KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan
mengalami gangguan bekalan dan tekanan air rendah berikutan kerja
membaiki meter paip agihan utama serta menaik taraf paip sedia ada.
Antara kawasan yang terlibat termasuk Pekan Dengkil; Kampung Dengkil;
IPD Sepang; Mahkamah Sepang; SMK Sri Sepang; Tanjung Sepat New Village;
dan Berek Polis Tanjung Sepat.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS) Amin Lin Abdullah berkata gangguan air itu akan berlaku
bermula 9 malam Isnin depan (28 Dis) sehingga 5 pagi keesokan harinya.
"Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 16 jam bermula 5 pagi (29 Disember).
Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui
Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook
SYABAS puspel atau Twitter SYABAS puspel Syabas untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment