Shakira Buang
Dewan Perniagaan Vape Malaysia akur dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram, kata Setiausahanya Ridwan Rosli.
“Sebagai seorang Islam di Malaysia mestilah akur dengan keputusan Majlis Fatwa.
“Bagaimanapun,
ini tidak seharusnya merenjatkan proses kawal selia vape di Malaysia
dari segi undang-undang,” katanya kepada Malaysiakini.
Malah, Ridhwan berkata kajian mendalam mengenai
undang-undang diperlukan untuk rokok elektronik ini dengan mengambil
kira permintaan pengguna dan pada masa sama memastikan keselamatan awam
seperti mana yang dilakukan terhadap rokok tembakau sebelum ini.
“Kita sedia maklum bahawa rokok juga haram tetapi
pengawal seliaan dari segi undang-undang pembuatan, penjualan,
pengedaran dan penggunaan rokok adalah jelas. Harap perkara sama juga
untuk vape,” tegas Ridhwan.
Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia.
Abdul Shukor dilaporkan sebagai berkata semua ahli
muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan
rokok elektronik dan vape adalah haram.
Kata Abdul Shukor, keputusan itu dibuat setelah membuat
pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan
saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
No comments:
Post a Comment