatu perkara. 
 
Sehubungan itu, Ezam yang juga bekas Ketua AMK itu menasihati PKR agar memainkan peranan dengan 'memadamkan' sifat keangkuhan pada parti tersebut. 
 
Beliau bagaimanapun tidak menamakan secara spesifik parti yang dimaksudkannya itu.  
 
"PKR tiang seri PH. PH harus terus berdasarkan ciri lapang dada, berjiwa besar sesama kawan. 
 
"Keangkuhan, memberi kata dua dan mencabar sesama kawan dan bekas kawan seangkatan bukan asas sebuah harapan. Ia asas sebuah kepunahan," katanya dalam satu kenyataan.
 
Ezam menambah, kejayaan awal perjuangan PKR adalah disebabkan sifat Umno-Barisan Nasional (BN) yang terlalu angkuh dan terlalu yakin memenangi pilihan raya umum.
 
Umno-BN hilang majoriti dua pertiga pada dua pilihan raya umum iaitu pada 1999 dan 2008 apabila berlaku peralihan undi Melayu kepada pembangkang. 
 
"Mereka tumbang kerana keangkuhan. Maka berhati-hatilah. Jangan sampai ada ciri keangkuhan yang dipamerkan kepada rakyat," katanya.
 
"PKR dan tokoh besarnya hari ini adalah harapan rakyat. Tetapi jangan sekali-kali ambil enteng harapan dan dokongan rakyat ini. Maka berhati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk yang dipertontonkan kepada rakyat.
 
"Berhujah dan mencabar secara terbuka boleh dilihat sebagai ciri kebebasan dan demokratik. Tetapi ingat pada sisi lain ia boleh dilihat sebagai lambang keangkuhan kerana terlalu yakin rakyat akan tetap sokong dan makanya mampu berbalah secara terbuka dihadapan rakyat," kata Ezam yang kini merupakan Pengerusi NGO Hisbah Center for Reform.
 
Pertelingkahan dalam PKR semakin ketara selepas tahaluf siyasi dengan PAS terputus secara rasmi Mei lalu.
 
Susulan itu, ia menyebabkan berlakunya krisis lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan, apabila biro politik PKR mengarahkan semua wakil partinya di negeri itu meletakkan jawatan. 
 
Bagaimanapun PKR pada awal bulan ini memutuskan untuk mengekalkan lantikan politiknya di negeri itu.
 
Lebih mengejutkan apabila mesyuarat presiden Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada tengah malam Isnin lalu memutuskan gabungan itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Keputusan itu sekaligus mengundang kejutan kerana ia dimuktamadkan dikala kalangan pemimpin PKR sedang berdebat mengenai rundingan bersama PAS, sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan pendapat di dalam parti tersebut.       
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
 
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam Pakatan Harapan (PH) menghadapi PRU14. 
 
Sehubungan pertembungan pendapat dalam kalangan pemimpin PKR itu, Rafizi pada Ahad lalu mencadangkan agar parti mengadakan kongres khas bagi membincangkan isu rundingan dengan PAS.

ADUN Kepayan umum keluar DAP

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN Kepayan, Dr Edwin Bosi mengumumkan keputusannya keluar DAP dengan menyebut perbezaan pendapatnya bersama Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong sebagai sebab utama keputusannya.
 
Susulan keputusannya itu, Bosi juga mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi DAP Sabah dan ketua whip negeri mulai esok (31 Ogos).
 
“Saya membuat keputusan ini dengan berat hati tetapi demi mengekalkan keharmonian DAP Sabah, saya bersedia meninggalkan parti,” katanya.
 
DAP pada Mei lalu menggantung jawatan Bosi selama tiga bulan ekoran tindakannya merosakkan imej parti. Tempoh penggantungannya berakhir akhir bulan ini.
 
Perkembangan terbaru itu menjadikan Bosi sebagai wakil rakyat ketiga yang meninggalkan DAP selepas pilihan raya 2013.
 
Dua pemimpin yang meninggalkan DAP sebelum ini ialah bekas pengerusi negeri Hiew King Cheu (ADUN Luyang) kini menyertai MCA, manakala Junz Wong (ADUN Likas) bersama Parti Warisan Sabah.
 
 

Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik berpendapat keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi mahu mengadakan rundingan kerjasama bersama PAS berkemungkinan 'dipengaruhi' oleh DAP.
 
Pensyarah kanan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Edwin Michael Muniandy mendakwa, keputusan itu dilakukan PH kerana mahu menjaga hati rakan partinya itu yang dilihat kurang senang dengan ideologi politik yang dibawa PAS sejak dahulu lagi.
 
"Saya lihat mungkin ada campur tangan halus DAP di sini untuk tidak mahu menerima PAS dalam PH, mungkin DAP mahu PAS menggunggurkan ideologi politik mereka iaitu untuk memperjuangkan undang-undang hudud dan undang-undang Islam sebelum menyertai PH, jadi mungkin itu yang sedang berlaku.
 
"Saya lihat dominasi DAP di sini adalah sangat kuat, jadi mungkin tindakan menyingkirkan PAS daripada PH ini adalah semata-mata untuk menjaga hati DAP," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Untuk rekod, hubungan kerjasama di antara DAP dengan PAS sudah terputus sejak tahun 2015 sehingga membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).
 
Ia berpunca daripada pertelingkahan berpanjangan antara DAP dengan PAS terutamanya dalam perihal yang membabitkan undang-undang Islam seperti hudud. 
 
Sementara itu mengulas lanjut, Edwin melihat hasrat PH untuk memenangi PRU14 dan merampas Putrajaya akan gagal selepas mereka tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
 
Ujarnya, masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar hanya akan memberikan undi mereka sama ada kepada PAS atau Umno-BN sahaja seterusnya menyebabkan PH kehilangan majoriti pengundi Melayu.
 
"Pilihan Raya Umum ke-14 ini bukan lagi milik PH, itu sudah semestinya.
 
"Sekarang isunya adalah sama ada kita mengundi Barisan Nasional (BN) atau PAS kerana kedua-duanya BN melalui Umno, kedua-duanya membawa pendekatan yang sama.
 
"Semestinya mereka tidak akan mengundi PH terutamanya PPBM misalnya jika PPBM meletakkan calon, ataupun Amanah kerana semua ini kita tahu mereka adalah sekutu rapat kepada DAP, di mana masyarakat Melayu di kawasan luar bandar tidak memberikan sokongan kepada parti-parti yang mempunyai hubung-kait secara langsung dengan DAP," katanya.
 
Isnin lalu, PH mengumumkan untuk tidak lagi mengadakan rundingan kerjasama bersama PAS dalam mendepani PRU14 akan datang.
 
Keputusan itu sekaligus mengundang kejutan kerana dimuktamadkan di kala kalangan pemimpin PKR sedang berdebat mengenai rundingan bersama PAS, sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan pendapat di dalam parti tersebut.       
 
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, merupakan individu yang dilihat cenderung dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan rundingan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, sungguhpun selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti terputus secara rasmi Mei lalu. 
 
Isu rundingan PKR-PAS timbul selepas tersebarnya gambar kunjungan Azmin bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
 
Malah Wan Azizah juga pernah dilaporkan berkata tidak menolak kemungkinan jalinan kerjasama berikutan membawa misi yang sama dalam kalangan pembangkang iaitu menumbangkan Umno-BN.
 
Pendirian pemimpin tertinggi PKR itu menyebabkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan peletakan jawatannya daripada Biro Politik, ekoran tidak bersetuju dengan langkah tersebut. 


1MDB: Mahkamah Rayuan perintah Dr Mahathir, dua yang lain bayar PM RM30,000

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Rayuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua lagi ditolak Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman mereka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan salah laku dalam pentadbirannya berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Panel tiga hakim diketuai oleh Tan Sri Idrus Harun sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi setelah bersetuju dengan hujahan peguam, Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri bahawa Najib tidak boleh disaman dengan alasan beliau adalah seorang anggota pentadbiran Persekutuan dan bukannya penjawat awam.
 
Mahkamah turut memerintahkan Dr. Mahathir bersama dua lagi perayu iaitu bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin membayar kos RM30,000 kepada Najib.
 
Dalam saman yang difailkan pada 23 Mac lalu, mereka mendakwa Najib sengaja mengganggu siasatan berhubung 1MDB dan syarikat berkaitan, serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadinya.
 
Plaintif mendakwa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku kewangan berhubung 1MDB dan syarikat berkaitan serta siasatan aliran masuk RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadinya.
 
 

Harga petrol naik 1 sen, diesel naik 3 sen

ANTARAPOS.COM

Post Pic
SHAH ALAM: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini. 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga baru petrol itu di laman Twitter sebentar tadi.
Bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 September, harga runcit bagi RON95 ialah RM2.16 seliter, iaitu meningkat sebanyak 1 sen, manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.44 (naik 1 sen).
Harga diesel turut mencatat peningkatan apabila naik 3 sen. Harga baru bahan bakar itu kini RM2.04 seliter.

Nik Abduh: Jangan salahkan PAS kerana kecewa prestasi Amanah

 
Pemimpin PAS itu memberi nasihat itu kepada Lim Kit Siang susulan dakwaan penasihat DAP itu yang calon PAS akan dikorbankan seperti 'pengebom berani mati' demi membantu calon Umno menang pada PRU14.


Nik-Mohamad-Abduh-Nik-Aziz-Lim-Kit-Siang-bendera-amanah


PETALING JAYA: Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz hari ini menasihatkan Lim Kit Siang supaya tidak menyalahkan parti Islam itu hanya kerana beliau kecewa dengan prestasi Amanah.

“Master Lim janganlah menggelabah kecewa dengan prestasi Amanah. Sendiri tanggunglah,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.

Beliau merujuk dakwaan penasihat DAP itu semalam yang calon PAS akan dikorbankan seperti “pengebom berani mati” demi membantu calon Umno menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Lim dalam kenyataan yang dilaporkan Malay Mail Online turut mendakwa hasrat PAS untuk memenangi 40 kerusi Parlimen dan 5 negeri pada PRU14 bertujuan menyembunyikan niat sebenar parti Islam itu untuk membantu Umno dan BN.

“Wah, orang tua DAP tu siap kata presiden PAS guna pengebom berani mati untuk pastikan Umno BN menang.

“Huh, ayatnya…sampai ke tulang sumsum DAP sungguh. Virus demam meningitis ke apa sampai bersembur air tulang belakang dikeluarkan percuma?

“Janganlah ajar generasi baru DAP guna ayat ‘style’ dinasti kuno…Takkan itu yang Pulau Pinang nak wariskan kepada generasi esok?” soal ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pakatan Harapan umum barisan ketua negeri

 
Mukhriz Mahathir mengetuai jentera PH di Kedah, Muhyiddin Yassin di Johor dan Husam Musa di Kelantan.


pakatan-harapan-1


PETALING JAYA: Pakatan Harapan mengumumkan barisan pengerusi untuk semua negeri di Malaysia hari ini.

Gabungan pembangkang itu dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengetuai jentera PH di Kedah, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Johor dan Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa di Kelantan.

Pakatan Harapan dikatakan pilihan untuk memenangi Kedah pada pilihan raya akan datang, sementara Johor dan Kelantan dikatakan bakal menjadi negeri hadapan dalam pertembungan gabungan pembangkang dengan BN dan PAS.

Seperti dijangka, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dilantik pengerusi Selangor dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilantik pengerusi Pulau Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen akan mengetuai gabungan pembangkang di Sarawak, Pengerusi PKR Negeri Christina Liew di Sabah, Ketua PPBM Negeri Ahmad Faizal Datuk Azumu di Perak dan Pengerusi Amanah Negeri Adly Zahari di Melaka.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Negeri Datuk Raja Kamarul Bahrin dilantik pengerusi untuk Terengganu, Pengerusi PKR Negeri Datuk Fauzi Rahman untuk Pahang, Pengerusi PKR Negeri Aminuddin Harun untuk Negeri Sembilan, Ketua PPBM Negeri Ameir Hassan untuk Perlis dan Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai untuk Wilayah Persekutuan.

Christina Liew diumum sebagai pengerusi PH Sabah

 
Gabungan itu turut menyangkal keraguan rakyat Sabah terhadap pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad.


Christina-Liew-oh

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew sebagai pengerusi PH negeri itu, yang akan dibantu Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong dan rakan sejawatannya dari Amanah, Hamzah Abdullah sebagai timbalan pengerusi.

Pelantikan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada 28 Ogos, menurut Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah di ibu pejabat PKR hari ini.

Sementara itu, Saifuddin menyangkal keraguan rakyat Sabah terhadap PH dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai pengerusinya.

“Orang Sabah harus ingat matlamat utama sekarang adalah untuk menggantikan kerajaan semasa dan kesilapan lalu dapat dimaafkan,” katanya.

“Orang Sabah seperti rakyat Malaysia yang lain di mana-mana sahaja, mereka pandai menilai dan praktikal. Isu utama sekarang adalah untuk menggulingkan kerajaan.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail boleh duduk bersama Dr Mahathir setiap bulan, itu sudah cukup untuk menunjukkan kita telah memaafkan kesilapan lalu atas sebab-sebab strategik,” katanya.

Dr Mahathir dilihat oleh sesetengah rakyat Sabah sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah dalam “Projek IC” di negeri itu.

Saifuddin juga berkata pelbagai pihak berkepentingan akan terlibat dalam usaha memuktamadkan manifesto PH di Sabah untuk pilihan raya akan datang.

“Pelbagai pemegang kepentingan termasuk sayap Pemuda dan Wanita akan terlibat untuk memuktamadkan manifesto kita untuk Sabah,” katanya.

“Jawatankuasa manifesto PH hari ini dipanggil untuk membincangkan perkara berkaitan manifesto Sabah.

“Semua isu yang berkait dengan rakyat Sabah seperti pendidikan, kesihatan dan banyak lagi dibincangkan dalam mesyuarat berterusan sebelum kita menyusun dan melancarkannya tidak lama lagi.”

Berbeza pendapat bukan masalah dalam PKR, kata Rafizi


Kebebasan itu membezakan PKR dengan Umno dan PAS, kata Rafizi Ramli apabila diminta menjelaskan perbalahan dengan Azmin Ali.


rafizi-pkr-1


PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata berbeza pendapat tidak dilihat sebagai satu masalah dalam PKR, dan kebebasan itu yang membezakan parti reformasi itu dengan Umno dan PAS.

Naib presiden PKR itu berkata demikian apabila diminta menjelaskan perbalahannya dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

“Dalam PKR tak ada masalah. Saya terangkan satu persatu kenapa berbeza pendapat, dari masa asas mereka yang mahu terus berunding dengan PAS untuk elakkan 3 penjuru, apa asas saya bahawa itu tidak membantu kita dan Pakatan Harapan. Itu perkara biasa.

“Dalam Umno tak tahu lah…salah sebut akan dipecat, dalam PAS salah sebut dipanggil kafir,” katanya pada sidang media yang disiarkan di Facebook.

Beliau menjawab komen seorang pengunjung Facebook yang bertanyakan mengapa beliau mahu menjatuhkan Azmin Ali kerana timbalan presiden parti itu mengadakan rundingan dengan PAS.

Rafizi menambah pandangan yang disuarakan itu sebenarnya turut dirasai sebahagian besar rakyat yang ditemui.

“Pandangan saya mengenai kerjasama dengan PAS tu turut dikongsi ramai akar umbi parti dan Pakatan Harapan,” katanya.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata rundingan dengan pemimpin PAS bukan dibuat atas kapasiti perbadi tetapi keputusan parti.

Menurut Azmin, rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti pernah membuat keputusan seperti yang disebutkan Azmin itu.

Rundingan dengan PAS itu juga tidak dipersetujui sesetengah pemimpin parti, termasuk Ahli Parlimen Selayang William Leong, yang mengumumkan meletak jawatan dari biro politik PKR baru-baru ini.

Pada Isnin, majlis presiden PKR mengadakan mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan PPBM sepakat menolak kerjasama dengan PAS.



Sukan SEA: Kenapa lantik syarikat kurang pengalaman urus jualan tiket?


Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik syarikat tidak berpengalaman untuk mengurus penjualan tiket bagi temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) dipersoal Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

“Pertamanya, kementerian harus menjelaskan syarikat manakah yang diberi konsesi penjualan dan pengurusan tiket?

“Adakah tender terbuka dilakukan, dan apakah asas pemilihan syarikat tersebut apabila jelas mereka kurang berpengalaman dalam acara besar-besaran dan tidak membuat persediaan yang mencukupi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas insiden kekecohan yang tercetus kelmarin ketika sesi penjualan tiket bagi perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand di Shah Alam yang berlangsung semalam.

Ekoran itu, ramai pihak mempersoalkan mengapa pihak pengurusan dan KBS tidak mewujudkan platform atas talian bagi memudahkan penyokong untuk mendapatkan tiket bagi ibu segala acara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman sosial Twitter semalam, tampil memberikan alasan trafik atas talian yang tinggi sebagai punca.

“Berkenaan isu tiket final bola sepak, kita pada mulanya memang mahu menjual sebahagian tiket melalui online. Itu memang amalan kita sebelum final.

“Bagaimanapun malam semalam (27 Ogos), saya dimaklumkan oleh penyedia kemudahan gerbang pembayaran online bahawa mereka tak dapat menjamin kestabilan proses pembelian kerana jumlah (trafik) yang banyak,” katanya.

Pun begitu, Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP berkata, trafik atas talian yang sesak ekoran permintaan yang tinggi tidak harus dijadikan alasan.

“Hal ini kerana banyak acara lain yang jauh lebih besar, termasuk konsert Ed Sheeran yang bakal berlangsung pada 14 November ini, langsung tidak mengalami masalah walaupun sejumlah 12,000 tiket telah dijual dalam masa 30 minit,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, KBS sebagai pihak bertanggungjawab harus menjelaskan mengenai persoalan yang dibangkitkan beliau mengenai lantikan syarikat bagi pengurusan dan penjualan tiket tersebut.

“Dalam pada itu, kementerian juga harus menjawab sama ada konsesi pengurusan tiket bagi kota sukan bersepadu KL Sports City di Bukit Jalil telah pun dianugerahkan.

“Dan jika ya, kepada syarikat mana. Langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kegagalan yang sama tidak berulang,” katanya. – Roketkini.com


Mengapa SPRM terlalu sensitif terhadap kritikan, kata organisasi peguam

 
Sebarang tindakan undang-undang terhadap pengkritik akan memburukkan imej SPRM, kata Lawyers for Liberty.


eric-macc-phee-4


PETALING JAYA: Organisasi peguam hak asasi manusia mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebarang tindakan undang-undang terhadap pengkritik penahanan Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh akan memburukkan imej SPRM dan mengundang lebih banyak perhatian dari orang awam.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen berkata kata dua SPRM kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan amaran Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad kepada peguam Ramkarpal Singh di atas komen mereka berkenaan kesahan penahanan Phee itu sudah menjejaskan reputasi agensi itu di mata awam.

“Mengapa SPRM begitu sensitif dengan komen Lim dan Ramkarpal dan mengapa menumpukan hal remeh berkenaan apa dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi apabila memerintahkan Phee dibebaskan dari perintah reman?

“Lebih lanjut, mengapa harus SPRM mengambil pandangan yang melampau dan tidak bertolak ansur sedangkan isu yang diulas itu berkepentingan awam?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada dakwaan SPRM mengatakan Lim memfitnah agensi itu dengan mengatakan penahanan Phee sebagai “penahanan haram”.

Phee ditahan agensi anti-rasuah itu dalam siasatan ke atas kes kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam.

Ramkarpal berkata kenyataan Lim itu wajar kerana Mahkamah Tinggi sudah mengenepikan perintah reman 5 hari terhadap Phee kerana ianya berdasarkan perintah yang tidak sah.

SPRM bagaimanapun berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap Lim jika ketua menteri Pulau Pinang itu tidak memohon maaf.

Paulsen menyifatkan dakwaan SPRM yang mengatakan komen Lim itu membawa kepada subjudis dan menghina mahkamah kerana perkara itu kini sedang dirayu sebagai simplistik dan menunjukkan pemahaman lemah mengenai undang-undang.

Beliau juga mempersoalkan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Lim dan Ramkarpal.

“Ianya diterima umum yang badan awam tiada kapasiti untuk saman atas fitnah, dan ianya bukan sesuatu yang disokong kerana badan awam harus sentiasa terbuka kepada kritikan orang awam.

“Potensi fitnah jenayah atau tindakan jenayah lebih mengejutkan, kerana undang-undang jenayah tidak patut disalahgunakan untuk meindungi badan awam daripada kritikan.”

Beliau juga berkata agensi anti rasuah patut tumpu kepada usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa, bukan terbabit dalam pertengkaran terbuka atau memberi amaran terhadap “memfitnah” SPRM.

Beliau mengingatkan SPRM rasa hormat datang daripada kepercayaan orang awam, bukannya rasa takut.

“Ini seterusnya bergantung sepenuhnya kepada perlakuan mereka untuk menunjukkan kesaksamaan, kebebasan dan integriti.

“Biarlah prestasi kerja SPRM yang berbicara, bukan cuba menyekat kritikan orang awam dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya

Nurul Izzah: Reformasikan sekolah untuk tangani buli

KEADILAN DAILY

nurul-izzah-putrajaya



Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar mencadangkan agar Putrajaya merangka satu dasar sebuah dasar antibuli bagi mengekang budaya itu di peringkat sekolah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggagaskan perkara tersebut dalam reaksinya kepada kes seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang menjadi mangsa pembunuhan akibat dibelasah murid tahun enam di Kapit, Sarawak minggu lalu.

“Pekeliling SPI bil.8/ 2011 tentang Pengurusan Keselamatan di Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia harus dikaji semula bagi menerapkan elemen antijenayah buli yang efektif dan berkesan.

“Begitu juga dengan Tatacara Disiplin Murid Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang dilihat tidak berkesan dalam menangani jenayah buli,” katanya dalam kenyataan.

Nurul Izzah berkata kes itu wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Ternyata, insiden buli yang menyayat hati ini (adalah) bukti terkini bahawa persekitaran sekolah di Malaysia membahayakan dan tidak selamat buat anak-anak kita,” katanya.

Menurutnya lagi, Perkara 19 dalam Konvensyen Hak bagi Kanak-kanak UNICEF, perlu dijadikan penanda aras bagi menangani permasalahan jenayah buli.

“Kerajaan tidak boleh terus menafikan dan berdiam diri dalam membela keselamatan murid-murid di sekolah.

“Tindakan kerajaan yang pasif dan seakan termangu-mangu perlu diberi nafas reformasi dalam menangani jenayah buli,” tambah beliau.

“Kes buli di Kapit juga melibatkan calon UPSR yang bakal menghadapi peperiksaan pada September ini.

“Jelas menunjukkan bahawa murid sekolah rendah seawal usia 12 tahun berpotensi menjadi pembuli,” kenyataan itu dipetik.



Fahmi: Pendaftaran portal berita cabuli Perlembagaan

KEADILAN DAILY

FENG0266-01_fahmi_fadzil_20160107_620_413_100

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil membidas cadangan untuk mendaftarkan portal berita sebagai satu bentuk pencabulan ke atas kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, ia juga adalah satu bentuk serangan ke atas media dalam talian sebelum pilihan raya umum serta akan berfungsi sebagai satu bentuk “permit penerbitan”.

“Ini akan mengancam kebebasan media online kerana dipercayai portal berita yang menerbitkan

berita tidak disukai atau tidak sehaluan dengan Putrajaya boleh ditutup atau dihalang akses, seperti yang pernah berlaku sebelum ini kepada The Malaysian Insider.

“Oleh itu, pendaftaran portal berita melanggar semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara termasuk untuk media online khususnya portal berita,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, cadangan itu sengaja dibuat Putrajaya bagi menyukarkan penyampaian mesej kepada pengundi sekaligus menyebabkan orang ramai bergantung kepada media arus perdana sahaja untuk sumber maklumat.

“Langkah ini akan lebih menyukarkan KEADILAN dan Pakatan Harapan menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengundi, memandangkan media arus perdana sedia ada juga dimiliki dan dikawal rapi Umno BN.

“Oleh itu, ini akan mengakibatkan gelanggang pertandingan pilihan raya umum ke-14 menjadi lebih tidak adil dari yang sedia ada, dan akan mengukuhkan persepsi umum bahawa PRU14 bakal menjadi pilihan raya paling kotor yang pernah kita saksikan.

“Media merupakan tiang seri demokrasi, dan perlu dipertahankan dan diperkukuh – bukan dihalang sebegini rupa,” katanya.

Menteri komunikasi dan multimedia sebelum ini mengumumkan bahawa cadangan pendaftaran portal dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berada pada peringkat akhir sebelum dihantar kepada Peguam Negara.

Cadangan itu katanya dibuat demi ‘memantau’ portal berita serta memastikan jumlah pelawat yang membaca portal berita.

BERAPA TEBAL KULIT MUKA NAJIB KETIKA MELAWAT AMERIKA KALI INI?

shahbudindotcom


Di sebalik saman sivil dan siasatan jenayah DOJ berhubung penyelewengan dana 1MDB yang masih lagi berjalan dan tidak pernah dihentikan, Najib Razak mungkin berasa paling bangga menerima jemputan melawat Amerika Syarikat pada 10 hingga 12 September depan.

Dari segi politik dalaman Malaysia, lebih-lebih lagi berdepan PRU 14 paling mencabar baginya, setidak-tidaknya undangan Donald Trump itu membuatkan Najib dapat membuktikan kepada pengundi luar bandar dan rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah buruan DOJ dalam penyiasatan mereka.

Jentera propaganda Najib, pastinya akan mengulang-ulang dengan gembira perkara itu seolah-olah kemenangan sudah berada di ambang mata.

Jika sebelum ini Najib sudah agak lama tidak ke Amerika, begitu juga Rosmah sekian lama tidak membeli-belah di sana, lawatan ini pasti digunakan dengan sebaik mungkin untuk menafikan segala gambaran buruk itu.

Soal bahawa saman DOJ masih lagi berjalan tidaklah perlu diheboh-hebohkan kerana orang kampung mungkin terlalu sukar memahaminya. 

