Ahad, 28 Februari 2016

DULU DI KEDAH, KINI SUDAH MEREBAK KE JOHOR

shahbudindotcom

Satu-satunya pemimpin UMNO yang ternampak masih rasional dan berani mengakui wujudnya cabaran besar berikutan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ialah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.
 
 
 
 
 
Saya akui keputusan itu menjadi cabaran besar bagi kami di Johor dan saya percaya UMNO perlu bekerja lebih keras, katanya lagi.

Sementara yang lain masih khayal dengan kenyataan-kenyataan  ampu, bodek dan puji yang menggambarkan sudah "kenyang termakan dedak"  atau dengan harapan diberikan lebih banyak lagi "tambahan dedak" berbanding mahu melihat realiti yang sebenar di depan mata.
 
 



 
 
 
Hanya beberapa hari setelah penggantungan Muhyiddin, tanda-tanda cabaran besar yang dibimbangi Khaled itu sudah muncul di Johor dan dipercayai akan terus membesar dari semasa ke semasa.

Jika sebelum ini pengguguran Mukhriz Mahathir menyebabkan banyak lambang BN diterbalikkan di Kedah sebagai tanda protes, sekarang ini perkara yang sama sudah berlaku juga di Johor.
 
 
 
 
 
Sama seperti Kedah, perubahan mungkin semakin sukar dielakkan di Johor. Dengan pembangkang sudah mempunyai 18 daripada 56 kerusi DUN, segala-galanya tidak mustahil berubah dalam pilihanraya akan datang ekoran ketidakadilan yang dimangsakan terhadap Muhyiddin.
 
 
 

Tiada ulasan: