Ahad, 31 Mac 2013

75 % cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

Oleh: Ruqayya Rahman

KUALA LUMPUR  : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.

Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.

Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.

“Namun, hanya 25 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 75 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram,” ujarnya.

Menurut Chegu Bard, isu yang mahu dibangkitkan sekarang bukan soal Umno lama atau Umno baru, tetapi isu mengenai undang-undang dan perlembagaan.

“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.

“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.

Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.

Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.

Mahasiswa dan Rakyat Rimas, DiPaksa Menyokong Umno/BN

 Editor BULETIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg27lf4P0g1HlcaAYZ9vnNKA2Ho8Jb35tfhD_TsLBWjd5rw-sAJlNlvz9m4epWveyRM1GuAxGyGkTlcHSfvrqfGZUbBNw84FiVaGf2Dg4_iiipM5HQ7_yKfRcvkNb-Xm6h5_CjlqC6s6R8/s1600/IMG_4131.jpgDewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) terpanggil untuk membuat kenyataan balas terhadap apa yang di laporkan oleh agensi Bernama, berkait dengan apa yang diucapkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan mahasiswa masakini.

Kenyataan DPPNT adalah sebagai nota yang dihantar oleh Setiausaha Muhammad Zaidan Abdullah seperti dibawah;

1.    DPPNT Tidak bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sesungguhnya masyarakat Malaysia berbudi bahasa. Mahasiswa sebenarnya sangat berterima kasih kepada kerajaan. Namun terima kasih itu tidak boleh diterjemahkan dengan sokongan terhadap parti pemerintah.

2.    Sebagai Bekas PM, Tun sepatutnya dapat bezakan antara kerajaan dan parti.

3.    Mungkin kerana terlalu lama memegang jawatan sebelum ini, Tun gagal bezakan parti dan kerajaan. Sebab itu kita dapat lihat UMNO/BN ghairah menabur pelbagai budi kepada rakyat menggunakan kewangan kerajaan, namun memaksa rakyat beri sokongan kepada UMNO/BN.

4.    Begitu juga dengan penggunaan media massa dan jentera kerajaan. Mengguna nama kerajaan, memaksa rakyat menyokong UMNO/BN.

5.    Sikap keterlaluan gunakan jentera kerajaan, media massa dan kewangan kerajaan bagi meraih sokongan terhadap parti ini membuatkan rakyat terutamanya mahasiswa menjadi rimas dan gelisah. Kerimasan inilah yang membuatkan rakyat mahukan perubahan dan pembaharuan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzcYTObGALV4T9DfcW5FlujdN5wX7rCAjubNpZtMhGCMhxDDgyn-RCAFT8WIEt_QpwNBOF9Bq0HGKwqGDYwAtFzpFedXZkMAyGeC90ny3gldFR0EI0DxgBQ7ZsgPIgtekUvtbIbJ5BD5A/s1600/IMG_4160.jpg6.    Isu mahukan pendidikan percuma bukan bermakna mahasiswa tamak. Namun, ianya dilihat relevan dan tawaran yang Pakatan Rakyat kemukakan adalah sesuatu yang meyakinkan.

7.    Pada masa yang sama, Mahasiswa melihat pembaziran, keborosan dan salah urus yang berlaku di dalam pemerintahan UMNO/BN. Rakyat diminta berjimat dan disuruh bersyukur. Inilah yang mahasiswa marah. Pemimpin UMNO/BN tidak menunjukkan contoh yang sepatutnya.

8.    Sebagaimana nasihat Tun terhadap mahasiawa – “nak jadi pemimpin bukan nak senangkan diri, tapi nak senangkan orang lain”. Hakikat yang ada adalah pemimpin BN berebut menjadi pemimpin kerana di situ lubuk duit, projek dan tender. Malah pengerusi JKKK pun mereka berebut kerana ada ‘kuasa’ di situ.

Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
19 Jamadil-Awwal, 1434 bersamaan 31 Mac, 2013

Pakatan tubuh MPKR, bidas cara kerajaan kendalikan isu keselamatan di Sabah

Oleh Md Izwan

 Anwar berkata majlis ini akan membantu Pakatan Rakyat dalam hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara. - Gambar Reuters PETALING JAYA — Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) yang berperanan untuk menasihati pemimpin PR tentang isu keselamatan dan pertahanan, serta memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan keselamatan negara.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini, Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein dilantik sebagai pengerusi MPKR dan bertanggungjawab menguruskan majlis tersebut.

“Sidang media hari ini ialah bagi mengumumkan perlantikkan Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai pengerusi Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat... ia diputuskan sebulat suara oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Majlis ini akan membantu Pakatan Rakyat dalam hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hashim merupakan bekas ketua turus angkatan tentera darat Malaysia dilantik memandangkan pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya tentang aspek keselamatan dan pertahanan negara, kata Anwar lagi.

Hashim berkata objektif penubuhan MPKR antaranya ialah bagi bagi mengenalpasti mekanisma terbaik untuk keselamatan dan pertahanan negara disamping mencari jalan penyelesaian ketika berlaku sesuatu konflik atau ancaman terhadap ancaman negara.

“Antara objektifnya ialah penetapan tugas dan tanggungjawab bagi mewujudkan satu arahan selaras dalam arahan dan kawalan, serta melihat tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu-isu ancaman negara.

“Selain itu, ia juga akan memberi khidmat nasihat kepada pasukan keselamatan dalam menyelesaikan sesuatu konflik,” kata Hashim.

Mengulas lanjut, Hashim memberikan contoh insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dimana berlaku banyak pertikaian daripada segi arahan dan kawalan sepanjang insiden pencerobohan pengganas Sulu tersebut.

“Sebagai contoh, di Sabah baru-baru ini, saya lihat ada penglibatan politik yang luar biasa dalam menangani insiden pencerobohan tersebut.

“Itu apa yang saya nampak, contohnya ialah mengapa tidak membiarkan panglima tentera di Sabah mengendalikan isu tersebut kenapa panglima di semenanjung yang perlu ditugaskan ke sana? Ini wujudkan pertikaian arahan,” tegas beliau lagi.

KM Pulau Pinang bersetuju dengan syarat Teng jika bertembung di Padang Kota

Oleh Opalyn Mok

GEORGE TOWN — Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bersetuju dengan salah satu syarat yang diletak oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow untuk bertanding hanya satu kerusi tetapi hanya jika perlawanan itu berlaku di Padang Kota.

Ketua menteri Pulau Pinang tersebut berkata beliau bersetuju untuk bertanding hanya satu kerusi bukan sebaliknya satu kerusi dun dan satu parlimen dalam pilihan raya nanti tetapi pertandingan tersebut mestilah berlaku di kawasan Teng.

"Saya tidak melihat bagaimana bertanding di kedua-dua kerusi parlimen dan negeri akan memberikan kesan kepada kedua-dua kita yang bertanding di Padang Kota,"kata beliau (gambar) selepas merasmikan pusat Pusat Umum Operasi Pilihan Raya DAP Air Putih.

Malah Lim berkata akan membuat kompromi terakhir terhadap cadangan tersebut untuk memastikan pertarungan dengan Teng benar-benar berlaku.

"Sekiranya Teng bersetuju untuk bertanding di kerusi lamanya Padang Kota, saya akan menyampaikan kepada kepimpinan tertinggi DAP bahawa saya tidak akan bertanding untuk kerusi Parlimen, seperti mana yang diperlukan kerana saya merupakan Setiausaha Agung DAP," tambah beliau lagi.

MB Kedah: Calon Pas biar jadi kejutan

ROSLINDA HASHIM

AZIZAN
AZIZAN 
 
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak berhasrat membuat pengumuman awal calon-calon Pas yang akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau mahu membuat kejutan pada hari pengumuman kelak.

“Kenapa harus saya umumkan lebih awal. Biar ia jadi kejutan,” kata beliau pada sidang media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah (2013), hari ini.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, perkara itu tidak perlu dibuat tergesa-gesa, selagi pihaknya belum mendapat arahan pusat.

“Selepas senarai calon Kedah sudah dimuktamadkan di peringkat pusat, baru saya akan umumkan. Selagi belum mendapat perkenan pusat, saya tak akan umum,” katanya.

Menurutnya, walaupun bahang PRU13 semakin terasa, namun semua pihak harus bersabar dan menunggu waktu sesuai untuk pengumuman senarai calon.

“Tunggu kejap, macam mana pun sekarang dah sarat mengandung, sama ada bayi lelaki atau perempuan, tunggu lahir dahulu. Selepas itu, tahu lah kita nak letak nama apa, bertengkar sekarang buat apa,” katanya bersahaja.

Azizan lebih selesa merahsiakan nama-nama calon di negeri ini berbanding pendekatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih mengumumkan nama calon ketika siri jelajah ke seluruh negeri melalui ceramah politik.

Pada PRU2008, Pakatan Rakyat (PR) Kedah menguasai 11 daripada 15 kerusi parlimen di mana enam kerusi dimenangi Pas dan lima oleh PKR.

Di peringkat 36 kerusi Dun, PR Kedah mewaklili 20 kerusi iaitu 16 dikuasai Pas, tiga milik PKR dan DAP (satu).

Dua kerusi diwakili Adun Bebas, yang sebelum ini merupakan anggota PKR manakala Barisan Nasional (BN) menguasai 14 kerusi.

PM tidak akan benarkan Parlimen terbubar dengan sendiri, kata Muhyiddin

Oleh Md Izwan



KUALA LUMPURc — Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.

"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin (gambar) semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.

DAP turut janji sedia peluang saksama masyarakat India

Roketkini.com.

Ikuti wawancara eksklusif Editor Roketkini.com, Noor Jaafar dan jurugambar Muhamad Afendy dengan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengenai peluang pendidikan dan pekerjaan di kalangan masyarakat India di Malaysia.

Profil
Nama: Charles Santiago
Umur: 53 tahun
Jawatan: Ahli Parlimen Klang
Jawatan dalam parti: Ahli DAP
Pendidikan: BA dalam Seni Liberal dan MA dalam ekonomi dari New School for Social Research, New York, USA.
Keputusan PRU 2008 Parlimen Klang: Charles Santiago (DAP) mengalahkan Ch’ng Toh Eng (MCA) dengan majoriti 17,701 undi.


Apa pandangan Charles Santiago mengenai peluang Pakatan Rakyat (PR) khasnya kerusi yang akan ditandingi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Bagi saya DAP tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi di Selangor pada PRU-13 nanti dan sekaligus membolehkan PR kekalkan memerintah negeri termaju itu.

Tambahan pula kebelakangan ini rakyat sudah dapat membezakan antara kerajaan yang memperjuangkan nasib rakyat dengan kerajaan sebelum ini yang menipu dan membolot harta rakyat untuk kepentingan mereka.

Walaupun saya baru terbabit dalam politik dan pertama kali bertanding dan memenangi Pilihan Raya Umum 2008 bagi kerusi Parlimen Klang, DAP tidak ada masalah untuk mengekalkan kerusi berkenaan serta berusaha memenangi lebih banyak kerusi yang ditandingi kerana semua kaum di Selangor semakin yakin dengan perjuangan PR.

Apa perbezaan antara perjuangan DAP atau PR dengan BN sebelum ini bukan setakat di Selangor malah di Malaysia keseluruhannya dalam membela nasib semua kaum di negara ini.

Saya dapat BN yang sudah begitu lama memerintah negara iaitu sejak 56 tahun lalu, tetapi tidak nampak parti itu memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini berbeza dengan dasar perjuangan PR dan DAP yang mementing kesaksamaan kepada semua kaum di negara ini.

BN menerusi MIC hanya membela segelintir kaum India sedangkan masih ramai lagi rakyat yang miskin, begitu juga dengan UMNO yang memperkayakan kroni begitu dengan MCA.

Saya lihat masih ramai masyarakat India di negara yang miskin yang memerlukan pembelaan DAP dan PR, begitu dengan bangsa lain di seluruh negara, terutama dari segi peluang pekerjaan dan pendidikan.

Orang India yang miskin tidak ada peluang melanjutkan pengajian mereka ke sekolah menengah dan vokasional untuk mendapatkan kemahiran menyebabkan mereka terpaksa kekal mewarisi kerja ibu bapa mereka di sektor perladangan dan tinggal di kawasan pedalaman.

Sebab itu DAP sebuah parti berbilang kaum terpaksa turut memperjuangkan nasib mereka dengan menyediakan lebih banyak peluang belajar di sekolah menengah dan vokasional bagi membolehkan mendapat kemahiran dan bekerja di sektor lain yang lebih baik.
 
Bagaimana Saudara Charles akan mengatasi perkara itu?

Kita akan berusaha mengatasi masalah itu dengan menyediakan peruntukan tambahan dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur di semua sekolah Tamil supaya kaum India mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan peluang pekerjaan yang lebih baik.

BN gagal dalam pentadbirannya dan membela kaum India menyebabkan masyarakat India terus terpinggir dan kekal tinggal di ladang dan yang tinggal di bandar pula menjadi penduduk miskin di bandar yang tinggal di rumah setinggan kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang mahal.

Gejala kemiskinan itu harus ditangani kerajaan sebagai yang sedang dilakukan kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang sedang lakukan untuk mengatasi kemiskinan rakyat.

Kerajaan PR Selangor menyediakan RM4 juta untuk menaik taraf sekolah Tamil dan sejak memerintah sudah RM25 juta dibelanjakan untuk menaiktaraf sekolah Tamail di negeri ini, perkara yang sama juga dilakukan di Pulau Pinang.

Manisfesto Pakatan Rakyat juga menyediakan peluang sama rata kepada semua kaum di Malaysia, termasuk dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan, ekonomi dan perumahan. PR jika berjaya memerintah Malaysia akan memastikan tidak ada rakyat yang akan dianaktirikan, sebalik memberikan kesaksamaan kepada semua kaum di negara ini.

Apakah masalah dan cabaran yang dihadapi PR dan DAP dalam menghadapi PRU-13 nanti.

Kita mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pembersihan dalam senarai pemilihnya untuk PRU-13, bagi menjamin pilihan raya diadakan secara bersih, adil dan telus.

Dalam kawasan Parlimen Klang, terdapat kira-kira 6,000 pemilih yang diragukan yang memerlukan SPR melakukan pembersihan, termasuk ada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan didaftar sebagai pemilih tanpa pengetahuan pemilih berkenaan sendiri.

Ramai pengundi yang didaftarkan di Selangor dipindahkan ke negeri lain tanpa pengetahui pengundi berkenaan, tidak termasuk lebih 60 pemilih didaftar menggunakan alamat sama di sebuah rumah di Pandamaran, Klang.

Purata tidak kurang lapan kes seminggu diadukan kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih. – Roketkini.com.

Koh Tsu Koon jangan mengarut di penghujung kerjaya politiknya

Roketkini.com

 

KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Tan Sri Koh Tsu Koon disaran supaya jangan mengarut di penghujung kerjaya politiknya dengan memberi alasan tidak munasabah bagi menyokong tayangan filem berbaur perkauman, ‘Tanda Putera’.

Pada sidang media pelancaran Ubah.tv di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang berpendapat tayangan filem Tanda Putera secara tertutup adalah dibolehkan.

“Logik jenis apa yang dicakapkan Koh Tsu Koon?” soal Guan Eng terhadap komen beliau yang menghalalkan filem itu ditayangkan secara tertutup walaupun tayangan kepada umum tidak dibenarkan.

“Kalau begitu lain kali tayanglah filem porno secara tertutup,” ujar Guan Eng disambut gelak ketawa hadirin dan wartawan.
“Saya tahu ini adalah hari-hari terakhir kamu (Koh Tsu Koon) menjadi menteri, tapi tolonglah akhirinya dengan bercakap secara logik dan jangan mengarut,” tambahnya lagi, sambil menyebut bahawa adalah amat memalukan bagi Koh berperangai demikian.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyeru supaya jangan menimbulkan kebencian rakyat berdasarkan satu fitnah, merujuk kepada filem Tanda Putera yang dianggap sebagai sebuah filem propaganda mengenai peristiwa 13 Mei dan bertujuan meniup api perkauman oleh parti pemerintah.

Berucap merasmikan Ubah.tv, saluran televisyen ‘online’ parti DAP, Guan Eng berkata rakyat mesti membuat pilihan pada pilihan raya akan datang secara bermaklumat, dan mesti diberi peluang untuk mendapat maklumat yang benar dan tepat.

Kata beliau, Ubah.tv adalah usaha untuk menegakkan kebenaran dan melawan monopoli dan hegemoni UMNO yang menghina demokrasi dengan tawaran 10 minit di RTM.

“10 minit hanya boleh untuk mee segera, kita tak mahu 10 minit, kita mahu hak menjawab,” ujar beliau sambil berkata bahawa Pakatan Rakyat sudah terlalu lama difitnah dan diburukkan di media arus perdana tanpa diberi peluang untuk menjawab dan membuktikan kebenaran.

“Kebenaran pasti membebaskan kita,” ujar beliau.

Ubah.tv boleh dilayari di laman web http://ubah,tv dan boleh diikuti di laman sosial Twitter melalui @UbahTV. – Roketkini.com

[EDISI TERDESAK] Notis Huru-hara PRU Fitnah Umno Mahu Burukkan PKR


KELAB GREENBOC

PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu

Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya. -SH

PR sasar menang 33 kerusi Parlimen di tiga negeri ‘deposit tetap’ BN

Roketkini.com



GELANG PATAH- DAP membuat keputusan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor bermatlamat menembusi dan menawan negeri yang dianggap ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, itu adalah antara objektif Pakatan Rakyat (PR) yang mensasar memenangi 33 daripada 83 kerusi Parlimen di tiga negeri ‘deposit tetap’ termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, dua hari lalu, beliau membincangkan dua objektif utama pertarungan Gelang Patah dengan mensasar enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor bagi mencerahkan peluang PR menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti.

Enam kerusi Parlimen di Johor Selatan yang menjadi objektif pertama ialah Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Gelang Patah, Kulai dan Pulai, manakala 13 kerusi DUN ialah Stulang, Tanjong Puteri, Johor Jaya, Permas, Puteri Wangsa, Tiram, Skudai, Nusajaya, Pengkalan Rinting, Kempas, Senai, Bukit Batu dan Bukit Permai.

Objektif kedua pula ialah mensasar 19 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN di Johor, termasuk enam Parlimen dan 13 kerusi DUN di selatan Johor yang disebut tadi.

Tambahan 13 lagi kerusi Parlimen di seluruh Johor ialah Tanjong Piai, Kluang, Batu Pahat, Bakri, Labis, Segamat, Sekijang, Ledang, Muar, Ayer Hitam, Sri Gading, Simpang Rengam dan Sembrong manakala 17 kerusi DUN adalah Pekan Nenas, Mengkibol, Penggaram, Bentayam, Sungai Abong, Bekok, Jementah, Tangkak, Paloh, Yong Peng, Mahkota, Layang-Layang, Parit Yaani, Maharani, Gambir, Tenang dan Pemanis.

“Saya tidak mendakwa PR boleh memenangi semua 19 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN di Johor itu, memadai jika PR boleh mencapai 50 peratus daripada sasaran itu dan ia dianggap “revolusi politik luar biasa” di Johor, walaupun pemimpin BN bercakap besar mahu memastikan Johor menjadi negeri “pembangkang sifar”.

“Saya jangka akan mencatat kejayaan lebih daripada 50% sebab itu mensasarkan PR memenangi 19 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN di Johor pada PRU-13 nanti,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 12 Hari ke PRU-13, di sini, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ia akan menjadi lebih mudah mencapai matlamat memenangi lebih daripada satu pertiga daripada kerusi Parlimen di Johor bagi membantu PR ke Putrajaya untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baru selain menang majoriti mudah di kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri Johor pada PRU-13.

Menurutnya, beliau mengakui keputusan bertanding di Gelang Patah akan mengundang risiko kerana ia kubu kuat BN berbanding kekal bertanding di Ipoh Timur yang dimenanginya dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008.

“Saya bersedia menerima semua risiko bertanding di Gelang Patah kerana tidak bersedia menjadi “kiasu” dan “kiasi” seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini tidak dapat memutuskan bila Parlimen akan dibubarkan walaupun dia, Kabinet dan kerajaan sudah luput tempohnya.

“Pertanding saya di Gelang Patah adalah objektif ketiga sebagai isyarat jelas untuk memusnahkan tiga negeri iaitu Johor, Sabah dan Sarawak daripada menjadi negeri deposit tetap BN sekaligus mencerahkan peluang PR ke Putrajaya,” katanya.

Pada PRU 2008, PR memenangi 82 kerusi Parlimen manakala BN menang 140 kerusi. jika PR boleh menang sekurang-kurangnya 40% kerusi Parlimen di tiga negeri berkenaan iaitu 33 daripada 83 kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, PR akan memperolehi 112 daripada mudah 222 kerusi Parlimen pada PRU-13 nanti
.
Bagaimanapun, PR hanya boleh menang selesa jika memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen (iaitu majoriti 28) yang PKR bertanding di 45 kerusi, manakala DAP dan PAS, masing-masing 40 kerusi pada PRU-13 nanti. – Roketkini.com

Memang Dasar UMNO & Pencacainya Tak Hormat Undang-undang & Mahkamah


SPRM dan Peguam Negara Hina Mahkamah

KELAB GREENBOC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia didakwa menghina keputusan mahkamah apabila gagal menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam akhbar bahasa Inggeris.

Ini selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan gagal menyiarkan permohonan maaf beliau sejajar dengan persetujuan yang dicapai di dalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur 19 Mac lalu.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim, Datuk Lau Bee Lian di dalam kes saman Abdul Khalid terhadap Ahmad Said. Kes itu berkenaan kenyataan bekas pesuruhjaya itu empat tahun lalu tentang sumbangan lembu korban di kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Antara terma persetujuan itu ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan akhbar The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari 19 Mac.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut.

“Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian.

“Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah,”
katanya di dalam satu kenyataan.

Pada 19 Mac, Ahmad Said memohon maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada Abdul Khalid dan menarik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.

Pada 2009, Ahmad Said mendakwa bahawa Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk menderma sejumlah RM 110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak pada tahun yang sama.

Susulan daripada dakwaan itu, SPRM telah memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salahgunakuasa atau penyelewengan di dalam pembelian itu.

Tegas Abdul khalid, sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina beliau secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

“Tindakan defendan ini selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.

“Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini,” katanya lagi.

Ulasan GB

Mereka penjaga dan pelaksana undang-undang. Tetapi apabila terkena batang hidung mereka sendiri, mereka enggan untuk menerima dan mematuhinya.

Itu sudah menjadi tabiat dan pe'el golongan UMNO dan para pencacainya.

Lihat saja kes Ketua Pemuda UMNO yang bernama Khairy Jamaluddin di dalam pembohongannya berhubung syarat penyelesaian (settlement terms) yang dimeterai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau.

Pada awalnya Khairy menarik balik kenyataan beliau pada 2007 yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat Melayu, ‘boneka’ Amerika dan Yahudi.

Tetapi kerana takut malu dan dituduh bacul oleh kumpulannya, beliau memutar dan membelitkan lidahnya dengan menyatakan ‘beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat’.

Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pula yang memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

kasihan sungguh golongan ini kerana mereka tidak tahu KEBENARAN itu tidak boleh disembunyikan.

Apabila kerajaan dan orang-orangnya sudah tidak lagi menghormati keputusan mahkamah, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Tuhan sendiri yang akan menghukum mereka. Itu keyakinan orang yang beriman kepadaNya!

Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat Dalam Bahasa Arab


KELAB GREENBOC

Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP.

Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

“Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

“Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari,” ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook.



Bezanya isteri Habibie dengan isteri Najib



Oleh H FANSURI

SEJAK buku autobiografi Rosmah Mansor (isteri PM Najib Razak) dilancarkan, maka tidak sedikit buku itu mengundang kutukan dari langit. Kutukan dari langit itu sudah diterjemahkan lewat impian segala hati manusia untuk mengejinya

Sementara itu di pihak Umno pula -- ketika catatan ini ditulis -- belum ada mana-mana pihak itu yang sudi membuat diskusi bertujuan mengangkat wacana berhubung buku ini. Agaknya Umno juga mengerti bahawa Rosmah itu bebanan buat seluruh alam termasuk Umno.

“Kalau Umno nak kalah cepat,” kata seorang teman, “Banyakkan perbahasan tentang buku Rosmah itu.”

Pendek kata, di pihak rakyat, berpusu-pusu kutukan mengalir ke atas isteri Perdana Menteri itu, sedang di pihak Umno pula, tiada orang yang berani membahaskan ‘kebaikan’ buku tersebut.

Buku setebal 165 halaman yang ditulis berdasarkan temu bual itu juga tidak galak disambut keras oleh wanita-wanita MIC dan wanita-wanita MCA juga. Mungkin bagi kaum Cina dan India, Rosmah bukanlah contoh ikutan yang terbaik buat diri mereka juga.

Demikianlah hari-hari berlalu dengan timbunan kata-kata Rosmah yang mengalir di corong-corong radio, dan sesekali suaranya bergetar, membikin setiap hati yang mendengar suaranya turut berdebar.

Mutakhir ini, yang paling memenatkan adalah - hidup untuk menanggung seksa derita akibat mendengar kata-kata keramatnya. Kata-katanya sebelum ini telah menyinggung rasa khalayak secara tidak sengaja.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," katanya lagi.

Mungkin ada banyak lagi deretan perkataannya yang meresah gelisahkan ramai yang mendengarnya. Di sana, Najib tidak pernah mengerti akan hakikat ini. Tapi, bukanlah hal ini yang ingin kita bahaskan.

Apa yang ingin kita bahas adalah persoalan berhubung perbezaan antara sikap Ainun Habibie (isteri bekas Presiden Indonesia; BJ Habibie) dengan Rosmah Najib apabila kedua-duanya berdepan dengan hadiah-hadiah ini.

Di dalam buku memoir Ainun dan Habibie (yang kemudiannya telah difilemkan dengan judul yang sama), ada diperihalkan sikap Ainun apabila suaminya Habibie mendapat hadiah jam tangan yang mewah.

“Semoga jam ini tersalah dihantar ya pak?” kata Ainun di dalam bahasa sindiran, ketika terjumpa hadiah jam tangan mewah yang sengaja diselitkan di dalam beg kerja Habibie. Esoknya Habibie sudah serahkan kembali hadiahnya itu. Dan, percubaan kapitalis yang menyogoknya telah terbatal.

Demikianlah sikap Ainun Habibie yang lebih afdal diikuti dibanding Rosmah Najib ini. Kita dapatlah ambil iktibar - betapa sikap isteri yang baik itu boleh memandu pemerintahan kita dengan baik dan sempurna.

Sebaliknya jika kita beroleh isteri yang tidak membantu kita dengan nasihat yang baik, maka jahanamlah seluruh pentadbiran isi negara itu. Itulah iktibar cerita Musang Berjanggut di mana isteri yang baik boleh memandu penguasa dalam pentadbiran negara.

Ainun dalam kacamata Habibie itu digambarkan sebagai wanita terpelajar. Beliau mengikuti suaminya di Jerman lalu bekerja sendiri sebagai doktor untuk membantu keluarganya. Ini berbeza dengan Rosmah.

Rosmah banyak menghabiskan wang negara, duit rakyat dengan kos perbelanjaan Permata Pintar hingga RM111 juta. Bukan saja Rosmah tidak bekerja sendiri membantu menampung keluarga, malah mengikis duit umat.

Jadi, bagaimanalah Habibie tidak jatuh cinta kepada Ainun itu? Cinta Habibie ke atas isterinya Ainun itu? Gambaran kisah kasih itu demikian bersinar terpancar sampaikan Habibie sanggup menulis biografi cinta untuk Ainun, tetapi Najib tidak menulis buku mengenai cintanya ke atas isterinya Rosmah.

Mungkinkah kerana Najib Razak sudah ada wanita lain? Dan, beliau sukar berlaku setia ke atas isteri itu? Entahlah! Hanya pembubaran Parlimen yang akan memecahkan segala persoalan yang maha getir ini

Anwar umum Fauzi ganti Azan di Indera Mahkota

THE MALAYSIAN INSIDER

KUANTAN — Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fauzi akan menggantikan penyandang Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

“Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota,” katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini malam ini.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon Barisan Nasional Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan  kelebihan 1,027 undi. – Bernama

500 anak muda sertai Konvoi Gelombang Tolak

Harakahdaily,




SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.
 
Di Dengkil, Tolak  akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.

Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Program hari ini bermula dengan ucapan pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar.

“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baru, yang lebih adil, lebih telus tanpa rasuah, tanpa politik kotor,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.

Program itu merupakan siri jelajah pertama gelombang Tolak bermula di Lembah Klang.

Bermula 6 April ini, Tolak akan menjelajah seluruh Malaysia bermula di Melaka, Johor dan akan berakhir di Pahang pada 14 April.

Pada akhir jelajah Tolak tersebut ,1 kilometer tandatangan rakyat Malaysia akan diperoleh dan akan dibentangkan pada acara kemuncak di Kuala Lumpur nanti.

Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu

Harakahdaily,



Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini.

Umno lebih Islam dari PAS?

Untuk memikat para pengudi menjelang PRU13, Umno dan PAS masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai juara dalam mendaulatkan Islam.



Hari demi hari kita semakin hampir dengan tarikh pilihan raya umum (PRU) ke 13 namun sehingga hari ini kita belum tahu bilakah sebenarnya tarikh tersebut walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik sejak 28 Mac lalu.

Untuk memikat para pengundi terutama di kalangan pengundi Melayu yang beragama Islam, parti-parti politik atau lebih tepat lagi, PAS dan Umno, masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai juara dalam memperjuang syiar dan memartabatkan Islam.

PAS, namanya sahaja (Parti Islam Semalaysia) sudah meletakkan asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam manakala Umno, walaupun sebuah parti yang berteraskan kaum Melayu, juga tidak mahu ketinggalan dalam usahanya untuk mendaulatkan Islam.

Sebab itu kita sering mendengar komen seperti “Umno juga memperjuangkan Islam” dan malahan banyak program untuk meninggikan syiar Islam dilaksanakan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional berbanding PAS.

Salah satu isu kontroversial yang diketengahkan akhir-akhir ini ialah isu kalimah Allah. Timbul polemik apabila pihak gereja mahu menggunakan kalimah “Allah” dengan menggantikan perkataan “Tuhan” dalam kitab Bible.

Isu ini diulang tayang berkali-kali dan disiarkan oleh media arus perdana dan juga media alternatif sejak beberapa bulan yang lalu dan isu ini dianggap sesuatu

yang sensitif dan kini bertukar menjadi isu politik, terutama di antara PAS dan Umno.

Isu kalimah Allah membuat umat Melayu-Islam di negara ini menjadi keliru dan bingong, sama ada anggota masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab dan literatur mereka.

Persoalan juga timbul sama ada kaliman Allah adalah hak mutlak umat Islam manakala perkataan Tuhan boleh digunakan oleh penganut agama lain dan non-Muslim.

Para pemimpin Umno agak konsisten tentang pendirian mereka terhadap penggunaan kalimah Allah kerana mereka tetap mengatakan kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam sahaja dan tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Namun para pemimpin PAS pada peringkat awal tidak konsisten dalam isu ini sehinggalah Majlis Syura Ulama parti itu menetapkan keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Penduduk Mekah

Tetapi apabila dikaji tentang perkara ini dengan meneliti beberapa ayat Al Quran kita mendapati bahawa non-Muslim atau orang-orang musyrik Mekah pada zaman Rasulullah SAW pernah menggunakan perkataan Allah dalam perbualan dan dialog mereka dengan umat Islam.

Dalam ayat 3, Surah Az-Zumar, firman Allah bermaksud: “Ingatlah (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik).  Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong, sambil berkata: “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”

“Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan) lagi sentiasa kufur dengan melakukan syirik. (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman terbitan Jabatan Perdana Menteri, tahun 1980.)

Dalam ayat ini, orang-orang musyrik menyebut “kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”

Ini bermaksud orang-orang musyrik (penduduk Mekah) juga menyembah Allah  dan patung-patung berhala itu dianggap sebagai perantara sahaja.

Tetapi yang dilarang di sini ialah menyengutu dan menyamakan Allah dengan sebarang bentuk pemujaan yang bersifat objek di mana berlakunya satu perbuatan syirik yang dilarang keras dalam Islam.

Keadaan ini diterangkan dalam akhir ayat itu: “Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur dengan melakukan syirik.”

Sedangkan syirik atau menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain adalah merupakan satu kezaliman yang sangat besar, kata Lokman kepada anaknya seperti mana yang diungkapkan dalam Al Quran.

Al Quran juga menyentuh tentang sikap orang-orang musyrik di kota Mekah yang menyembah berhala.  Apabila ditanya kepada mereka, siapakah yang menjadikan langit dan bumi nescaya mereka (orang-orang musyrik) akan menjawab “Allah”.

Berdasarkan hujah ini adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa non-Muslim tidak boleh menggunakan perkataan Allah dan tidak benar untuk mengatakan perkataan Allah adalah hak mutlak umat Islam sahaja.

Bermotif politik 

Kita yakin matlamat Umno yang berpendirian bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja bermotifkan politik kerana Umno sering mempolitikkan agama untuk mencapai tujuan mereka.

Umno cuba menyakinkan rakyat bahawa merekalah yang sebenarnya memperjuangkan kedaulatan Islam dan bukan PAS, walaupun sejarah membuktikan Umnolah yang meminggir dan menghina Islam.

Umno juga mempolitikkan agama apabila bercadang untuk meletakkan calon PRU13 di kalangan ulama muda yang bertujuan untuk menyaingi kekuatan pimpinan ulama dalam PAS. Umno juga mahu dilihat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam walaupun mereka tidak yakin Islam itu sebagai satu cara hidup (ad-deen).

Tetapi Umno tidak serius untuk meniupkan roh Islam dalam pentadbirannya.  Buktinya ulama-ulama Umno tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan dan pembuat keputusan tetapi sebaliknya mereka sering dipinggirkan dan akhirnya peranan mereka hilang ditiup angin.

Sikap Umno yang memilih dan mengambil sesuatu hukum dan menolak hukum yang lain dalam Islam menyerlahkan sikap hipokrit mereka dan sikap ini menyerupai sikap kaum Yahudi terhadap agama mereka.

Kedurjanaan kaum Yahudi sejak sebelum kedatangan Islam sehingga dilaknat oleh Allah ialah kerana perbuatan mereka yang mengubah isi kitab dan membunuh para nabi dari kalangan mereka sendiri. Inilah dosa besar yang dilakukan kaum Yahudi yang dikisahkan dalam Al Quran.

Jika benar Umno mahu menjadi juara yang mendaulatkan Islam maka mereka harus menerima Islam secara keseluruhan dan melaksanakannya dalam segenap aspek kehidupan bermasyarakat.

Umno hendaklah mengambil Islam dan melaksanakannya secara keseluruhannya. Tidak boleh memilih-milih, ayat mana yang boleh dipakai dan ayat mana yang tidak boleh dipakai serta tidak memberi alasan untuk tidak melaksanakannya.

Firman Allah dalam ayat 208, Surah Al Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Banyak bukti dan peristiwa yang menunjukkan Umno bukanlah pembela Islam yang sebenarnya dan jika dihuraikan satu persatu kedurjanaan Umno dalam meminggirkan Islam maka tulisan ini akan menjadi panjang.

Siri video seks sempena PRU13

TOK PERAK
*BAGI mereka yang suka – dan tidak ada kerja lain! – puaslah menonton video dan gambar lucah menjelang PRU13. Baru-baru ini seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan gambar menunjukkan wajah seakan-akan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.

Umno menafikan terlibat dengan pembikinan dan penyebaran gambar-gambar berkenaan, sementara Ketua Umum PKR itu telah menyaman pemblog berkenaan.

Konon banyak lagi siri video seks dan foto akan disebarkan sebagai bahan kempen memburukkan pembangkang. Seperti yang dilaporkan media, akan disebarkan juga video seks melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Turut divideokan dan akan disebarkan ialah spekulasi seks membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video seks berkenaan.

“Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks,” katanya kepada media.

Saya tidak tertarik sedikit pun untuk menonton video dan gambar seperti itu. Biang keladi mana agaknya yang tidak ada kerja – mungkin dibayar upah lumayan – untuk menyiapkan dan menyebarkan gambar seperti itu?

Musim pilihan raya atau tidak, Malaysia memang sudah biasa dengan video dan gambar seks. Seperti diketahui umum, lama sebelum video-video yang dikaitkan dengan Anwar, telah tersebar adegan ranjang melibatkan seorang bekas menteri kanan.

“Sayalah orang dalam video itu!” demikian Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan mengenai video tersebut. Secara gentleman beliau melepaskan jawatan parti dan Kabinet. Terbukti video biru itu tidak melenyapkan Dr Chua dari politik. Beliau bangkit semula dan kini menerajui MCA.

Pendek kata video dan gambar seks – tidak kira berapa hebat – belum tentu dapat menjatuhkan pemimpin.

*DATIN Seri Dr Wan Azizah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding kerusi Dun Selangor pada PRU13. Katanya, seperti yang dipetik media: “Saya tidak ada masalah bertanding di Selengor, cuma kawasannya belum ditentukan.”

Maka ramailah yang membuat ramalan bahawa Presiden PKR itu akan menduduki kerusi Menteri Besar, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sejak awal dijangka bertanding kerusi Parlimen sahaja.

Kalau ramalan itu benar doktor pakar pergigian itu akan mencatat sejarah sebagai wanita pertama negara yang akan menjadi Menteri Besar. Maka boleh masuk dalam Buku Rekod Malaysia.

Jika itu berlaku Dr Wan juga akan melakar sejarah menjadi pakar pergigian kedua yang menduduki kerusi MB Selangor, selain Dr Mohamad Khir Toyo.

Tetapi semua itu akan bergantung sama ada isteri Anwar yang juga ibu Nurul Izzah itu betul-betul bertanding di Dun Selangor. Dan ada dua faktor yang lebih penting, iaitu beliau perlu menang dalam PRU13, dan PR dapat terus memerintah Selangor selepas pilihan raya. Kalau tidak dengan dua faktor itu, impian Dr Wan tidak akan menjadi kenyataan.

*AKHIR kalam, al-Fatehah. Rabu lalu saya kehilangan seorang lagi rakan seperjuangan. Zainon Ahmad, 70, menghembuskan nafas terakhir pada 2.25 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu akibat kanser hati.

Pak Non (gambar) saya kenali lebih tiga dekad lalu ketika beliau bertugas di akhbar The New Straits Times. Kami menjadi lebih rapat setelah beliau menyertai The Sun.

Selain tulisan kewartawanannya yang tajam, Pak Non juga dikenali dan disenangi dalam kalangan rakan kerana jenakanya yang penuh sindiran.

Tidak syak lagi industri media dan kewartawanan kehilangan seorang tokoh yang telah banyak berjasa, terutama ke arah mewujud dan merealisasikan kebebasan akhbar di negara ini.

Dengan rasa simpati saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Pak Non, khasnya kepada isteri beliau Hasnah Abdullah. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin!

Pas Negeri Sembilan harap SPR tetapkan tarikh pilihan raya waktu terdekat

KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
Khairil Anuar Wafa
Khairil Anuar Wafa
 
SEREMBAN - Pemuda Pas Negeri Sembilan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya bagi kerusi Dun dalam waktu terdekat meskipun badan itu mahu mengadakan pilihan raya umum serentak membabitkan semua negeri.

Ketua Pemuda Pas negeri, Khairil Anuar Wafa berkata, pihaknya berharap agar SPR akan memenuhi peraturan ditetapkan, di mana mereka perlu mengeluarkan writ iaitu surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya sebaik sahaja Dun negeri ini dibubarkan.

"Mengikut Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, writ berkenaan perlu dikeluarkan SPR dalam tempoh 10 hari dari tarikh pembubaran atau apabila berlakunya kekosongan di luar jangka.

"Writ tersebut mengandungi arahan mengehendaki pegawai pengurus sesuatu kawasan mengambil langkah untuk mengadakan pilihan raya mengikut cara ditetapkan oleh undang-undang," katanya kepada Sinar Harian selepas mengikuti program Jelajah Treler Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat (PR) di Taman Gadong Jaya, di sini, semalam.

Menurut Khairil, pada masa sama, satu notis pilihan raya juga akan diwartakan dan ditampal di lokasi yang mudah untuk disemak orang ramai, di mana tertera tarikh penamaan calon serta tarikh pengundian yang akan dijalankan.

"Justeru, kita ingin melihat bilakah surat kuasa terbabit akan dikeluarkan bagi negeri ini, memandangkan masih ada lapan hari lagi, termasuk hari ini (semalam) sebelum tempoh ditetapkan tamat.

"Namun, seandainya writ itu masih tidak dikeluarkan selepas 10 hari, maka jelaslah SPR telah melanggar peraturan mereka sendiri, sekali gus membuktikan betapa suruhanjaya berkenaan tidak bebas membuat keputusan berikutan dikongkong pihak tertentu yang berkepentingan," katanya.

Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri Khamis lalu.

Fuziah pertahan kerusi Kuantan, Fauzi tanding Indera Mahkota

SINAR HARIAN
Fuziah-Salleh

KUANTAN - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, penyandang kerusi Parlimen Kuantan akan mempertahankan bahagian itu pada Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita telah putuskan Fuziah bertanding semula pertahankan parlimen Kuantan," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di kampung Sungai Isap 2, di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Fuziah yang memperolehi 18,398 undi menewaskan calon BN, Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi.

Pada pilihan raya umum itu, BN tewas di dua daripada 14 kerusi parlimen di Pahang.

Selain Kuantan, BN tewas di Parlimen Indera Mahkota yang dimenangi calon PKR, Azan Ismail.

Dalam pada itu, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Anwar berkata, Fauzi akan menggantikan Azan yang bakal bertanding di Terengganu.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon Barisan Nasional Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan  kelebihan 1,027 undi. - Bernama

BN Kelantan pilih tokoh ulama sebagai calon

Wartawan Sinar Harian

BN Kelantan pilih tokoh ulama sebagai calon
Mustapa ditemu ramah Kelantan FM sempena lawatan beliau ke Karnival Keusahawanan Politeknik Malaysia di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, semalam.
 
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru.

“Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya.

Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah  barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan.

Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat.

"Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.

Lepas 48 jam, NGO India mahu 'langgar' Zul Noordin

MALAYSIA KINI



Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.

NONEBaradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera," laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.

Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu.

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu.

Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya.

NONESementara itu, Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) yang dipengerusikan oleh Datuk Thasleem Mohd Ibrahim (kiri) juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung perkara itu semalam.

"Sebagai seorang Islam, saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam melarang seseorang dariapda menghina agama dan bangsa lain," katanya.

Sementara itu, Presiden Hindu Sangam RS Mohan Shan pula berkata, video yang dipercayainya diucapkan pada 2011 itu mendapat kecaman menyeluruh pelbagai pihak, justeru Zulkifli patut dikenakan tindakan.

"Kenyataan yang nakal dan merosakkan itu telah mencetuskan perasaan tidak puas hati masyarakat Hindu dan jika tidak dibendung akan merosakkan hubungan damai pelbagai kaum dan agama di negara itu," kata Mohan semalam.

Sementara itu, kumpulan persaudaraan untuk hak asasi manusia AsSajjad Movement dalam kenyataannya menyifatkan Zulkifli sebagai melampaui batas sivil dan "terang-terangan mempersendakan agama Hindu".
"AsSajjad Movement berharap seseorang Muslim yang komited untuk menjadi insan bertakwa dapat menghormati hak-hak kaum minoriti.

"Sesungguhnya dalam era akhir zaman ini, tidak ada satu peradaban dapat berdiri sendiri tanpa berdialog dengan peradaban lainnya," kata kumpulan itu dalam kenyataannya hari ini.

Teng sahut Guan Eng, tapi dengan syarat




 
Pengurusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk bersemuka dalam pilian raya umum akan datang, tetapi meletakkan syarat di kerusi pilihan BN.

NONE"Saya terima cabarannya untuk menentang saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mencadangkan padang Kota. Dengan kata lain, dia terbuka untuk sebarang kerusi, yang akan saya putuskan.

"Dalam empat pilihan raya lalu, DAP meletakkan syarat. Kali ini, BN akan tetapkannya," kata Teng dalam sidang media hari ini.

"Pilihan raya juga berkaitan dasar dan bukan personaliti, dan patut berdasarkan kerusi yang mencerminkan situasi di Pulau Pinang, dan pihak yang diundi mesti menunjukkan iltizam terhadap isu dan dasar.

"Justeru, Lim hanya harus bertanding di kerusi negeri. Saya cabar beliau menerima syarat mudah saya dan saya akan umumkan kerusi untuk dipersetujuinya," katanya.

Lim sebelum ini menyatakan kesediaan meninggalkan kerusinya di Air Puteh dan menentang Teng di Padang Kota, kawasan yang dimenangi pemimpin BN itu selama tiga penggal sebelum tewas pada 2008

Rafizi: Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR

Wartawan Sinar Harian

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya.

Fauzi tanding Parlimen Indera Mahkota, Murnie di Paya Besar

KEADILAN DAILY

KUANTAN : Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.
dato fauzi 1
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.

Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.

Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.

murni

Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar.

“Saya ambil kesempatan ini untuk umumkan, Paya Besar calon kerusi Parlimen dari KEADILAN. Di Paya Besar, kita tonjolkan orang yang ada kebolehan, rekod baik, layak dan berani.

“Calon ini seorang tokoh muda, profesional yang punya kelayakan tapi ada akar umbi kepada perjuangan rakyat,” katanya sebelum mengumumkan Murnie yang kemudian naik ke pentas.

Kata Anwar, pemilihan Murnie dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai peringkat parti.

Pergi umrah tapi Najib sebar fitnah, video lucah – Anwar

KEADILAN DAILY

KUANTAN : Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

562068_10151338048001510_1842749425_n

“Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.

“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.

Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.

09d2ed2c995a11e29efd22000a1f9a07_7

Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.

“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.

“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?” kata Anwar.

Kemelut Isu Calon Masih Menjadi Halangan Buat Najib



Oleh Shahbudin Husin

 Sementara tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi penantian bagi rakyat, Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dilaporkan menghabiskan banyak masanya selama (Jumaat) untuk menemui ketua parti-parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri bagi memuktamadkan senarai akhir calon yang bakal dipilih bagi pilihanraya akan datang ini.

Beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dilihat keluar maasuk menermui Najib di Bangunan Perdana Putra dan sebahagiannya dikatakan mengambil masa lebih satu jam untuk mengadakan perbincangan mengenai senarai calon itu.

Tidak seperti sebelumnya, baik di zaman Mahathir mahu pun Pak Lah, biasanya perbincangan mengenai calon ini dilakukan selepas pembubaran Parlimen diumumkan tapi Najib dilihat mengambil pendekatan sebaliknya iaitu menyelesaikan dahulu isu pemilihan calon sebelum pembubaran Parlimen diumumkan.

Langkah ini dipercayai diambil Najib kerana sebaik pembubaran diumumkan, beliau mahu menghabiskan sepenuh masa yang ada untuk turun ke negeri-negeri menemui rakyat dan memastikan kemenangan BN. Beliau juga akan memberi lebih tumpuan kepada Selangor kali ini dan menjadikan ianya sebagai keutamaan selain mengekalkan Putrajaya.

Sehingga isu pemilihan calon ini tidat dapat diselesaikan dengan sebaiknya, Najib dikatakan tidak akan membubarkan Parlimen dan inilah antara faktor yang menyebabkan beliau masih tidak berbuat demikian meskipun DUN Negeri Sembilan sudah pun terbubar secara automatiknya pada 28 Mac lalu.

Pertemuan semalam dilaporkan kritikal dan Najib dipercayai akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk menemui ketua-ketua parti komponen BN dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bagi menyelesaikan isu calon itu. Ia mungkin bersambung lagi pada hari ini dan berlarutan sehingga minggu depan.

Pihak yang dekat dengan UMNO memberitahu, Najib mendapat tekanan yang kuat daripada beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk menyenaraikan calon masing-masing yang terdiri daripada pemimpin UMNO bahagian serta daripada kalangan wakil rakyat yang sudah berkhidmat beberapa penggal. Alasan yang dihujahkan mengapa mereka mahu terus dikekalkan ialah kerana pengaruh di kawasan masing-masing dan bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya sabotaj jika mereka terbabit digugurkan.

Tindakan beberapa Pengerusi Perhubungan UMNO yang masih mahu menyenaraikan calon-calon lama dan berusia itu dikatakan menimbulkan rasa kurang senang Najib kerana beliau mahu segera mengaplikasikan keinginannya meletakkan calon-calon muda dan baru yang disifatkannya "winnable" di banyak kawasan dalam pilihanraya kali ini.

Namun apabila Najib diberitahu bahawa tindakan menggugurkan ramai calon-calon lama dan berusia bakal memungkinkan berlakunya sabotaj, bilik gerakan ditutup, jentera parti tidak bergerak dan berlakunya kemerosotan sokongan, beliau kini dilaporkan perlu menilai semula banyak perkara mengenai pemilihan calon ini bagi menyeimbangkan antara kemenangan yang boleh dicapai dan hasrat meletakkan calon-calon yang "winnable".

Isu calon juga dilaporkan masih menghantui dalam perbincangan dengan beberapa parti komponen di mana masing-masing dilaporkan mengemukakan pelbagai tuntutan yang sesetengahnya turut memeningkan kepala Najib sendiri terutama dari segi pemilihan kerusi yang mahu ditandingi.

Apa yang menarik dalam pilihanraya kali ini ialah meskipun persaingan dijangka getir hampir di semua kawasan Parlimen dan DUN tetapi keghairahan di kalangan pemimpin UMNO peringkat bahagian untuk menjadi calon turut meningkat sama. Bagi yang sudah bergelar wakil rakyat pula, ramai yang masih mahu dikekalkan meskipun sudah berkhidmat melebihi dua atau tiga penggal. Ada pemimpin UMNO bahagian mempunyai keghairahan tahap maksima untuk menjadi calon walaupun diketahui kawasan yang diintainya itu sudah diwakili oleh pembangkang sejak beberapa penggal lalu.

Ada pula yang melobi siang malam untuk menjadi calon di sesuatu kawasan walaupun harapan untuk menang amat tipis kali ini.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor mengapa ramai pemimpin UMNO ghairah mahu menjadi calon. Ada kerana mahu berkhidmat, ada kerana kemaruk dengan gelaran YB dan disanjung di sana-sini, ada kerana untuk kepentingan perniagaan dan ada pula yang menjadikan tiket wakil rakyat sebagai landasan mengaut kemewahan dalam hidup. Bagi kawasan yang sukar untuk menang pula, ada yang ghairah mahu menjadi calon kerana merasakan inilah masanya untuk membuat "sedikit duit" sebab masa kempen itu nanti pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan boleh dikaut daripada pelbagai sumber.

Dengan hanya menggunakan sebahagian saja sumbangan kewangan yang diperolehi untuk tujuan kempen, manakala selebihnya dijadikan simpanan peribadi, sebenarnya peluang menjadi calon pilihanraya juga boleh menjadi tiket untuk mengumpul kekayaan secara mudah bagi golongan ini.

Sumber yang dekat dengan UMNO itu memberitahu lagi, perbincangan mengenai calon ini mungkin memakan masa beberapa hari atau minggu lagi untuk diselesaikan dan selagi kemelut calon ini tidak dapat diselesaikan, selagi itulah tarikh pembubaran Parlimen tidak akan diumumkan.

Memandangkan Najib masih masih ada masa sehingga tarikh 28 April sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya dan ulangtahun keempat beliau menjadi Perdana Menteri pula ialah pada 3 April, ramai yang menjangkakan tarikh yang menjadi pilihan Najib untuk membubarkan Parlimen ialah antara 3 April hingga 28 April.

PR Tidak Mahu Media Pemfitnah


Oleh Idris Hj Ahmad

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya, menuduh PR berjanji untuk menghapuskan  semua undang-undang berkaitan media massa satu kenyataan yang karut.  Pengampu media Umno cuba mengalih isu. Nanti mereka  boleh tuduh pula PR tidak perlu mahkamah dan polis serta SPRM, kononnya atas alasan kebebasan. 

Bilakah pemimpin PR yang mendakwa tidak perlu langsung kepada undang-undang untuk kawal media?. Apa yang ditentang ialah terlalu mengawal maklumat, walau pun untuk kepentingan awam. Misalnya penyelewingan di dalam pemberian kontrak sehingga merugikan rakyat seperti amalan kerajaan BN pada hari ini yang sudah menjadi rahsia umum, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Tidak munasabah PR hendak menghapuskan undang-undang media. Jika tidak ada undang-undang, maka  penyebar fitnah akan melampau. PR bukan sahaja hendak betulkan media, malahan hendak betulkan seluruh sistem yang sudah rosak angkara BN selama 55 tahun. Pengampu media yang menjadi penyebar fitnah juga akan disekolahkan semula supaya memahami etika kewartawanan.
Yang paling kelakar ialah mereka mendakwa

pelbagai fitnah dan tohmohan mudah dilemparkan jika tidak ada undang-undang yang mengikat penyebaran maklumat.  Etika kewartawanan tidak lagi bermakna dan pemilikan media massa oleh pihak asing yang berniat jahat terhadap negara juga mungkin berleluasa.

Kenyataan ini seolah-olah meludah ke muka media pro Umno yang melakukan fitnah tanpa mengira hukum agama dan undang-undang. Lebih-lebih lagi di musim pilihanraya.  Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar mereka akan dibela dan disediakan dana saman fitnah oleh bos-bos Umno.

Dakwaannya lagi  media di negara ini tertib kerana ada undang-undang. Satu  kenyataan yang lucu daripada pengampu Umno seolah-olah macam dia berbicara dengan rakyat Malaysia yang buta mata. Apakah laporan di dalam Utusan Malaysia itu tertib dan berakhlak? Contohnya isu video kononnya gambar  DS Anuar Ibrahim yang disiarkan oleh media Umno. Layakkah akhbar ini yang sampai di sekolah-sekolah dibaca oleh pelajar yang mentah dari segi hubungan seks.

Shahrizat: Saya akan berhabis-habisan untuk Nong Cik

 


 
Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizah Abd Jalil berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin agar memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Berdasarkan pretasi ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar, Shahrizat berkata, pengundi Lembah Pantai kini bijak untuk membuat pilihan.

shahrizat 300313 01"Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu... habis.

"Insya-Allah saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik sebagai calon dan akan berhabis-habisan. Saya pernah ada tiga penggal, saya akan turun membantu.

"Saya percaya, pengundi Lembah Pantai dah fikir, ahli Parlimen mereka tak buat apa-apa untuk bela nasib mereka. Insya-Allah pengundi Lembah Pantai akan beri mandat pada Datuk Raja Nong Chik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama penduduk PDRM Desa Tasik di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU 13 kali ini, Shahrizat berkata: "Tak ada. saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara," katanya.