Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.
Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider
Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.
Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.
Kelihatan para penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian pelbagai pihak ekoran kedudukannya di lereng bukit yang dilihat strategik berbanding kedudukan penyokong BN di bawah bukit.
Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.
Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.
Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.
Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.
Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.
Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.
Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.
Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.
“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.
Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.
Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.
Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.
Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.
Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.
Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.
Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.
Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.
Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.
Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.
Zulkifli Sulong is a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa
Selasa, 31 Mac 2009
Kumutha Rahman memang sentiasa mengejutkan !
Wartawan Buletin
Bukit Gantang - Anak gadis berbangsa India yang mengejutkan dunia politik tanahair pada pilihanraya umum yang ke 12 Mac, 2008, turut bersama dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.
Semalam, Kumutha A/P Rahman telah berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur di Taman Indah, Simpang, disini.
Beliau merupakan calon PAS yang pertama dari kaum India dan juga calon perempuan pertama dari kaum India yang bertanding atas tiket PAS.
Kumutha bukanlah calang-calang wanita kerana beliau adalah seorang peguam yang memiliki ijazah undang-undang United Kingdom.
Dalam ucapannya semalam beliau memberitahu sebab apa beliau tertarik dengan PAS dan menjadi ahli Kelab Penyokong PAS.
Katanya tidak ada dalam perlembagaan PAS orang-orang bukan Islam mesti masuk Islam untuk menyokong dan mengundi PAS.
Beliau sekaligus menyelar UMNO, katanya, UMNO ‘tak faham bahasa’.
"dalam buku (perlembagaan PAS) tu satu perkataan pun tidak mengatakan yang (orang) India atau Cina kena (convert) masuk Islam,
"tapi UMNO yang tak faham bahasa, dia (UMNO) cakap yang bukan-bukan, (kata pemimpin UMNO) kalau orang Cina dan orang India pilih PAS, kena masuk Islam, memang tak ada"katanya dalam majlis Hi-Tea semalam
Menurutnya itulah fitnah yang diberitahu oleh UMNO kepada rakyat Johor, terutamanya kepada orang-orang bukan Islam.
Beliau berkata pemerintahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama' memang baik dan bagus.
Beliau berkata demikian setelah melawat negeri Kelantan dan melihat perbezaan dasar kerajaan Kelantan terhadap ugama Hindu.
"bagi kaum India, kuil itu satu tempat yang suci untuk bersembahyang, tapi Sammy Velly boleh robohkan,
"kalau tanya kepadanya (sammy), dia jawab Khir Toyo yang robohkan,"katanya yang mengkritik Presiden MIC itu sebagai orang yang tidak berugama.
Beliau menambah, katanya, Kelantan berbeza dengan negeri lain dan menjadi satu negeri sahaja di Malaysia yang mempunyai Kuil berhawa dingin.
Beliau turut menyarankan ahli-ahli UMNO dinegeri lain supaya mengadakan lawatan ke negeri Kelantan supaya dapat melihat sendiri sebuah kerajaan yang ditadbir oleh PAS.
Beliau juga berkata perpaduan sebenar dikalangan masyarakat Malaysia dewasa ini adalah apa yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dimana semua bangsa dapat bersama dalam satu majlis seperti Majlis Hi-Tea yang diadakan semalam.
Kumutha yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.
Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi.
Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.

Presiden PAS Ulangi Gesaan Supaya ‘Najib Dibersihkan’ Terlebih Dahulu
Wartawan Buletin
Taiping - Pesiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan supaya bakal Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘dibersihkan’ dahulu dari sebarang tuduhan, sebelum peralihan kuasa berlaku.
“Dalam masaa yang sama bukan sahaja melalui pilihnaraya ini, oleh kerana kita akan menghadapi satu suasana yang agak penting (iaitu) peralihan kepimpinan, bukan sahaja pendedahan berlaku didalam negara tetapi berlaku di luar negara oleh media-media asing,
“Dan saya minta supaya kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan undang-undang terhadap media-media asing yang memberi gambaran yang buruk kepada bakal Perdana Menteri,”katnya dalam sidang media selepas penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang disini .
Beliau berkata ia penting kerana rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja ‘dilihat bersih’ tetapi ia mesti benar-benar bersih dari sebarang tuduhan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan.
Katanya ia adalah menjadi suatu amalan demokrasi diseluruh dunia, yang tidak boleh melantik seseorang pemimpin negara begitu sahaja sebelum ia dipastikan benar-benar bersih.
Mengulas lanjut perkembangan pilihanraya kecil parlimen Bukit Ganatang, beliau berharap semua jentera yang terlibat dalam menlaksanakan pilihanraya tersebut dapat bekerjasma dengan baik khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia dan juga pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia.
Turut hadir sepanjang proses penamaan calon yang berlangsung di Majlis Perbandanran Taiping adalah pemimpin tertinggi Pakatan rakyat termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Rasuah: Pemimpin kanan Umno disiasat
MALAYSIA KINI
Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno sedang disiasat berhubung amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata seorang ahli Lembaga Disiplin Umno.
"Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya).
"Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dipetik berkata hari ini.
Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung itu berakhir Sabtu lepas, lapor Bernama.
"Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," katanya.
Jelasnya, beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga disiplin, mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekali gus.
Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga ketua baru Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Megat Najmuddin berkata jika terdapat bukti sesiapa sahaja akan dikenakan tindakan.
"Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin," katanya.
Menurut agensi berita itu lagi, Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk makan dan minyak bukan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.
"Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat," katanya.

“Umno berubah dari kurang baik kepada teruk”
Irwan Muhammad Zain
KAMUNTING - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din.
Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut.
“Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno,” tegas beliau.
Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa memainkan isu-isu yang remeh dalam usaha mereka untuk menawan kembali kerusi parlimen Bukit Gantang.
Umno tegas beliau, masih lagi terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan menakutkan rakyat kerana jika tidak menggunakan cara tersebut mereka akan mengalami kekalahan besar.
Beliau menegaskan demikian dalam satu Forum Perdana sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan di sini baru-baru ini.
Selain beliau, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Badrul Amin turut menjadi ahli panel forum tersebut yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Haron Din juga menegaskan pengundi di Bukit Gantang harus bijak membuat pilihan sama ada mahu memilih pemimpin dari parti yang semakin tidak diyakini atau pemimpin dari parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua rakyat.
Justeru itu beliau berharap agar pengudi-pengudi di Bukit Gantang tidak terpengaruh dengan segala dakyah yang dibuat oleh Umno dan membuat pilihan dengan bijak. - mks._

Akhbar PKR: P'raya kecil 'kubur BN'
MALAYSIA KINI
PKR mengambil strategi serupa PAS bagi menghadapi tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar mereka dengan menerbitkan Suara Keamanan mulai hari ini.
PAS merancang menerbitkan Hujah mulai Jumaat ini bagi menggantikan Harakah yang dikenakan tindakan mengejut itu selama tiga bulan sejak 23 Mac lalu.
Pengganti Suara Keadilan itu sudah boleh diperolehi melalui pengedar-pengedar organ PKR itu, kata satu kenyataan jabatan sidang pengarangnya.
"Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, PKR mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut," kata parti itu
"Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN."
Tindakan menerbitkan akhbar baru ini membayangkan PKR mengendurkan pendiriannya minggu lalu yang menegaskan ingin mengabaikan larangan KDN tersebut.
Edisi pertama mingguan ini melaporkan tiga pilihanraya kecil - dua daripadanya disertai PKR - yang bermula Ahad lalu dengan tajuk besar "Kubur BN".
Ia memuatkan foto muka depan calonnya di DUN Bukit Selambau, S Manikumar dan DUN Batang Ai, Jawah Gerang.
Ia juga menyiarkan foto-foto penamaan calon di Bukit Gantang yang ditanding oleh calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bantahan PPSMI bergema dalam p'raya
Ali Bukhari Amir
(kemaskini 3.54pm)
Selain demonstrasi besar awal bulan ini, dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut berkempen di Bukit Gantang yang kini menghadapi pilihanraya kecil.
Tokoh-tokoh utama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan turun berkempen dua hari di situ menjelang pengundian pada 7 April ini.
Profesor bahasa Dr Abdullah Hassan, Dr Shaharir Mohd Zain dan penyajak Dinsman dijangka menyampaikan ceramah.
“Diharap pengundi menolak (calon) Umno kerana perwakilan sanggup menaikkan (menteri pelajaran) Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai naib presiden Umno,” kata setiausaha GMP Hasni Abbas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Hishammuddin semalam menyatakan dasar PPSMI akan dipinda dalam masa terdekat selepas kabinet membuat keputusan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk konkrit pindaan tersebut.
GMP, yang menuntut dasar itu dimansuhkan termasuk di sekolah menengah dan universiti, juga akan berkempen pada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 5 dan 6 April.
Selain tokoh-tokoh ini, penasihat GMP Datuk A Samad Said menyampaikan ceramah.
Hasni menambah, penceramah GMP dijadual berada di Bukit Gantang pada 4 April dan sasterawan negara terpaksa terus ke kawasan DUN itu kerana sebelumnya berada di luar negara.
Tiada NGO bantu
Bagaimanapun, katanya, GMP tidak turun di kawasan DUN Batang Ai.
"Memang ada permintaan di sana. Tapi, tiada badan yang dapat menyelenggarakan kami. Tiada NGO yang boleh bantu kita di sana," kata Hasni.
"Tak ada orang yang boleh mengatur perjalanan kita berkempen di sana. Kalau di Perak, ada (gabungan NGO Perak) Jamaie dan di Kedah ada Teras (Teras Pengupayaan Melayu)."
GMP tidak memohon permit polis kerana bimbang ia akan menyulitkan program mereka ketika berceramah, katanya.
"Sebab itu, kita guna pentas NGO lain untuk menyampaikan ceramah ini. Risalah-risalah mungkin diedarkan sempena kempen tersebut," tambah beliau.
Ketika ditanya apakah beliau yakin bahawa kempen mansuhkan PPSMI akan mampu memberi kesan terhadap corak pengundian, Hasni berkata:
"Jika diambil kira kesan perhimpunan di Istana (Negara) dulu, saya yakin fikiran pengundi berganjak. Selepas perhimpunan itu, saya terima pelbagai panggilan yang menyokong GMP.
"Ertinya, selepas 7 Mac, baru kita yakin memang ramai yang mahu PPSMI dimansuhkan kerana rakyat sedar isu bahasa ini mengancam kebudayaan (Melayu) dalam jangka masa panjang."
Macam lagu Ziana Zain
Mengulas kenyataan Hishammuddin semalam, Hasni berkata, beliau sukar mempercayai kenyataan menteri itu.
"Macam lagu Ziana Zain, Madah Berhelah, ini cakap-cakap orang politik. Kita tak boleh percaya sangat," katanya.
Menjawab isu itu di Dewan Negara, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat dasar PPSMI.
Keputusan untuk mengekal atau meminda pelaksanaan PPSMI akan disesuaikan mengikut mengikut pencapaian pelajar.
"Sebab itu," tambah Hasni, "kita harap para pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai sedar bahawa Umno pun tidak memperjuangkan bahasa Melayu."
GMP merancang menghantar memorandum membantah PPSMI kepada Raja-raja Melayu.
"Mungkin kita hantar memo kepada istana selepas pilihanraya (kecil) ini dan kita akan buktikan bahawa isu memansuhkan PPSMI bukan bermusim saja pada pilihanraya," tambahnya.

Pas Selangor turun padang bantu Nizar Pas Selangor turun padang bantu Nizar
SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Pas Selangor bersedia turun padang bagi membantu kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak.
Menurut ketua penera-ngannya, Roslan Shahir Mohd Shahir, pihaknya akan memberi penjelasan mengenai keutuhan perpaduan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini dan menafikan usaha pembentukan kerajaan baru menerusi ‘pintu belakang’.
“Pengalaman setahun pentadbiran cemerlang PR Selangor akan dikongsi bersama rakyat Bukit Gantangsebagai bukti persefahaman antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kukuh demi rakyat.
“Perkara ini akan kita jelaskan sepanjang tempoh kempen untuk membuktikan segala dakwaan bahawa PR Selangor bergolak tidak benar sama sekali, malah kesepaka-tan yang kita tunjukkan sempena sambutan setahun akan kita kongsikan bersama pe-ngundi di Perak,” katanya.
Menurut beliau, kepimpi-nan Pas negeri ini akan menjelaskan keunikan PR Selangor hingga terus berupaya dan mampu mentadbir negeri meskipun ‘diserang’ pelbagai isu yang dicetuskan Barisan Nasional (BN) bertujuan memecahbelahkan PR.
Katanya, isu lain yang bakal dikongsi termasuklah pendirian PR Selangor yang jelas menolak usaha menjatuhkan kerajaan baru pilihan rakyat menggunakan taktik kotor.
Bagaimanapun, Pas Selangor senada dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang menyifatkan parti itu hadapi laluan sukar untuk menang.
“Kita akan bekerja kuat dan mengatur strategi untuk kemenangan Nizar,” katanya.

ADUN ditahan edar DVD sidang bawah pokok
SINAR HARIAN
IPOH – Polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Ong Boon Piaw berhubung produksi cakera video digital (DVD) ‘Rampasan Kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak’ lewat malam kelmarin.
Beliau dituduh mengedarkan pita rakaman mengenai pokok demokrasi itu selepas majlis perasmian DVD berkenaan, dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk disoal siasat.
Boon Piaw ketika ditemui selepas prosiding soal siasat berkata, beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membantu siasatan.
"Saya yang diiringi Datuk Ngeh Koo Ham hadir di balai polis untuk disoal siasat dan memberikan kerjasama kepada polis," katanya kepada media di sini, semalam.
Difahamkan, kandungan DVD dokumentari memaparkan rakaman pahit getir kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terpaksa bersidang di bawah pokok apabila hak menggunakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dinafikan.
Menurutnya, jika beliau didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 hingga RM30,000 atau dipenjarakan selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Saya dikehendaki hadir di balai polis itu pada 13 April ini untuk siasatan lanjut. Saya ditahan polis kira-kira jam 10.40 malam dan keluar daripada balai sekitar jam 1 pagi," katanya.

Khabar dari Pahang, MB kalah dan Air Gau punya hal
Basiron Abdul Wahab
Perhimpunan Agong Umno 24 -28 March lalu manyaksikan perubahan besar dalam barisan kepimpinan Umno, juga berakhirnya era Abdullah Ahmad Badawi Al Hadhari.
Turut tersungkur dalam pertandingan itu ialah Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob. Adnan adalah di antara empat menteri besar yang tewas dalam perebutan jawatan Majlis Tertinggi (Mkt).
Kekalahanya mungkin memberi kesan kepada survival politik beliau sebagai Pengerusi Perhubungan dan kedudukannya sebagai menteri besar juga. Ini disebabkan kepimpinan tertinggi Umno kini beralih kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sedangkan Adnan sering dikaitkan sebagai 'orang Pak Lah'.
Adnan pada pemilihan Umno sebelum ini bertanding Naib Presiden tetapi tewas dan dilantik sebagai anggota MKT atas kapasitinya sebagai menteri besar. Sementara itu selain Adnan tiga menteri besar lain juga tewas, mereka ialah Dato' Abdul Ghani Othman (Johor), Dato' Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Dato' Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).
Turut tumpas dalam pemilihan kali ini ialah menteri dan seorang timbalan menteri. Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad.
Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Noraini Ahmad, bekas Ketua Puteri Umno. Bagaimanapun dua ahli Parlimen dari Pahang berjaya dalam perebutan MKT yang dikatakan paling sengit dalam sejarah, iaitu Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Dato' Saifudin Abdullah (Temerloh).
Turut menang MKT ialah Jamaluddin Jarjis yang pro Najib itu, bintangnya mungkin cerah kembali walaupun dikaitkan dengan isu raba punggung dahulu!.
Kerana Air Gau, guru dimarahi
Tanpa disangka rupanya hidangan Air Gau kepada VIP di Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang menimbulkan kemarahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Difahamkan insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 Mac lalu. Air Gau dihidang dan dipersilakan minum kepada tetamu untuk merehatkan diri.
Malangnya, ia gagal menyejukkan tetamu sebaliknya mengundang kemarahan, melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya. Tuan Pengarah menyinga memarahi pihak urusetia. Pengetua sekolah yang menjadi urusetia 'tumpang sekaki' memarahi guru terlibat.
Biasalah bagi kaki bodek, bila tuannya marah, dia turut marah sama! Di antara kata-kata Tuan Pengarah kepada guru berkenaan ialah "Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?" dengan nada yang marah.
Oleh kerana perasaan marahnya sedang membara menguasai dirinya, maka upacara perasmian yang diadakan telah ditiadakan acara doa seperti mana lazimnya. Suasana di Kompleks berkenaan menjadi sunyi sepi selepas perasmian disempurnakan.
Namun sesuatu yang aneh telah berlaku apabila ribut dan hujan lebat turun disertai kilat sambar menyambar berlaku dengan tidak semena-mena membuatkan semua yang hadir termasuk Tuan Pengarah sendiri senyap dan berpandangan sesama sendiri dengan nada kehairanan.
Penulis difahamkan, Air Gau tidak ada kaitan langsung dengan parti politik, PAS. Kata-kata Tuan Pengarah yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar. Kata-katanya mendedahkan siapa dirinya, kegagalanya mengawal perasaan menunjukkan betapa lemahnya mental dan betapa ceteknya pengetahuan amnya. Lebih jauh layakkah dia menjadi pengarah kerana sikap panas barannya itu?
Untuk pengetahuan, Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan mineralnya yang tinggi berbadi air minuman lain di pasaran. Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasar raya dan juga di stesen minyak Petronas.
Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera iaitu sebangsa dengan Tuan Pengarah sendiri. Difahamkan guru yang memilih Air Gau sebagai air minuman pada majlis tersebut tidak pernah menduga sama sekali insiden sedemikian boleh berlaku dan dia tidak pernah terfikir akan terjadi demikian.
Mungkin jika guru berkenaan tahu demikian jadinya dia tentu lebih rela membeli air jenama lain yang lebih murah harganya iaitu air paip yang disuling atau air dari sisa kumbuhan najis (Ne Water) yang diimpot dari Singapura atau air minuman berlambang dacing untuk dihidangkan kepada Tuan Pengarahnya!,
Asalkan bukanya Air Gau yang menjadi punca kemarahan Tuan Pengarah. Di kalangan guru-guru kemarahan Tuan Pengarah bererti mala petaka bagi mereka, maklumlah Tuan Pengarah ada kuasa besar untuk menghukum guru-guru mengikut kehendak hatinya. Orang berkuasalah katakan!
Bagi penulis, sikap Tuan Pengarah berkenaan amat tidak rasional, sikap Tuan sebenarnya bersikap lebih sudu dari kuah, lebih Umno dari Umno, Jenama Air Gau adalah air minuman terkenal, ia diminum oleh semua tanpa mengira parti politik dan agama dan bangsa, airnya berkhasiat dengan kandungan mineral yang tinggi tetapi dijual pada harga air minuman!. Kenapa perlu marah-marah hanya kerana hidangan Air Gau jika anda berjiwa besar!
Jika Air Gau ada kaitan dengan PAS sekalipun, Tuan Pengarah tidak perlulah marah-marah di hadapan umum kerana ia tidak akan menukar jenama air berkenaan, ia tetap air untuk diminum, ia bukan air haram, kecualilah Tuan Pengarah itu mengharamkanya berdasarkan kitab Umno miliknya. - mns_

"Lega tiada lagi duri dalam daging"
Mohd Sabri Said
BUKIT SELAMBAU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Kedah, Ahmad Kasim menyifatkan tindakan bekas Ketua Bahagian KeADILan Jerai, Kalaiwanar keluar parti bersama penyokongnya semalam tidak memberi kesan pada kempen Pakatan Rakyat di Bukit Selambau bahkan ramai terutamanya kaum India merasa lega kerana duri dalam daging akhirnya sudah tiada.
Di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau Pakatan Rakyat mempunyai petugas yang ramai hasil bantuan daripada PAS dan DAP.
"Pada saya bila Kalaiwanar mengistiharkan diri keluar parti perasaan lega cukup tinggi begitu juga kaum India di Bukit Selambau. Selama ini beliau bukan berkempen membantu calon N25, Manikumar bahkan bersikap menikam dari belakang, " tegasnya ketika dihubungi pagi tadi.
Tindakan itu juga kata beliau, berpunca daripada tidak dipilih sebagai calon pada pilihanraya kecil kali ini ekoran terdapat beberapa masalah dalaman yang menyukarkan beliau diterima ramai.
Tambahan lagi, Bahagian Jerai hanya diamanahkan menjagai satu unit sahaja dan pastinya bahagian lain akan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang ditinggalkan.
"Elok juga beliau pergi kerana beliau seorang yang inginkan publisiti murahan dan gagal mengendalikan bahagian Jerai dengan sempurna, " jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Justeru itu beliau berharap, kempen di Bukit Selambau diteruskan seperti yang dirancangkan dengan memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan serta ceramah penerangan kenapa Pakatan Rakyat mesti menang.
Sementara itu, Timbalan Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah, Azman Nasrudin ketika dihubungi yakin tindakan Kalaiwanar bukan tamparan pada KeADILan sebaliknya boleh memporak perandakan Umno dan BN sendiri bilamana mempergunakanya dalam kempen untuk tujuan membelasah Pakatan Rakyat.
"AMK Kedah rasa bukan masanya kita berbincang masalah Kalaiwanar keluar parti tetapi yang penting ialah bagaimana nak berhadapan dengan jentera BN yang datang dengan niat mengalahkan Pakatan Rakyat di sini yang berkemungkinan juga membina strateji sepertimana di Perak, " tambahnya diamanahkan sebagai Pengarah Jentera Pemuda sempena kempen di Dun Bukit Selambau. - mks. _

Saya mewakili semua bangsa di Bukit Selambau - Manikumar
Bashir Ishak
SUNGAI LALANG - Calon KeADILan bagi pilihan raya kecil N.25 Bukit Selambau, S Manikumar menyatakan beliau adalah calon pilihan yang sesuai untuk semua bangsa.
Menjelaskan kepada para pengundi di Taman Sungai Lalang di sini, beliau menjawab cemuhan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkannya sebagai seorang broker penjual kereta.
"Saya sebenarnya adalah seorang usahawan yang mempunyai syarikat penjualan kereta sendiri, juga sebagai jurunding sebuah syarikat rangkaian pembekalan ke luar negara.
"Di samping itu saya juga menjadi pensyarah sambilan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya juga menguruskan syarikat penjualan minyak sawit ke luar negara," jelasnya yang mempunyai lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UUM.
Selain itu katanya, beliau adalah penduduk tempatan yang fasih berbahasa Melayu serta bercakap dalam dialek Kedah. "Kalau saya telefon orang, kalau saya cakap Kedah orang tak tahu pun dia sedang bercakap dengan seorang India," jelasnya. Selain itu jelasnya, sebagai seorang usahawan beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendampingi masyarakat Cina.
"Orang kata saya ni seorang India "berkepala otak" Cina kerana terbabit dalam dunia perniagaan. Orang Cina juga saudara saya .
"Yang penting bagi saya, untuk memenangi hati pengundi ialah melalui penjelasan isu dan juga hala tuju kita dalam perjuangan," katanya lagi.
Begitu juga, Manikumar menegaskan bahawa KeADILan adalah parti berbilang kaum, tidak seperti BN yang masih kukuh dengan parti perkauman.
"MIC sendiri adalah parti perkauman. Walaupun disokong oleh Umno, tapi di antara mereka sendiri di dalam BN masih kuat dengan perkauman. Yang penting bagi kita ialah untuk menyatakan keperluan untuk semua kaum bukan sahaja India tapi juga untuk orang Melayu, Cina dan Siam," katanya lagi. - mns_

AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau
Bashir Ishak
SUNGAI LALANG - Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengesan wujudnya ramai pengundi yang diragui statusnya dalam Dun N.25 Bukit Selambau.
Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mededahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.
Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya.
"Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.
Justeru katanya, AMK akan membuat siasatan di rumah berkenaan bagi membuat kepastian keadaan sebenarnya.
"Kita juga akan terus membuat kajian bagi kesemua lokaliti yang terbabit di dalam Dun Bukit Selambau ini dan akan mengemukakan bantahan kepada SPR supaya dapat dibuat pembersihan dalam daftar pemilih yang ada," jelasnya. - mns _

Bukit Gantang: BN 'mohon restu rakyat' PAS kata referendum
Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Sementara PAS dan Pakatan Rakyat terus melihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai referendum terhadap Barisan Nasional (BN) yang dikecam mengambil alih kerajaan negeri secara paksaan, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan 7 April ini tidak wajar dianggap pungutan suara terhadap BN.
Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry di sini turut membawa slogan "Mohon Restu Rakyat".
Bagaimanapun PAS menegaskan pihaknya tetap menganggap kemenangan calon mereka sebagai referendum berhubung krisIs politik, sebaliknya tidak melihat sebagai keputusan yang mengesahkan kerajaan BN jika pun hari penentuan tidak memihak mereka.
"Bagaimana anda boleh menganggap ini sebagai satu referendum... pilihan raya kecil Bukit Gantang hanya satu pilihan raya kecil...bukannya pilihan raya umum yang tidak mewakili pandangan keseluruhan rakyat Perak," kata Zambry ketika ditemui pada hari kedua kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Zambry mengakui bahawa Pakatan Rakyat menggunakan istilah referendum dengan mengatakan bahawa keputusan pilihan raya ini akan menggambarkan sokongan rakyat terhadap perubahan kuasa kerajaan negeri kepada BN 5 Februari lalu.
"Mereka (Pakatan Rakyat) menggunakan perkataan ini tapi saya secara total tidak bersetuju dengan mereka," katanya.
Pengundian akan dijalankan pada 7 April ini.
BN meletakkan calon Ismail Saffian (BN), PAS diwakili Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi ketika ditemui hari ini menekankan, pilihan raya kecil ini merupakan manifestasi rakyat kepada apa yang berlaku di Perak.
"Kalau sokongan lebih tinggi bermakna rakyat sudah menyatakan sokongan kepada era perubahan yang dibawa PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau sambil menambah, "sepatutnya mengambil mesej daripada kemenangan ini."
Ketika ditanya sama ada akan menerima mesej bahawa rakyat menerima kerajaan negeri pimpinan BN yang berusia dua bulan jika keputusan tidak memihak kepada PAS, Asmuni yang juga Pengarah Operasi PAS Pilhan Raya Kecil memberitahu:
"Jika kalah, kita kena mengambil kira mengapa calon kita gagal, apakah faktor yang membawa kepada kekalahan itu," kata beliau tanpa menjelaskan dengan tepat pendirian pihaknya jika keputusan tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.
Ketika ditanya sama ada yakin akan menang di sebalik krisis politik ini, Asmuni berkata, PAS mempunyai peluang yang cerah tetapi tidak mahu terlampau yakin.

SPR teliti kertas undi Bukit Selambau
BERITA HARIAN ONLINE
SUNGAI PETANI: Selepas mengurus dengan baik proses penamaan 15 calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti reka bentuk kertas undi bagi urusan pemilihan terbesar dalam sejarah negara.
Difahamkan, SPR sudah mereka bentuk kertas undi bersaiz A4 yang mampu memuatkan semua 15 simbol calon terbabit dengan baik, sekali gus mengelak penggunaan kertas bersaiz lebih besar yang boleh menyukarkan proses pengundian.
Simbol calon disusun dalam tiga barisan dengan lima simbol dalam setiap barisan didapati sesuai dan tidak mengelirukan pengundi.
Bagaimanapun, reka bentuk itu yang disifatkan pegawai SPR sebagai terbaik bagi pemilihan membabitkan 15 calon, perlu mendapat kelulusan pihak atasan suruhanjaya berkenaan.
SPR juga perlu menunggu penarikan diri calon dalam tempoh tiga hari yang diperuntukkan sebelum memutuskan reka bentuk akhir kertas undi bagi DUN Bukit Selambau untuk dicetak dan digunakan pada hari mengundi pada 7 April ini.

Pas dakwa BN-Umno terlebih dulu guna masjid
oleh Zainudin Isa
TAIPING: Pas hari ini mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno terlebih dulu menggunakan masjid seperti 'kekecohan' yang berlaku di Masjid Simpang, malam tadi.
Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Induk Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata tidak timbul bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin 'merampas' majlis solat Hajat dan bacaan Yassin anjuran BN.
"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimankan solat Maghrib.
"Jika BN dakwa Nizar dan Pas guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya yang terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," katanya pada sidang akhbar harian Pas di Markas Pas Kampung Air Kuning, di sini, pagi ini.
Malam tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir mendedahkan Nizar merampas mikrofon dari imam masjid untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis solat Hajat dan Tahlil ajuran BN.
Dr Zambry berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.
"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya.
Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Mustafa juga berkata mendakwa mikrofon berkenaan diserahkan oleh iman masjid kepada Nizar untuk memberi tafsiran mengenai surah yang dibacanya itu.

Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April?
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.
Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.
"Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya," kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.
Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.

Waran tangkap Helmi: Polis mahu pintu masuk negara dikawal ketat
BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah meminta pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara supaya memperketatkan kawalan bagi menangkap bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dipercayai berada di Batam, Indonesia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihak berkuasa di pintu masuk sempadan negara dan lapangan terbang sudah dimaklumkan mengenai waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Helmi Malek, 32.
Tindakan itu dibuat setelah lelaki terbabit masih belum muncul untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Wong, exco kerajaan negeri Selangor, di Internet.
Ku memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa waran tangkap yang dikeluarkan minggu lepas tidak perlu diserahkan kepada keluarga Helmi dan tangkapan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Helmi menghilangkan diri sejak 9 Februari lalu selepas dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut sehingga tindakan itu memaksa ADUN itu menawarkan diri untuk meletak jawatan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor menyarankan supaya Wong bercuti sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

SPR: Sistem penamaan calon perlu dipinda elak suasana tegang
Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat sistem penamaan calon yang diguna pakai sekarang perlu dikaji semula bagi mengelakkan suasana tegang ketika penamaan calon.
Mengambil kira perkembangan , Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya pelbagai pihak melihat tentang keperluan mengkaji semula sistem tersebut.
"Kita perlu melihat semula sama ada sistem penamaan calon sedia ada sesuai ataupun tidak dengan keadaan semasa.
"Adakah kita perlu adakan perarakan besar, kehadiran penyokong yang ramai semasa proses penamaan calon sehingga cetuskan suasana tegang dan tidak senang," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.
Bagaimanapun beliau menekankan bahawa pandangan dan usaha ke arah mengkaji semula sistem penamaan calon memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak.
"Semua pihak perlu berbincang dan menyatakan sokongan," katanya.
Wan Ahmad berkata, suasana ketika hari penamaan calon menggambarkan persekitaran bahawa "negara tidak" dengan pasukan keselamatan terpaksa meningkatkan tahap keselamatan.
Bagaimanapun proses penamaan calon ,tidak mencetuskan kejadian tidak diingini di ketiga-tiga lokasi penamaan calon bagi kerusi Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Lebih 30,000 penyokong parti-parti bertanding berhimpun ketika penamaan calon.
Hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu mencetuskan ketegangan dengan dua wartawan cedera diserang penyokong parti politik.

Isnin, 30 Mac 2009
200 Sel Tahanan Politik Di Bina ?
MALAYA DAILY
Ini info yang kami baru terima dari komuniti kami di mana sebuah bangunan yang di lengkapi 200 sel kurungan akan di bina di kawasan Batu Kentomin, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Di fahamkan sel tersebut di wujudkan khas bagi menahan pesalah pesalah yang melibatkan tahanan politik.
Kami di beritahu bahawa fungsi kem tersebut sama seperti kem tahanan menempatkan pesalah pesalah ISA. Tetapi matlamat sebenar adalah untuk menempatkan pesalah yang merusuh ataupun terlibat di dalam mana mana aktiviti haram yang melibatkan parti parti politik.
Ini sekaligus mengalihkan fungsi tahanan dari lokap yang terhadap kepada sesebuah tempat yang lebih khusus. Pesalah akan di tahan selama dua hingga tiga hari sementara sisatan di buat ini bertujuan untuk mengkhususkan sesebuah kes dan tidak melibatkan balai balai polis yang akan menyukarkan perjalanan balai berkenaan.
Melihat kepada situasi politik yang tidak setabil nescaya sel berkenaan di bina bagi tujuan khas ini oleh kerana melihat kes kes dahulu yang berlaku beberapa himpunan haram serta demonstrasi di hadapan balai di buat sebaik sahaja jika berlakunya tahanan yang melibatkan orang politik sekaligus akan melibatkan kacau ganggu berlaku dan menyukarkan perjalanan balai berkenaan.

Nizar: Ini bukan setakat p'raya kecil...
Andrew Ong & Gabrielle Chong
Pencalonan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
sebagai calon Pakatan Rakyat telah memeranjatkan ramai pemerhati politik.
Tambahan pula, PAS mempunyai ramai pemimpin berbakat yang boleh dicalonkan di situ dan Mohd Nizar pula sedang berentap dengan usaha untuk merampas semula Perak dari Barisan Nasional.
Bagi Mohd Nizar, jawapannya mudah: "Ia bukan setakat satu pilihanraya kecil".
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di baglo sewanya di Ipoh Rabu lalu, Mohd Nizar berkata, kepimpinan PAS tidak melihat Bukit Gantang sebagai hanya satu pilihanraya kecil. Ia melihat Bukit Gantang sebagai tapak perubahan politik di Malaysia.
Ramai pemerhati dan pemimpin Pakatan Rakyat menganggap pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai satu referendum terhadap tindakan kontroversi BN mengambil alih kerajaan negeri Parak hampir dua bulan lalu.
Kedudukan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dilihat genting kerana kekalahannya akan dianggap sebagai petanda rakyat tidak merestui kerajaan baru BN di Perak itu.
Menurut Nizar, beliau sendiri terperanjat apabila beliau dicalonkan kerana namanya tidak pernah disebut sebagai calon yang berpotensi bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Mereka membuat keputusan pada saat-saat akhir. (Tetapi) ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi PAS," katanya merujuk kepada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu di mana Abdul Wahid juga dipilih sebagai calon PAS di situ pada saat-saat akhir.

Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam
Syed Jaymal Zahiid
P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.
Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.
Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.
Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu.
"Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini.
"Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.
Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.

Pemuda risau disisih penyokong KJ
Jimadie Shah Othman
Dalam kesibukan kempen tiga pilihanraya kecil sekarang, timbul kebimbangan di kalangan penyokong dua bekas calon ketua Pemuda Umno kemungkinan mereka bakal dipinggirkan oleh kumpulan ketua baru pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.
Dalam persaingan bagi jawatan ketua Pemuda Umno minggu lalu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memperolehi undi kedua terbanyak (254), mengatasi seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir (232).
Khairy menang dengan mendapat 304 undi.
Kemenangannya itu disambut dengan bantahan "boo" para perwakilan di perhimpunan Umno dan jeritan "rasuah" para penyokong dua calon yang tewas (foto atas).
Susulan reaksi negatif tersebut, tindakan Pemuda Umno Selangor – dianggap penyokong kuat Dr Mohamad Khir – menghantar jentera kecil ke Bukit Gantang menimbulkan tanda tanya sama ada rasa marah terhadap Khairy belum reda.
Difahamkan, hanya sembilan daripada 22 bahagian pergerakan Pemuda dari Selangor dihantar membantu kempen calon Umno, Ismail Safian, di kawasan parlimen tersebut.
Calon BN itu berdepan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris pada 7 April ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua Pemuda Selangor, Shukor Idrus menjelaskan, mereka menghantar jentera dalam jumlah kecil kerana "kempen menggunakan jentera tempatan (Umno negeri) lebih berkesan".
"Kita tidak mahu menang sorak kampung tergadai. Jentera kita (Selangor) akan bertugas memantau terus di peti-peti undi," katanya, sambil menambah jenteranya memberikan lebih tumpuan merampas kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu.
Diketuai Pemuda Umno Kuala Selangor, tambahnya, Pemuda negeri itu menghantar 36 ahlinya – atau empat wakil dari setiap bahagian – bagi bekerjasama dengan ahli akar umbi Umno di Perak.
Diminta mengulas rasa tidak berpuas hati penyokong Dr Mohamad Khir dan Mukhriz, beliau mengakui terdapat penyokong dua bekas calon itu yang masih “baran” tetapi, tambahnya, keadaan sudah beransur-ansur pulih.
"Kita harapkan KJ (Khairy) dan penyokongnya tidak melabelkan penyokong Dr Khir dan Mukhriz. KJ, kita yakin beliau (pemimpin) matang, tetapi penyokong beliau kena matang juga.
"KJ kena nasihatkan penyokongnya,” kata Shukor, juga wakil rakyat Kuang.
Sementara exco baru Pemuda Umno, Lokman Noor Adam berkata, ketidakpuasan segelintir ahli pergerakan itu terhadap Khairy merupakan "fitrah manusia".
Bagaimanapun, katanya, apabila exco Pemuda bermesyuarat sehari selepas Khairy terpilih, mereka semua sepakat memberikan sokongan kepada kepimpinannya dan rasa tidak puas hati itu akan reda dengan sendirinya.
"Apabila yang di atas tidak ada masalah. Yang di bawah akan ikut," katanya, bekas setiausaha Pemuda PKR (dulu dikenali Parti Keadilan Nasional).
Lokman menjelaskan, kesediaan jentera pergerakan itu, setakat ini, di Bukit Gantang kira-kira 70 peratus.
Katanya, perkara itu disebabkan suasana pilihanraya kecil yang masuk hari kedua masih perlahan. Beliau percaya ia akan bertambah dari masa ke semasa.
Mengulas strategi kempen Pemuda Umno, beliau berkata, pergerakan itu cuba mengikis ahli Pemuda dengan "imej (mat) motor dan poster", sebaliknya turut melibatkan mereka dalam pelbagai jenis kempen.
"Kita percaya orang muda ada idea-idea baru yang juga boleh disumbangkan melalui pelbagai cara, seperti kempen menggunakan mulitimedia dan SMS," katanya, yang kini sedang berkempen di kawasan parlimen itu.

Lebih 26,000 hilang pekerjaan sejak 19 Mac
SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Sebanyak 26,224 telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 12,674 rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu saja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).
Shamsuddin berkata, beliau menjangka lebih banyak pekerja akan hilang pekerjaan beberapa minggu akan datang sekiranya keadaan ekonomi semasa tidak segera diperbaiki.
Menurutnya, bajet mini diumumkan baru-baru ini juga tidak banyak memberi kesan terhadap syarikat atau memberi rangsangan segera kepada mereka bagi mengekalkan pekerja masing-masing.
“Selain pengurangan sumbangan sebanyak 0.5 peratus kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), tiada apa yang diperoleh daripada bajet itu,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pengurangan kadar sumbangan kepada tabung berkenaan boleh menyumbang kira-kira RM300 juta setahun kepada sektor pembuatan, namun ia tidak mencukupi kerana syarikat terjejas teruk akibat kejatuhan ekonomi kebelakangan ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan syarikat yang mengekalkan pekerja masing-masing diberi subsidi secara langsung, seperti yang dilaksanakan di negara jiran.
Shamsuddin berkata, majikan sedang berusaha sedaya upaya untuk tidak memberhentikan pekerja dan mengekalkan perniagaan masing-masing.
Mengenai cadangan bajet mini untuk menaikkan levi bagi pekerja asing, beliau berkata, langkah itu tidak akan menghalang majikan daripada terus mengambil warga asing sebagai pekerja kerana rakyat tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor tertentu.

Dr Khir perlu hormati dewan
SINAR HARIAN
SHAH ALAM – Kegagalan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hadir dan memberi keterangan dalam sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan menimbulkan tanggapan negatif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Ir. Iskandar Abdul Samad berkata, Dr Mohamad Khir perlu hadir dalam sesi siasatan sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan.
“Dia (Dr. Mohamad Khir) kena datang, sekurang-kurangnya untuk bersihkan namanya.
“Sekiranya dia tidak datang, orang akan beranggapan sebaliknya, dan anggap dia bersalah,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Dr Mohamad Khir akan digantung tugas sebagai ADUN Sungai Panjang.
Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mahu menunggu siasatan lanjut dilakukan Selcat.
“Jawatankuasa ini (Selcat) ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dia (Mohamad Khir) seharusnya menghormati dewan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, Dr. Mohamad Khir sepatutnya memberikan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan.
“Selcat cuba mendapatkan penjelasan, dia (Mohamad Khir) sudah dijemput tetapi tidak hadir memberikan keterangan.
“Tindakan undang-undang boleh diambil tetapi sejauh mana tindakan itu akan mendapat kerjasama daripada polis, peguam dan pihak lain yang berkenaan,” katanya.
Menurut beliau, banyak perkara yang perlu diperbetulkan tetapi yang jelas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) tidak diuruskan seperti mana yang sepatutnya.
“Perkara ini terserah kepada kerajaan negeri untuk ambil tindakan,” katanya.
Ketua Pembangkang Selangor itu berkemungkinan akan digantung tugas sebagai ADUN malah elaunnya juga akan ditarik kerana gagal hadir memberi keterangan dalam sesi siasatan terbuka.
Selain Dr. Mohamad Khir, isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik yang juga bekas Yang Dipertua Balkis dijangka berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Sinar Harian bagaimanapun cuba menghubungi Dr. Mohamad Khir untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan namun beliau gagal dihubungi.

Balkis dibubarkan tanpa ikut peraturan JPPNS
SINAR HARIAN
Shah Alam - Kerajaan negeri akan membuat aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam mengenai sikap Pengarah, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPNS), Mohd Yunus Jamil yang meluluskan pembubaran Badan kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) Balkis tanpa mengikut peraturan dan Undang-undang JPPNS.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Sektretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, Mohd Yunus mengesahkan pembubaran badan itu ketika disoal siasat panel Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
“Sikap ini dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan sebagai penjawat awam Mohd Yunus tidak harus memandang remeh mengenai sesebuah pertubuhan yang ketika ini masih dalam siasatan” berdasarkan daripada kenyataan media berkenaan.
Kerajaan negeri juga kecewa dengan kegagalan JPPNS untuk memberi respons kepada surat daripada kerajaan negeri mengenai status Balkis.
Menurut kenyataan media itu, permintaan kerajaan negeri untuk mengadakan satu perbincangan bersama JPPNS mengenai status Balkis yang dikemukakan sejak lebih enam bulan lalu juga tidak dihiraukan jabatan berkenaan.

Pakatan tubuh 13 pos masyarakat India di Bukit Selambau
Mohd Sabri Said
BUKIT SELAMBAU - Tidak sampai dua hari selepas hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau, Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan 13 pos untuk masyarakat India dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
Perkembangan itu menunjukan satu peningkatan sokongan di kalangan masyarakat India yang sudah tahu menilai peranan MIC pimpinan Dato' Seri S Samy Vellu yang dianggap ketinggalan.
Timbalan Pengarah Hak Antara Kaum dan NGO (Hak) PAS Kedah, Hamid Ibrahim, berkata apa yang berlaku adalah di luar dugaan.
"Peningkatan sokongan itu menunjukan satu isyarat sokongan daripada masyarakat India berbanding pilihan raya umum ke-12 lalu. Kita sedang mengatur pelbagai pendekatan lagi untuk memastikan undi bertambah," ujarnya ketika di temui di bilik media Yayasan Aman, Sungai Lalang.
Sebelum menjelang hari penamaan calon Hak telah mengesan lapan pos dan selepas hari penamaan calon lima lagi ditubuhkan.
Pos-pos tersebut ialah Taman Ria Jaya, Estet UP, Lubuh Kawah, Lubuk Segentah, Sungup Para, Petani Para, Bukit Para, Bukit Selambau Estat, Desa Aman, Taman Bandar Baru, Sungai Tukang, Tasek Apong dan Air Mendidih.
Sebelum ini katanya, Pakatan Rakyat khususnya PAS hanya menumpukan pada cula undi di kalangan masyarakat Melayu sahaja kerana sukar untuk mendapatkan petugas yang boleh membantu sepenuh masa dan mempunyai kecekapan ICT.
Tetapi, kali ini dengan bantuan Kelab Penyokong PAS dari Perlis dan Pendang (Kedah) ia menjadi realiti.
Sekarang ini Hak tidak lagi bersusah payah menyelenggarakan cula undi sebaliknya lebih kepada bantuan keperluan makanan kerana ramai golongan muda India di 13 lokasi berkenaan, katanya.
"Apa pun kita ucap terima kasih pada Kelab Penyokong PAS Perlis dan Pendang kerana bertindak agresif membantu jentera PAS dan Pakatan Rakyat sehingga berjaya menubuhkan 13 lokasi dalam masa yang singkat," tegas beliau yang juga Pengurus calon N25, Manikumar.
Kini Hak sedang berusaha mengerakan jentera memasuki kawasan penempatan orang Siam berdekatan Pekan Bukit Selambau manakala pendekatan terhadap masyarakat Cina dilaksanakan seperti biasa, katanya. - lanh _

Blogger di Bukit Gantang, Muhyiddin berimamkan Nizar!
Irwan Muhammad Zain
TAIPING -Mengikuti pemimpin berjiwa rakyat bukanlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi setiap kunjungannya,disapa dan disantuni oleh rakyat pelbagai bangsa.
Demikian, detik-detik yang yang dilalui oleh calon untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sejak semalam.
Malam tadi, di Masjid Simpang Taiping, Nizar telah mengimamkan solat Maghrib dan di kalangan jemaahnya adalah Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Muhyiddin Yassin dan Dr Zambry.
Selepas mengimamkan solat, beliau berkesempatan beramah mesra dengan ahli kariah di masjid berkenaan.
Sementara itu, pada pagi tadi dalam siri lawatan dan temu mesra Nizar bersama para pengundi di Bukit Gantang beliau ditemani oleh para blogger tempatan.
Antara blogger tempatan yang mengikuti dan dilihat menyantuninya adalah, Haris Ibrahim, Zorro Ummasked, Del Capo dan Shah Obe.
Menurut mereka, dijangkakan lebih ramai lagi blogger akan turun ke Bukit Gantang bukan sahaja untuk beramah mesra dengan Nizar tetapi juga untuk membantu sama kempennya. - mks._

Warga Cina Kuala Sepetang sokong Nizar
Irwan Muhammad Zain
KUALA SEPETANG - "Nizar dah sampai!" jerit seorang pemuda Cina sebaik saja kenderaan yang membawa Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba di pekan Kuala Sepetang pagi tadi.
Pekan yang lebih dikenal sebagai pekan nelayan itu merupakan lokasi pertama kempen Nizar pada hari ini. Penduduk Kuala Sepetang terdiri dari 90 peratus berbangsa Cina.
Beliau bersama bersama petugas PAS Bukit Gantang tiba di pekan tersebut tepat jam 11 pagi tadi.
Wajah-wajah penuh keceriaan menyambut kedatangan Nizar bersama rombongannya yang turut disertai beberapa penulis blog terkenal seperti Harris Ibrahim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin menyambut ketibaan Nizar.
Nizar kemudiaannya dibawa mengelingi pekan tersebut bermula dari sebuah tadika Teck Teck Seah Chee Heong Koh. Sewaktu di tadika tersebut, Nizar telah bertemu ibubapa dan juga murid yang juga terkejut dengan kehadiran beliau.
Sebaik keluar dari tadika tersebut, Nizar terus bertemu rakyat di kawasan pemprosesan ikan Hong Teong Fish Dealers. Pengusaha di tempat pemprosesan itu ternyata gembira menyambut kedatangan Nizar.
Sewaktu berjalan kaki ke pekan itu juga, Nizar sempat singgah di Balai Polis Kuala Sepetang untuk bertemu dan beramah mesra dengan beberapa anggota Polis yang sedang bertugas.
Beliau juga sempat melihat kawasan 'parking' masjid yang sedang diturap oleh kontraktor.
"Agaknya inilah projek mee segera yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Kuala Sepetang,"gurau Nizar kepada semua yang hadir.
Suasana menjadi gamat apabila Nizar masuk ke dalam kedai kopi di pekan tersebut dan disambut dengan gembira sekali oleh pelanggan kedai makanan dan minuman di sana.
"Kami akan terus menyokong Pakatan Rakyat,"kata salah seorang pelangan di kedai kopi cina tersebut.
Orang ramai berpusu-pusu untuk berjabat tangan dengan Nizar dan ada juga yang sempat bergambar bersama tokoh Pas itu.
Nizar telah melapangkan masa lebih kurang dua jam bersama masyarakat di pekan tersebut dengan melawat semua kedai di sana.
Penduduk Kuala Sepetang begitu yakin dengan Nizar dan berharap agar kerusi parlimen Bukit Gantang akan terus kekal dibawah PAS.
Setiap kali Nizar mengunjungi restoran atau mana-mana kedai di pekan Kuala Sepetang beliau menerima sorakan yang kuat dari penyokong golongan Cina. - mks. _

Bukit Selambau: Masyarakat Siam sokong Pakatan Rakyat
Mohd Sabri Said
BUKIT SELAMBAU - Masyarakat Siam sekitar Pekan Bukit Selambau bertekad akan memberi sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau pada pilihan raya kecil kali ini.
Mereka berkata sokongan pada Barisan Nasional (BN) tidak membawa untung sebaliknya merugikan ekoran tindakan kepimpinan BN bila menang sering menghilangkan diri.
BN dakwa mereka umpama 'layang-layang terputus ekor' terpusing ke sana ke mari tanpa tujuan maka tidak hairan mereka boleh melakukan berbagai cara semata-mata untuk menang.
Deng Hong, 55, mendakwa Umno dan BN tidak boleh dipercayai lagi ekoran terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi.
Lagipun, BN sering menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan diri serta kroni.
"BN tidak boleh dipercayai lagi. Kami dah tak mau BN, " ujarnya.
Rakannya, Ook Tai, 40, menegaskan, sejak era reformasi sokongan terhadap KeADILan tidak padam sebaliknya lebih meningkat tambahan lagi kelakuan kepimpinan BN yang terlampau zalim.
Maka, sekarang ini hanya tinggal golongan tua sahaja yang masih tidak berubah. Situasi ini bukan di kalangan orang Siam malahan semua kaum di Malaysia.
"Semasa di Kuala Lumpur saya terlibat dengan reformasi dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menghukum BN setelah berjaya melakukan demikian pada pilihan raya umum ke-13 lepas, " katanya yang juga Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Kuala Sin.
Beliau yang kembali ke Bukit Selambau pada tahun 2003 berjaya menarik ramai di kalangan masyarakat Siam untuk menyertai KeADILan.
Sekarang ini usahanya berhasil apabila ramai kalangan masyarakat Siam muak dengan sikap BN yang sering mengutamakan kroni sahaja.
Seorang lagi penduduk Bukit Selambau Din Hong, 53, berkata, tiada makna selama ini beliau memberi sokongan pada BN yang mana setiap permohonanya pembesaran longkang tidak dihiraukan.
Pernah permohonan untuk membina jalan tar di rumahnya ditolak oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan alasan orang Siam tidak ramai lagi di Kampung Perak 'B'.
"Kali ini saya tidak lagi beri sokongan pada BN. Saya mahu Pakatan Rakyat kerana ia terserlah berjaya dengan kebaikan dan kejayaan, " jelasnya. - mks. _

Kecewa dengan Anwar: Ketua PKR Jerai, 400 keluar parti
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
SUNGAI PETANI: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, B Kalaivanar hari ini mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli yang lain.
Beliau berkata, keputusan itu diambil disebabkan mereka berasa kecewa dengan kepimpinan parti yang tidak mempedulikan suara mereka yang berjuang dalam parti.
"Saya telah membubarkan Bahagian PKR Jerai yang mempunyai 100 ahli dan juga Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah yang mana saya adalah pengerusinya.
"Jawatankuasa itu mempunyai 357 ahli yang turut meninggalkan parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Kalaivanar yang telah menjadi ahli PKR sejak 1998 dan pernah ditahan oleh polis sebanyak 29 kali kerana terlibat dalam demonstrasi turut menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang firaun dan diktator yang hanya melakukan apa yang diingininya serta tidak mempedulikan ahli-ahli yang berjuang untuk beliau dan parti.
"Saya bosan. Saya tidak mahu membazirkan masa lagi dan memperdaya orang lain.
"PKR telah memperdaya orang India hanya untuk mendapatkan sokongan.
"Mereka memainkan sentimen kita bila mereka naik ke pentas, bercakap tentang lima tahanan Hindraf dan melaungkan Makkal Sakthi (kuasa rakyat).
"Bila saya cadangkan semua ahli Parlimen pembangkang mengadakan mogok di Parlimen bagi pembebasan lima pemimpin itu (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri), tiada seorang pun yang mendengarnya," katanya.
Antara yang turut keluar PKR bersama beliau adalah isterinya iaitu Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani, K Deivanai yang juga Ketua Wanita PKR negeri dan Ketua Wanita Bahagian Jerai serta ahli Majlis Daerah Jerai, S Poobalan yang juga timbalan kepada Kalaivanar.
Ditanya sama ada beliau akan mengajak ahli-ahli PKR di bahagian lain supaya ikut serta keluar parti, Kalaivanar berkata, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak mereka.
Ketika ditanya sama ada beliau meninggalkan PKR disebabkan tidak terpilih sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kalaivanar berkata, itu adalah isu sampingan.

Wanita Umno kesan 5,000 pemilih hilang
Oleh G.MANIMARAN
TAIPING: Pergerakan Wanita Umno telah mengesan kehilangan kira-kira 5,000 pemilih dari bahagian Parlimen Bukit Gantang.
Sehubungan itu, sayap tersebut mahu Ibu Pejabat Umno mengesan kedudukan ahli-ahli berkenaan bagi menambah sokongan untuk BN menjelang 7 April ini.
Menurut bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, jentera pergerakan tersebut yang telah mula bergerak sejak awal bulan lalu, tidak dapat berhubung dengan pemilih-pemilih berkenaan sehingga kini.
"Kami telah melakukan segala yang perlu tetapi tidak dapat mengesan mereka.
"Kami berharap Ibu Pejabat berupaya mengesan mereka dengan menggunakan pendaftaran parti," katanya.
"Pemilih-pemilih ini penting bagi kita bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN)," kata beliau selepas melawat Bilik Gerakan Induk Wanita Umno di Simpang di sini.
Malah beliau yang merupakan Pengarah Operasi sehingga ditewaskan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil minggu lalu berkata, jentera pilihan raya Wanita juga telah mengesan 4,000 pemilih yang berada di luar kawasan.
Beliau telah digantikan oleh Naib Ketua Wanita, Datuk Kamila Ibrahim.
Rafidah berkata pengurusan jentera pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diteruskan oleh Shahrizat selaku pengarah.
"Pesanan saya, jika mereka teruskan kerja yang telah dirancang, tidak akan timbul masalah dan kempen berjalan lancar.
"Tanpa Wanita meraih undi dari rumah ke rumah, kita tidak akan dapat menjangkau pengundi di peringkat akar umbi," katanya.
Beliau berkata, pengurusan yang baru perlu menyediakan laporan harian kepada pucuk pimpinan jawatankuasa pengurusan Umno setiap hari bagi memastikan maklumat balas pengundi khususnya kaum Wanita mengenai isu tempatan seperti pembangunan dan infrasruktur dikenal pasti.
"Harapan saya, petugas jentera pilihan raya Wanita BN yang baru ini (di bawah Shahrizat) cepat mengambil alih kerja dan mengagihkan urusan kerana kita tidak ada masa untuk nak belajar dan memahami kerja yang patut dibuat," katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum daripada PAS akibat serangan jantung.
Pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008, Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas M.Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. Kali ini,
PAS meletakkan Timbalan Pesuruhjaya parti itu di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar: "Saya tak rampas kuasa di masjid"
Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau "tidak merampas" kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.
Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.
"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.
Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin YassinPresidennya,
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.
"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini.
Malam tadi, Nizar 'bertembung' dengan rombongan BN di Masjid Simpang, sekali gus - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman). "Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Penyokong PAS banjiri Taiping, Umno turun dengan pimpinan baru
SIASAH DAILY
TAIPING : Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang pagi tadi memperlihatkan keyakinan kedua-dua PAS dan Umno apabila menyaksikan kehadiran hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat manakala pemimpin-pemimpin baru Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hadir menunjukkan sokongan.
Penyokong Pakatan yang tiba seawal 6.00 pagi memenuhi sekitar kawasan Wisma Majlis Perbandaran Taiping dan kawasan Jalan Alang Ahmad.
Suasana di kawasan penamaan calon itu kian sesak apabila menghampiri jam 8.00 pagi, apabila penyokong Barisan Nasional berkumpul di hadapan bangunan Umno Bahagian Taiping bersama dengan beberapa pemimpin Umno yang turut serta memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Ismail Safian.
Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diiringi oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din, pesuruh jaya PAS Perak, Ahmad Awang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Mujahid Yusuf, S Sivakumar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu serta pemimpin DAP Perak, Nga Kor Meng dan Ngeh Kor Ham.
Antara pemimpin Umno dan BN yang hadir ialah timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Zambry Abdul Kadir, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Puad Zarkashi, Tengku Adnan Mansor, Datuk Anuar Musa, presiden Parti Progresif Rakyat, M Kayveas serta pemimpin MIC negeri, G Rajoo dan naib pengerusi MIC, S Veerasingam.
Seramai 200 anggota polis anti rusuhan telah diletakkan di kawasan padang esplanade yang mengasingkan penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Seramai tiga orang calon telah mengemukan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini.
Calon PAS, Mohammad Nizar telah sampai tepat jam 8.45 pagi dan borang pencalonan telah dihantar jam 9.06 manakala calon BN, Ismail tiba jam 9.10 diiringi oleh Muhyiddin Yassin.Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris juga turut bertanding.
Penyokong Pas dilihat lebih ramai berbanding dengan penyokong Barisan Nasional. Bunyian gendang serta sorakan penyokong Pakatan Rakyat jelas menenggelamkan sorakan penyokong BN.
BN dilihat bersemangat berdasarkan kehadiran pemimpin baru juga dibantu oleh parti komponen lain. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai ujian kepada kepimpinan baru Umno di bawah Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri awal bulan depan.
PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menggunakan isu krisis dalam politik dan pentadbiran negeri Perak sebagai isu untuk berhadapan dengan Umno dan BN, selain serangan terhadap personaliti presiden baru Umno.
Umno sejak pagi ini telah menunjukkan kesungguhannya menggunakan apa yang disifatkan sebagai penderhakaan terhadap raja oleh Nizar selain isu-isu lain seperti pengaruh kuat DAP dalam pentadbiran negeri untuk memenangi hati pengundi Melayu.

N29 Batang Ai: Ikut contoh rakyat Selangor, nasihat Khalid
Anna Yusof
LUBUK ANTU : Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menyeru rakyat Sarawak supaya menyokong KeADILan dan mengikut contoh rakyat Negeri Selangor yang sedang menikmati keselesaan hidup dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Beliau berucap di Rumah Panjang Abeng, Lubuk Antu malam tadi yang dihadiri oleh penghuninya seramai 500 orang yang berketurunan Iban.
“Contohilah rakyat Selangor yang menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan ‘Merakyatkan ekonomi Selangor’ dimana rakyatnya menikmati segala kemudah bekalan air dan letrik yang jauh lebih murah dengan lain-lain negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional,” kata beliau.
Hari ini, jadual kempen Khalid di Batang Ai akan menemui tujuh lagi Rumah Panjang di sekitar Batang Ai dan akan bertembung dengan calon KeADILan Jawah Gerang di dua atau tiga lokasi serentak.

Bukit Gantang: Penamaan calon kecoh, BN buat provokasi
SUARA KEADILAN
TAIPING - Pengerusi DAP, Karpal Singh telah diprovokasi oleh penyokong Umno sehingga dibaling dengan botol dan beberapa objek.
Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 11 pagi itu berlaku apabila Karpal tiba di pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping.
Sebelum itu, suasana agak tegang telah berlaku diantara sesama penyokong Umno-BN, apabila mereka bergaduh sesama sendiri.
Ketegangan itu telah memaksa pihak polis untuk campur tangan meleraikan pergaduhan yang berlaku sesama mereka.

N29 Batang Ai: Mafrel mahu kenalpasti 26 warga emas berumur lebih 90 tahun masih hidup
Anna Yusof
LUBOK ANTU : Badan Pemerhati bebas Pilihanraya Malaysia (Mafrel) akan mengenalpasti 26 pengundi yang berumur melebihi 90 tahun daripada jumlah 8,006 pengundi berdafter di pilihanraya kecil N29 Batang Ai.
“Apa yang membimbangkan kami adalah samada pengundi berkenaan yang telah meninggal dunia tetapi ‘dihidupkan’ kembali untuk mengundi seperti banyak kali terjadi semasa pilihanraya di Semenanjung Malaysia,” kata ketua penyelia Mafrel di Batang Ai, Peter John.
“Kami akan berusaha mengenalpasti pengundi berkenaan termasuk seorang wanita yang telah berumur 111 tahun yang lahir pada tahun 1898 disenaraikan dibawah kawasan undi Kutai,” kata beliau.
Peter berkata, “mana-mana pengundi yang telah meninggal dunia, nama mereka harus di keluarkan dari senarai mengundi untuk mengelakkan dari kekeliruan datan sebaranpenipuan.”
“Kerja-kerja mengenalpasti telah dijalankan bermula pada 28 Mac, Kami akan melawat kesemua pengundi ini dan juga akan melawat kubur mereka yang telah meninggal dunia untuk memastikan kesahihan status mereka,” jelas John
Peter juga menyatakankebimbangannya terhadap 96 peratus pengundi berdaftar itu tidak menyatakan alamat lengkap dan tidak dapat di kenalpasti.
Beliau berkata,” Ini adalah peratus yang tinggi dalam sejarah Mafrel bagi menangani masalah mengenalpasti pengundi semenjak pemerhatian badan ini dari tahun 2006 di negeri sarawak.”
“Maka, kami amat meragui kesahihan pengundi yang akan datang pada 7 April ini,” tambah beliau
Menurut Peter lagi, Mafrel akan menghantar 70 pemerhati termasuk sukarelawan untuk memantau di kesemua 24 pusat mengundi di kawasan Batang Ai.
“Kami mahu memastikan bahawa proses mengundi akan berjalan lancar tanpa ada sebarang kekecohan atau salahguna ketetapan pengundian dan berharap pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi masa yang cukup pada mafrel untuk menjalankan tugas,” jelas Peter.

SKUAD KHAS AMK bantu kempen
Oleh: Rusnizam Mahat
Skuad Khas Angkatan Muda keADIlan (AMK) ditubuhkan secara khusus untuk membantu kempen pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, bertujuan menghalang provokasi dari pihak lawan.
Menurut ketuanya, Habib Ahmad Muhaiyuddin, skuad khas berkenaan di anggotai oleh seramai kira-kira 50 anggota yang terdiri dari pelbagai kaum Melayu, cina dan India.
“Tujuan skuad khas ini ditubuhkan untuk melancarkan kempen dan bertujuan untuk menghadapi provokasi dari pihak lawan. Sekiranya berlaku provokasi umpamanya, kita akan membantu dengan meleraikan dan menyelesaikannya,”katanya.
Katanya, sehingga kini skuad tersebut, yang diletakkan di bawah AMK negeri telah mengadakan beberapa ceramah kelompok dan edar risalah di kawasan-kawasan taman perumahan bersama dengan Dewan pemuda Pas.
“Bendera, poster, kain rentang, risalah dan pelbagai bahan kempen akan diterima hari ini (27 Mac) dan kita akan mendapat taklimat dari Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa,”katanya.
Ditanya mengenai penganjuran program dan aktiviti riadah seperti konvoi beramai-ramai, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat dipastikan lagi memandangkan halangan dan sekatan dari pihak Polis.
Sementara itu, biro khas untuk pengundi Cina turut diwujudkan untuk membantu kempen berkenaan.
Menurut Koordinator biro tersebut, Simon Ooi Tze Min, biro khas berkenaan diletakkan di bawah pengawasan Naib Presiden keADIlan, Dr lee Boon Chye dan turut membantu pada kempen Pilihanraya di Permatang pauh dan Kuala Terengganu yang lalu.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian beliau, sambutan yang diterima di kalangan kaum Cina lebih baik berbanding program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional.
“Kita sudah bermula berkempen di Bukit Selambau ini sejak awal Mac dan mengadakan beberapa ceramah kelompok di tempat yang menjadi tumpuan pengundi Cina dan sambutan yang kita terima cukup baik,”katanya.

MIC tidak relevan lagi untuk kaum India
Mohd Sabri Said
Berdepan dengan 14 calon dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau tidak menggerunkan untuk calon Pakatan Rakyat, daripada KeADILan, S. Manikumar walaupun dianggap baru dalam arena politik negara.
Malah beliau dengan tenang seolah seperti ahli politik veteran dapat menjawap dengan tenang segala persoalan wartawan selepas pencalonan pagi tadi. Ikuti wawancara wartawan Harakah, Mohd Sabri Said terhadap calon Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selambau ini.
Harakah: Apa perasaan saudara bilamana diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat mewakili Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)?
Manikumar: Saya rasa sangat gembira kerana Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memberi mandat sepenuhnya untuk saya memperjuangkan hak-hak bangsa Malaysia keseluruhanya dan saya rasa terhutang budi pada beliau dan saya akan cuba membawa impirasi parti kita untuk memperjuangkan manefesto Pakatan Rakyat yang sedia ada.
Apakah langkah pertama sekiranya ditakdirkan anda memenangi pilihanraya kecil ini?
Sebagai langkah pertama saya akan wujudkan visi untuk jangkamasa panjang di mana dalam visi itu saya akan sematkan beberapa misi mungkin lima atau enam misi untuk dibawa ke pucuk pimpinan di Kedah untuk diamati bilakah boleh dilaksanakan satu persatu mengikut keadaan atau fasa demi fasa secara positif.
Kebanyakan kaum India di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau masih ketinggalan dari pembangunan sebenar. Jadi apakah yang saudara akan bangkitkan membela mereka?
Memang tidak dinafikan di mana sahaja masyarakat India masih ketinggalan jauh berbanding kaum lain di Malaysia tidak ketinggalan juga di Dun Bukit Selambau. Itulah yang saya nak memperjuangkan sekiranya dipilih sebagai calon di situ.
Selama ini MIC di bawah payung Barisan Nasional (BN) nyata tidak mampu lakukan secara terbaik untuk mengubah nasib golongan India sebaliknya lebih memperkayakan diri sendiri.
Contohya Rang Undang-Undang Sekolah Tamil begitu Rang Undang-Undang tubuh kuil semua benda ini masih tidak ada lagi satu dasar serta polisi yang kukuh dalam kerajaan.
Dalam Belanjawan negara sendiri tiada apa-apa yang diberikan kepada orang India cuma sekadar satu persen sahaja dalam ekuiti negara kita.
Walaupun itu dikatakan hasil tindakan Kerajaan Pusat namun ia memberi impak kepada Kerajaan Negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kedah.
Kerajaan BN tidak laksanakan beberapa pendekatan walaupun memerintah melebihi 50 tahun berbanding Pakatan Rakyat berjaya menonjolkan beberapa peluang secara berpadu sepanjang setahun memerintah.
Maka, saya yakin Pakatan Rakyat boleh menonjol dalam hal ini berbanding pengaruh MIC atau BN selama ini.
Bagi pandangan saudara adakah MIC masih releven masa kini?
MIC saya rasa tidak lagi releven untuk kaum India kerana ia sudah jauh menyimpang daripada kehendak asal.
MIC seolah bertuankan Umno sahaja. Apa kata Umno mereka akan angguk walaupun ia melibatkan pembaharuan yang dikehendaki.
Berhadapan dengan situasi 13 calon bebas apakah yang saudara akan lakukan?
Rakyat sudah tahu buat pilihan sendiri yang mana betul atau sebaliknya. Masuklah banyak mana sekali pun calon bebas, mereka akan buktikan untuk kepentingan rakyat Malaysia.
Apa nasihat pada pengundi di Bukit Selambau?
Apa yang boleh saya mengutarakan bahawa perjuangan yang diterokai adalah perjuangan keseluruhan tidak kira Melayu, Cina dan India di mana yang paling penting pengukuhan sesama kita.
Mungkin Bukit Selambau menjadi titik permulaan untuk tujuan masyarakat bangsa sepenuhnya. - mks. _

PKR yakin menang tidak risau 13 calon Bebas
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
SUNGAI PETANI:Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin calon mereka S. Manikumar berpeluang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Bukit Selambau pada 7 April ini atas kelebihannya dapat memancing pengundi baru dan golongan muda.
Pengarah Pilihan raya PKR DUN Bukit Selambau, Datuk Johari Abdul berkata, Manikumar, 35, seorang yang muda dan mudah bergaul dengan semua kaum.
"Kami yakin dapat memperoleh majoriti undi kerana calon PKR lebih muda dan berupaya mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, Sungai Lalang di sini hari ini.
Kata beliau, semua petugas parti itu telah mula berjumpa dengan pengundi di Bukit Selambau selepas proses penamaan calon berakhir tengah hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 22 bilik gerakan PKR telah dibuka dan para petugas akan memasuki semua kampung, ladang, pasar tani dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi memastikan calon mereka dikenali pengundi.
Sementara itu, Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, walaupun polis melarang mana-mana parti mengadakan ceramah di tempat terbuka, pihaknya hanya meminta untuk mengadakan ceramah di premis terhad.
"Kita tidak pernah minta mengadakan ceramah di tempat-tempat terbuka. Kita hanya minta kebenaran mengadakan di premis-premis yang beralamat.
"Bagaimanapun, kalau dibuat dalam premis, mungkin hanya 30 orang yang boleh masuk dan yang lain-lain itu akan berkumpul luar.
"Adakah yang berkumpul di luar itu pun dikira perhimpunan haram? Memang ceramah kita selalunya popular," katanya.
Sidang media itu turut dihadiri Manikumar.
Beliau berkata, sebagai sebuah parti politik, PKR bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej kepada rakyat melalui ceramah yang diadakan dan pihak polis perlu menjalankan tugas mereka untuk menjaga ketenteraman.
"Kerja polis menjaga keselamatan. Kita hormat kerja mereka seperti mana yang mereka minta kita hormati.
"Kalau parti politik tidak dibenarkan mengadakan ceramah, ia tidak masuk akal. Kita akan teruskan ceramah kita seperti biasa," katanya.
Berhubung sokongan terhadap PKR, Saifuddin berkata, walaupun ia adalah pertandingan 15 penjuru, beliau percaya, tidak akan wujud 'pecah undi' yang begitu besar kerana ia mempunyai tapak sokongan kukuh di Bukit Selambau.
"Kita akan kekalkan tapak sokongan itu malah akan menambah lagi.
"Dalam tempoh sembilan hari berkempen, kita akan mendekati 35,000 pengundi yang ada di kawasan ini," katanya.

Ahad, 29 Mac 2009
BN dan PKR dihantui calon Bebas di Bukit Selambau
BERNAMA
SUNGAI PETANI: Banyaknya calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan adalah manifestasi suasana politik di Kedah yang masih tidak menentu, kata penganalisis politik tempatan hari ini.
Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruq, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata 13 calon Bebas yang bertanding bersama calon Barisan Nasional Datuk S.Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar akan mengakibatkan undi berpecah kepada banyak calon.
"Tetapi sekiranya BN menang, maknanya trend pengundi berubah kepada BN selepas kalah di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Inilah yang diingini BN iaitu melihat perubahan trend pengundi," katanya kepada Bernama di sini.
Dr Azeem Fazwan berkata penyertaan banyak calon Bebas mungkin mencerminkan wujudnya perpecahan ekoran tidak dapat menerima calon yang dikemukakan parti dominan seperti PKR dan BN.
"Apabila parti bertanding memberi calon yang pada pandangan kumpulan tertentu tidak dapat diterima oleh mereka, maka timbullah calon Bebas... cuma sukar dipastikan mereka didalangi oleh sesiapa.
"Ini menunjukkan masyarakat itu berpecah kepada banyak puak," katanya.
Beliau berkata jika BN menang, ia juga boleh diterjemahkan sebagai penerimaan pengundi Bukit Selambau terhadap barisan baru pucuk pimpinan Umno yang dipilih pada Perhimpunan Agung yang baru berakhir.
Bagaimanapun, katanya, isu di Bukit Selambau lebih merupakan permasalahan tempatan dan bukannya isu nasional.
Beliau menjangka perpecahan dalaman PKR ketika kini mampu memberikan kelebihan kepada BN untuk menang.
Dr Azeem Fazwan menjangka pengundi Melayu yang merupakan separuh daripada 35,140 pemilih berdaftar bakal menjadi penentu pada 7 April nanti.
Ini kerana, katanya "mood" pengundi India yang merupakan 29.5 peratus pengundi sukar diramal walaupun ada kecenderungan mereka bersikap "antiestablishment".
"Tetapi kita tidak boleh jangka juga kerana mood mungkin berubah selepas Kedah dikuasai kerajaan Pas sejak pilihan raya umum tahun lepas," katanya.
Pengundi Cina pula merupakan 19.3 peratus manakala yang lain mewakili satu peratus daripada jumlah pengundi.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menyifatkan banyaknya calon Bebas memberi peluang kepada BN memenangi pilihan raya kecil itu.
"BN mempunyai saluran kempen yang lebih meluas berbanding calon Bebas yang ramai. Kebanyakan pengundi Bukit Selambau tinggal di pedalaman dan jumlah calon Bebas yang ramai boleh mengelirukan mereka," katanya.
Beliau juga setuju bahawa perpecahan dalam PKR juga sedikit sebanyak membantu calon BN untuk menang.
Bagaimanapun Ahmad Nidzamuddin tidak menafikan kemungkinan calon Bebas memenangi kerusi Bukit Selambau berdasarkan keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
Sementara itu, tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata penyertaan calon Bebas yang banyak itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.
"Saya tak tau apa strategi di sebalik semua ini. Politik dulu bukan macam sekarang kerana orang dulu tak begitu kompleks," katanya.
Beliau berkata kebiasaannya pilihan raya akan melibat pertandingan dua atau tiga penjuru sahaja.
Khoo berkata, ada ketikanya terdapat percaturan untuk menggalakkan seorang calon Bebas bertanding bagi memecah undi dan mereka sering kali ditaja oleh pihak tertentu tetapi sekarang ini dengan 13 calon Bebas, ia sudah menjadi terlampau kompleks.
Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan perletakan jawatan V. Arumugam (PKR) pada 8 Feb lepas.
Arumugum memenangi kerusi itu atas tiket Bebas dengan menewaskan calon BN S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi.

Pengurusan Harakah kemuka rayuan kepada KDN
Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Pengurusan Harakah telah mengemukakan rayuan agar Kementerian Dalam Negeri membatalkan penggantungan selama tiga bulan ke atas organ PAS itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihaknya telah mengemukakan rayuan sehari selepas kerajaan menggantung akhbar dua kali seminggu itu.
"Kami telah membuat rayuan dengan segera, pada hari keesokan selepas dimaklumkan tentang penggantungan selama tiga bulan," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di sini hari ini.
Terdahulu beliau hadir sesi penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Bukit Gantang pagi ini yang ditandingi calon PAS dan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin iaitu bekas Menteri Besar Perak.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak menggariskan apa-apa perkara asas dalam rayuan itu.
"Surat yang kami terima pun tidak menyatakan alasan penggantungan...hanya kenyataan mereka menyebut Harakah memutarbelitkan fakta.
"Fakta ialah fakta tidak timbul soal diputarbelitkan. Ia bergantung bagaimana kamu membuat tafsiran," katanya.
Ketika ditanya harapan keputusan ke atas rayuan, beliau berkata, "kami berharap tetapi tidak tahu bila akan diketahui."
Berhubung soalan sama ada akan menerbitkan Harakah sementara rayuan diteliti, Kamaruddin berkata, pihaknya akan berusaha untuk terus menyalurkan maklumat kepada sejuta ahlinya buat masa sekarang ketika berlakunya isu-isu penting iaitu pilihan raya kecil dan peralihan kuasa.

Karpal dibaling botol air penyokong BN
Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang menjadi tumpuan kontroversi dalam isu krisis politik, hari ini dilontarkan dengan botol-botol ketika tiba pada sesi penamaan calon kerusi Parlimen Bukit Gantang di sini.
Kereta beliau dibaling dengan beberapa botol air oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) semasa tiba kira-kira 11 pagi tadi.
Ketika ditemui wartawan di luar pusat penamaan calon, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mengesahkan keretanya dibaling botol oleh penyokong-penyokong BN.
"Kempen tidak harus dicemari dengan cara sebegini. Pakatan Rakyat akan mematuhi peraturan pilihan raya.
"Oleh itu, BN harus memastikan perkara yang sama tidak berlaku," kata beliau yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar tanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang. Beliau hadapi saingan calon BN dan calon Bebas.
DAP dan PAS merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat.
Karpal menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah boleh disaman berhubung isu krisis politik Perak.
Ekoran kenyataan itu lebih 100 laporan polis telah dibuat di seluruh negara terhadap Karpal.
Dua minggu lalu Karpal dihadapkan di mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berbau hasutan terhadap Sultan Perak.
Karpal menambah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengetuai Umno dan BN kemudian harus memastikan budaya "kasar yang disaksikan" tidak diteruskan Umno dan BN dalam politik negara ini.

Lintas langsung dari Bukit Selambau
Mohd Sabri Said,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim
(Terkini)
BUKIT SELAMBAU - Berikut adalah perkembangan terkini yang dibawa oleh wartawan Harakah di Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan raya kecil Bukit Selambau.
12.00 tgh: SPR umumkan seramai 15 calon sah bertanding di Dun Bukit Selambau. Sebanyak 9 bantahan diterima tetapi kesemuanya ditolak.
11.00 pagi: SPR umumkan masa bantahan telah ditutup.
10.30 pagi:Seramai 13 calon bebas telah mendaftar untuk bertanding menentang calon BN dan KeADILan dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April nanti.
10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.
9:35 pagi: Calon Bebas ke-14, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.
9:25 pagi: Calon Bebas ke-13, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.
9:15 pagi: Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.
Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.
9:00 pagi: Rombongan BN berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno baru, Dato'k Seri Hishammuddin diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Presiden MIC Dato' Seri S. Samy Vellu.
9:00 pagi: Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.
8:45 pagi: Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.
8:40 pagi: Calon KeADILan, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar.
8:40 pagi: Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.
8:35 pagi: Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.
8:30 pagi: Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.
8:25 pagi: Rombongan Parti KeADILan tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.
Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.
Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.
8:15 pagi: Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.
8:10 pagi: Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.
8:05 pagi: Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.
7.50 pagi: Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.
Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.
Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter polis sedang membuat tinjauan di udara.
7:35 pagi: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.
7:30 pagi: Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.
7:20 pagi: Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.
7.00 pagi: Pertama kali dalam sejarah pilihan raya, penyokong kedua-dua pihak diletakkan terlalu jauh sehingga tidak dapat dilihat antara satu sama lain.
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berkemungkinan mengambil pendekatan tersebut untuk menghalang sebarang provokasi antara satu sama lain.
Ini berkemungkinan bimbang dengan Umno-BN dimalukan ekoran beberapa insiden yang menimpa kepimpinan mereka sejak akhir-akhir ini. - mks.

Pengedar Harakah tekad abaikan KDN
Ali Bukhari Amir
Pengedar-pengedar Harakah bertekad untuk tidak menyerah kalah kepada tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar tersebut selama tiga bulan sejak Isnin lalu.
"Dalam masa tiga bulan permit digantung, kami bertegas untuk tidak membiarkan masa berlalu begitu saja. Jangan biar tiga bulan berlalu kosong," kata seorang pengedar dari Besut.
Beliau, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysiakini, tiada banyak perubahan berlaku dalam pengedaran sekarang walaupun Harakah akan diganti dengan tabloid baru Hujah mulai Jumaat minggu depan.
"Kami kerja seperti biasa. Harga akhbar (baru) tetap kekal pada harga biasa seperti sebelumnya. Tiada rungutan dan tidak banyak persoalan yang berbangkit.
"Mesyuarat tadi cuma bersifat taklimat umum untuk ambil persetujuan dalam hal pengedaran akhbar ini," katanya, ketika ditemui selepas tamat mesyuarat pengurusan tabloid PAS itu dengan para pengedar tengahari tadi di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, menyentuh pengalaman peribadinya, ada sesetengah pengedar bukan Melayu yang tidak berani menanggung risiko menjual lagi kerana bimbang didenda sehingga RM2,000 kalau didapati bersalah mengedarkan bahan bercetak tanpa permit.
Penyelia pemasaran akhbar itu Mahani Mohamad berkata punca pengedar tidak ramai hadir, termasuklah, kesulitan hadir bermesyuarat apabila kos perjalanan tidak dibiayai oleh PAS.
"Pengedar tanya, kalau mereka datang, adakah duit minyak akan ditanggung? Kita faham, parti tak banyak duit.
"Jadi, hal itu sukar sikit kerana memang kita tiada peruntukan untuk beri elaun-elaun perjalanan dan sebagainya," katanya.
Seorang pengedar dari Sabak Bernam, juga enggan dikenali, mendakwa beliau kerap menerima kunjungan anggota polis Cawangan Khas (SB) di sekitar premis jualannya dan markas PAS kawasannya sendiri.
Mesyuarat hari ini bermula kira-kira 10 pagi dan berakhir sekitar 11:30 pagi.
Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali yang menyampaikan taklimat khas itu, ketika ditemui, enggan memberikan ulasan lanjut.
Para pengedar organ rasmi PAS ini dan Suara Keadilan, yang turut digantung selama tiga bulan pada hari yang sama, merancang menubuhkan kelab bagi membela kebajikan mereka.
Semalam Malaysiakini melaporkan PAS akan menerbitkan tabloid politik Hujah sebagai mengisi kekosongan Harakah dalam tempoh tersebut.
Sementara PKR pula enggan mematuhi arahan KDN dengan terus menerbitkan Suara Keadilan walaupun tanpa permit sah seperti penerbitannya sebelum diberikan lesen, tahun lalu.

Langgan:
Catatan (Atom)