Kaitan Najib dengan skandal 1MDB dan hubungan beliau dengan Jho Low juga barangkali tidak penting bagi mereka.

Yang mustahak ialah Najib diperlihatkan boleh pergi ke Amerika dan tidak ditangkap ketika di sana. Malah beliau akan bertemu dan bebas mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika yang baru, Donald Trump.

Tetapi,  lawatan Najib kali ini tentu saja berbeza dengan beberapa kunjungannya sebelum ini. Selain media-media Amerika menggambarkan kunjungan dan perjumpaan Najib dengan Trump akan digunakan sebagai peluang untuk menyelesaikan saman dan siasatan DOJ berkaitan 1MDB, wajah Najib juga diberi gambaran yang jauh berbeza.

Najib juga tidak lagi sekadar disebut sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi mereka terang-terang melabelkan Najib sebagai pemimpin yang terpalit dengan skandal kewangan berbilion ringgit berkaitan 1MDB.

Tidakkah itu suatu gambaran  yang amat buruk kepada Najib sebelum kedatangannya ke Amerika, baik dari segi tujuan atau wajahnya sendiri? 

Dengan gambaran sedemikian, selesakah Najib dalam lawatannya kali ini?

Bagaimanakah penerimaan media, pegawai tinggi kerajaan Amerika dan Trump sendiri terhadapnya?

Jika ada sidang media dan Najib diasak dengan pelbagai soalan berkaitan hubungannya dengan Jho Low, kekayaan anak tirinya Riza Aziz, wang AS$731 juta dalam akaun peribadi "Malaysian Official 1" dan barangan kemas berjumlah AS$28.6 juta yang diterima oleh "isteri Malaysian Official 1",  mampukah beliau menjelaskannya dengan wajah tidak bersalah?

Meskipun tidak disebut secara spesifik, DOJ jelas mengatakan wang dan hadiah barang kemas itu adalah bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan dan sudah pasti media-media Amerika akan mengasak Najib dengan soalan-soalan panas dan ganas mengenainya?

Sebelum Najib memutuskan untuk menjawab atau mengelak asakan media itu, berapa tebal sebenarnya kulit muka beliau ketika datang ke Amerika kali ini? 

 

60 tahun Merdeka, tetapi ruang demokrasi sempit seperti dijajah UMNO


Roketkini.com

KLANG: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 esok bagaikan hilang ertinya apabila kerajaan UMNO-
Barisan Nasional (BN) menyatakan hasrat untuk mengawal kebebasan media atas talian di negara ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan MultImedia (SKMM).

Datuk Seri Salleh Keruak seperti dilaporkan kelmarin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan portal berita atas talian yang mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi untuk berdaftar dengan agensi berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengendali media atas talian sebelum mengambil sebarang keputusan bagi menyakinkan orang awam bahawa tidak berlaku sebarang tindakan pencabulan terhadap kebebasan media.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, adalah sukar untuk mempercayai kenyataan Salleh itu.

“Salleh patut tahu bahawa tidak ada sesiapapun yang akan termakan dengan jaminannya itu. Dan pihak kerajaan perlu diberitahu berulang kali bahawa tidak ada ertinya kebebasan jika kebebasan media itu sendiri tidak ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi Charles, Sambutan 31 Ogos akan lebih bermakna jika semua rakyat Malaysia dapat merai dan merasai hak kebebasan yang dijamin setiap individu dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

“Mengimbau semula pengalaman lepas, saya hanya nampak ruang demokrasi di negara ini semakin hari semakin menghilang, di mana pemerintah elit berterusan menentukan bagaimana kita harus berfikir, hidup dan berkasih sayang.

“Pengalaman itu memberikan saya perasaan seolah-olah dijajah semula oleh pihak penjajah yang menindas,” ujar beliau.

Kerajaan UMNO juga sebelum ini mengambil langkah terbelakang dalam aspek demokrasi apabila memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang antara lain memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat. – Roketkini.com