KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan ditolak oleh ahli Pas sebagaimana ahli Umno menolah Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Abdul Hadi merupakan pemimpin yang bebas daripada kontroversi.
"Apa yang berlaku dalam Umno adalah kerana krisis dalaman parti yang melibatkan presidennya sendiri. Krisis tersebut juga berpunca daripada beberapa isu.
"Apa yang berlaku dalam Pas pula adalah berkenaan pendirian presiden yang berasaskan politik matang. Kita melihat penyelesaian kepada masalah dalam negara adalah kembali kepada Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar ke atas Abdul Hadi.
Semalam, Tamrin mendakwa bahawa ahli Pas akan menolak Abdul Hadi sebagaimana ahli Umno menolak Najib.
[ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi bakal ditolak seperti Najib]
Muhammad Khalil dalam pada itu turut menyifatkan pandangan Tamrin sebagai perbandingan yang tidak tepat.
"Itu perbandingan yang tidak ada asas sebenarnya. Kenyataan dia itu tidak tepat," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment