Sabtu, 30 November 2019

Chin Peng: Lucut kerakyatan pembawa abu mayat

Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli

 

Kerajaan harus tegas, jaga hati pelbagai pihak

BANGI – Pihak yang didapati bersalah membawa abu mayat Chin Peng harus dilucut kerakyatannya.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tumpat, Ramle Ismail berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan.

“Kita berasa amat kesal dengan apa yang terjadi, tambahan lagi pada tarikh 16 September itu adalah hari yang penuh bermakna bagi negara kita.

“Pada pandangan saya, hukuman lucut kewarganegaraan adalah selayaknya terhadap mereka yang membawa dan menabur abu mayat tersebut di tempat yang telah ditentukan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, rakyat digemparkan dengan laporan berita abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk ke negara ini pada dua bulan lalu, selepas enam tahun kematiannya.

Abu mayatnya, dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 September lalu dan ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Mengulas lanjut, Ramle berkata, kerajaan perlu bertindak tegas dalam isu berkenaan supaya dapat meredakan kemarahan ramai pihak.

“Kerajaan harus bertindak tegas dalam hal ini supaya dapat meredakan sedikit hati mereka yang terguris akibat peristiwa ini.

“Terutama kepada bekas pasukan keselamatan, kaum keluarga yang terkorban akibat perbuatan ganas anggota komunis yang diketuai Ching Peng,” katanya.


Isu tanah DAP: Natijah bila kaduk naik junjung

fazleen safina

 

Netizen desak MB Perak tegas tak tunduk desakan

BANGI – Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan parti tamak haloba, DAP yang mendesak kerajaan negeri Perak supaya menunaikan janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.

Berang dengan tindakan DAP, netizen menggesa parti berkenaan supaya mengotakan janji dan manifesto Pakatan Harapan (PH) lain yang lebih penting terlebih dahulu.

Majoriti netizen menyifatkan bahawa DAP hanya mengutamakan kepentingan kaum Cina sahaja berbanding kaum lain.

A Hamid Dayang dalam hantaran di Facebooknya menyelar tindakan DAP: “Banyak lagi janji yang masih belum ditunaikan, yang ini pula janji yang nak ditunaikan. Mana janji nak bagi lesen motosikal percuma kepada anak muda?”

Manakala, Kamalruddin Drahman menyindir: “Hanya janji DAP perlu ditunaikan. Janji kepada rakyat lain-lain perlu diabaikan. Agenda untuk bangsa Cina perlu diutamakan, agenda untuk seluruh rakyat Malaysia tak mengapa kena ‘kencing’ pun,”

Selain itu, tulis Mohd Azrul Ambiya: “Bab ni memang hangpa pulun sungguh-sungguh no. Bab manifesto lain, hangpa buat tak tahu ja, bila kaduk naik junjung. Depa tahu peluang depa hanya sekali, kaut selagi boleh,”

Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menuntut janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baharu terhadap orang Cina.

Kor Ming turut meminta lima ahli Exco kerajaan negeri Perak dari DAP supaya membantu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melaksanakan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, janji yang diumumkan pada PRU-14 bukan janji DAP, sebaliknya ia adalah janji PH yang perlu ditunaikan segera.

Dalam pada itu, Othman Hussein menggesa DAP supaya membantu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Ini tidak, untuk kepentingan bangsanya bukan main laju lagi. Tapi untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia buat pekak telinga sahaja,” katanya,

“Dalam banyak-banyak janji, yang ini dia (DAP) beria nak tunaikan. Janji yang beri keuntungan kepada geng dia,” tulis Je Man.

Sementara itu, Haw Jan dalam hantarannya berkata, bangsa Cina akan tetap bersama dan bersatu untuk mendapatkan apa sahaja yang memberi kepentingan kepada kaum mereka tanpa mengira ideologi.

“Contoh terbaru Kampung Baru dan Sijil Keluaran Sekolah China yang tak berkaitan dengan dasar pelajaran kebangsaan. Mereka pengiktirafan dan pastinya masa sahaja yang menentukannya.

“Yang bukan bangsa Melayu terutamanya pendokong DAP macam PAN dan PKR langsung tidak sensitif, bahkan secara terang-terangan menyebelahi meteka walaupun merugikan,” katanya.

Pada masa sama, netizen juga menggesa Ahmad Faizal supaya tidak tunduk dengan desakan ultra kiasu untuk memberi hak milik kekal tanah kampung baru.

Dalam tulisannya, Mokthar Mokthar berkata, sekiranya Ahmad Faizal mengikut kehendak DAP, maka Perak akan menjadi hak milik mereka.

“Rakyat Perak perlu bangkit bersama-sama MB mempertahankan hak Melayu supaya tidak jatuh ke tangan Cina (DAP) dan Raja juga tidak lagi dihormati oleh mereka,” katanya.


Sedarkah Kan Fook kaum Cina paling ramai dibunuh komunis

Prof Datuk Dr Ramlah Adam

 

Ingat! Komunis dakyah pemikiran secara 'halus', pecah belah perpaduan


PADA 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.

Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri!

Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.

Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 

Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Namun, kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangganya telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.

“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.

Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.

Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM waktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela!

Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.

PKM yang banyak bergerak di kawasan hutan tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan pada mereka.

Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.

Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan. Justeru, kita hairan bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘mulia’ untuk membawa balik abu lelaki yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang bangsanya sendiri.

Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan sebegini. Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.

Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.

Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka.

Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum mencurigai antara satu sama lain.

Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara. Di akhirnya, PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita! Maaf hanya untuk renungan kita rakyat Malaysia yang bersatu daripada pelbagai kaum dan budaya.

*Prof Datuk Dr Ramlah Adam-Pakar sejarah


170 tak dapat berkhatan

Nurul Fatihah Sulaini
 
 

HASRAT 170 kanak-kanak mahu menyertai acara berkhatan di Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut, Alor Keladi di Jertih tidak kesampaian apabila terkandas dalam banjir.

Pengerusi Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut Dr Riduan Mohd Nor berkata, program itu yang membabitkan keseluruhan 270 peserta dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.

“Semalam, hanya 100 orang sahaja hadir dan selebihnya terpaksa tangguh kerana jalan dari kawasan kampung mereka ke pusat tahfiz ini dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

“Ada juga beberapa keluarga peserta terpaksa bermalam di pusat pemindahan sementara (PPS) antaranya di Bukit Payong dan kawasan berhampiran kerana terkandas banjir,” katanya hari ini.

Dr Riduan berkata, buat masa ini kawasan tahfiz masih belum dinaiki air kerana kedudukan agak tinggi berbanding kawasan lain.

“Kemungkinan program anjuran kami ini ditunda ke minggu depan jika keadaan cuaca semakin pulih serta baik.

“Program Khatan Perdana ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu dan kami tidak jangka tahun ini berlaku banjir besar dan lebih awal daripada jangkaan.

“Penyertaan untuk program ini besar kerana setiap peserta yang terdiri daripada kanak-kanak sekitar Besut hanya dikenakan bayaran RM10 untuk kain pelekat dan segala perbelanjaan lain ditanggung pihak penganjur,” katanya.

4 sungai di Pahang melepasi paras berjaga-jaga

Asrol Awang
 


EMPAT sungai utama di Pahang terus menunjukkan peningkatan petang ini apabila melepasi paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat, berbanding hanya tiga sungai pagi tadi.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, sehingga 6 petang hari ini, senarai sungai itu membabitkan tiga di Kuantan dan satu di Jerantut.

Di Kuantan, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi mencecah 5.54 meter (m) berbanding bacaan normal dua meter, Sungai Belat dekat Sri Damai pula 3.49m berbanding normal 1.50m, manakala Sungai Lepar di Jambatan Gelugor merekodkan 28.62m berbanding normal 27 meter.

Manakala Sungai Tembeling, Kuala Tahan, Jerantut pula mencatat 66.71m berbanding bacaan normal 60m.

Pada sebelah pagi, Sungai Lipis di Batu Malim, Raub mencatat 114.03m iaitu hampir dengan paras amaran 114.24m, namun menunjukkan penurunan di bawah bacaan normal 113.2m.

Sehubungan itu, penduduk tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir.

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berterusan di Pahang sehingga Isnin ini.

MET Malaysia dalam kenyataan, hari ini, menyatakan hujan lebat dijangka berlaku di tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Jerantut.

Majoriti risau terlampau, tak pasti dan tak yakin dengan PH mengikut kajian


Satu tinjauan yang dijalankan bagi mendapat data mengenai 'Indeks Kerisauan Nasional (NWI) mendapati kebimbangan rakyat kini berada pada tahap "maksimum".

Kajian oleh Emir Research itu juga mendapati majoriti responden sama ada tidak pasti atau tidak bersetuju bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdaya maju dan negara ini berada di landasan yang betul, atau ekonomi berada pada kedudukan yang kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Emir Research ialah Rais Hussin, yang juga anggota Majlis Tertinggi Bersatu.

Kajian berkenaan dijalankan di antara 5 Sept dan 10 Okt terhadap 1992 responden, dengan margin 3 peratus kesilapan.

Ia dijalankan terhadap 65.6 peratus kaum Melayu dan Bumiputera, Cina (28.2 peratus), dan India (6.2 peratus).




Semua soalan berdasarkan penemuan daripada perbincangan fokus berkumpulan seperti bumiputera Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, pesawah padi, peniaga dan profesional, belia dan suri rumah.

Kajian itu dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin.

Indeks NWI berdasarkan jawapan kepada empat set soalan mengenai kos sara hidup, pekerjaan, ekonomi dan keselamatan.

Antara yang dibangkitkan ialah harga barangan semakin meningkat, kekurangan peluang pekerjaan, kualiti pendidikan dan kadar jenayah.



Berdasarkan jawapan yang diberikan - daripada skala indeks 0 hingga 1, skor kebimbangan berada pada 0.77, yang berada pada lingkungan tahap maksimum.

Orang ramai yang ditemui paling bimbang mengenai kos sara hidup, yang berada pada indeks 0.81, diikuti dengan pekerjaan (0.78), keselamatan (0.77) dan ekonomi (0.74).



Di kalangan kaum, kebimbangan mengenai kos sara hidup adalah lebih kurang sama, dengan Melayu lebih sedikit bimbang berbanding Cina atau India.

Bagaimanapun, kaum Cina dan India agak kurang bimbang - kira-kira 10 peratus perbezaan - mengenai ekonomi, keselamatan dan pekerjaan.

Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohamad Sahari Nordin, yang mengetuai pasukan penyelidikan itu berkata indeks tersebut "tidak sempurna" dan memerlukan kajian lanjut, serta replikasi dan analisis data.

Bagaimanapun, beliau berkata data itu menjelaskan keadaan dan "kebimbangan melampau" di kalangan orang ramai.

Sementara itu, mengenai soalan yang berasingan mengenai keadaan hal ehwal negara, hanya segelintir berasa positif.

Apabila ditanya sama ada masa depan negara berada di landasan yang betul, 50 peratus berkata mereka tidak pasti, dan 24 peratus berkata tidak.



Begitu juga 44 peratus tidak pasti jika ekonomi berada pada landasan yang kukuh, manakala 30 peratus berkata tidak.

Mengenai sama ada kerajaan PH berdaya maju, 46 peratus berkata mereka tidak pasti dan 30 peratus berkata tidak.

Pecahan mengikut kaum menunjukkan bahawa orang Melayu lebih pesimis mengenai PH (36 peratus), manakala Cina lebih optimistik (37 peratus),




Bagaimanapun, 45 peratus daripada responden yang terdiri daripada kedua-dua kaum tidak pasti tentang daya maju PH.

Responden India memiliki pendapat berbeza-beza, dengan 29 peratus menyatakan kerajaan tidak berdaya maju, dan 22 peratus bersetuju manakala 49 peratus mengatakan mereka tidak pasti.

Emir Research merancang untuk menjalankan kaji selidik suku tahunan mulai tahun depan.

Undi ‘amaran’ MP PAS-Umno kerana PH ponteng

HARAKAHDAILY



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS dan Umno mengundi tidak bersetuju meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah untuk memberi amaran.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, mesej sebenar tindakan itu agar ia menjadi peringatan kepada semua anggota Parlimen PH supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menghadiri Sidang Parlimen.

Bidas beliau, sekiranya Kerajaan PH benar-benar peka mengenai kebajikan di bawah KPWKM itu, sudah pasti perbahasan tersebut tidak hanya dihadiri oleh 32 Ahli Parlimen PH yang telah mengundi bersetuju pada malam tersebut.

“Menteri (Kabinet) tiada. Ahli Parlimen (PH) pun ramai yang tiada dalam Dewan. Menteri (KPWKM), Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun tiada.

“Masa Pakatan Rakyat (sebagai Pembangkang) dulu pun pernah dibuat undi belah bagi secara spontan untuk menyedarkan pihak pemerintah,” ujarnya menerusi ciapan Twitter beliau.

Ianya sebagai reaksi terhadap tuduhan Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh Tseow Suan bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mengundi tidak setuju menunjukkan mereka menafikan hak kebajikan golongan memerlukan.

Pada Selasa, 26 November lalu, satu undian belah bagi dijalankan selepas perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Belanjawan KPWKM di mana 32 Ahli Parlimen bersetuju, 28 tidak bersetuju dan dua berkecuali.

Ketika undian tersebut dibuat, 160 Ahli Parlimen tidak hadir di mana 107 daripada mereka adalah daripada PH, namun Hannah bertindak membuat tuduhan demikian kepada Ahli Parlimen Pembangkang. HARAKAHDAILY

Tommy wajib lucut diri urus kes Chin Peng

HARAKAHDAILY

 

SELAKU seorang Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas seharusnya bersikap profesional serta memisahkan pendapat peribadi dari tugas rasmi.

Ini tidak kelihatan berlaku dalam isu abu mayat Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia sehari dua ini di mana beliau nampak emosional menguruskannya.

Jawapan Peguam Negara seharusnya merupakan jawapan rasmi bukan jawapan semberono melalui portal berita seperti Malaysia Kini sahaja.

Soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, adalah mudah: Apakah Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kedudukannya sekarang sebagai Peguam Negara untuk menjayakan perjuangan anak guamnya?

Tan Sri Tommy Thomas dalam jawapannya bagaimanapun melalut dengan menyebut mengenai bagaimana Chin Peng juga mempunyai hak untuk mendapatkan khidmat guaman daripada mana-mana pihak, termasuk beliau sendiri.

Bagi saya, tiada siapa pun boleh mempertikaikan hak Chin Peng untuk mendapatkan khidmat guaman daripada mana-mana pihak dan Tan Sri Tommy Thomas juga tidak harus dikritik atas khidmat guaman beliau itu.

Begitupun, yang kami pertikaikan bukanlah khidmat guaman yang Tan Sri Tommy Thomas beri kepada Chin Peng tetapi pandangan peribadinya terhadap Chin Peng yang tidak selari dengan pandangan rasmi kerajaan, iaitu:

(i)     “Posterity will remember Chin Peng as one of the great liberation fighters of the second half of the 20th century.” (“Generasi akan datang akan mengenang Chin Peng sebagai salah seorang pejuang pembebasan besar dalam suku kedua abad ke-20.”)

(ii)     “We hope that the true history of merdeka would be be researched and published in the coming decades.” (“Kita berharap bahawa sejarah sebenar merdeka akan dikaji dan diterbitkan dalam abad-abad akan datang.”)

(iii)     “We are confident that in such an endeavour, Chin Peng will take his rightful place as a major national icon.” (“Kita yakin bahawa dalam usaha ini, Chin Peng akan mengambil tempatnya yang sebenar sebagai salah seorang ikon besar negara”.)

(iv)     “I hope the Malaysian Government will be compassionate in permitting Chin Peng’s burial in his motherland.” (“Saya harap Kerajaan Malaysia akan berperikemanusiaan untuk membenarkan Chin Peng dikebumikan di tempat kelahirannya.)

Jelas bahawa pandangan peribadi ini tidak didasarkan kepada undang-undang, tetapi kepada perasaan, harapan, keyakinan dan perikemanusiaan semata-mata, sedangkan mengikut undang-undang semua ini perlu diketepikan.

Bolehkah Tan Sri Tommy Thomas memberikan satu jaminan tegas bahawa beliau selaku seorang Peguam Negara akan bersikap profesional serta memisahkan pendapat peribadi yang bermasalah ini dari tugas rasmi beliau?

Disebabkan pendapat peribadi yang dipunyai oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam isu abu mayat Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia, maka saya mendesak beliau melucutkan diri dari menguruskan siasatan dan pendakwaan atas kes ini.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
HARAKAHDAILY

Hanya 24% rakyat berpendapat PH berdaya maju

HARAKAHDAILY


 

MENGEJUTKAN bila satu kaji selidik yang dijalankan oleh Emir Research yang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi Biro Dasar Dan Strategi BERSATU, menunjukkan bahawa:

(1)     Hanya 24 peratus rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan PH berdaya maju (viable), 30 peratus rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan 46 peratus tidak pasti sama ada Kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable).

(2)     Hanya 26 peratus rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh, 30 peratus rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan 44 peratus tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh atau tidak.

(3)     Hanya 26 peratus rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara berada pada trek yang betul, 24 peratus rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul dan 50 peratus tidak pasti sama ada masa depan negara berada pada trek yang betul atau tidak.

Memetik kata-kata Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar:

“Gabungan mereka yang berpendapat Kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) atau tidak pasti sama ada Kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable) adalah 81 peratus untuk Melayu, 78 peratus untuk India dan 63 peratus untuk Cina”.

Lebih mengejutkan bila kaji selidik ini adalah diketuai oleh tiga orang pensyarah dari sebuah Universiti Awam Tempatan, UIA, iaitu:

(1)     Professor Dr Mohamad Sahari Nordin dari Kulliyyah of Education.

(2)     Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.

(3)     Assistant Professor  Dr Margarita Peredaryenko (isteri Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff) dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences.

Kaji selidik ini adalah membabitkan 1,992 responden dan dijalankan pada 5 September ke 10 Oktober 2019 dengan menggunakan 25 enumerator.

Maklumat lanjut boleh baca di pautan ini: https://www.themalaysianinsight.com/s/20149HARAKAHDAILY

Banjir: Khidmat Malaysia buka Bilik Gerakan

HARAKAHDAILY



SEHINGGA pukul 9.30 malam tadi, Bilik Info Bencana Khidmat Malaysia menerima maklumat telah berlakunya banjir di beberapa buah negeri iaitu Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak.

Di Kelantan, dua daerah yang terlibat adalah Daerah Kuala Krai dan Tanah Merah manakala di Terengganu melibatkan Daerah Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu. Di Perak setakat ini melibatkan penduduk di Daerah Hilir Perak.
 
Khidmat Malaysia telah mengarahkan supaya semua Bilik Gerakan di peringkat Parlimen/Daerah yang terlibat dibuka serta merta dan setiap petugas dikerahkan untuk bersedia memberikan bantuan kepada mangsa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Perkembangan bencana akan dikemaskini di akaun Facebook dan akaun Twitter Khidmat Malaysia Bilik Gerakan Info Bencana akan terus memantau perkembangan dari masa ke masa.

Sumbangan kepada mangsa banjir boleh disalurkan ke akaun Maybank Khidmat Malaysia (No. Akaun 5642 9431 0529).

*KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
 – HARAKAHDAILY 

Azmin semakin tak beradab – Farhash

Kumara Sabapatty
 
 azmin-farhash




KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk kepada desakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk meminta maaf atas pemecatan bekas Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid.

Setiausaha Politik kepada Presiden PKR itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pemimpin tertinggi parti tidak perlu minta maaf kerana keputusan memecat Zakaria yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu adalah tindakan lembaga disiplin parti.

Katanya, keputusan memecat Zakaria dan seorang ahli biasa PKR itu telah dibuat pada 24 November lalu oleh Lembaga Disiplin PKR berdasarkan sokongan lebih dua pertiga ahli MPP.

“Semenjak kebelakangan ini Timbalan Presiden PKR kelihatan sudah hilang adab dan cuba mengeruhkan keadaan kerana terdesak.

“Kalau sebelum ini merajuk tak dapat merasmikan Kongres AMK, kali ini hendak mendesak presiden untuk meminta maaf hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan parti.

“Jika Azmin sering beri alasan tidak hadir mesyuarat kerana tugas menteri, apa pula alasan lagi 19 orang ahli MPP bersamanya? Tapi bila nak berjumpa pihak pembangkang senang sahaja dipelawa ke kediaman rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Farhash menasihati Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu supaya membuat keputusan yang betul tanpa mengheret ahli parti ke arah keadaan sesat.

“Nasihat saya kalau dah hilang arah sila buat keputusan yang betul tapi jangan terus menyesatkan ahli parti dengan bersikap munafik.

“Saya juga minta Azmin untuk insaf sebelum kongres nasional dan lebih berhemah sebagai penjawat awam,” tegasnya.

Pagi hari ini, seramai 19 daripada 64 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR termasuk timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali menolak pemecatan Zakaria.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka berpendirian bahawa pemecatan itu “tidak sah” kerana tidak melalui proses sewajarnya.

Mereka juga mendakwa pemecatan yang tidak disertakan dengan sebab pemecatan adalah tidak relevan.

Kenyataan bersama itu selain Azmin, turut diwakili dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Chua Tian Chang@Tian Chua, Ketua Wanita PKR Nasional, Haniza Mohamed Talha dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nasional, Hilman Idham.-MalaysiaGazette

PKR perlu tarik balik keputusan pecat saya – Zakaria

Kumara Sabapatty
MGF28112019_PECAT-PKR-ZAKARIA08
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang juga Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid (dua kanan) yang dipecat parti memeluk erat dengan penyokongnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
 

SEPANG – Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipecat PKR, Zakaria Abdul Hamid atas dakwaan terbabit dalam rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu mendesak Lembaga Disiplin parti itu menarik balik keputusannya dan memohon maaf secara terbuka kepada beliau secepat mungkin.

Zakaria yang belum menerima surat pemecatan berkata, beliau akan memikirkan tindakan lanjut setelah menerima surat itu.

“Saya tidak tahu bunyi dan kandungan surat pemecatan itu jadi saya kena tunggu dulu surat itu, selepas dapat surat nanti baru saya akan balas apa tindakan saya selanjutnya.

“Saya ralat dan kecewa dengan kaedah pengendalian kes ini yang membawa kepada pemecatan keanggotaan saya dan seorang lagi anggota kami Ismail Dulhadi dalam peraturan siasatan Lembaga Disiplin (LD) begitu juga dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) biasanya yang dituduh akan dipanggil untuk memberi keterangan bela diri sebelum keputusan dibuat.

“Dalam kes ini proses keadilan ini tidak berlaku untuk kami dan saya yakin MPP juga terkhilaf dalam proses membuat keputusan.

“Oleh demikian saya membantah pemecatan berkenaan dan mendesak supaya keputusan tersebut ditarik balik dan juga menuntut MPP memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama saya yang dituduh melakukan rasuah.

“Saya sedia bekerjasama dengan LD bagi memberi penjelasan berkait tuduhan fitnah ini demi menegakkan keadilan,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..

Zakaria yang bersut hitam disambut lebih 100 orang penyokong termasuk dari cabang PKR Bera.

Mereka memegang sepanduk ‘Keadilan untuk Zakaria Abdul Hamid’.

Tambah Zakaria, beliau dipanggil SPRM Cawangan Bandar Tun Razak pada Oktober lalu ketika laporan dibuat ke atasnya, diambil keterangan dan kini disahkan tiada pendakwaan terhadapnya.

Katanya, beliau juga terkilan kerana dipecat sedangkan ramai rakannya ditahan dan didakwa tetapi masih belum dipecat.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah tersebut, Zakaria berkata, beliau mahu melihat kandungan surat SPRM. – MalaysiaGazette

Ini bukan sekadar cerita abu mayat…

Syahril A. Kadir

61638885_2298728337059085_185918379645730816_n-1

PADA 26 April 1976, satu sejarah hitam tercatat apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 orang pegawai dan anggota tentera jatuh ditembak akibat angkara pengganas komunis Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah.

Helikopter malang yang dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand itu terbakar dan mengorbankan kesemua pegawai dan anggota termasuk juruterbang.

Perajurit yang terkorban ialah Major Haris Rejab, Kapt (Udara) Mustaffa Kamal Md Shaffie, Kapt (Udara) Choo Yeok Boo, Kapt Sulaiman bin Abdullah, Leftenan Ibrahim bin Zakaria, Leftenan (Udara) Wan Munsiff Wan Salim, Leftenan (Udara) Chung Ming Teck, Sarjan (Udara) Leong Yee Heong, Sarjan Khamis bin Dolmat, Koporal Kamarulzaman Zakaria dan L/Kpl Suandi bin Saim.

Mereka adalah antara segelintir daripada ribuan perwira negara yang mati dibunuh dengan kejamnya oleh pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) yang diterajui oleh Chin Peng.

Itu belum dicampur jumlah ribuan orang awam yang darah mereka mengalir disebabkan perbuatan tidak berperikemanusiaan PKM yang berselindung atas nama ‘pejuang kemerdekaan’ ini.

Waktu darurat telah dikuatkuasakan, kegiatan komunis masih berleluasa di Tanah Melayu.

Setiap hari terdapat kejadian keganasan komunis yang dilaporkan berlaku di merata tempat. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang terkorban, lebih-lebih lagi orang awam yang tidak berdosa.

Dilaporkan juga hampir setiap hari terdapat harta benda yang tidak ternilai telah musnah disebabkan komunis. Dengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menamatkan kehilangan nyawa, mengakhiri pertempuran dan kemusnahan serta kerosakan akibat daripada tindakan komunis.

Antara kejahatan yang dilakukan oleh komunis ialah serangan ke atas orang awam (orang Melayu, Cina, India, Orang Asli ), membakar kampung yang menyebabkan

penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda, menyerang estet getah dan lombong timah, melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan, membunuh peladang dan pelombong Eropah serta mengganggu sistem pengangkutan dan mensabotaj kemudahan asas.

Sebab itu isu abu Chin Peng ini jangan dipandang sinis dan remeh oleh kerajaan.

beberapa-individu-beri-keterangan-kes-abu-mayat-chin-peng_5de135fd491e9

Adalah SILAP BESAR kalau hanya melihat isu ini dari sudut tersurat semata-mata hingga melupakan perkara tersirat di sebalik apa yang terjadi.

Betul, ia cuma abu mayat tetapi ‘falsafah’ di sebalik ‘kembalinya’ Chin Peng itu telah menimbulkan kemarahan rakyat dan inilah yang gagal difahami.

Menganggap rakyat marah isu abu mayat Chin Peng disebabkan dia orang Cina adalah tidak tepat, ini kerana kaum Cina sendiri adalah antara kaum yang paling teruk menerima pembalasan dendam PKM.

Masa darurat, ramai orang Cina dibunuh dan diseksa kerana dianggap oleh PKM talibarut dan kerana keengganan mereka menyalurkan bantuan seperti makanan kepada anggota-anggota mereka yang bergerak dalam hutan.

Sayang sekali, kita begitu mudah menyanjung dan menerima perbuatan PKM hanya disebabkan isu abu ini.

20130923-205129

Sebab itu tidak hairan mengapa sewaktu PKM bermaharajalela membunuh orang awam masa darurat dulu, masih ada rakyat yang boleh termakan ‘jarum halus’ komunis hingga sanggup lari meninggalkan keluarga untuk menyertai mereka di dalam hutan.

Dan selepas berpuluh tahun, ‘jarum halus’ ini kembali memainkan peranannya dan hari ini, nampaknya makin ramai yang seolah-olah dapat menerima perbuatan kejam PKM sehingga meminta buku teks sejarah dikaji semula, pengorbanan anggota PKM diiktiraf dan sebagainya.

Kerajaan jangan salah langkah dalam menangani perkara ini.

Kalau tidak mahu ‘tragedi’ Tanjung Piai terus berulang, lakukanlah sesuatu kerana bila rakyat marah, mereka akan terjemahkannya dalam bentuk undi dan inilah yang terjadi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lepas.

Sudah pasti kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu nasib BN ‘berjangkit’ pada mereka dalam PRU akan datang.

Oleh itu belajarlah dari sejarah- kalau tak mahu ‘tinggal sejarah!’

Hormat keputusan mahkamah, ajar tulisan Jawi di sekolah vernakular

Kumara Sabapatty
MGF30112019_MUJAHID-HADIR-DI-TSUN-JIN07
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa (dua kiri) diiringi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong (kiri) bergambar kenangan bersama ahli akademik dan peserta seminar ketika hadir pada Seminar Akademik Antarabangsa "Menerokai Masa Depan Pendidikan, Konsep, Metodologi dan Pragmatik" di Dewan Auditorium, Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM
 

KUALA LUMPUR – Semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang memberi kebenaran tulisan Jawi diajar di sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, keputusan yang ditentukan melalui proses keadilan undang-undang kehakiman mahkamah dan bukan berdasarkan keputusan politik.

“Benda ini (tulisan Jawi) siapa sahaja boleh pergi (mencabar) di mahkamah sebab Malaysia negara bebas. Gerakan bawa kes ini ke mahkamah (halang pelaksanaan tulisan jawi). Tapi mahkamah telah pun memutuskan bahawa kerajaan berhak mengajar Jawi di Sekolah Cina dan Tamil.

“Maka kita hormati keputusan mahkamah. Ini bukan keputusan politik,” katanya kepada pemberita selepas berucap dan merasmikan Seminar Akademik Antarabangsa bertajuk Menerokai Masa Depan Pendidikan: Konsep, Metodologi dan Pragmatik di Sekolah Menengah Tsun Jin Jalan Loke Yew di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau mengiktiraf perlembagaan sekolah persendirian Cina dalam menyumbang perpaduan negara, Mujahid berkata, semua pihak termasuk Persatuan Pengurusan Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) dan juga sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah naungan Dong Zong mempunyai peranan besar mencapai misi tersebut.

“Selagi mana mereka mendaftar dan mahu menyumbang pada perpaduan dan pembangunan negara sudah tentu saya harapkan mereka dapat menyumbang pada kepentingan nasional.

“Kita mahu di negara ini semua semua pihak ada satu mindset walaupun bergerak atas apa jua persatuan pendidikan tapi semua mesti ada agenda besar, dan agenda besar tak ditentukan oleh mereka tapi sejajar dengan dasar negara yang ditetapkan,” tegasnya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis lalu membenarkan kerajaan mengajar tulisan Jawi di sekolah Cina dan sekolah Tamil sekaligus mengenepikan permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.-MalaysiaGazette

Mahathir ulangi PH sukar penuhi janji kerana angkara kerajaan terdahulu

Bernama
947ce8937cfd4a4f2396436920c80f965de1fe5259de9
Tun Mahathir Mohamad
 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu.

“Sewaktu kita sediakan manifesto, kita tak dapat maklumat penuh dan apabila kita ambil alih kita dapati kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama itu jauh lebih dahsyat daripada yang kita anggar.

“Kalau dia (rakyat) tak yakin, ada masanya dia boleh undi bila ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dia undi lah… untuk menentukan nasib PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan ke-58 di sini, hari ini.

Dr Mahathir juga menjangkakan ia akan mengambil masa lima tahun sebelum kerajaan PH dapat tunaikan janjinya.

Ditanya mengenai status pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), beliau berkata kerajaan masih dalam proses melakukan kajian mendalam berkaitan akta itu.

“Perkara ini sukar dan sementara itu kita tak nak dengan mudah membebaskan pengganas seumpamanya… kalau kita dapati orang itu menyediakan bom, letup sana sini, orang yang macam itu kita tak boleh bagi ‘bail’,” katanya.

Kerajaan sebelum ini pernah berkata ia akan mengkaji untuk meminda peruntukan drakonian yang terdapat dalam SOSMA, tidak lama lagi.

Mengenai Perkim, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua persatuan itu berharap ia akan lebih aktif dalam aktiviti dakwahnya memandangkan peruntukan kerajaan kepada Perkim dikembalikan kepada RM10 juta, berbanding RM4 juta tahun lepas.- BERNAMA

Beberapa individu beri keterangan kes abu mayat Chin Peng

Kumpulan yang terbabit dalam urusan membawa balik abu mayat 
Chin Peng bergambar bersama selepas menabur abu mayat 
bekas pemimpin PKM itu di laut dan hutan di Perak pada September 
lalu. (Gambar Facebook)
 
IPOH: Beberapa individu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini dipercayai bagi membantu siasatan kes membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.

Mereka dilihat memasuki perkarangan IPD pada 2.50 petang, sebelum seorang daripadanya yang dikenali sebagai Thong Yee, 82, keluar pada 4.30 petang.

Thong berkata, beliau hadir untuk memberi keterangan selepas dihubungi polis semalam.

“Saya hadir bersama 4 lagi rakan dan polis menyoal mengenai kehadiran kami pada majlis peringatan yang diadakan pada 16 Sept lepas,” katanya kepada pemberita di sini.

Thong yang tinggal di Ipoh berkata, polis mengambil sejam 30 minit untuk merakam keterangannya.

Tinjauan Bernama mendapati seorang lagi individu, iaitu Chai Kan Fook, 81, yang dipercayai terlibat dalam urusan membawa pulang abu Chin Peng, turut hadir bagi memberi keterangan.

Difahamkan, Chai sudah memberi keterangan semalam dan datang semula kira-kira 10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz berkata, kes itu disiasat anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya memanggil 2 individu untuk memberi keterangan berkaitan kes itu.

Media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa pulang ke Malaysia pada 16 Sept lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut serta hutan di banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 Sept lepas dan satu majlis peringatan diadakan pada hari sama dengan dihadiri 150 individu.

Chin Peng yang lahir di Sitiawan dekat sini, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 2013.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.


445 mangsa dipindahkan di Terengganu akibat banjir

Pemandu memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui 
Jalan Keruak di Hulu Besut ke Jertih, selepas air dari Sungai 
Besut melimpah ke jalan raya di Kampung Gertak Jerubun, 
Pasir Akar, hari ini. (Gambar Bernama)
 
BESUT: Hujan lebat yang berterusan di daerah Setiu dan Besut sejak semalam menyebabkan 445 mangsa daripada 142 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A Rahman berkata, 4 PPS dibuka di Setiu menempatkan 161 mangsa daripada 70 keluarga.

“Di Besut pula, 6 PPS dibuka membabitkan 284 mangsa daripada 72 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PPS yang dibuka di Setiu ialah Surau Kampung Hulu Seladang yang menempatkan 41 mangsa, Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (67), Dewan Kampung Besut (11) dan Masjid Kampung Merbau Menyusup (42).

Di Besut pula katanya, PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Felda Tenang yang menempatkan 24 mangsa, Dewan Terbuka Belaoh (36 mangsa), Masjid Kampung La (182), Sekolah Kebangsaan Sri Payung (6), Surau Seberang La (15) dan Surau PPRT Kg Belaoh (21).

Sementara itu, paras air di 2 sungai masih melebihi paras bahaya, iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak setinggi 35.20m berbanding paras bahaya 35m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu setinggi 21.20m melepasi paras bahaya 21m.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal http://infobanjir.water.gov.my/ melaporkan Sungai Dungun di Pasir Raja merekodkan bacaan 37.17m mengatasi paras amaran 36.75m, manakala Sungai Telemong di Kuala Ping daerah Hulu Terengganu merekodkan bacaan 17.97m berbanding paras amaran 17.7m.

Selain itu, Sungai Setiu di Kampung Besut pula merekodkan bacaan 21.48m melepasi paras amaran 20.8m.

Sakit bersalin ketika mengharungi banjir

(Gambar Bernama)
 
BESUT: Seorang wanita berdepan detik cemas mengharungi air bah di rumahnya di Felda Tenang, Terengganu dalam keadaan sakit untuk melahirkan anak sulungnya.

Suhaida Azmani, 27, yang hamil 39 minggu itu tidak menyangka akan berasa sakit untuk bersalin hari ini memandangkan dia hanya dijangka bersalin pada 7 Disember ini.

“Saya sudah merasa sakit perut sejak pagi tadi. Semasa air mula naik petang tadi sakit pula semakin kuat. Ahli keluarga minta pertolongan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi lori mereka tidak boleh masuk kerana air terlalu tinggi.

“Lepas itu polis datang dan bawa saya naik perahu ke sini. Doktor di klinik kesihatan memberitahu saya boleh sahaja pergi ke rumah ibu saudara saya di Pasir Akar sementara menunggu waktu betul-betul hendak bersalin,” katanya dalam keadaan tenang walaupun menahan kesakitan ketika ditemui di Kampung Bukit Payong.

Anggota penyelamat menasihati beliau untuk terus ke hospital kerana khuatir kawasan Pasir Akar juga akan ditenggelami air.

Selepas dibawa dengan perahu ke Kampung Payong, Suhaida dibawa menaiki jentera lori APM dan sebuah ambulan menunggunya di kawasan yang cetek untuk dibawa ke Hospital Besut.

Suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur itu pulang ke kampung halamannya di sini sejak 13 Nov lepas sebagai persediaan untuk melahirkan anak.

Suaminya Badrul Naim Mat Taha, 26, yang kini berada di Kuala Lumpur bekerja sebagai juruteknik baru sahaja dimaklumkan mengenai keadaannya dan sedang dalam perjalanan.

Spotify kini jadi wilayah terbaru dakwah mufti WP

MALAYSIAKINI




Aplikasi Spotify sememangnya menjadi pilihan pengguna telefon pintar untuk berhibur sambil mendengar seleksi lagu-lagu lama atau terkini daripada penyanyi kegemaran masing-masing.
Tetapi kini, aplikasi itu juga boleh dimanfaatkan untuk mendengar rakaman kuliah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad.

Berita baik itu diumumkan sendiri di laman sosial Zulkifli siang tadi.

"Mufti Wilayah Persekutuan kini di Spotify. Muat turun aplikasi Spotify di Google Play Store dan App Store untuk mendengar audio kuliah terus ke telefon pintar anda," kata hantaran tersebut.

Reaksi pengguna Internet pula memang dijangkakan. Mempunyai ramai pengikut kenyataan Zulkifli disambut baik dan dianggap beliau mengambil langkah tepat kerana memanfaatkan kemudahan teknologi semasa.

“Mantap ada podcast (audio siar). Baru update (terkehadapan) cara dakwah…” kata salah seorang pengikut beliau.

Di Twitter Zulkifli juga, pengikut beliau tidak ketinggalan memuji langkah terkehadapan Zulkifli.

“Inilah caranya bergerak seiring dengan trend. Bukan haramkan apa-apa yang kamu tak setuju dengannya," kata seorang pengguna Twitter.

“Dasyat. You'll never Spotify alone,” kongsi seorang lagi penciap secara bergurau dengan mengambil slogan kelab bola sepak Liverpool.

Untuk rekod mufti Wilayah Persekutuan itu memang peminat dan penyokong The Reds.

Namun, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk terus bertanyakan soalan hukum kepadanya.

“Tuan. Agak-agak, apa hukum ya kepada mereka yang menggunakan Spotify crack/tiruan/pirate untuk mendengar ceramah agama?” soal seorang penciap.

Menurut tinjauan Malaysiakini, setakat malam ini terdapat tujuh audio kuliah yang tersedia dalam laman yang bernama “Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri”, yang kesemuanya dimuat naik hari ini.

Kuliah yang paling pendek berdurasi 17 minit sementara yang paling panjang pula berdurasi 1 jam 1 minit.

LIHAT FB DI SINI

Subuh di Wilayah Persekutuan dilewatkan 8 minit





KUALA LUMPUR: Waktu Subuh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan selama 8 minit bermula esok, 30 Nov.

Mufti Zulkifli Mohamad dalam kenyataan berkata keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 dan 21 Nov.

“Kami mengambil prihatin isu tambahan 8 minit sebagai permulaan masuk waktu Subuh dari waktu sedia ada dalam taqwim Selangor.

“Hal ini kerana ditukar darjah dari 20 kepada 18 dan setiap darjah dikira 4 minit, justeru 2 darjah menjadi 8 minit,” katanya di Twitter hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah memberi perkenan terhadap pelaksanaan itu.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri itu bermula hari ini dengan tambahan 8 minit daripada waktu asal semasa.

KPN mahu pastikan pasukan polis bebas dadah

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador melahirkan rasa bimbang 
apabila dalam tempoh dua bulan, kira-kira 260 anggota dan 
pegawai polis ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
 
BANGKOK: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador nekad untuk memastikan pasukan polis bebas daripada dadah.

Beliau melahirkan rasa bimbang apabila dalam tempoh dua bulan, kira-kira 260 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Saya jangka ini hanya separuh sahaja. Saya menjangkakan bilangannya akan meningkat kepada 500 orang. Ini adalah pegawai saya daripada pelbagai pangkat.

“Sebelum ini, masalah (penyalahgunaan dadah) tidak ditangani dengan betul. Sebagai ketua polis negara, saya amat prihatin dengan isu ini.

“Maka saya bertindak untuk membersihkan jabatan (polis),” katanya pada sesi soal jawab pada majlis ramah mesra Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin bersama diaspora rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok semalam.

Abdul Hamid berkata, masalah penyalahgunaan dadah di negara ini telah mencapai tahap “kritikal” dan usaha diperhebat untuk memeranginya.

Beliau berkata, kes jenayah yang dilaporkan di Malaysia seperti ragut, curi dan rompak adalah berkait dengan penyalahgunaan dadah.

“Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang ditahan hampir semua merupakan penagih dadah. Kita perlu mempergiatkan usaha dalam memerangi penyalahgunaan dadah,” katanya.

Berhubung persepsi “ketakutan terhadap jenayah” dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelancong asing, Abdul Hamid berkata, polis bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk menjalankan satu kajian.

“Kami mahu tahu sama ada ketakutan terhadap jenayah ini benar atau tidak. Kajian itu dijangka akan selesai pada April tahun depan,” katanya.

Mavcom: Scanda Sky bukan syarikat penerbangan berlesen

Mavcom telah mengeluarkan surat amaran kepada Scanda Sky 
mengarahkannya memberhentikan pemasaran perkhidmatan 
serta aktiviti pengiklanan yang menggambarkan ia sebuah 
syarikat penerbangan komersial.
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengingatkan pengguna bahawa syarikat penerbangan Scanda Sky PLT (Scanda Sky), bukan sebuah syarikat penerbangan berlesen di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771).
Dalam kenyataan semalam, suruhanjaya itu memaklumkan telah mengeluarkan surat amaran kepada syarikat berkenaan bagi mengarahkannya memberhentikan pemasaran perkhidmatan disediakan serta aktiviti pengiklanan yang menggambarkan ia sebuah syarikat penerbangan komersial.

“Suruhanjaya mengambil maklum bahawa Scanda Sky telah mengiklankan dan mempromosikan jadual penerbangan komersial di laman sesawangnya menggambarkan ia adalah syarikat penerbangan berlesen.

“Suruhanjaya ingin menegaskan Scanda Sky bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL), mahupun Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang dikeluarkan di bawah Akta 771. Ia juga bukanlah pemegang lesen dikeluarkan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3),” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan laporan media, Scanda Sky melakukan penerbangan sulung melalui Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak ke Guangzhou, China, pada Rabu lalu (27 Nov), dengan membawa 40 penumpang.

Menurut kenyataan itu, ASL dan ASP diperlukan bagi membawa penumpang, mel atau kargo melalui jalan udara untuk sewa atau upah dalam perjalanan berjadual atau tidak berjadual, di antara dua tempat atau lebih, yang sekurang-kurangnya satu tempat itu berada di Malaysia.

“Scanda Sky mungkin telah menimbulkan kekeliruan orang ramai melalui laporan berita tersebut dan melalui laman sesawangnya yang menyatakan ia merupakan sebuah syarikat penerbangan Malaysia yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan sedemikian.

“Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa Scanda Sky telah memeterai suatu perjanjian ‘charter’ dengan Malaysia Airlines Berhad dan penerbangan tersebut dikendalikan oleh Malaysia Airlines Berhad,” menurut kenyataan itu.

Patriot khuatir isu abu Chin Peng cetus pertelagahan kaum

Yasmin Ramlan
 

Kumpulan veteran tentera Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini menyokong kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menganggap isu abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dijadikan isu perkauman untuk memburukkan kerajaan.

Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji yang meluahkan rasa bimbangnya berharap supaya insiden memerangi PKM dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang dan bukannya membangkitkan isu perkauman.

“Saya khuatir.. komen-komen dari pelbagai pihak hanya mahu mencetuskan pertelagahan antara kaum.

“Jika Chin Peng dianggap penderhaka, mengapa tidak kita juga anggap anggota PKM bangsa Melayu yang seangkatan dengan Chin Peng juga penderhaka?

“Sebagai bekas seorang anggota tentera yang pernah terlibat memerangi PKM dan melihat sahabat seperjuangan terkorban, saya anggap semua itu satu pengajaran bagi generasi akan datang supaya sentiasa berwaspada agar negara tidak melalui peristiwa yang sama,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata isu kepulangan abu mayat Chin Peng itu diperbesarkan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Harapan dan mempersoalkan mengapa tiada yang mempertikaikan tindakan kerajaan membenarkan pemimpin Melayu PKM Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin pulang ke tanah air.

"Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Rashid Maidin boleh mai (datang) ke Malaysia, ada lain-lain lagi kita terima tapi Chin Peng kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” kata Mahathir.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, meninggal dunia di Thailand pada 2013 dibawa pulang ke Malaysia oleh sekumpulan individu pada September lalu.

Mendiang merupakan setiausaha agung PKM dan bermastautin di Thailand sejak parti itu mengakhiri perjuangan bersenjatanya pada 1989.

Selain Mahathir, bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor turut mempertahankan tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman.

Abdul Rahim berkata perjuangan PKM tamat selepas parti itu menandatangani Perjanjian Damai Hat Yai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989.


Najib mahu Kit Siang, 2 pihak lagi tunjuk sebab artikel 'hina mahkamah'

Hidir Reduan Abdul Rashid
 
 
 
Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan permohonan untuk penasihat DAP Lim Kit Siang,
sebuah portal berita dan wartawannya menunjukkan surat tunjuk sebab berkaan satu artikel di internet berkaitan kes SRC International bernilai RM42 juta yang dihadapinya.

Najib mahu tiga pihak itu diarahkan menunjukkan surat tunjuk sebab mengapa mereka tidak perlu dikenakan tindakan atas menghina mahkamah.

Ia berkaitan laporan portal Malay Mail bertajuk “Kit Siang: High Court decision on Najib and Tanjung Piai by election-outcome will indicate where Malaysia headed towards” yang dimuat naik pada 9 Nov.

Notis usul dan afidavit sokongan difailkan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 November lalu. Salinannya diedarkan kepada media baru-baru ini.

Menurut salinan afidavit sokongan, Najib memohon kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengarahkan Lim, Malay Mail dan wartawan Emmanuel Santa Maria Chin, berkenaan artikel tersebut.

Pemohon mendakwa artikel itu dibuat untuk memberi tekanan kepada mahkamah tinggi dalam keputusannya untuk kes SRC International.

Pada 11 November, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Najib untuk membela diri terhdap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC International - dahulunya subsidiari 1MDB - berjumlah RM42 juta.

Dalam afidavit itu, Najib mendakwa kenyataan media Lim dan artikel itu "berupa ancaman yang mempunyai kecenderungan untuk melemahkan atau menurunkan kuasa mahkamah, menghalang dan mengganggu proses keadilan dan dicemari dengan tekanan yang tidak wajar".

"Saya dinasihati oleh peguamcara saya dan percaya bahawa kenyataan media dan artikel Malay Mail itu mengandungi ancaman dan intimidasi kepada mahkamah, yang mana jika mahkamah ini mendapati Najib tidak bersalah dan membuat keputusan untuk tidak memanggil pembelaan beliau, ini bermakna kleptokrasi global akan dapat kembali ke Malaysia

"Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan percaya bahawa ancaman dan intimidasi seperti ini terutama dalam prosiding yang sedang berjalan jelas bertujuan mengalihkan perjalanan keadilan dan oleh itu satu campur tangan dalam proses undang-undang dan keadilan.

"Saya telah dinasihati oleh peguamcara dan percaya bahawa kenyataan media dan artikel Malay Mail itu, apabila dibaca secara keseluruhan, terjumlah kepada penghinaan mahkamah yang serius dan serangan tidak wajar terhadap badan kehakiman Malaysia," kata najib menerusi afidavit sokongan terhadap permohonannya.

Menurut afidavit itu lagi, permohonan dalam notis usul yang dibuat ialah bagi kepentingan keadilan dan hak perlembagaan Najib untuk mendapat perbicaraan yang adil dan saksama.

Notis usul difailkan mengikut Aturan 52 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, berkenaan prosedur yang diperlukan untuk prosiding menghina mahkamah.

Pengurusan kes untuk permohonan tunjuk sebab ex-parte dibuat di kamar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Ex-parte bermaksud prosiding mahkamah yang hanya dihadiri sebelah pihak, memandangkan pihak lawan masih tiada locus standi (hak atau kapasiti untuk hadir ke mahkamah).

Difahamkan proses itu akan menjadi inter-partes - bermaksud melibatkan kedua-dua pihak yang perlu hadir ke mahkamah.

Melainkan Emmanuel, Najib dan Lim tidak hadir hari ini.

Bagaimanapun peguam Lim, Ramkarpal Singh dan peguam Malay Mail dan wartawannya, S Ambiga hadir di mahkamah, tetapi tidak dilihat memasuki kamar Nazlan.

Ketika ditemui selepas pengurusan kes, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata urusan hari ini berkaitan permohonan surat tunjuk sebab terhadap Lim, Malay Mail dan wartawannya.

"Tak banyak saya boleh dedahkan. Kami hadir di depan hakim (Mohd Nazlan) dan hakim mahu sedikit perubahan dibuat," katanya.

Shafee berkata belum ada tarikh ditetapkan untuk urusan seterusnya.


Peneroka tuntut jawapan projek loji biogas RM35 juta Felcra terbiar

Annabelle Lee



Sejumlah peneroka Felcra membangkitkan persoalan berhubung projek biogas bernilai RM35.25 juta yang dijalankan sebuah syarikat milik kerajaan.

Mereka terutamanya ingin tahun mengapa tiada tindakan diambil walapun hanya sedikit kerja yang dibuat selepas lima tahun dana untuk projek itu diberikan.

Berdasarkan dokumen yang dilihat Malaysiakini yang dikongsi oleh peneroka, Felcra Bhd memeterai perjanjian dengan Megagreen Energy Sdn Bhd pada Disember 2014.

Menurut perjanjian itu, Megagreen akan memajak tanah milik Felda untuk "membangun, membiayai, membina, memiliki, mengendali dan menguruskan secara terus" lima loji biogas.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertarikh 21 Februari 2018 menunjukkan Felcra menjadi pemegang saham minoriti dalam Megagreen. Pemegang saham utama ialah Megah Hijau Makmur Sdn Bhd.

Bekas pengerusi Felcra Bung Moktar Radin juga menjadi salah seorang pengarah Megagreen ketika perjanjian itu dimeterai. Ketika dihubungi, Bung berkata telah letak jawatan daripada Megagreen selepas 9 Mei tahun lalu.


"Saya letak jawatan sejak BN kalah PRU ke-14," katanya kepada Malaysiakini menerusi pesanan teks. Anggota parlimen Kinabatangan itu turut letak jawatan sebagai pengerusi Felcra pada 1 Jun 2018 selepas lima tahun memegangnya.

"Tiada komen, anda boleh tanya pengurusan Felcra," kata Bung ketika ditanya berkenaan kemungkinan wujud konflik kepentingan dalam perjanjian biogas itu.

Rekod SSM juga menunjukkan Megagreen menerima pinjaman RM35.25 juta daripada RHB Islamic Bank Bhd pada 9 Jun 2015. Setakat Oktober 2019, hutang itu belum dibayar sepenuhnya.

Setakat laporan ini ditulis, Felcra belum memberi maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini untuk mengulas perkara ini.

Loji biogas terbengkalai, tak lengkap

Menurut perjanjian, loji enam megawatt akan dibina di lokasi kilang minyak sawit Felcra di Bukit Kepong (Johor), Sungai Melikai (Johor), Nasaruddin (Perak), Seberang Perak (Perak) dan Maran (Pahang) milik Felcra.

Loji tersebut untuk memproses efluen (sisa industri) dari kilang minyak kelapa sawit (pome) untuk menghasilkan gas metana.

Ketika melawat dua ki;ang minyak sawit milik Felcra di Perak, Malaysiakini mendapati loji biogas di kedua-dua lokasi tidak beroperasi.

Di Nasaruddin, papan tanda projek menunjukkan loji itu sepatutnya siap pada Mei 2016.


 Kawasan ini terdiri daripada kolam anaerobik yang ditutup dan juga tidak ditutup, menara suar, paip dan turbin yang disimpan dalam kontena - semua komponen untuk loji biogas. Ia juga ada beberapa bilik kecil yang dibina daripada zink, masing-masing dilabelkan "pondok keselamatan", "tandas" dan "pejabat".
Bagaimanapun tiada papan tanda untuk loji biogas. Seorang pekerja kilang minyak kelapa sawit yang enggan dinamakan berkata kilang tidak pernah beroperasi walau sekalipun, sejak dua tahun ia dibina.


Seorang individu yang menjaga kawasan itu - juga enggan dinamakan - berkata biogas tidak dapat dihasilkan kerana komponen utamanya,

Kemudahan itu turut tampak tidak dijaga, penuh dengan lalang dan zink terbiar begitu sahaja.

Sementara itu di tapak Seberang Perak, pembinaan loji biogas tampak lebih lengkap - dengan dua tangki reaktor anaerobik yang besar, tangki penyimpan dan banyak paip.

Turut dilihat binaan daripada zink dan kolam, yang kebanyakannya kosong. Seperti di Nasaruddin, loji ini juga tiada papan tanda dengan kawasan yang tidak terjaga.


Di sebalik pembinaan yang dibuat, keseluruhan loji tidak dijaga dan seolah-olah telah ditinggalkan.
Sebuah kilang minyak sawit Felcra terletak di sebelahnya. Seorang pekerja di situ yang enggan dinamakan, berkata mereka tidak pernah melihat loji biogas itu beroperasi sejak ia disiapkan empat tahun lalu.

Menurut perjanjian antara Felcra dan Megagreen, Megagreen dijangka menggunakan pomse secara "kapasiti penuh" dengan menukarkannya kepada biogas. Perjanjian itu tidak menyatakan apa-apa garis masa atau tarikh siap untuk projek tersebut.

Kontraktor turnkey, Green & Smart Sdn Bhd - yang juga salah seorang pemegang saham minoriti dalam Megagreen - enggan mengulas berhubung loji biogas itu.

Kenapa SPRM tak ambil tindakan?

Ketika ditemui Malaysiakini, peneroka Felcra, Rosli Ismail, Rameli Buyong dan Usaili Alias mendakwa Bung pernah menghantar surat kepada RHB yang menamakan Felcra sebagai penjamin kepada pinjaman RM35.25 juta yang diambil Megagreen.

Bagaimanapun Bung yang juga pengerusi Umno Sabah berkata "tidak adil" untuknya mengulas berkenaan anggaran tarikh siap dan pinjaman untuk projek itu, dan berkata perkara itu harus dirujuk kepada Felcra.


Rosli, Rameli dan Usaili juga mengeluh apabila aduan yang dibuat kepada SPRM, serta pengurusan baru Felcra bawah kerajaan PH, masih belum ada sebarang tindakan.

Usaili, yang mengetuai Peserta Felcra Gelung Pepuyu Dusun Bota Berhad - berkata tindakan perlu diambil kerana salah pengurusan sebelum ini telah menyebabkan Felcra tidak lagi kaya seperti dulu.

"Saya dan rakan-rakan membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya enam bulan lalu, tetapi sehingga hari ini tiada apa yang dilakukan [...] mereka yang berkenaan masih bebas.

"Saya telah 17 tahun jadi ketua peserta merangkap pengerusi koperasi Felcra di Pepuyu Dusun Bota dan saya lihat pembayaran yang diterima peneroka tidak konsisten sejak Bung mengambil alih," katanya.

dan saya telah melihat bahawa pembayaran terhadap peneroka tidak konsisten sejak Bung mengambil alih," katanya.

Setakat laporan ini diterbitkan, SPRM belum menjawab soalan yang dihantar Malaysiakini berhubung projek loji biogas ini.

Sementara itu Rameli yang merupakan bekas naib presiden kanan Felcra mahu keadaan Felcra dipulihkan kembali.

Sementara itu, bekas naib presiden kanan Felcra, Rameli mahu nasib korporat dibaik pulih.

"Saya tidak mahu Felcra menjadi mangsa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Kita perlu kembalikan Felcra kepada bisnes terasnya...Kita mulkana Felcra dari awal, dari bawah," katanya.

Pengerusi koperasi Felcra Jaya, juga memulakan kerjayanya di Felcra.

"Ketika kami bermula, sukar untuk meyakinkan orang ramai menyertai Felcra tetapi kami menjadi sangat berjaya. Tetapi apabila seseorang yang tidak bertanggungjawab datang, ketika itulah wang habis," katanya yang berasal dari Pahang.


Felcra tidak mendedahkan penyata kewangan tahunannya kepada awam tetapi beberapa laporan yang ditemui di laman webnya menunjukkan keuntungannya turun daripada RM123.86 juta pada 2014 kepada RM5.11 juta pada 2016.

Selepas PH mengambil alih kerajaan, ia menggantung buat sementara skim pinjaman Bantuan Sara Hidup FELCRA kerana kekurangan dana.

Ia turut melepaskan pasukan bola sepaknya dan menjual projek pembangunan Menara Felcra di Kuala Lumpur. Projek yang belum siap itu bernilai RM1 bilion.

Bung dan isterinya Zizie Izette kini dalam perbicaraan untuk tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, termasuk dakwaan menerima suapan RM2.2 juta sebagai pertukaran untuk Felda membuat pelaburan dalam unit amanah Public Mutual.

Felcra, atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan, dikorporatkan pada 1997 selepas beroperasi sebagai badan berkanun selama 31 tahun.

Objektif utamanya ialah untuk mengeluarkan 112,454 penerokanya daripada belenggu kemiskinan dengan memulih dan menyatukan tanah terbiar untuk tanaman kelapa sawit, getah dan padi.