Rabu, 30 November 2016

SOSMA bertentangan dengan Perlembagaan, mesti dimansuhkan

Mugshot Sivakumar

Roketkini.com


IPOH: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 adalah tidak sehaluan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang memberi kedaulatan kepada prinsip-prinsip demokrasi seperti hak bersuara dan hak berhimpun, justeru mesti dimansuhkan.

Lebih-lebih lagi apabila undang-undang itu disalahguna oleh pemimpin-pemimpin zalim yang cuba menangkap individu berlainan pendapat dan ideologi politik, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Menurutnya, SOSMA boleh dianggap sebagai satu muslihat kerajaan untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan wajah baru biarpun pelbagai janji diberi oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional kononnya ia berbeza.

“Kerajaan mendakwa akta itu dirangka untuk mencegah keganasan dan menangani ancaman keselamatan negara. Kerajaan juga beri jaminan SOSMA tidak akan digunakan terhadap pihak berlainan ideologi.

“Tapi, Seksyen 4(3) akta tersebut seolah-olah sengaja tidak difahami oleh mereka walaupun niat undang-undang itu amat jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Seksyen 4(3) SOSMA menyatakan, “Tidak ada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.”

Setiausaha Antarabangsa DAP itu menjelaskan, penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA baru-baru ini merupakan contoh ketara bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional bertindak menyalahi Seksyen berkenaan.

Sedangkan, kata Sivakumar, Maria adalah seorang aktivis yang menuntut pilihan raya bersih dan adil demi memperkukuhkan demokrasi berparlimen di negara ini.

“Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bangkit menentang undang-undang SOSMA yang kejam,” tegasnya. – Roketkini.com


Rohani: Polis akan hubungi Al Jazeera siasat laporan jual bayi

 
Rohani berkata, siasatan lanjut kementerian dan agensi berkaitan seperti KDN, Kementerian Luar dan JPN giat dijalankan.


Rohani-Abdul-Karim2_bayi_600


PUTRAJAYA: Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat hari ini menafikan dakwaan pemerdagangan bayi yang dikatakan berleluasa di negara ini seperti dilaporkan stesen televisyen Al Jazeera.

Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, laporan bertajuk ‘Malaysia: Babies for Sale-101-East’ yang disiarkan Al Jazeera, kononnya Malaysia adalah hab penjualan bayi merupakan satu dakwaan serius dan tidak mencerminkan keadaan sebenar di negara ini.

“Dokumentari itu ada alirannya dan seolah-olah menggambarkan begitu mudah menjual bayi di negara ini. Ini adalah tidak benar.

“Ia (penjualan bayi) tidak berleluasa di negara ini. Ia pernah berlaku kira-kira 3 tahun dulu, malah siasatan dijalankan dan tangkapan juga dibuat. Pada masa sama, bayi yang terlibat juga sudah diselamatkan,” katanya hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat membabitkan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia berhubung dakwaan yang disiarkan stesen televisyen asing itu.

Sementara itu, Rohani berkata, polis juga berhubung dengan kru produksi stesen televisyen Al Jazeera yang terbabit dalam penerbitan dokumentari itu untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kesahihan laporan tersebut.

Beliau berkata, siasatan lanjut kementerian dan agensi berkaitan seperti KDN, Kementerian Luar dan JPN giat dijalankan, selain polis turut menubuhkan satu unit khas untuk siasatan lanjut berhubung laporan itu.

“Kita juga memerlukan maklumat lanjut sama ada bayi berkenaan benar-benar dijadikan anak angkat atau untuk tujuan lain seperti jenayah seksual, buruh atau penjualan organ,” katanya.

Sementara itu, Rohani juga menjelaskan proses mengambil anak angkat secara sah bukan susah dan rumit sehingga mengambil masa bertahun-tahun seperti yang dilaporkan dokumentari itu.

Beliau berkata, proses mengambil anak angkat sudah dipermudahkan, termasuk boleh didaftarkan secara dalam talian.

“Namun begitu, Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menjalani penapisan dan pengesahan bagi memastikan hanya mereka yang layak dan benar-benar sahaja mendapat anak angkat. Ini mengambil sedikit masa,” katanya.

Berapa ramai ahli secara spiritual masih bersama Umno, soal PPBM


Ketua sayap Wanita PPBM berkata, Khairy Jamaluddin perlu bimbang tentang Umno dan bukannya melancarkan perang politik dengan parti berusia 2 bulan.


anina-saadudin_kj_umno_600_new


KUALA LUMPUR: Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menyoal sama ada Khairy Jamaluddin sedar berapa ramai daripada 3 juta ahli parti itu yang secara spiritual masih bersama Umno.

Beliau yang juga ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kepimpinan Umno kini harus sedar sama ada ahlinya masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepimpinan parti.

“Khairy perlu memberi fokus membawa kembali semangat Umno dan bukannya bimbang tentang kami (PPBM) atau berapa ramai penyokong kami.

“Terdapat ramai daripada mereka pada perhimpunan (Perhimpunan Agung Umno) itu tetapi adakah kepercayaan mereka masih terhadap Umno seperti sebelum ini. Jika tidak, mereka harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak?” soal beliau.

Beliau berkata, Khairy harus berusaha menerapkan kepercayaan dalam parti dan bukannya melancarkan perang politik dengan PPBM melainkan jika parti baru itu mampu menjadi ancaman besar kepada Umno.

“Beliau perlu bertanya mengapa mereka menghadapi ini (masalah). Mengapa ramai ahli Umno
tertanya-tanya sama ada mereka harus bersama parti itu,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai ucapan Khairy hari ini untuk perwakilan Umno.

Anina berkata PPBM bukan sahaja akan bertanding di semua kerusi kuat Umno di kawasan luar bandar tetapi “di semua kawasan yang Umno pertandingkan. Di mana sahaja mereka bertanding, kita akan bertanding,” katanya.

Beliau juga memberitahu FMT mula memakai tudung sejak 29 Nov. Anina menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan permintaan orang bawahan.

“Saya menghormati pendapat rakyat kerana saya tahu mereka suka saya. Tetapi hari ini, saya memakai hijab, bukan kerana sesiapa memaksa saya. Hati saya memberitahu saya untuk berbuat demikian kerana saya kini bersedia untuk fasa baru dalam hidup,” katanya.

Khairy, ketua Pemuda Umno semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 30 November berkata Umno dan PPBM akan berkempen terhadap penyokong yang sama, dan kesetiaan yang terbahagi adalah membimbangkan.

Oleh itu, beliau menghantar satu mesej yang jelas kepada perwakilan, dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, akan wujud garisan dan tiada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara sembunyi bersimpati dengan PPBM. Ahli Parlimen Rembau itu juga memberi amaran jangan memandang rendah terhadap PPBM.

Khairy juga mendedahkan terdapat berita yang tersebar tentang bagaimana kepimpinan PPBM mengarahkan penyokong mereka dalam Umno mengekalkan kesetiaan dan mengejutkan Umno dengan serangan hendap apabila pilihan raya umum diadakan.

Anina dipecat daripada Umno pada September tahun lalu selepas memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno serta pemimpin utama parti lain berhubung dakwaan pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Waspada ‘Pembangkang Senyap’ - Zahid

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK


 


KUALA LUMPUR: Ahli Umno diingatkan supaya berwaspada dengan kehadiran musuh baharu politik yang bersembunyi menerusi platform digital.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu kini bukan sahaja berhadapan musuh tradisi yang boleh dibezakan dengan lambang politik sebaliknya turut diancam pihak yang menyembunyikan identiti sebenar mereka.

"Musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan ini wujud tanpa kita sedari melalui platform dan gajet IT (teknologi maklumat).

"Kita perlu berhati-hati dan berwaspada kerana penanaman bibit-bibit ke arah mewujudkan komuniti kepembangkangan yang senyap ini dibuat dengan penuh teliti dan rapi,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2016 pada Selasa malam.

Selain itu, menerusi ucapan yang bertemakan ‘Dasawarsa Politik Mencabar’, Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas timbalan presiden Umno berkata, kehadiran komuniti pembangkang baharu itu dapat dirasai dengan jelas menerusi alam maya.

"Abad ke-21 ternyata telah mengubah landskap pembangkang kepada wujudnya suatu kelompok kepembangkangan, yang berpaksikan kepada dunia digital.

"Kita tidak nampak mereka secara jelas, tetapi kita dapat merasai kehadiran golongan kepembangkangan ini menerusi alam maya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, ahli Umno juga tidak boleh ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada parti.

"Saya ingin menggagaskan kepada ahli-ahli sayap Umno supaya bijak menguasai ruang siber atau cyberspace secara serius dalam menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan dari pihak seteru politik kita.

"Kita perlu keluar dari kepompong lama yang hanya pandai melihat dan memadam api, sebaliknya kita perlu proaktif mencari kelemahan pihak lawan dengan peluru-peluru fakta yang boleh menyedar dan menyakinkan khalayak,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid menggesa gerakan cybertrooper Umno supaya bersatu merancang strategi bagi menentang musuh baharu berkenaan.

"Angkatan cybertrooper perlu bersatu dalam menyusun strategi menentang musuh, bukannya sering berbalah sesama sendiri.

"Malah, saya tahu terdapat di kalangan mereka terjebak dengan agenda mempromosikan saudagar-saudagar politik yang menjenamakan tokoh-tokoh tertentu. Seharusnya kita perlu mencari titik pertemuan dan penyatuan pemikiran dan mengenepikan jurang perbezaan,” katanya.

UCAPAN PERTAMA ZAHID HAMIDI RASMI SAYAP2 UMNO HAMBAR DAN MENGECEWAKAN

 shahbudindotcom

Sejak malam hingga pagi ini, ramai kawan-kawan dalam UMNO menghubungi saya untuk memberi komen mengenai ucapan pertama Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, malam semalam.

Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan ucapan Zahid yang disifatkan hambar, mengecewakan, malah kadangkala boleh dianggap merapu.

Ucapan beliau dianggap tidak berapa kena dalam konteks merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO dalam suasana parti sedang kritikal dan dalam persiapan meghadapi PRU 14. Zahid seolah-oleh keliru tentang apa sepatutnya beliau lakukan.

Penampilan Zahid bukan saja dilihat tidak dapat menandingi apa yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin dan  Timbalan-Timbalan Presiden UMNO sebelum ini, malah ada yang menganggap ucapan beliau semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu jauh lebih baik lagi.

Bukan saja dari segi isi, malah cara Zahid menyampaikan ucapannya bagaikan serba-serbi tak tak menjadi.

Dengan prestasinya yang hambar dan mengecewakan itu, ramai yang mengatakan Zahid telah melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan wibawanya yang sebenar.

Kata kawan-kawan yang nakal pula, Hishammuddin tentu senyum-senyum saja dengan prestasi Zahid itu

Dari segi isi ucapan Zahid,  mari kita baca ulasan peguam Hanif Khatri mengenainya yang dipetik daripada laman Facebooknya. (SH 30/11/2016).

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

1. Pada 29.11.2016, Timbalan Perdana Menteri, ZAHID HAMIDI telah dipetik oleh MALAYSIADATELINE.COM sebagai berkata :

"Dan ingatlah semua bahawa sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita.",

"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwala' hanya di bibir.", dan

"Wala' saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita."

2. Wahai ZAHID HAMIDI, sebagai peringatan kepada semua terutamanya kepada diri saya sendiri :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menjalankan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan suatu hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil" (Al-Quran; An-Nisa : 58)

“Hai orang-orang yang beriman, bertawakkallah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.” (Al-Quran; At-Taubah: 119)

“Siapa saja yang dianugerahkan Allah sebagai pemimpin, tetapi dia tidak berbuat sesuatu untuk kebaikan umatnya (malah sebaliknya menipu dan menzalimi umatnya ), Allah akan mengharamkan surga untuknya.” (Hadith Riwayat : Bukhari)

"Orang yang paling sakit siksaan di hari kiamat adalah pemimpin yang zalim (curang).” (Hadith Riwayat : Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud). 

 “Sesudahku nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapa yang membenarkan kedustaannya dan membantu kezalimannya, maka ia tidak termasuk golongan dari umatku dan aku juga tidak termasuk darinya dan ia tidak akan datang ketelaga (yang ada di surga).” (Hadith Riwayat : Nasa’i dari Ka’ab).

3. JUSTERU, Wahai Zahid Hamidi, kalaulah Rakyat (atau ahli UMNO sekalipun) harus terima pengataan anda, bahawa NAJIB RAZAK hendaklah diterima dan disokong semata-mata kerana "sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita (UMNO)", TANPA HAK untuk SOAL keBATHILan dan keZALIMan, maka adakah anda, ZAHID HAMIDI menidakkan peringatan ALLAH S.W.T. dan RASULNYA kepada umat Islam (sebahagian kecil daripada peringatan yang mana adalah seperti yang dipetik di atas) ?? !!!

4. Saya yakin anda, ZAHID HAMIDI, semestinya lebih arif daripada saya dalam soal hukum-hakam dan tuntutan agama, maka, INGATLAH:

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!
 
 
 

Rani Kulup Terima 13 Jahitan Selepas Terjatuh

MSTAR ONLINE
 
 
Abdul Rani Kulup.
 
 
PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah terpaksa menerima 13 jahitan di tangannya selepas terjatuh ketika merasmikan sebuah pertandingan boling, Ahad lalu.

Insiden itu berlaku di pusat membeli-belah Summit di Subang Jaya dekat sini.

"Apabila saya membaling bola, saya terjatuh dan tangan kanan saya terkena palang besi pembahagi lorong boling.

"Saya tahu tangan saya cedera tetapi saya kekal tenang walaupun darah mula menitik," katanya.

Dia kemudiannya pergi ke sebuah klinik di USJ Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan ketika majlis itu masih berlangsung.

"Doktor beritahu kecederaan itu serius dan mencuci luka tersebut. Namun dia meminta saya untuk pergi ke hospital kerana luka perlu dijahit dan x-ray perlu dilakukan," katanya.

Abdul Rani berkata beliau pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk melakukan pemeriksaan x-ray dan luka itu dijahit.

"Saya menerima tiga jahitan di dalam dan 10 jahitan di bahagian luar tangan," katanya.

Jelas beliau, jahitan pada luka itu akan tertanggal sendiri dalam masa dua minggu.

Perwakilan Pemuda Umno Minta Najib Beratur Beli Minyak, Naik Bas

MSTAR ONLINE


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika mendengar ucapan wakil negeri Sembilan, Rizuan Ahmad pada Persidangan Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.


KUALA LUMPUR: Suasana Dewan Merdeka gamat apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta beratur membeli minyak masak dalam paket 1 kilogram bagi memahami sendiri masalah yang dihadapi rakyat.

Lebih menghangatkan suasana apabila perwakilan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Rizuan Ahmad turut mencadangkan supaya Najib menaiki bas henti-henti yang disediakan kerajaan.

Dua cadangan berkenaan disuarakan Rizuan susulan isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat sejak kebelakangan ini, khususnya akibat kenaikan harga bahan api dan pemansuhan subsidi minyak masak.

Tegasnya, kerajaan sentiasa mahu rakyat memahami situasi ekonomi semasa, namun pada masa sama enggan mendalami isu sebenar yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

“Mungkin Datuk Seri Najib tak pernah berbaris beli minyak masak paket satu kg.

"Kenapa Datuk Seri asyik cerita supaya kita naik bas? Datuk Seri cubalah naik bas…yang naik tu semuanya orang Bangladesh,” katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Beliau berucap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno yang secara kebetulan turut dihadiri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelas Rizuan, isu utama yang harus ditangani kerajaan ialah bagi memastikan subsidi dan kemewahan negara tidak dinikmati rakyat asing.

“Kita terlepas pandang bahawa warga asing yang tak bayar cukai mendapat nikmat yang sama rata dengan penduduk kita.

“Tak ada ke (pemimpin) bijak pandai dalam kerajaan boleh berikan satu idea supaya hanya rakyat Malaysia dapat keistimewaan ini?” soalnya.

Kemungkinan Gangguan Perkhidmatan Telekomunikasi Sehingga Jun 2017

MSTAR ONLINE
 
 
- Gambar hiasan
 
 
PETALING JAYA: Pengguna mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi berikutan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan di seluruh negara.

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam kenyataannya pada Rabu menjangkakan proses tersebut akan berjalan lancar dan kemungkinan terdapat berlakunya sedikit gangguan perkhidmatan kepada pengguna.

"Pengguna mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan pekhidmatan seperti panggilan terputus dan/atau kelewatan teks mesej/SMS dalam tempoh masa berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Penyedia perkhidmatan yang ditetapkan akan melakukan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan mereka di seluruh negara bermula pada September 2016 hingga Jun 2017.

CFM berkata, pengguna perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

"Bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum ini kepada orang awam dalam tempoh tersebut, penyedia perkhidmatan telah dijadualkan untuk melakukan proses penyusunan semula di stesen-stesen terpilih dari 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi.

"Walau bagaimanapun, tempoh masa yang diambil bagi proses tersebut mungkin berbeza dan bergantung kepada penyedia perkhidmatan masing-masing," katanya.

Jika pengguna mengalami gangguan perkhidmatan yang berpanjangan, CFM menyarankan agar pengguna menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan bantuan:


TALIAN HOTLINE MAXIS  1-800-82-112 or 123 (bagi pengguna Maxis)

DIGI  016-221 1800

CELCOM  019-601 1111 or 1111 (bagi pengguna Celcom)

SKMM  1 800 188 030

RUU 355: Mengapa mereka perlu risau?

RUU
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - "Mengapa orang bukan Islam perlu risau,ini bukan hudud," demikian merupakan kata-kata Exco Puteri Umno Shah Alam mengenai isu Rang Undang-Undang (RUU) 355 sewaktu sesi perbahasan di Perhimpunan Puteri Umno, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau meminta agar orang bukan Islam juga berhenti campur tangan dalam urusan orang Islam.

"Kami tahu apa yang kami lakukan, pindaan RUU 355 hanyalah  untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

"Ia bukan akta hudud sehingga mereka perlu masuk campur," katanya.

Selain itu, beliau juga sempat meminta agar segelintir pihak berhenti memburuk-burukkan Islam.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016  di Dewan Rakyat pada 24 November lepas.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.


Konkrit runtuh: Tiga kritikal, dua lagi masih tersepit


Konkrit runtuh: Tiga kritikal, dua lagi masih tersepit
Gambar yang viral di media sosial


KUALA LUMPUR - Tiga pekerja binaan dilaporkan kritikal selepas binaan konkrit setinggai bangunan dua tingkat runtuh di kawasan pembinaan di KL Eco City Bangsar petang ini.

Difahamkan dua lagi mangsa masih belum lagi dapat dikeluarkan akibat tersepit dengan runtuhan.
Jurucakap bomba berkata, ketiga-tiga mangsa berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan awal.

Operasi menyelamat melibatkan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Seputeh dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.33 petang.




 

Penerangan PAS Wilayah seru gerakkan kempen 3B

HARAKAHDAILY 


 


KUALA LUMPUR: Pimpinan dan ahli PAS Wilayah Persekutuan diseru menggerakkan kempen 3B untuk melebarluaskan lagi info berkenaan parti kepada rakyat awam.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamal Nazmi Nik Din ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pendekatan PAS sekarang telah menarik minat ramai masyarakat  awam khususnya mereka yang cintakan pendekatan sejahtera dan matang.

"Saya dapati ramai masyarakat netizen sudah mula menyedari kebaikan pendekatan politik matang dan sejahtera yang dikemukakan oleh PAS kali ini," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, peningkatan keahlian PAS secara luar biasa sekarang menuntut semua peringkat kepimpinan dan ahli menggerakkan kempen 3B untuk Harakah iaitu 'beli, baca dan beri'. (pas.org)


Hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Tian Chua, kekal

ASTRO AWANI


Hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Tian Chua, kekal
Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua yang didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, terhadap sabitan dan hukuman itu yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 23 Jan 2014.

Nordin dalam penghakimannya berkata alasan hakim Mahkamah Sesyen ketika menjatuhkan hukuman terhadap Tian Chua adalah sah dan memadai.

"Walaupun alasan penghakiman hakim Mahkamah Sesyen tidak ditandatangani dan tidak bertarikh tetapi bukanlah suatu ketidakadilan mengikut Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah (luar aturan tidak membatalkan prosiding)," katanya.

Nordin juga berkata kenyataan pembelaan oleh perayu (Tian Chua) hanyalah bersifat penafian semata-mata dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Mahkamah itu bagaimanapun membenarkan permohonan Tian Chua untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan akhirnya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Tian Chua diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. - BERNAMA 
 
 

Pesara maut dibaham buaya di Lahad Datu

ASTRO AWANI


Pesara maut dibaham buaya di Lahad Datu
Mayat Tigahari Madjami, 60, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba di sekitar lokasi kejadian kira-kira pukul 12.33 pagi Rabu. - Gambar hiasan
 
 
LAHAD DATU: Seorang bekas kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu yang baru bersara pada September lepas, maut dibaham buaya dalam kejadian pada tengah malam Selasa di pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) dekat sini.

Mayat Tigahari Madjami, 60, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba di sekitar lokasi kejadian kira-kira pukul 12.33 pagi Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Mohd Afendi K Ramin dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 12.07 tengah malam dan 10 anggota SAR bergegas ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menangkap ikan di pelabuhan POIC.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Semporna dengan bantuan Majlis Daerah selepas dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, bekas rakan sekerja mangsa, Zaini Jaukarin, 48, yang telah lama mengenali Tigahari, berkata rakannya itu merupakan seorang yang baik dan banyak membantunya ketika sama-sama berkhidmat di Majlis Daerah.
 
"Arwah memang seorang yang gemar menyelam dan memanah ikan di dalam laut," katanya ketika dihubungi.

Zaini yang turut mempunyai pertalian saudara dengan mangsa berkata jenazah dihantar pulang ke kampung asal di Sungai Gajah, Semporna dan dikebumikan petang ini. -- Bernama 
 
 

Ambil ubat guna SMS, Pos Laju atasi kesesakan di klinik kesihatan - Dr S.Subramaniam

ASTRO AWANI


Ambil ubat guna SMS, Pos Laju atasi kesesakan di klinik kesihatan - Dr S.Subramaniam
Kaedah berkenaan hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan dan tidak perlu berjumpa dengan doktor sahaja. - Gambar hiasan
 
 
PUTRAJAYA: Pengambilan ubat dengan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) sebelum datang ke klinik kesihatan dan penghantaran ubat ke rumah pesakit menggunakan khidmat Pos Laju merupakan langkah yang akan diperkenalkan di klinik kesihatan di bandar- bandar besar untuk mengatasi kesesakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kaedah berkenaan hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan dan tidak perlu berjumpa dengan doktor sahaja.

"Satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar ialah menetapkan temu janji untuk para pesakit berjumpa doktor iaitu sama ada waktu di waktu pagi, tengahari dan petang.

"Ini bertujuan memendekkan waktu menunggu pesakit," katanya kepada pemberita selepas membawa rombongan media dari Putrajaya menyertai sesi lawatan beliau ke Klinik Kesihatan Puchong di sini hari ini.

Kata Dr Subramaniam, selain langkah-langkah berkenaan beberapa klinik desa akan dinaik taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Katanya, terdapat 920 klinik kesihatan dan 2,000 klinik desa di seluruh negara.

Mengenai Klinik Kesihatan Puchong, beliau berkata klinik baharu bernilai RM25 juta sedang dibina di sebelah Klinik Kesihatan Puchong sekarang dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.
 
"Klinik yang baharu dijangka mampu mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi pada masa ini di mana 1,000 orang pesakit mendapatkan rawatan daripada 18 doktor bertugas.

Ada pesakit yang terpaksa datang seawal 6 pagi untuk mendapatkan nombor giliran," kata Dr Subramaniam lagi. - Bernama
 
 

Hutan simpan Pekan diceroboh, Najib perlu jawab

Oleh Rafizi Ramli

Minggu lepas, saya telah duduk berbincang dengan seorang pemberi maklumat mengenai kerosakan hutan simpan di Pahang yang beliau minta saya dan Ahli Parlimen Kuantan, Hajjah Fuziah Salleh sama-sama bongkarkan kepada orang ramai demi mengelakkan pelbagai malapetaka yang boleh berlaku akibat kerosakan tersebut.

hutan simpan

Beliau telah menunjukkan secara terperinci peta-peta yang diperolehi dari gambar-gambar satelit yang kemudiannya dipadankan dengan peta perhutanan dari Jabatan Perhutanan dan maklumat persempadanan dan pewartaan tanah dari pejabat-pejabat tanah. Hasilnya ialah sebuah peta yang menunjukkan:

1. Sempadan hutan simpan yang diwartakan mengikut setiap daerah di Pahang

2. Keadaan sebenar muka bumi hutan simpan tersebut mengikut jalur warna: merah bermakna pokok telah ditebang dan diterokai sementara hijau bermakna hutan simpan masih dikekalkan

Saya telah menyemak peta-peta ini dengan peta yang diperolehi dari industri pembalakan melalui beberapa orang individu yang saya kenali dan ada asas yang kukuh bahawa peta-peta dari gambar-gambar satelit yang dibekalkan oleh pemberi maklumat ini adalah benar.

Saya telah berbincang dengan YB Fuziah Salleh dan bersetuju bahawa isu pembalakan atau pencerobohan hutan yang berlaku di Pahang perlu dibawa ke pengetahuan umum. Bukan sahaja ia satu aktiviti jenayah yang mencuri harta rakyat, ia mendatangkan kesan kepada alam sekitar yang menyumbang kepada fenomena banjir pada skala besar yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Saya sertakan peta kawasan-kawasan hutan simpan di daerah Pekan yang diwakili oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Di dalam daerah Pekan, mengikut maklumat dari Jabatan Perhutanan Pahang dan maklumat-maklumat lain, terdapat 8 hutan simpan yang diwartakan seperti berikut:

1. Kedondong
2. Pekan
3. Pekan (Tambahan)
4. Sg. Miang (Paya Laut)
5. Bebar (Paya Laut)
6. Nenasi
7. Resak
8. Resak (Tambahan)

Rujuk kepada peta di atas dari imej satelit, saya telah tandakan kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan-hutan simpan Pekan (Tambahan) dan Kedondong tetapi imej satelit menunjukkan kawasan hutan ini telah diterokai (ditandakan dengan warna merah berbanding hijau yang belum diterokai.

Malah, keadaan yang sama berlaku di kawasan hutan simpan yang lain di Pekan. Maklumat dari kajian pemetaan yang telah diserahkan kepada saya menunjukkan pencerobohan dan penerokaan berlaku di kesemua 8 hutan simpan di daerah Pekan yang melibatkan anggaran keluasaan 4,829 hektar hutan simpan.

Saya menunggu maklum balas peribadi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana ini adalah di dalam Parlimen beliau sendiri dan berlaku di bawah pengawasan beliau.

Saya juga ada maklumat lanjut mengenai perkara yang sama di seluruh negeri Pahang dan akan mendedahkan satu persatu bagi setiap daerah di Pahang sehinggalah ada maklum balas yang kukuh dan tindakan diambil untuk menghentikan pencerobohan ini.

Saya juga akan terus menyiasat untuk menentukan siapakah sebenarnya dalang di belakang kegiatan pencerobohan ini dan meneliti segala kelemahan pengurusan hutan sehingga menyebabkan berleluasanya aktiviti pencerobohan sebegini.

Paling penting, inilah sebenarnya tugas seorang ahli parlimen seperti saya dan Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu menjaga khazanah rakyat. Hakikat bahawa perkara ini berlaku di dalam kawasan parlimen beliau sendiri menimbulkan tanda tanya sama ada beliau mengambil berat perkara-perkara seperti ini.

* Rafizi merupakan Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden KEADILAN

Selasa, 29 November 2016

ECRL - PELABURAN ATAU HUTANG?

 shahbudindotcom


Dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam, antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan dari China.

Sambil merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib berkata, "kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal, bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai."

"Selama ini tak timbul...apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?" soalnya.
 
 
 
 
Projek ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.

Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?

Jika dilihat berdasarkan  fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan untuk membuka cawangannya di Malaysia.

Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.

Bagaimana Najib boleh mengatakan ECRL adalah suatu pelaburan, sedangkan kita kena membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat China untuk tempoh selama 20 tahun?

Sejak bila terma pelaburan perlu dibuat bayaran balik?

Bukankah ia sebenarnya suatu bentuk hutang dengan China?

Apakah  tiada syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek ECRL itu?

Sudahlah begitu, diberikan pula lesen bank, pembelian kapal laut, keretapi laju ke Singapura dan pelbagai lagi, semuanya juga kepada syarikat dari China.

Dengan itu, salahkah jika ada yang mengatakan kita bukan saja gagal, malah juga sedang menggadai? 


Serangan di Ohio State University, semua pelajar Malaysia selamat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat pada Isnin.
 
"Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat," menurut Education Malaysia Washington DC.
 
Media Amerika melaporkan seorang pelajar telah merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang para pelajar lain dengan pisau pemotong daging. 
 
Penyerang kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.
 
Siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama ada serangan itu adalah tindakan keganasan.
 
Penyerang dikenali sebagai Abdul Razak Artan, seorang penduduk tetap Amerika Syarikat dari Somalia yang merupakan pelajar pengurusan logistik di universiti berkenaan.
 
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.
 
 

UMNO LEBIH ISLAMIK DARIPADA PAS?

 shahbudindotcom


 
 
Menurut pemimpin UMNO, Nazri Aziz, tindakan Pas mahu meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikuatkuasakan adalah kerana parti itu selama ini gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam.

Katanya, hukuman sedia ada tidak mencukupi untuk memberi pengajaran buat rakyat negeri itu, lalu menyebabkan Hadi Awang mahu menambahnya.

Pas Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu dia menjadi Menteri Besar Terengganu, enakman di sana juga turut ditukar.

Maknanya, Pas gagal. Kalau dia berjaya, dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau Pas berjaya, saya rasa semua rakyat negeri Kelantan akan puasa, ini tidak, dia nak tambah lagi hukuman, ujar Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Sehubungan itu, tambah Nazri, tindakan UMNO memberi laluan kepada usul Hadi itu sebenarnya ialah kerana mahu membantu Pas sebab parti itu telah gagal di Kelantan.

Malah, tegasnya,  UMNO tidak minta pun untuk menambah hukuman sedia ada.

Dengan kata lain yang mudah difahami, maksud Nazri ialah UMNO lebih Islamik berbanding Pas dan negeri-negeri yang ditadbir parti itu juga lebih Islamik rakyatnya berbanding di Kelantan yang dikuasai oleh Pas sejak 1990 lagi.

Lebih spesifiknya, barangkali juga ia bermaksud Najib lebih Kuat Islamnya daripada Hadi Awang atau Nazri Aziz sendiri lebih warak berbanding Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Aduhhh...tak sakit jantungkah Hadi Awang, Hashim Jasin, Ahmad Yaakob, Nik Amar Abdullah dan lain-lain pemimpin Pas dengan tamparan hujah "Ustaz Nazri Aziz" kali ini?


Umno berhempas pulas melawan mautnya





 
Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR


BUKAN mudah nak pengaruhi orang untuk menyertai PAS pada masa itu, apatah lagi nak ajak membantu kerja-kerja pilihan raya secara percuma. Terpaksalah tulang yang hanya beberapa kerat ini melakukan semuanya, kadang-kadang malu juga diejek orang-orang Umno, maklum mereka ramai, mereka angkut bahan pilihan raya dengan lori, sedangkan saya dan rakan-rakan hanya gunakan motosikal sahaja.

Mereka ada semuanya, kita kekurangan segalanya, "kita buat apa yang kita mampu", pesan otai-otai kepada saya. "Allah mengetahui kemampuan kita dan Allah akan menilai apa yang kita kerjakan, tidak ada sesuatu yang dimiliki oleh manusia akan kekal, sampai ketikanya ia akan lemah, begitulah juga Umno, sekarang mungkin mereka kuat, tapi sampai ketikanya dia akan lemah," katanya lagi.

Terfikir juga saya, apakah Umno akan menemui zaman lemahnya, sedangkan masa itu saya melihat Umno seperti gunung besar yang tidak mungkin boleh diruntuhkan oleh jentera PAS yang terlalu kecil. Namun itulah keyakinan orang PAS, "selagi dasar PAS itu Islam, maka PAS akan semakin kuat dan Allah akan memeliharanya sebagaimana Allah memelihara Islam," inilah antara kata-kata yang saya sering dengar ketika saya hadir usrah zaman 80-an dulu.

Allah lanjutkan usia saya sehingga kini untuk menyaksikan sendiri kebenaran kata-kata tersebut. Betapa Umno kini terpaksa berhempas pulas untuk melawan agar mautnya tidak datang dengan lebih awal kesan daripada kehilangan kepercayaan rakyat apabila pemimpinnya terpalit dengan pelbagai isu dan juga tindak balas daripada kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barang, minyak, GST dan lain-lain yang sangat membebankan.

Beberapa negeri telah bertukar tangan kepimpinannya, sesuatu yang saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Namun sejarah juga telah membuktikan mana-mana parti atau jamaah jika berdasarkan Islam ia akan bertahan lama seperti Ikhwanul Muslimin walaupun diperlakukan dengan begitu rupa namun ia masih kekal sehingga kini, sudah ribuan pejuang HAMAS dibunuh, hampir semua pimpinan utamanya dibunuh, namun Islam yang sentiasa hidup melahirkan pemimpin-pemimpin baru menyambung semula delegasi perjuangan pemimpin terdahulu.

Begitulah janji Allah terhadap masa depan Islam yang pasti akan meraih kemenangan, kita cuma perlu bersabar dan istiqamah meniti masa dengan menggengam Islam seerat-eratnya, menggigitnya dengan geraham, jangan dibuang dasar dan prinsipnya meskipun peluru fitnah, caci maki dan sebagainya menghujani tanpa henti, kerana masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan adalah juga masa depan bagi PAS jika sekiranya PAS cekal, tabah mempertahankan dasarnya iaitu al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias.

Lelaki dipukul buluh: Polis minta kerjasama masyarakat buru penyerang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki berbaju BERSIH5 dalam video viral yang memaparkan serangan terhadap seorang lelaki dipercayai warga asing.
 
"Kita tidak dapat kenal pasti di mana kejadian itu berlaku, siapa mangsa, (siapa) yang kena pukul.
 
"Jadi kalau mana-mana orang yang kenal orang itu, yang memukul pakai baju BERSIH Itu, beritahu kita," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
Katanya, polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam siasatan mereka itu.
 
Semalam Antarapos melaporkan satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipukul bertalu-talu dengan batang buluh, menjadi viral di laman sosial.
 
Dalam video berdurasi 15 saat itu, kelihatan mangsa yang dipukul di penjuru bilik merayu kepada si pemukul agar menghentikan perbuatannya.
 
Bagaimanapun, mangsa tetap dipukul berulang kali di bahagian kaki. 
 
Manakala seorang lagi lelaki berbaju BERSIH5 yang turut berada di dalam bilik tersebut hanya memerhatikan kejadian tersebut.
 
Sehingga kini, punca dan butiran kejadian tidak dapat dipastikan.
 
Ramai netizen menggesa pihak polis campur tangan dan menyiasat kejadian tersebut.
 
 

5 juta baik pulih kawasan tanah runtuh di Serendah - Azmin

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
HULU SELANGOR: Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini Sabtu lalu.
 
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih akan  dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.
 
Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.
 
"Setakat ini 'sheet pilling' atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga mengalir," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di taman tersebut.
 
Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.
 
Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu.
 
 

Konvensyen pertama AMANAH pada 10, 11 Disember

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: AMANAH akan mengadakan konvensyen pertamanya bermula 10 Disember ini di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.
 
Konvensyen selama dua hari yang bertemakan "Amanah Demi Negara" akan mengemukakan satu dokumen tawaran atau garis besar hala tuju parti terbabit.
 
"Kita akan adakan mesyuarat agung bagi meluluskan Perlembagaan yang telah kita buat dan insyaAllah, kita akan terjemahkan kepada bahasa Melayu.
 
"Konvensyen juga akan mengemukakan dokumen asas yang menjadi tawaran parti kepada rakyat. Satu dokumen tawaran, garis besar, hala tuju parti tetapi bukan manifesto pilihan raya tetapi adalah satu piagam," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir. 
 
Konvensyen berkenaan akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
 
AMANAH ditubuhkan pada Ogos 2015 dan kemudian dilancarkan pada 16 September tahun yang sama. Ia diasaskan oleh bekas pimpinan PAS selepas mereka kalah dalam pemilihan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu.   
 
Dalam sidang media yang sama, Mohd Anuar turut mengumumkan kemasukan dua tokoh akademik ke dalam parti itu iaitu Dr Tajul Ariffin Noordin dan Dr Mohammad Azmi Othman. 
 
 

Fitnah antara empat cabaran terbesar Umno - Salleh

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang adalah antara empat cabaran utama Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, selain pengundi muda, perpecahan dalaman dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata jentera penerangan Umno harus bangkit melawan fitnah dengan hujah dan fakta yang jelas supaya rakyat tidak terpengaruh dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak lawan.
 
Katanya jentera penerangan dan anggota Umno tidak sepatutnya hanya berdiam diri apabila mendapati terdapat fitnah yang dilemparkan terhadap Umno terutama melalui media sosial, sedangkan mereka mengetahui ia adalah tidak benar.
 
"Masalahnya kita sendiri yang menyebarkan fitnah itu...ini saya lihat sendiri di aplikasi WhatsApp, dia kongsi fitnah yang katanya dia dapat dari 'group sebelah', seronok dengar fitnah dari pihak lawan sedangkan kita ada fakta yang baik yang boleh kita sebarkan.
 
"Ada juga yang minta saya sekat laman tertentu...memanglah kalau salah akan diambil tindakan tetapi sepatutnya bila kita tahu itu fitnah kita lawan dengan fakta dan hujah dahulu," katanya semasa merasmikan Konvensyen Penerangan Media 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Selasa.
 
Konvensyen julung kali diadakan itu sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 yang bertujuan memantapkan saf jentera penerangan Umno bagi menghadapi PRU14 akan datang.
 
Salleh berkata cabaran yang dihadapi daripada pengundi muda juga amat besar apabila mereka mudah mempercayai apa sahaja yang disebarkan melalui media sosial sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
 
Menurutnya jentera penerangan Umno perlu mencari jalan untuk memahami dan mendekati 'generasi gajet' itu bagi meyakinkan mereka bahawa Umno adalah parti yang bergerak dalam satu pasukan yang jelas.
 
"Pihak lawan tiada pasukan pun, bergaduh antara mereka. Terangkan kekurangan di pihak lawan ini dan apabila mereka dapat lihat ini, mereka akan nampak kebaikan parti kita," katanya.
 
Menurutnya, Umno juga perlu mengelakkan perpecahan dalaman parti dan terus memperjuangkan ideologi mempertahankan kontrak sosial untuk memastikan parti keramat Melayu itu terus kekal bertahan."Kita hanya ada satu ketua iaitu Presiden kita, itu prinsip berorganisasi.
 
Jika terlalu banyak subpemimpin, sejarah membuktikan parti tidak kuat. 
 
"DAP dapat bertahan lama kerana parti itu ada perjuangan iaitu melawan perjuangan Umno," jelas Salleh.
 
Mengenai Dr Mahathir, katanya bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu kini bersekongkol dengan DAP yang memperjuangkan ideologi yang jelas bertentangan dengan dasar perjuangan Umno iaitu mempertahankan kontrak sosial.
 
Salleh turut berkata Umno tidak boleh dilihat eksklusif untuk orang Melayu sahaja dan bersifat politik retorik, sebaliknya perlu bersifat inklusif dan berjuang untuk rakyat keseluruhannya.
 
 

Impian Sabah: Doktor redah hutan, sungai beri rawatan percuma

kem-kesihatan6

Oleh Hafiz Zainuddin


PENSIANGAN: Menjangkau dan membantu masyarakat pedalaman yang terpinggir dari arus pembangunan bukan sekadar coretan pengalaman semata-mata tetapi juga satu usaha mulia memartabatkan nilai manusiawi.

Begitulah yang dapat disimpulkan dari usaha murni Impian Sabah yang mengisi kelompongan dan kegagalan sistem penyampaian khidmat kerajaan melalui penganjuran Kem Kesihatan percuma kepada mereka yang terpinggir menikmati kemudahan itu dengan sempurna.

kem-kesihatan9 

Kem Kesihatan Impian Sabah merupakan langkah pro-aktif khidmat kesihatan percuma kepada golongan sasar.

Ia telah dianjurkan dengan jayanya buat kali kedua pertengahan bulan lalu di Pensiangan, sebuah daerah luar bandar yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Apa yang membanggakan, masih ramai golongan doktor termasuk pakar dari serata Malaysia sanggup turun ke pedalaman Sabah meredah hutan, sungai dan perjalanan yang panjang demi berbakti kepada mereka yang memerlukan.

kem-kesihatan8

Semangat kesukarelawanan yang ditonjolkan golongan itu tanpa mengenal warna kulit, agama, budaya dan taraf ekonomi wajar menjadi contoh kepada seluruh peringkat masyarakat sesuai dengan slogan Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Menurut Penyelaras DAP Pensiangan Adrian Lasimbang, Kem Kesihatan kali kedua di Pensiangan ini merupakan kesinambungan kem kesihatan yang dianjurkan September lalu meliputi tiga buah kampung di daerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook iaitu di Kampung Simbuan, Kampung Dalit dan Kampung Bonor dengan kehadiran lebih 750 pesakit.

kem-kesihatan7 

Pada kali ini, kem itu yang diadakan di Pekan Pensiangan, Kampung Inakaak dan Kambung Balaron DUN Nabawan turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 600 pesakit.

“Selain pemeriksaan dan konsultasi kesihatan, Kem Kesihatan ini turut menyediakan rawatan pergigian dan pemeriksaan mata kepada penduduk yang memerlukan di samping membekalkan ubat-ubatan secara percuma melalui kaunter farmasi.

“Mereka yang mempunyai masalah penglihatan mendapat cermin mata percuma,” jelasnya.

Penyelaras Kem Kesihatan Impian Sabah Ho Chung Shin berkata, jumlah penduduk yang hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan melebihi jangkaan.

“Saya ucapkan ribuan penghargaan kepada penduduk khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat setempat yang telah membantu menjayakan misi ini.

“Jumlah kehadiran yang besar ini adalah petunjuk yang jelas kepada keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik dan keperluan mendesak rakyat di kawasan pedalaman,” katanya.

kemkesihatan1

Kem Kesihatan yang dianjurkan oleh Impian Sabah merupakan salah satu inisiatif DAP Sabah dalam membantu dan menjangkau keperluan asas masyarakat pedalaman yang terpinggir.

Selain Kem Kesihatan, Impian Sabah turut melaksanakan kem-kem pendidikan yang memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak.

Impian Sabah juga turut aktif menjalankan projek-projek infrastruktur seperti menyediakan khidmat bekalan air graviti, sistem pengairan, pembinaan jalan raya dan projek janakuasa hidro bagi membekalkan kemudahan elektrik secara percuma kepada penduduk khususnya di pedalaman.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://impianmalaysia.com/  -Roketkini.com


Tak hadir Bersih 5 adalah keputusan

Oleh SUBKY LATIF 





APABILA PAS membuat keputusan tidak sertai Bersih lima, atas apa sebab jua, ia adalah keputusan parti yang wajib dipatuhi oleh setiap penyokong terutama yang menjadi ahli.   
Tidak perlu dibuat arahan jangan pergi, memadai memaklumkan PAS memutuskan buat yang kelima ini PAS tidak serta.

Jika ia diikuti dengan arahan, ia adalah sekadar hendak mengingatkan ahli parti itu bukan saja wajar bahkan wajib mematuhi keputusan parti. Keputusan parti adalah dasar parti.
   
Telah disebutkan dalam perlembagaan dasar parti ialah Islam, apa yang ada dalam perlembagaan, apa yang diputuskan oleh muktamar dan oleh mesyuarat parti dari semasa ke semasa, apa yang disampaikan oleh Presiden dan anggota Dewan Harian kecuali Bendahari. Cakap bendahari tidak dikira cakap rasmi parti.
    
Syarat seorang yang hendak menjadi ahli parti ialah setuju dan patuh kepada dasar dan keputusan parti dari semasa ke semasa. Apabila ada yang tidak patuh kepada keputusan bererti dia telah melanggar dasar yang diterimanya pada masa mengisi borang keahlian parti.
    
Parti wajar memantau apakah ahli mematuhi keputusan parti, tetapi ahli itu  sendiri wajib memestikan dia patuh kepada keputusan. Ahli yang baik boleh tidak setuju dengan keputusan tetapi dia tidak membantahnya. Apabila dia tidak patuh, dia telah tidak menjadi ahli yang baik lagi.
   
Tidak sertai Bersih 5 boleh ahli takwil tetapi dia tidak boleh tidak mematuhinya. Kita boleh beri pandangan berbeza sebelum keputusan dibuat tetapi setelah keputsuan dibuat wajib patuh. Jika tidak puas hati simpan dalam hati.
  
Itulah namanya ahli yang berdisiplin. Disiplin dan kepatuhan iu adalah prasyarat kejayaan dan wibawa parti.
    
Kalau mahu PAS menguasai Putrajaya, penyokong parti mesti disiplinkan dirinya. Ada cerita tentang satu jihad tidak berjaya. Setelah disiasat didapati ada seorang soldadu tak gosok gigi. Maka soldadu itu dikeluar dari pertempuran. Perang itu dimenangi mujahidin. Demikianlah pentingnya kesetiaan dan disiplin.
    
Mungkin ahli memikirkan dia berjuang di medan demokrasi. Justeru demokrasi itu bebas menentukan sikap, ahli tak perlu patuh kepada keputusan yang  tidak disukainya. Kalau Umno dan DAP sebagai parti sekular menekankan pentingnya kepatuhan dan disiplin, PAS sebagai jamaah Islam tentulah tidak berakhlak meremehkan kepatuhan.
   
Keputusan kadang pahit untuk ditelan, tetapi jadam yang pahit itu adalah ubat.
   
Maka yang perlu bagi PAS memastikan ahli patuh dan berdisiplin. Bila disiplin ada, memadai PAS umumkan tidak sertai Bersih 5 tanpa arahan penyokong tahu kewajipannya. Mengapa PAS putuskan demikian, maka penyokong boleh dapatkan penjelasan mengikut peruntukan yang ditentukan oleh parti.
    
Bukan demo Bersih sebelum ini tiada kebaikan langsung. Antara kesannya BN hilang undi popular dalam PRU13. Didakwat jari setiap pengundi. Berturut-turut BN hilang majoriti dua pertiga. Ada kesannya, tetapi PAS tentu ada hikmah dan hujah politik ia tidak serta kali ini.
   
Sokongan PAS tidak diharga pembangkang. Antaranya mengira pembangkang boleh menang tanpa PAS. Justerunya digalakkan gantian PAS dalam pakatan pembangkang. Maka PAS mahu mengetahui ia berharga atau tidak dan lebih penting memastikan ia ada harga diri.
    
Mungkin juga ketika yang sama ia mencari atau ada alternatif lain menawan Putrajaya selain unjukrasa. Ke Putrajaya bukan satu hala saja. Banyak hala. Yang tidak disertai Bersih 5 adalah strategi. Strategi boleh berubah


Tangkapan oleh SPRM di Melaka : 5 soalan kepada Idris Haron

 
Oleh SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN


Keadilan Melaka menyokong tindakan tegas yang diambil oleh SPRM dengan membuat tangkapan terhadap dua orang pegawai kanan Kerajaan Negeri Melaka.Mereka yang ditangkap dipercayai terbabit dalam kes rasuah termasuk meminta wang suapan terhadap beberapa kelulusan projek.

 Ada beberapa maklumat diterima mereka yang ditangkap telah melakukan rasuah sejak sekian lama dan merupakan amalan mereka untuk memenuhkan periuk nasi mereka sehingga kepentingan rakyat diabaikan dalam beberapa projek yang dikaitkan dengan rasuah.

 Saya ingin lontarkan 5 persoalan terhadap Idris Haron susulan tangkapan oleh SPRM ini:

Pertama apakah kerajaan negeri di bawah KM Idris Haron tidak menyedari akan kewujudan perasuah dalam jentera kerajaan ?

Kedua, adakah pegawai tersebut merupakan pegawai yang dikekalkan sejak dari zaman Tan Sri Ali Rustam menjadi Ketua Menteri ?

Ketiga, apakah pegawai itu telah melakukan kegiatan rasuah sejak Ali Rustam menjadi Ketua Menteri lagi ?

Ke empat, Apakah Idris tiada maklumat langsung mengenai kegiatan keji pegawai ini ?

Dan soalan yang terakhir, apakah pegawai kerajaan itu sahaja yang terlibat dalam melakukan sogokan tanpa melibatkan kepimpinan politik?

Keadilan Melaka mendesak supaya Idris Haron dan kerajaan negeri menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan kerana ini melibatkan imej dan integriti kerajaan negeri. Keadilan Melaka juga menyeru supaya SPRM bertindak lebih berani dengan menangkap jerung-jerung besar yang masih berleluasa "menyamun" tanpa rasa takut.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ahli Parlimen Bukit Katil
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Setelah dikurung tanpa bicara, Maria Chin terima ugutan peluru hidup pula

img_9916

Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Setelah dikurung selama sepuluh hari tanpa bicara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA), Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menemukan sampul surat berisi peluru hidup dan ugutan bunuh di rumahnya pagi ini.

Maria yang hadir ke mahkamah untuk pendengaran permohonan habeas corpus-nya, membuka sampul kecil yang dikokot kelilingnya, berisi sebutir peluru berkaliber .45 automatik.

Peluru tersebut dihantar bersama beberapa helai kertas kosong, dan salah satunya bertulis ‘Last Warning If Not R.I.P Marina & Family’. (Amaran terakhir, jika tidak, RIP Marina dan Keluarga).

“Inilah jenis ancaman yang saya terima sebelum perhimpunan (Bersih 5),” katanya kepada media di luar kamar mahkamah sambil mempamerkan peluru tersebut.

“Tindakan sebegini mesti dikecam, dan saya harap tindakan akan diambil oleh pihak polis ke atas orang yang bertanggungjawab melakukan ancaman ini.” tegasnya.

Ini merupakan ugutan bunuh ketiga yang diterima oleh beliau dan keluarga, sejak kempen Bersih 5 bermula Oktober lalu.

Dua ugutan pertama berupa mesej dan gambar yang disunting, memaparkan Maria dan tiga anaknya dihukum bunuh ala pengganas Da’esh.

Menurut beliau, belum ada respon dari pihak polis sama ada mereka telah menemui pihak-pihak yang bertanggungjawab di sebalik ugutan bunuh terbabit.

Ibu kepada tiga anak itu dibebaskan daripada tahanan SOSMA tengah hari semalam setelah ditahan sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 5 19 November lalu. 

Hakim Yang Arif Datuk Nordin Hassan enggan mendengar penghujahan peguam-peguam Maria tentang keabsahan tahanan beliau di bawah akta yang membenarkan tahan tanpa bicara tersebut memandangkan beliau telah bebas. – Roketkini.com

Isnin, 28 November 2016

TANDA2 UMNO SEMAKIN PARAH

shahbudindotcom


UMNO bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya. Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi kelaziman sekarang?
 
 
 
 
Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim...
 
 
 
 
Siapa yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan penyerang yang bagaikan "naik angin"  mahu menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad?

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...
 
 
 
 
Siapa yang mengetuai Kumpulan Baju Merah yang bukan saja cuba melakukan gangguan kepada pihak lain yang mahu berhimpun secara aman, bahkan juga dilaporkan berkelakuan tidak senonoh di sebalik gerakan mereka langsung tidak mendapat sambutan?

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus...

Masihkah mahu dikata UMNO tidak terlibat dalam semua kejadian itu?

Kenapa perlakuan ahli dan pemimpin UMNO semakin pelik dan di luar kebiasaan sejak kebelakangan ini?

Adakah ini tanda-tanda mereka sedar bahawa mereka akan kalah pilihanraya?