Kebenaran tidak akan dapat ditutup dengan kepalsuan,
skandal melibatkan pemimpin tertinggi negara akan terus didedahkan,
tegas Azmin
PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan segera menamatkan sekatan terhadap laman berita The Malaysian Insider (TMI) tanpa syarat.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu lagi langkah terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk “membisukan” media bebas.
“Ini adalah satu lagi kes penyalahgunaan kuasa eksekutif dalam senarai panjang pencabulan Perlembagaan oleh kerajaan untuk menundukkan organisasi media bebas.
“Kami mengingatkan Najib bahawa rakyat tidak akan diperbodohkan kerana kebenaran tidak akan dapat ditutup dengan kepalsuan, skandal melibatkan pemimpin tertinggi negara akan terus didedahkan,” kata Menteri Besar Selangor itu.
SKMM menerusi kenyataannya menjelaskan, sekatan terhadap TMI dibuat di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas sebab melanggar Seksyen 233 akta yang sama, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Badan itu juga memberi amaran kepada laman berita yang lain agar tidak menyiarkan laporan yang tidak ditentukan kesahihannya kerana boleh “mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan