Isnin, 30 September 2013

Penyokong Chua mahu EGM untuk kecam Liow

 


 

Sekumpulan 20 orang anggota jawatankuasa pusat MCA dari kelompok penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek itu juga mahu EGM diadakan bagi membatalkan keputusan parti untuk memulaukan semua jawatan dalam kerajaan.

Sekumpulan 20 orang anggota jawatankuasa pusat MCA dari kelompok penyokong presiden parti tersebut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggesa parti tersebut mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk mengecam timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lain.

Mesyuarat itu juga bagi membatalkan keputusan parti untuk memulaukan semua jawatan dalam kerajaan, menurut kumpulan terbabit.

Permohonan tersebut dikemukakan kepada pengarah pentadbiran parti berkenaan Lim Chin Hai oleh tiga orang pemohon yang mewakili kumpulan terbabit – setiausaha penganjur Tan Chin Meng, anggota jawatankuasa pusat Edward Khoo Keok Hai dan Ei Kim Hock.

Kumpulan itu memohon agar delegasi pusat, yang akan menghadiri EGM berkenaan, mempertimbangkan resolusi untuk mengecam Liow berdasarkan sebab berikut:
  • Keengganan menerima dan menghormati keputusan kolektif majlis presiden dan jawatankuasa pusat yang disertainya berhubung kes disiplin dan sebagainya.
  • Gagal dalam tanggungjawabnya sebagai pengerusi jawatankuasa persediaan pilihan raya umum – untuk menjalankan segala persiapan yang perlu, melaksanakan stategi berkensan serta hubungan media yang baik – sehingga menyebabkan kekalahan teruk MCA.
  • Tindakannya yang menyebabkan imej parti terjejas dan menimbulkan perseteruan di antara anggota parti selepas pilihan raya umum.
Mereka juga mahu perwakilan EGM supaya mengambil kira tiga resolusi berikut:
  • Membatalkan resolusi parti yang diluluskan pada perhimpunan agung 2011 dan 2012 bagi membolehkan ahli menerima jawatan menteri, timbalan menteri atau apa-apa jawatan kabinet.
  • Anggota parti menerima pelantikan sebagai senator atau apa saja jawatan dalam kerajaan seperti anggota lenbaga hospital dan dalam syarikat berkaitan kerajaan.
  • Agar anggota parti menerima pelantikan di peringkat negeri seperti exco negeri, ahli majlis, ketua kampung dan apa-apa jawatan kerajaan yang dianggap perlu bagi parti.

DAP: Tunku janji tak guna ISA pada pembangkang

 


 

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerajaan berjanji untuk tidak menggunakan ISA ke atas ahli politik dan anggota masyarakat sivil ketika ia digubal pada 1960.

"Ketika mereka gubal ISA pada 1960, Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pada masa itu) berkata (akta tersebut) tidak akan digunakan ke atas ahli politik. Beliau berkata demikian di dewan Parlimen.

“Ia juga untuk ahli politik. Anda boleh lihat perkara itu,” kata Karpal kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata pindaan kontroversi ke atas Akta Pencegahan Jenayah itu tidak akan digunakan ke atas ahli politik pembangkang dan juga anggota masyarakat sivil.

Karpal berkata, walau Tunku berjanji sedemikian, kerajaan menggunakan ISA dengan meluas untuk menahan seteru politik sehinggalah ia dimansuhkan pada 2012.

Karpal sendiri merupakan bekas tahanan ISA.

Akar seakan wajah manusia

Akar seakan wajah manusia  
Wajah pada akar


MARANG - Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.

PRK Sungai Limau: BN Kedah Akan Cadang Tiga Nama

MSTAR ONLINE
 
 
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata individu yang akan dicadangkan itu mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu.

"Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di sini, Ahad malam.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata BN perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan itu dengan menyakinkan penduduknya tentang keikhlasan kerajaan negeri jika mahu menawan Sungai Limau.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada 27,287 pengundi Sungai Limau adalah golongan muda dengan Melayu seramai 25,388 orang.

BN yakin mereka (golongan muda) mahukan pembangunan dan lebih banyak peluang pekerjaan diadakan, katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, Mukhriz berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN agar berjalan lancar termasuk penempatan negeri dan bahagian-bahagian angkat di 19 pusat daerah mengundi dalam DUN itu. BERNAMA

Pengantin baharu mati lemas

Wartawan Sinar Harian
 
Pengantin baharu mati lemas 
 Anggota dari Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu mengusung mayat mangsa yang berjaya ditemui selepas lemas dalam pusaran air, semalam.
 
 
TANGKAK - [Dikemaskini] Seorang lelaki mati lemas selepas menyelamatkan adiknya yang tergelincir di kawasan air terjun Asahan, bersempadan dengan Melaka dan Johor, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Mohd Khidil Ismeath Anuar, 25, menghabiskan cuti hujung minggu berkelah di kawasan berkenaan bersama isteri, Shakilah Zakaria, 26, dan adik bongsunya, Mohd Aliff Najmi Anuar, 13.

Mangsa merupakan seorang kakitangan kerajaan dan baru bernikah dengan isterinya, hampir sebulan lalu.

Mohd Aliff berkata, kemalangan berlaku apabila abangnya yang dipanggil abang lang, mahu menyelamatkan dirinya daripada lemas.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sri Pantai, di sini itu berkata, dia pada mulanya mandi di bahagian atas, namun ketika terpijak salah satu batu, dia tergelincir masuk ke pusaran air, sebelum menjerit meminta tolong.

Menurutnya, dia dapat merasakan kawasan itu begitu dalam dan ketika itu jaraknya dengan Mohd Khidil, kira-kira 3 meter.

“Saya tergelincir dan menjerit panggil abang lang, abang lang... sebelum abang lang datang menolak saya ke tepi. Kemudian saya tak nampak abang lang lagi.

“Dalam keadaan tercungap-cungap saya mendengar kakak ipar saya (Shakilah) menjerit memanggil 'abang! abang!' Saya pandang semula ke tempat itu tapi tak nampak abang lang," katanya.

Menurutnya, sebelum abangnya dibawa arus, Shakilah nampak mangsa terkapai-kapai di dalam air, lalu tenggelam dan hilang.

Mayat mangsa bagaimanapun ditemui kira-kira dua jam selepas itu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Saya sedih sebab saya yang mula lemas tapi abang yang menyelamatkan saya pula lemas,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tangkak, dekat sini, semalam.

Mohd Aliff berkata, mangsa, anak ketiga daripada lima beradik itu, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.

"Tapi Allahyarham begitu beria-ia mengajak kami sekeluarga berkelah di situ. Cuma, saya dan isterinya saja yang ikut hari ini (semalam)," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga baru tiba dari Kuala Lumpur ke Kampung Bekoh, dekat sini, petang kelmarin dan ini pertama kali dia dan Allahyarham menjejak kaki ke kawasan tersebut.

Baru dua minggu pulang berbulan madu

Sementara itu, abang kedua mangsa, Muhammad Hatta Anuar, 27, berkata, Allahyarham merupakan seorang penyayang.

"Allahyarham dan isterinya baru pulang dari berbulan madu di Korea, dua minggu lalu," katanya.

Menurutnya, sebelum ini mereka kerap bertemu di rumah keluarga di Kuarters Polis Pantai, bagaimanapun jarang berjumpa selepas adiknya berpindah ke rumah mertua di Sungai Buloh selepas mendirikan rumahtangga pada 1 September lalu.

“Dah ajal dia, dia pergi hari ini dan kami sekeluarga reda. Namun, lebih menyedihkan ketika ini, ibu bapa mertua Allahyarham tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir kerana berada di Makkah mengerjakan haji," katanya.

Sementara itu, Shakilah enggan ditemui pemberita kerana masih bersedih.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bekoh, Tangkak, selepas solat Asar, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Johari Masom berkata, seramai enam anggota membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Jasin, Balai Bomba Jasin Bestari serta unit Skuba Jalan Kubu Baru dikejarkan ke tempat kejadian untuk usaha mencari dan menyelamat.

"Operasi menyelamat sukar kerana kedalaman kawasan air terjun lebih lima meter menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan unit skuba,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dan dibawa naik kira-kira 12.20 tengah hari tidak jauh dari tempat mangsa menyelamatkan adiknya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tiada kesan luka pada badan mangsa. Anggota bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit membawa naik ke darat dan mayatnya dihantar ke Hospital Tangkak sebelum dituntut waris,” katanya.

PAS Desak PRK Sungai Limau Diadakan Sebelum Bajet 2014




KUALA LUMPUR: PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sebelum pembentangan belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PRK itu perlu diadakan bagi mengelak pelbagai persepsi yang akan timbul akibat daripada pengumuman Belanjawan 2014 yand didakwa akan disalahgunakan oleh kerajaan untuk meraih undi rakyat.

"Kami mendesak PRK DUN Sungai Limau diadakan sebelum hari pembentangan Belanjawan 2014 yang akan diadakan pada 25 Oktober ini untuk mengelak pengumuman dari segi pemberian wang tunai (BR1M) mempengaruhi pengundi.

"Jika ini tidak berlaku sebelum pembentangan Belanjawan, tindakan itu dilihat sebagai suatu kesempatan oleh kerajaan untuk menyalahgunakan bajet tersebut," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Mahfuz berkata, jika PRK diadakan segera, ia dapat mengelakkan pertembungan dengan pemilihan (Majlis Tertinggi) Umno dan Muktamar PAS.

Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno akan diadakan pada 19 Oktober manakala Muktamar PAS, 20 hingga 24 Oktober ini.

Ketika ditanya mengenai harapan PAS untuk mempertahankan kemenangan di kerusi tersebut, Mahfuz berkata beliau yakin pengundi-pengundi masih tetap akan mengundi PAS.

"Berdasarkan rekod, Azizan menang sejak pertama kali bertanding di situ pada PRU 1995 dan mengulangi kejayaan itu pada 2008 dan 2013. Saya yakin PAS akan mempertahankan kemenangan di kerusi itu nanti," katanya.

Sementara itu, Mahfuz enggan mendedahkan calon yang akan dipertaruhkan PAS untuk bertanding di kerusi itu.

"Kita tunggu saja hari penamaan calon nanti," katanya.

Bumbung Wad Bersalin Hospital Serdang Runtuh

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Beberapa bahagian bumbung di Wad Bersalin Hospital Serdang dekat sini runtuh dalam kejadian 2.55 pagi Isnin.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam hospital itu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Pihak media tidak dibenar masuk ke kawasan itu.

PRK Sungai Limau: PAS Harap Awal November - Mustafa



Mustafa Ali


PETALING JAYA: Waktu yang dilihat paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau adalah pada awal November ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata awal November dianggap sesuai kerana ia tidak bertembung dengan Muktamar Tahunan PAS ke-59 dan pemilihan Umno juga telah selesai pada waktu itu.

"Seboleh-bolehnya janganlah dibuat ketika muktamar PAS. Saya kira waktu paling 'cantik' ialah awal bulan November sebelum muktamar PAS dan selepas pemilihan Umno.

"Boleh buat (PRK), tapi kalau boleh kita minta dielakkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Muktamar PAS dijadualkan akan berlangsung pada 20 hingga 24 November ini manakala PRK DUN Sungai Limau perlu diadakan selewat-lewatnya pada 27 November.

Pemilihan Umno pula akan diadakan pada 11 dan 19 Oktober ini.

Mustafa berkata sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan PRK diadakan pada hujung November, ia sedikit-sebanyak akan mengganggu perjalanan mukatamar PAS.

"Jika diadakan pada hujung November, sudah tentu tempoh berkempen termasuk dalam waktu yang sama kita mengadakan muktamar," katanya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan dan persediaan menghadapi PRK, Mustafa berkata PAS negeri telah pun mengadakan mesyuarat berkaitan isu tersebut baru-baru ini.

Katanya, PAS negeri akan mencadangkan tiga nama calon sebelum diputuskan oleh PAS Pusat.

Mengenai peluang PAS mempertahankan DUN Sungai Limau, Mustafa yakin dan optimis PAS akan mengekalkan kerusinya itu.

Tambahnya, PAS juga tidak menghadapi masalah untuk meletakkan calon berkaliber bagi menghadapi calon Barisan Nasional (BN).

"Kita yakin boleh menang tapi kita tidak akan mengambil mudah pilihan raya ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mustafa turut ditanya mengenai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menggesa supaya PRK diadakan sebelum pembentangan Bajet 2014, 25 Oktober ini.

Mahfuz berkata PRK DUN Sungai Limau perlu diadakan sebelum pembentangan Belanjawan 2014 bagi mengelak pelbagai persepsi yang akan timbul daripada pengumuman yang didakwa akan disalahgunakan oleh kerajaan untuk meraih undi rakyat.

"Itu mungkin pandangan peribadi beliau," katanya.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan ekoran kematian bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, 26 September lalu.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkhidmat sebagai menteri besar Kedah yang ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Pada PRU-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru

412,245 Peminjam PTPTN Belum Buat Bayaran Balik




KUALA LUMPUR: Seramai 412,245 daripada 1.2 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos lalu.

Dewan Rakyat pada Isnin diberitahu kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 328,550 peminjam, diikuti Cina (55,445) dan India dengan 28,250 peminjam.

Statistik peminjam yang tidak membuat balik pinjaman mengikut negeri tertinggi adalah Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang meminta statistik peminjam mengikut bangsa dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN.

Untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, PTPTN telah membuka 12 pejabat agensi negeri, dua One Stop Centre dan empat pejabat cawangan di lokasi strategik seluruh negara.

PTPTN juga mengenakan tindakan penguatkuasaan dengan menyenaraihitam peminjam ke luar negara dan saman kepada peminjam bagi meningkat tahap kesedaran dan kewajipan membayar balik pinjaman.

"Tindakan yang diambil ini bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa memberikan ruang kepada pemijam," menurut jawapan bertulis itu.

PTPTN turut memberi diskaun 20 peratus atas baki pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus dakam tempoh setahun bermula 1 Oktober hingga 30 September lalu.

Bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober tahun lalu, diskaun sebanyak 10 peratus setahun akan diberikan.

ROS Diminta Henti Campuri Urusan DAP - Guan Eng




KUALA LUMPUR: DAP pada Isnin meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya berhenti mencampuri urusan parti itu selepas berakhirnya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ahad.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan perwakilan mengekalkan senarai 20 calon yang sama seperti pemilihan yang lalu membuktikan proses pemilihan semula itu diadakan secara telus dan bersih.

"Saya sebagai Setiausaha Agung DAP mendesak ROS hentikanlah sebarang usaha untuk terus mengganggu DAP. Apa jua keputusan pemilihan itu, ROS tidak harus menyalahgunakan kuasa mereka.

"Jika mahu melawan DAP, lakukannya pada pilihan raya, bukannya menggunakan ROS untuk mensabatoj kami (DAP)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan perwakilan pada pemilihan semula Ahad lalu menunjukkan mereka juga menolak tindakan ROS mencampuri urusan parti.

Ketika ditanya mengenai kemerosotan undi di kalangan perwakilan yang mengundi beliau, Lim berkata: "Kita menghormati apa jua keputusan perwakilan. Kita hormati suara mereka kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi."

Pada pemilihan semula Ahad lalu, Guan Eng menduduki tempat kelima dengan 1,304 undi, kurang 272 undi daripada pemilihan tahun lalu.

Bekas pengarah didakwa pecah amanah RM1 juta

Mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat pembekal filem luar negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan wang lebih RM1 juta dengan memindahkan wang itu ke dalam akaun peribadinya, tahun lepas.
  
Mahni Che Kerma, 55, yang merupakan pengarah Syarikat Beta Carriage Sdn Bhd ketika itu, didakwa pecah amanah wang syarikat iaitu dengan curangnya memindahkan wang berjumlah RM1,013,534 dari akaun Maybank Islamic syarikat ke dalam akaun Maybank Islamic miliknya di syarikat itu di No.6-1, Tingkat 1, Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Bandar  Wangsa Maju, di sini pada 28 Ogos 2012.
  
Pembekal filem kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
  
Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
  
Mahkamah menetapkan 12 Nov untuk sebutan.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shashita Mohamed Hanifa manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rabinder Singh. - Bernama

DAP wadah pelbagai kaum; UMNO takut – Lim Guan Eng

1265615_735362266480714_210248391_o


PETALING JAYA: “Kejayaan besar DAP dalam pilihan raya lalu telah menjadikan DAP sebuah ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) dan sebab itu mereka menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menghabiskan DAP apabila mereka mengeksploitasi kejujuran parti.”

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya yang mengingatkan para perwakilan supaya terus mempertahankan DAP dari sebarang serangan jahat, zalim dan tidak adil dari mana-mana pihak yang mahu menghapuskan parti.

“BN sudah terdesak bila menyedari bahawa DAP tidak boleh dikalahkan dengan sokongan rakyat. Kita sedang berada di dalam krisis kerana kita menjadi mangsa kejayaan sendiri. Dalam sejarah 47 tahun parti DAP, tidak pernah parti mencapai kejayaan yang begitu besar seperti yang berlaku dalam PRU ke 13.

“Selagi rakyat memilih kita, selagi rakyat menyokong perjuangan kita, kita tidak akan mati selama-lamanya,” ujar beliau.

Tambah menggusarkan BN terutamanya UMNO apabila DAP mempunyai semakin ramai Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh negara dengan 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN.

“Kita adalah rakan kongsi kuasa dengan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor. Kita mempunyai wakil rakyat dari setiap lapisan kaum dan agama.

“Izinkan saya menyebut nama pendekar-pendekar Melayu DAP seperti Ahli Parlimen Bukit Bendera Sdr Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Raub Dato’ Mohd Ariff Sabri bin Hj Abdul Aziz, ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji; serta ADUN Kadazan pertama kita dari Kepayan, Sdr Dr Edwin Bosi,” ujarnya.

Ia termasuklah barisan wakil rakyat yang muda dan menjanjikan sesuatu yang lebih hebat kata Guan Eng.
“Mereka ialah seperti ADUN Johor Jaya Liao Cai Tung dan kita juga mencatat rekod seramai 25 orang wakil rakyat wanita, termasuk wanita India pertama menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan dua orang ahli dewan undangan negeri wanita, iaitu ADUN Sabai, Kamache Doray Rajoo dan ADUN Rahang, Mary Josephine Prittam Singh,” ujar beliau.

Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa DAP tidak akan terperangkap dengan mainan perkauman UMNO-BN dengan kepelbagaian yang ada dalam DAP.

“Kita tidak mahu jadi MCA, kita tak mahu jadi MIC walaupun kita mempunyai lebih ramai wakil rakyat India dalam DAP, kita juga tak mahu jadi UMNO, apa yang kita mahu ialah menjadi parti untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Kita bukan mahu laungkan hidup Melayu atau hidup Cina tetapi kita mahu laungkan hidup Malaysian Malaysia,” katanya bersemangat. – Roketkini.com

Dr Ariffin dilantik Naib Pengerusi DAP

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dr Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2013-2016 selepas Kongres Khas yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016

Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Dr P Ramasamy

3. Dr Ariffin Omar

4. Jimmy Wong Sze Phin

5. Vincent Wu

6. Dr John Brian Anthony

7. Dr Edwin Bosi

8. Leong Ngah Ngah

9. V. Sivakumar

10. Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi:

1. Chow Kon Yeow

2. Chong Chieng Jen

3. M Kula Segaran

4. Teresa Kok

5. Dr Ariffin Omar

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:

1. Chong Eng

2. Ngeh Koo Ham

3. P Ramasamy

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Teo Nie Ching

Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Ketua Parlimen Parlimen: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy

Biro Pilihanraya

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee,

Liew Chin Tong

Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo

Biro Pakatan Rakyat

Pengerusi: Teng Chang Khim

Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa

Kok, Gobind Singh Deo

Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran

Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan

Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony

Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi

Whip: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran

Jawatankuasa Keahlian

Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong

Lebuh raya rakyat, bukti PAS parti pilihan



Oleh Mohammad Faizal Che Yusof


Sehingga kini projek pembinaan lebuh raya rakyat Kelantan terus menjadi sendaan kepada kebanyakan penyokong dan pendokong Umno. Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai yang diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk diusahakan sendiri oleh kerajaan Kelantan bukanlah suatu mimpi. Bahkan ia suatu projek yang “viable” dan telah melalui kajian “ficibility”

Sebagaimana yang difahamkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Haji Husam Musa, ilham Tuan Guru tersebut dicetuskan kepada beliau sebanyak tiga kali setelah Tuan Guru meyakini bahawa Umno yang menerajui kerajaan pusat terus bersikap mendiskriminasikan Kelantan di bawah pimpinan PAS.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi bila mana kepimpinan kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob terus dengan pendirian membina lebuh raya rakyat.

Berdasarkan penerangan Datuk Haji Husam Musa, boleh kita fahami bahawa prinsip asas kepada pembinaan lebuh raya rakyat ialah satu amalan perkongsian pintar antara pihak swasta dan kerajaan negeri. Dalam projek tersebut, kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK bertindak sebagai pemudahcara.

Sebuah syarikat pembinaan lebuh raya yang berpengkalan di Korea telah bersetuju membina lebuh raya rakyat dengan kos RM1.8 bilion. Sebagai balasan kepada kesediaan syarikat gergasi ketiga korea tersebut, menurut perancangan awal kerajaan Kelantan hanya menyediakan suatu kawasan yang bernilai RM2.5 bilion yang mana diberi hak untuk diusahakan kepada syarikat Korea yang terlibat.

Uniknya pembinaan lebuh raya rakyat, tiada keperluan untuk kerajaan Kelantan membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat pelaksana sebagaimana amalan yang menjadi kebiasaan. Di sinilah keterampilan ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam memastikan setiap sen harta rakyat yang diamanahkan ditadbir dan diuruskan sehabis baik.

Antara propaganda yang terus dimainkan oleh media-media anti PAS termasuklah betapa projek tersebut tidak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan tidak diketahui parti. Dalam program penerangan di Kota Bharu yang diadakan semalam, khamis 26 September, YB Datuk Paduka Haji Husam Musa memperincikan bahawa seawal Julai 2011, projek pembinaan lebuh raya rakyat telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan turut dibincangkan dalam Lajnah Politik serta Dewan Harian PAS.

Justeru, sebagai penyokong dan pendokong PAS, setiap dari kita bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang sehabis tepat kepada rakyat yang sentiasa dimomokkan dengan pelbagai fakta yang mengelirukan oleh media-media yang dikuasai Umno. Harus kita insaf, masih ramai dalam kalangan orang Melayu yang terus meletakkan sikap terlebih waspada kepada keupayaan PAS meneraju kerajaan apabila diberi hak memerintah Putrajaya.

Jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri ditadbir PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai contoh yang sentiasa boleh dirujuk untuk rakyat memahami situasi sebenar. Usaha untuk memenangi hati rakyat bukan hanya pada musim pilihan raya.

Sebagai umat yang dipandu wahyu dan sunnah Rasul Allah SAW, setiap saat kita diberi pilihan untuk sama ada berbuat kebajikan dan beramal soleh atau membiarkan sahaja masa berlalu dengan kerugian. Ayuh, terus berjihad dengan setiap keupayaan demi memenangkan Islam di bumi bertuah ini

Dari pelakon crook jadi pengarah filem

Oleh Melati Pusaka
 
 
Yusof Haslam dikenali sebagai pelakon crook dalam filem pertamanya Permintaan Terakhir arahan Jamil Sulong.




Biasanya di India pelakon hero menjadi penerbit dan pengarah filem seperti Raj Kapoor (Sangam, Mera Naam Joker, Bobby, Kal Aaj Aur Kaal, Satyam Shivam Sundaram), Dev Anand (Hare Rama Hare Khrisna, Herra Panna) dan Manoj Kumar (Shor, Roti Kapada Aur Makaan) tetapi di Malaysia tidak semestinya pelakon hero jadi pengarah filem.

Ada juga pelakon crook yang menjadi penerbit dan pengarah filem seperti Datuk Yusof Haslam, 59 tahun. Beliau dikenali sebagai pelakon crook dalam filem pertamanya Permintaan Terakhir arahan Datuk Jamil Sulong. Filem itu menampilkan Sonny Abdullah sebagai hero manakala Uji Rashid sebagai heroin.

Yusof Haslam atau nama sebenarnya Mohd Yusof Md Haslam Khan dilahirkan pada 24 April 1954 berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik.

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur sehingga tamat SPM. Beliau pernah menjadi konduktor tiket bas Sri Jaya sebelum menceburi bidang lakonan.

Yusof mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail dan mereka memperolehi empat orang anak Mohd. Faizal, Mohd. Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq.

Yusof mula berlakon pada tahun 1973. Filem pertama beliau memegang watak tambahan dalam filem Laksmana Do Re Mi, filem terakhir arahan P. Ramlee di mana beliau menjadi pengawal Menteri Fasola lakonan Hussein Abu Hassan.

Jamil Sulong yang memperkenalkan Yusof dalam filem Permintaan Terakhir. Kali ini beliau diberi peranan pelakon crook. Selepas itu beliau muncul dalam filem Jiwa Remaja yang memperkenalkan Hail Amir sebagai hero.

Hail Amir digandingkan dengan Uji Rashid dalam filem tersebut yang diarahkan oleh Jamil Sulong juga. Hail Amir dan Uji Rashid menjadi kegilaaan anak muda ketika itu yang merupakan penyanyi duet yang popular. Album mereka Antara Matamu dan Mataku menjadi siulan anak muda di zaman itu.

Filem lain lakonan Yusof ialah Bukit Kepong, Penentuan, Ribut Barat, Wira Angkasa, Bayangan Maut, Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Bara, Gemilang, Pasrah dan Gerak Khas The Movie.

Hail Amir selain berlakon menjadi penyanyi tetapi Yusof Haslam yang tidak pandai menyanyi menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan kantin dan restoran. Restoran Haslam yang terletak di Jalan Pahang berhampiran Hospital Tawakal yang memberinya modal untuk terlibat dalam bidang penerbitan drama televisyen dan filem.

Roda Roda Kota Raya 

Dari pelakon, beliau menjadi penulis skrip dan penerbit drama tv dan filem. Siri tv Gerak Khas. Roda Roda Kota Raya menjadi trade mark drama Yusof Haslam ditayangkan di RTM.

Yusof pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia 1984 menerusi filem Mekanik arahan Hafsham. Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang seni, beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1993 dan beliau menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2001 yang membawa gelaran Datuk.

Sebagai penerbit filem Yusof Haslam dikenali sebagai penerbit jutawan kerana semua filem terbitannya memecah box office. Filem pertama terbitannya ialah Bayangan Maut (1991) mendapat kutipan RM1 juta.

Selepas itu beliau mengarah filem Pemburu Bayang (1993) yang dilakoni Awie dan Ella yang memungut RM1.8 juta. Pada tahun 1994, beliau menerbitkan filem Sembilu lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang mengutip RM4.2 juta. Pada tahun 1995, beliau menerbitkan Sembilu II yang mengutip RM6.3 juta.

Pada 1998, Yusof mengarahkan Maria Mariana II yang mendapat RM3.2 juta. Pada 1999, beliau menerbitkan Bara gandingan Awie dan Nasha Aziz yang pernah digossipkan mempunyai hubungan dengan Yusof Haslam.

Pada tahun 2000, beliau menerbitkan Pasrah. Pada tahun 2001 beliau menerbitkan Gerak Khas The Movie. Sequelnya, Gerak Khas The Movie II yang diterbitkan pada tahun 2002 mengutip RM3 juta. Pada tahun 2003, Yusof Haslam mengarahkan Janji Diana yang menampilkan Rosyam Noor dan Erra Fazira. Filem tersebut berjaya memungut RM2.3 juta.

Pada tahun 2005, beliau menerbitkan Gerak Khas 3 The Movie yang menampilkan Norman Hakim dan Abby Abadi. Pada tahun yang sama, beliau menerbitkan Sembilu 2005 yang memperkenallkan Vince dan Hetty Sarlene.

Kini bakat lakonan dan arahan yang ada pada Yusof Haslam diwarisi anaknya, Mohd. Shamsul yang telah mengarahkan beberapa filem seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan KL Gangster.

Yusof Haslam kini sudah jadi pengarah filem tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man. Pelakon seangkatannya seperti Hail Amir, Uji Rashid, Zulkifli Zain sudah tidak aktif dalam bidang seni tetapi Yusof tetap maju dengan dunia penerbitan filem.

Beliau sudah terbukti dapat menukar imejnya dari seorang pelakon crook kepada penerbit jutawan. Tahniah Yusof!

Rakyat S’wak sokong kenaikan harga minyak?

 
Lebih banyak aktiviti akan dianjurkan untuk menghantar mesej ini kepada kerajaan.




KUCHING: Protes kenaikan harga minyak di bandaraya Kuching tetap diteruskan walaupun kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

Walaupun kecil bilangannya, mesej yang disampaikan oleh 30 orang yang berarak di bawah panas terik di pusat bandar adalah penting dan jelas – penduduk luar bandar terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

Perarakan yang singkat dari pusat membeli-belah ke Padang Merdeka, adalah aktiviti pertama yang dirancang mereka untuk menggesa kerajaan untuk menurunkan harga minyak, kata penganjur.

“Kami akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk memanggil lebih ramai orang tampil ke hadapan untuk menghantar mesej ini kepada kerajaan.

“Kami menggesa kerajaan untuk mengurangkan subsidi yang besar kepada industri besar dan tidak subsidi kecil untuk orang biasa,” kata Abib Ismadi daripada Teori Timur.

“Penduduk luar bandar Sarawak adalah orang yang paling menderita. Bahan api lebih mahal di kawasan pedalaman,” katanya kepada orang ramai kecil sebelum kumpulan berarak ke Padang Merdeka.



Mereka berkumpul di bawah pokok besar dan menggunakan pembesar suara, tetapi kumpulan tersebut gagal menarik perhatian orang ramai disebakan ada latihan konsert di Padang Merdeka sempena ulang tahun bank RHB.

Turut hadir dalam protes ini ialah gabungan NGO seperti SADIA (Sarawak Dayak Iban Association), PAMS (Persatuan Anak Muda

Sarawak), SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), AMK (Angkatan Muda Keadilan), DAP Tupong dan Geng Kotak.

Protes ini berlangsung dalam keadaan aman dan sepanjang perarakan, pihak polis turut membantu mengawal lalulintas.

Ahmad Said Gesa SPRM Siasat Bumbung Masjid Runtuh

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid yang runtuh di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini, Ahad.

Beliau berkata, pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus disiasat untuk mengesan sebarang penyelewengan dan sama ada pembinaan mengikut spesifikasi pihak berwajib.

"Insiden masjid runtuh hari ini harus diambil perhatian oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Ada yang tidak betul. Saya minta SPRM menyiasat sepenuhnya kes ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan Mardi di sini.

Ahmad berkata, beliau akan mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu.

Runtuhan ini katanya mencalar imej negeri Terengganu hingga ramai yang menggelarkan 'Terengganu Darul Runtuh'.

Dalam kejadian sekitar 4.00 pagi, bumbung dan siling masjid tersebut runtuh melibatkan kira-kira 20 peratus ruang solat terbuka masjid yang mampu memuatkan 1,000 jemaah. - BERNAMA

Peluang Wanita Umno memulihkan imejnya


Oleh Shahbudin Husin


Kehadiran Maznah Mazlan sebagai pencabar Shahrizat Jalil di saat-saat akhir bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pada 12 Oktober depan, kembali menghangatkan perebutan bagi jawatan itu. Sebelum ini apabila bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said menarik diri daripada mencabar Shahrizat kerana dikhabarkan dinasihatkan berbuat demikian di samping dijanjikan kedudukan dalam sebuah GLC serta jawatan kanan dalam Wanita UMNO, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga itu dijangka akan menang mudah dalam pemilihan kali ini.

Ini kerana, meskipun terdapat seorang lagi individu bakal mencabarnya iaitu Raihan Sulaiman Palestin tetapi beliau dilihat bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan dan profil meyakinkan untuk menggugat Shahrizat. Selain rekod dan pencapaiannya dalam Puteri UMNO suatu ketika dahulu tidak ada yang membanggakan, pergaulan dan percampurannya dalam Wanita UMNO juga begitu terhad.

Orangramai mungkin hanya mengingati Raihan kerana beliau adalah anak kepada Sulaiman Palestin yang pernah mengejutkan ramai kerana keberaniannya mencabar Hussein Onn bagi jawatan Presiden UMNO. Selebihnya hampir tidak ada. Lantaran itu, Raihan tidak dilihat sebagai pencabar yang kuat kepada Shahrizat.

Tetapi dengan kehadiran Maznah, yang muncul tanpa sebarang desas-desus atau khabar angin sebelumnya tetapi muncul mengemukakan borang pencalonan hanya kira-kira 20 minit sebelum tempohnya berakhir, menjadikan perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO kembali panas dan laluan Shahrizat untuk mempertahankan jawatan tersebut turut berliku.

Maznah, salah seorang EXCO Wanita, kini merupakan ADUN Muadzam Shah dan sebelum ini pernah dilantik Senator dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, dilihat cukup meyakinkan bukan saja untuk memberi cabaran kepada Shahrizat tetapi juga untuk melakar wajah baru yang lebih berseri kepada Wanita UMNO bagi menghadapi PRU 14.

Dibandingkan dengan Shahrizat yang pernah menjadi menteri dan lebih popular berbanding Maznah, tetapi dari sudut imej dan"baggage" Maznah ternyata kelihatan lebih baik dan lebih ringan. Beliau tidak ada imej lembu NFC yang menjadi perbualan umum dan penyelewengan dana 1Azam sebagaimana Shahrizat.

Sebaik mengetahui beliau bakal dicabar oleh salah seorang Exconya, Shahrizat lantas memberi reaksi spontannya dengan mengaitkan kehadiran Maznah sebagai calon proksi yang dikatakan ditonjolkan oleh Rafidah Aziz, selain cuba memburukkan pencabarnya itu sebagai tokoh wanita yang tidak aktif serta tidak menghadiri mesyuarat sejak sekian lama.

Walaupun Maznah pantas menangkis kehadirannya sebagai calon proksi dengan mengatakan beliau seorang yang boleh berfikir dan membuat pendirian sendiri, reaksi Shahrizat itu jelas memperlihatkan beliau mulai rasa tergugat kedudukannya.

Memang diakui bahawa Wanita UMNO merupakan sayap penting kepada UMNO. Mereka bukan saja saja aktif dalam kerja-kerja pilihanraya dan kemasyarakatan tetapi kehadiran golongan wanita jugalah yang menunjangi kekuatan UMNO dan kerajaan selama ini. Bukan saja dalam mesyuarat UMNO cawangan-cawangan tetapi juga pelbagai program di seluruh pelusuk negara, termasuk yang didihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ramainya kaum wanita yang memenuhi majlis dan menampakkan program yang diadakan mendapat sambutan ramai, barangkali sudah lama Najib dan Muhyiddin patah semangat dibuatnya.

Namun isu lembu NFC telah banyak mencalarkan wajah Wanita UMNO. Isu itu membuatkan Wanita UMNO tidak lagi dihormati seperti dulu. Dalam pilihanraya umum lalu, antara sebab Wanita UMNO masih mampu bertahan ialah kerana Shahrizat tidak dijadikan calon pilihanraya dan ramai yang menganggapnya tempoh kepimpinannya akan berakhir sebaik saja pilihanraya tamat. Penggugurannya sebagai menteri meyakinkan rakyat bahawa zaman pencennya sudah menemui titik mula.

Cuba bayangkan prestasi UMNO dan gerak kerja Wanitanya dalam pilihanraya lalu jika Shahrizat dijadikan calon atau diberitahu beliau akan dilantik sebagai penasihat bertaraf menteri kepada Perdana Menteri?

Dalam hal ini, merubah dan menyolek wajah baru kepada Wanita UMNO untuk ditampilkan lebih berseri adalah penting untuk difikirkan. Ketika isu lembu NFC muncul dulu, begitu ramai yang mahukan Shahrizat berundur. Mereka termasuklah Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan kalangan dalam Wanita UMNO sendiri.

Selepas pemilihan 12 Oktober ini, pemilihan UMNO yang seterusnya ialah pada 2016. Tetapi mengikut amalan biasa, pemilihan itu selalunya akan ditanggunhkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum yang mungkin diadakan pada 2017 atau 2018. Jika itu berlaku, bermakna kepimpinan yang dipilih kali ini adalah mereka yang akan memainkan peranan dalam pilihanraya akan datang yang dijangka tidak kurang getir dan mencabarnya seperti pilihanraya umum lalu.

Persoalannya, jika Shahrizat dipilih lagi, mampukah Wanita UMNO berdepan dengan rakyat sedangkan beliau yang dulunya sudah digugurkan sebagai menteri kini dilantik pula sebagai penasihat khas bertaraf menteri? Tidakkah rakyat terasa mereka dipermain-mainkan dengan pengguguran Shahrizat sebelum ini?
Walaupun Maznah tidak sepopular Shahrizat tetapi imej dan rekodnya belum tercemar lagi.

Penampilannya juga meyakinkan. Jika dulu Azalina dikatakan tidak sesuai memimpin Wanita UMNO kerana tidak pernah mempunyai pergaulan yang cukup dalam Wanita, selain tidak pernah menjadi ibu, Maznah melebihi kelayakan itu. Soal calon proksi tidak seharusnya ditimbulkan kerana ketika Shahrizat mencabar Rafidah dulu pun, tiada sesiapa bertanya beliau calon proksi kepada siapa ketika itu.

Pemilihan pemimpin Wanita UMNO kali ini tidak diragui lagi mempunyai kepentingan bukan saja dalam memulihkan imejnya tetapi yang jauh lebih penting ialah peranannya dalam membantu sama ada UMNO terus tegak atau berkecai dalam pilihanraya akan datang. Mengekalkan mereka yang telah tercemar dan terpalit dengan kekotoran samalah seperti menyumbang kepada keruntuhan UMNO.

Inilah masanya untuk Wanita UMNO membuat pilihan yang jujur dan objektif. – shahbudindotcom.blogspot.com,

Ahad, 29 September 2013

DAP sedia heret ROS ke mahkamah - Karpal

Anis Nazri,





PETALING JAYA: DAP mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tidak melakukan cubaan bagi menggagalkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti itu yang diadakan hari ini.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata sekiranya badan itu cuba mencari jalan menggagalkan pemilihan dan ia dilakukan dengan melanggar undang-undang, pihaknya akan mengheret ROS ke mahkamah.

"Saya bagi amaran kepada ROS, jangan cuba main-main dengan parti ini yang begitu kuat. Saya sudah mula memperhatikan ROS ini sejak Disember lalu dan saya akan terus memerhatikannya. Ini amaran terakhir saya kepada ROS," tegas beliau ketika berucap di Kongres Khas DAP, di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Menyifatkan kongres hari ini sebagai satu sejarah kerana diadakan dua kali, Karpal berkata kongres yang mencatatkan kehadiran kira-kira 85 peratus hari ini menunjukkan parti itu sebagai sebuah parti yang kuat.

Pemilihan PRU14

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut mengingatkan para perwakilan agar memilih satu jawatankuasa yang kuat bagi persiapan parti itu dan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak.

Saranan tersebut, katanya bukan menganggap kepimpinan yang dipilih sebelum ini tidak kuat, sebaliknya memperkuatkan lagi kepimpinan agar DAP bersama Pakatan Rakyat menawan Malaysia pada pru-14.

Karpal dalam masa yang sama turut memuji semangat yang ditunjukkan pimpinan muda dan mahu agar mereka menjadi pelapis yang kuat pada masa akan dating.

“Orang muda ini, anda adalah pelapis untuk menubuhkan kerajaan masa depan. Untuk Malaysia yang lebih baik.

“Apa yang saya lihat, kita jangan putus asa kerana kita ada peluang dalam pilihan raya akan datang. Kita dan Pakatan Rakyat (PR) akan berjuang merebut kuasa dari Barisan Nasional,” katanya.

Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu.

Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.

Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan ROS mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran terdapat dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini.

Keputusan pemilihan CEC kekalkan muka lama


KL TODAY


PETALING JAYA – Seperti yang dijangka keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menyaksikan kesemua 20 anggota ahli yang dipilih dalam pemilihan Disember  tahun lalu berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing dalam pemilihan semula yang dijalankan hari ini.

Menduduki hearaki teratas ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang berjaya memperolehi sebanyak 1,438 undi.

Sementara itu, Lim Kit Siang menduduki tempat kedua dengan undi sebanyak 1,436, hanya dua undi kurang berbanding Chin Tong.

Dalam pada itu, satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera menduduki tempat ke-12 dengan 1,132 undi.

Sementara Karpal Sing menduduki tempat ke-3 dengan undi sebanyak 1,421 diikuti oleh anaknya Gobind Singh Deo dengan undi sebanyak 1,409.

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan penyandang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi calon kelima popular dengan 1,304 undi.

Pemilihan hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan pada Disember tahun lalu.

PCA bahan kempen Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno

KEADILAN DAILY

 KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dilihat bahan kempen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno, kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

 “PCA seolah menjadi alat kempen untuk Zahid Hamidi. Cuma saya nak beritahu. Tanpa PCA pun Zahid boleh menang,” kata Shamsul kepada Keadilandaly.

umno_vp

Justeru, Shamsul bercadang ‘menaikkan populariti’ naib presiden Umno itu melalui dialog atau debat dengannya berhubung pindaan undang-undang tersebut.

“Kalau Zahid bersedia, kita boleh buat secara langsung. Di Bernama atau Sinar Harian atauAstro. Kerana isu ini melibatkan semua pihak,” kata Shamsul yang juga ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Kata Shamsul, Zahid tidak perlu mencadangkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi, sedangkan hak seseorang yang dibicarakan atas kesalahan tertentu terjamin dibawah perlembagaan Persekutuan.

“Berbanding dulu, rakyat berasa selamat jika dia tidak tahu (ada penahanan tanpa bicara). Tapi, konteks hari ini berubah. Rakyat lebih selamat jika mengetahui perkara sebenar kenapa (seseorang) ditangkap dan ditahan.

darurat

Beliau memberikan contoh pewartaan akta ISA pada 1960 yang bertujuan mengekang pengaruh komunis meresap ke dalam masyarakat Malaya yang ketika itu baru mencapai kemerdekaan.

“Tapi itu konteks 50 tahun dulu. Tapi masyarakat hari ini berkembang. Yang penting ialah pendidikan mencegah jenayah selain pemerkasaan badan penguatkuasaan seperti Polis.

“Kita bimbang. Dalam masa kerajaan mahu menghapuskan ancaman, kerajaan pula yang menjadi ancaman,” kata Shamsul.

Keputusan pemilihan CEC DAP status quo, Zairil peroleh majoriti lebih besar

OLEH EILEEN NG

Keputusan pemilihan CEC DAP kekal status quo. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.Keputusan pemilihan CEC DAP kekal status quo. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli























Pemimpin yang sama juga dipilih dalam Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat undi majoriti lebih besar membuktikan DAP bukanlah satu parti anti-Melayu.
Beliau merupakan satu-satunya calon Melayu dipilih menganggotai 20 keahlian CEC.

Zairil Khir mendapat undi 1,132 undi mendapat tempat ke-12 berbanding pemilihan Disember lalu yang hanya mendapat 803 undi.

 Isu yang berkisar kepada pemimpin berusia 31 tahun itu menarik perhatian perwakilan apabila berlaku masalah teknikal apabila beliau dipilih mengaanggotai CEC.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong masih mendapat undi tertinggi dengan 1,434 diikuti pemimpin veteran Lim Kit Siang dengan 1,436 dan Karpal Singh (1,432).

Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo masih mendapat undi keempat tertinggi dengan 1,409 undi sementara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekori rapat dengan 1,304 undi.

Kerugian Tanda Putra RM3.8 juta bazirkan wang rakyat

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2  juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah.

SPR Akan Umum Tarikh PRK Sungai Limau Pada 3 Oktober

MSTAR ONLINE

 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan (3 Oktober) untuk membuat keputusan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Pilihan raya kecil itu berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

SPR dalam satu kenyataan berkata ia menerima notis pada Ahad daripada Speaker DUN Speaker Kedah, Datuk Md Rozai Sapian yang memaklumkan mengenai kekosongan kerusi di kawasan Sungai Limau berikutan kematian Azizan.

Mesyuarat itu akan bermula pada pukul 10 pagi di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan akan dipengerusikan oleh pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

FITNAH LAGI! Chin Peng pandang rendah orang Melayu - Utusan

MALAYSIA CHRONICLE



Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mendedahkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar) adalah individu yang sering memandang rendah kepada orang Melayu, menentang kuat hak keistimewaan orang Melayu serta menafikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

Melalui akhbar edisi Ahadnya, Mingguan Malaysia, laporan berkenaan turut memetik beberapa pengakuan bekas pemimpin komunis Melayu.

''Bangsa Melayu adalah bodoh, mundur, pemikirannya tidak luas dan hanya berkisar dalam penghidupan kampung yang didiaminya. Orang Melayu juga disifatkan mudah berpuas hati dengan keadaan mereka yang ada," kata seorang pemimpin kanan komunis Melayu.

Laporan itu turut menggambarkan Chin Peng sebagai seorang yang tidak menyembunyikan pendapatnya kepada pemimpin komunis Melayu ketika itu mengenai penentangannya terhadap status Bumiputera kerana ia menggambarkan penguasaan politik orang Melayu terhadap bukan Melayu.

"Setiausaha Agung PKM itu berhujah golongan pertengahan Melayu adalah 'alat' kepada kerajaan, hasil daripada perancangan British dan kerajaan Malaysia bertujuan meneguhkan pemerintahan mereka menerusi sokongan ramai kaum Melayu.

"Golongan pertengahan Melayu juga dianggap oleh Chin Peng bersekongkol dengan golongan kapitalis dan monopolis untuk mengeksploitasi kekayaan negara," menurut laporan tersebut.

Seorang pemimpin komunis Melayu lain mendedahkan propaganda PKM satu pembohongan nyata kononnya berjuang untuk kesamarataan kaum dan penggunaan semua bahasa sebagai bahasa rasmi.

Katanya,  dalam PKM, bahasa Cina diguna dengan meluas manakala bahasa lain termasuk Inggeris tidak diendahkan seperti dalam surat arahan parti dan dokumen mesyuarat.

"Chin Peng tanpa berselindung menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa mundur dan terhad daripada segi perbendaharaan istilah dibandingkan dengan bahasa Cina.

"Dalam satu mesyuarat PKM pada 1965, dasar kerajaan Malaysia mengutamakan bahasa Melayu disifatkan Chin Peng sebagai diskriminasi dan mendakwa kerajaan memberi layanan rendah terhadap bahasa Cina.

"Slogan PKM yang melaungkan perjuangan untuk membina Republik Rakyat Malaya yang bermakna kesetiaan kepada Malaya hanyalah pembohongan kerana kepimpinan PKM memandang kiblat kepada China sebagai asas kesetiaan dan sumber inspirasi," katanya.

Pemimpin komunis Melayu itu turut mencatatkan perkataan yang disebut oleh ahli jawatankuasa pusat PKM yang menyifatkan lawatan kerap mereka ke China sebagai 'Hui Chu Kuo', bermakna pulang ke tanah ibunda.

Katanya, meskipun kerap disarankan supaya PKM memberi perhatian untuk meraih sokongan orang Melayu, Chin Peng berterusan menolak kerana menganggap sokongan Melayu sebagai tidak relevan.

"Chin Peng percaya apabila PKM berjaya merampas kuasa, orang Melayu akan terdorong untuk menerima komunisme dengan memberi contoh sejurus selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 dan sebelum kepulangan Tentera Bersekutu, pasukan MPAJA (Tentera Rakyat Malaya Anti Jepun) berjaya memastikan orang Melayu tunduk, dengan ancaman senjata.

"Pemimpin komunis itu beranggapan Malaya dan Singapura sebagai satu entiti yang sama, dan ini akan menjadikan bilangan penduduk Cina sebagai kumpulan majoriti yang seterusnya menurunkan status orang Melayu kepada minoriti," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini. TMI

Jika Mukhriz menjadi naib presiden, ia TIDAK membawa perbezaan

MALAYSIA CHRONICLE



Kerajaan dan pimpinan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan terburuk dalam sejarah kewujudan negara ini. Tiada lagi kita mendengar orang atau kumpulan bersetuju dengan segala apa yang dilakukan kerajaan sekarang. Suasana ini wujud mesti bersebab. Sebab itu yang belum difahami oleh pimpinan kerajaan sejak hampir dua dekad dahulu. Tahap keyakinan terendah ini bukannya wujud dalam sekelip mata tetapi setelah ia menyemarak sejak dua dekad dahulu secara beransur-ansur.

Ibarat sebuah kereta, jika ia diselenggara dengan baik, kereta itu akan bertahan lama untuk dipandu. Tetapi jika tidak diselenggara dengan baik dan konsisten kereta itu tidak akan bertahan lama dan akhirnya kita tidak akan ada lagi keyakinan kereta itu boleh dipandu dengan selamat.

Begitu jugalah sebuah negara. Jika tidak diselenggara dengan baik oleh pemimpin, maka pemimpin itu tidak akan diyakini mampu untuk menyelenggara negara ini. Rasuah menjadi perkara dan isu terbesar di negara ini kerana ia berlaku di setiap peringkat dan oleh semua yang mempunyai kuasa walaupun kuasa yang kecil. Pegawai kerajaan tertinggi dengan penggubal dasar melakukan rasuah dalam skala yang bersesuaian dengan pangkatnya dan kedudukannya. Budak pejabat pun melakukan rasuah tetapi mengikut skala dan kedudukan mereka.

Pendeknya rasuah berlaku di setiap tempat dan setiap tahap dan itu sudah menjadi lumrah dan telah pun dibudayakan oleh keadaan sekarang. Rasuah dianggap halal dan mereka yang tidak mengambil serta mengamalkan rasuah sudah dianggap ketinggalan zaman dan bodoh. Kuasa di negara ini berjalan selari dengan rasuah kerana rasuah itu adalah sinonim dengan rasuah.

Selalau saya katakan rasuah dan kuasa itu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan di antara satu dengan  lain. Tanpa kuasa tidak dapat melakukan rasuah dan tanpa rasuah tidak akan dapat kuasa yang diidamkan. Malahan melakukan rasuah itu menjadi kebanggaan. Bukan aneh jika kita mendengar peniaga berkata yang mereka layak untuk mendapatkan projek kerana mereka membayar dan memberi rasuah kepada sesiapa yang berkuasa bagi memberikan mereka projek besar di negara ini.

Dua hari lalu Tengku Razaleigh (TR) mendesak semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan bekas-bekas Menteri termasuk bekas Perdana Menteri, mengisytiharkan harta mereka. TR mengatakan beliau sendiri bersedia untuk melakukannya demi untuk menjaga imej kepimpinan negara dan memastikan Umno dan kerajaan itu terus relevan di mata dan hati rakyat yang memberi mandat kepada mereka.

Jika benar apa yang dinyatakan oleh pimpinan yang mereka mahu mendapatkan mandat terus itu semata-mata untuk memberi khidmat kepada rakyat, kenapa pengisytiharan harta ini menjadi masalah besar kepada semua pemimpin kita? Jika benar apa yang dikata mengisytiharkan harta ini akan mendapat sambutan dan setiap pemimpin kita akan dengan rela hati dan menyokong seruan untuk pengiystiharan harta itu.

Seruan itu sepatutnya mendapat sokongan kuat kerana dengan pengisytiharan harta itu akan memulihkankan imej dan pandangan serong masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap negara kita yang melekat dengan stigma rasuah itu. Malah ini formula terbaik bagi kerajaan dan pimpinan hari ini terhindar daripada tuduhan rasuah yang di lemparkan terhadap pimpinan hari ini.

Tetapi jika seruan dan pandangan ini tidak dihiraukan maka ia sekali gus mengiyakan pandangan dan tuduhan ramai yang pimpinan hari adalah pimpinan yang sarat dengan rasuah itu. Tiada sebab barisan pimpinan hari ini tidak bergembira untuk membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta mereka. Perdana Menteri dan barisan Kabinet beliau sepatutnya bertindak cepat untuk mengisytiharkan kerana itu cara terpantas membersihkan nama mereka.

Jika mereka (pimpinan) tidak mahu atau bergembira untuk mengisytiharkan harta mereka maka sah dan benarlah wujudnya perlakuan rasuah yang besar di kalangan pimpinan negara. Jika rakyat mengambil tindakan membenamkan kerajaan hari ini, itu adalah tindakan yang sangat wajar.

Rakyat benar-benar tertekan dengan rasuah ini kerana pimpinan yang rasuah tidak mungkin dapat mengambil keputusan dengan baik dan betul. Kerajaan boleh menggubal dasar demi dasar untuk rakyat, dan boleh mewujudkan pelan memperkasakan ekonomi Bumiputra dan berbagai-bagai tindakan yang mempunyai jargon besar, tidak ada yang akan dapat dijayakan dengan betul dan berkesan.

Ketirisan akan berlaku di mana-mana, akhirnya Bumiputra itu sendiri akan merasakan tekanan itu kerana mereka tidak akan dapat merasakan nikmat penggubalan dasar itu. Malahan Bumiputra akan dipandang rendah oleh kaum bukan Bumiputra kerana mereka akan menyangka mereka (Bumiputra) itu mendapat nikmat dasar itu yang sebenarnya mereka tidak rasai itu. Maka perasaan benci membenci di antara kaum itu akan bertambah besar, rakyat Bumiputra pula akhirnya mendapat nama busuk daripada kegagalan pelaksanaan dasar ‘affirmative’ untuk mereka (Bumiputra).

Setakat ini, janji kerajaan semasa pilihan raya belum diusahakan tetapi dikeluarkan pula dasar baru yang kini dirasakan ramai akan tinggal sebagai dasar sahaja.

Sebenarnya kerajaan yang baru mendapat mandat ini tidak akan berjaya dalam kesemua tindakan mereka kerana selagi mereka yang ada dalam pimpinan Umno hari ini tidak boleh dipercayai dan diyakini kemampuan mereka. Mereka wajib berhenti dan bersara sahaja seperti saranan Dr Mahathir tiga hari lalu.

Hanya yang tidak mahu diakui Mahathir ialah,mereka yang memimpin sekarang ini adalah hasil kepimpinan beliau sendiri. Beliau tidak menumpukan pembinaan kepimpinan bersih dan mempercayai hakikat rasuah itu adalah kerja paling hina, sama seperti pelaku sodomi dan setaraf dengannya.

Apa yang kita alami hari ini adalah warisan beliau dan pengkaji sejarah akan mempunyai bahan yang besar untuk penulisan mereka untuk dibaca generasi akan datang. Sekarang Mahathir berusaha untuk menyangkutkan anak beliau di dalam barisan kepimpinan tertinggi parti kononnya untuk memberikan nafas baru kepada Umno yang kini mempunyai kepimpinan yang tua dan sudah buruk dan tidak elok dipandang mata lagi.

Rupa-rupanya beliau dan generasi beliau sahaja yang layak untuk dianggap terbaik untuk negara. Beliau menuduh semua pimpinan dalam Umno kini bodoh Jika tuduhan Mahathir itu benar, maka benar jugalah anggapan setengah pihak yang sepandai mana pun seseorang itu, mereka akan menjadi bodoh setelah menyertai kepimpinan Umno.

Maka itu jugalah yang akan berlaku kepada Mukhriz dan beliau akan menjadi seperti pemimpin lain jika berjaya menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan yang bakal diadakan nanti. Penyakit rasuah dalam Umno dan kerajaan begitu ‘contagious’ dan Mukhriz tidak akan dapat memberikan apa-apa perbezaan kepada parti jika beliau dibariskan sebagai Naib Presiden Umno itu.

Semua sama sahaja dan elok digilirkan jawatan itu dengan Isa Samad dan Ali Rustam sahaja. Kalau digilirkan dua orang di antara tiga penyandang itu, Isa bolehlah mengambil giliran kali ini. Seperti yang saya katakan tadi, mereka itu sama sahaja, tidak ada lebih dan yang kurang di antara mereka. Lebihnya Isa beliau tidak sombong. Hidungnya terletak di tempatnya, tidak di atas dahi.

Begitulah adanya.  – aspanaliasnet.blogspot.com

Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiri

Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiri  
Pasukan forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian. Gambar kecil: Hadi.

KUALA NERUS - Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dalam kedai perabot miliknya di Kampung Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 12 tengah hari itu, mangsa, Hadi Khan Yusof, 55, yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring di bahagian belakang kedainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah meninggal dunia akibat ditikam dengan senjata tajam.

“Mangsa sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dan tinggal bersendirian kerana anak serta isterinya baru pulang ke negara asal mereka di Pakistan.

"Kita masih lagi mengesan senjata yang digunakan kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian. Kita ada terima maklumat daripada jiran dan sedang mengesan suspek, bagaimanapun motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan termasuk mengenal pasti barang peribadi milik mangsa,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa dipercayai baru membuka perniagaan di kawasan berkenaan dan polis sedang berusaha menghubungi keluarganya di Pakistan.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, menurut seorang saksi, Ahmad Syafandi Mohd Yusof, 34, dia sama sekali tidak menyangka punca mangsa lewat membuka kedai akhirnya membawa kepada penemuan mayat jirannya itu yang baru dikenali sebulan lalu oleh seorang pemandu lori yang datang untuk mengambil barang di kedai perabot berkenaan.

“Sebelum itu, ada beberapa orang datang bertanyakan mangsa kerana kedainya masih belum dibuka, tapi ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan pemandu lori berhubung penemuan mayat berkenaan dan saya segera  menghubungi polis,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurut pengusaha kedai pakaian yang juga jiran terdekat mangsa, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 8.30 pagi, ada jiran lain yang melihat mangsa sedang membaca surat khabar di bahagian depan kedai perabotnya dan selepas itu, mangsa terus tidak
muncul.

“Mangsa tinggal seorang diri dan biasanya dia buka kedai lebih awal daripada saya kerana dia menetap di tingkat atas kedainya, jadi bila dia lewat buka kedai, ramai yang tanya.

“Sebaik dimaklumkan pemandu lori berkenaan, saya bergegas ke dalam kedainya dan melihat mangsa sudah terbaring dengan berlumuran darah,” katanya yang baru sebulan memulakan operasi di kedai bersebelahan mangsa.

Jangan main-main dengan DAP, kata Karpal


Karpal Singh  
Karpal Singh

PETALING JAYA - [Dikemaskini] Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), supaya jangan 'bermain-main dengan parti itu kerana mereka akan terus teguh berdiri walaupun pelbagai sekatan yang dikenakan oleh badan tersebut.

Menurutnya, DAP merupakan sebuah parti yang kuat serta mendapat sokongan majoriti daripada rakyat pada PRU13 yang lalu.

"Saya ingatkan ROS bahawa DAP parti yang teguh.

"Jadi jangan 'main-main dengan DAP," katanya ketika memberi ucapan pembukaan bagi sesi pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP yang berlangsung, di One Utama Hotel, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dalam ucapannya juga beliau turut memuji ahli DAP yang terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti tersebut.

"Apa yang saya lihat dalam dewan ini, hampir 85 peratus yang hadir.

"Ini menunjukan DAP terus mendapat sokongan, kita kuat," katanya.

Tambah Karpal lagi, parti DAP tidak akan berputus asa dan akan terus berjuang sehingga berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran kerajaan Pusat daripada BN pada PRU14 nanti.

"Kita akan buktikan pada PRU14 nanti. Walaupun dikenakan pelbagai tekanan, kita akan buktikan bahawa DAP sebuah parti yang boleh hadapi apa-apa sahaja cabaran, kita tidak mudah mengalah," tegasnya.

Pemilihan semula CEC ini diadakan berikutan  tindakan ROS yang telah memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember tahun lepas.
 
Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman yang difailkan oleh seorang anggota DAP untuk menghalang parti itu daripada mengadakan kongres khas hari ini untuk memilih semula CEC seperti yang diarahkan ROS.

BN naikkan harga petrol selepas PRK DUN Sungai Limau?

597 views ron95


SHAH ALAM: Sekalipun tiada pengumuman kenaikan harga minyak yang heboh diperkata dalam media sosial, Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ia tetap berlaku dalam masa terdekat.

Menjangkakan kerajaan sekali lagi akan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel dalam jangka masa terdekat ini.

Pengarahnya, Yahya Mat Sahri, kenaikan harga bahan api itu sukar dielak berikutan faktor kelemahan pengurusan kewangan pemimpin dan amalan rasuah dalam kerajaan Umno BN itu.

“Ini disebabkan penyusutan nilai mata wang kita yang terpaksa ditampung, pendapatan dan perbelanjaan tak seimbang, perbelanjaan terlalu tinggi dan hutang negara juga terlalu tinggi dan rasuah tidak dibendung.

“Kerajaan terdesak mencari sumber kewangan dan akhirnya mereka letakkan beban kepada rakyat.

Kalau begini senanglah kerja kerajaan, tak cari penyelesaian lain. Asal ada masalah ekonomi, semua hadapkan kepada rakyat untuk dipikul,” katanya kepada TV Selangor.

Yahya tidak menolak kemungkinan kerajaan mengambil kira faktor pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tidak lama sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol.

Beliau turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang memberi alasan kenaikan itu disebabkan kenaikan harga antarabangsa.

“Kata terpaksa naikkan sejajar harga pasaran antarabangsa tetapi sebenarnya pasaran minyak antarabangsa ketika ini turun. Kita sahaja yang menaikkan harga,” katanya.

Selain itu, katanya alasan kenaikan bagi membenteras penyeludupan petrol di sempadan juga tidak masuk akal berikutan masalah itu sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Ini bukan perkara baru, sudah berpuluh tahun dulu lagi. Kenapa sampai sekarang tidak dapat diatasi. Setiap kali timbul isu kenaikan harga minyak, mulalah timbulkan isu penyeludupan untuk jadikan alasan,” katanya.

Pertahan Piala Sultan Selangor, MB ucap tahniah


Piala Sultan Selangor - MB ucap tahniah


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Selangor yang mempertahankan Piala Sultan Selangor ke-12 selepas menumpaskan Singapura 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

“Tahniah kepada pasukan bola Selangor kerana berjaya menewaskan Singapura dalam Piala Sultan Selangor!” katanya melalui facebook, malam tadi.

Abdul Khalid hadir mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli bagi menyaksikan perlawanan yang menemukan dua musuh tradisi Liga Malaysia suatu ketika dahulu.

Pada edisi tahun lalu, Selangor merampas kembali piala berkenaan dengan kemenangan 3-1 menewaskan Singapura selepas kemarau selama tiga tahun berturut-turut.

Pasukan bimbingan jurulatih, P Maniam itu muncul juara hasil dua jaringan tonggak penyerang import Francis Forkey Doe dan satu gol dari pemain import pertahanan, Adam Griffith.

Biarpun bergelut dengan isu peletakan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, pasukan Merah Kuning ternyata beraksi cemerlang untuk tidak mengecewakan lebih 50,000 penonton yang hadir malam itu.

Kesebelasan utama dibarisi Asharuddin Putra Omar, Norazlan Razali, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Adam Griffith, Forkey Doe, S.Kunalan, K.Gurusamy, Mohd Nashriq Baharom, Mohd Fitri Shazwan dan S.Veenod.

Pasukan Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000 yang disampaikan baginda sejurus tamat permainan.

Pada malam itu, peminat bola sepak tempatan turut dihiburkan dengan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura, Veteran Singapura menang 1-0.

SPR harus terima teguran, bukan sebelahi Umno BN


SPR vs Tribunal rakyat


SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.

Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.

“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

“SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti.

“Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat.

“Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.

Tanda Putera rugi RM3.77j


MALAYSIA KINI


Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.

'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.

Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.

Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000.