BERNAMA
Wang menerusi dana bola
sepak negara disalurkan atas persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung PFA.
ARAU, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mampu bernafas lega untuk sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan mendatang apabila menerima suntikan RM1 juta bagi persiapan pasukan itu menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2016.
Wang menerusi dana bola sepak negara
disalurkan atas persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung PFA yang kembali
bersaing di Liga Perdana musim depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Shahidan Kassim berkata walaupun bantuan itu tidak besar, ia
mampu meringankan beban PFA untuk tempoh tiga atau empat bulan ini.
“Bantuan itu akan disalurkan dalam minggu
ini, tapi Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman harus mencari tajaan
lain untuk mengharungi musim depan.
“Memang diakui perbelanjaan untuk
bersaing dalam Liga Perdana memang mahal, sedangkan wang yang diberikan
FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tidak seberapa,” katanya yang juga
bekas Presiden PFA.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Kembali
Ke Sekolah anjuran Pergerakan Wanita Umno Bahagian Arau di Pusat Khidmat
Ahli Parlimen Arau di sini hari ini.
Shahidan turut mahukan skuad Perlis
menjuarai Liga Perdana musim depan bagi memastikan dapat kembali ke
saingan utama bola sepak tempatan Liga Super 2017.
“Kita menaruh harapan tinggi kepada
pasukan di bawah bimbingan jurulatih Dollah Salleh dan harap mereka
dapat kembalikan kegemilangan bola sepak Perlis dengan kembali beraksi
di Liga Super 2017,” katanya.
No comments:
Post a Comment