SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad menegaskan mana-mana
individu dalam parti itu yang 'teringin' untuk bergabung dengan Umno
supaya meninggalkan parti Islam berkenaan.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, PAS pernah kehilangan beberapa tokohnya, namun parti itu tetap teguh berdiri gagah.
"Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.
"PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Hj Ahmad Fuad, Datuk
Asri Hj Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaei Ahmad, Panglima Jihad
Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah dan banyak
lagi tokoh yang lari bersama Umno.
"Persoalannya adakah PAS lemah? PAS tetap hebat, kerana dasar, bukan
kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-Allah PAS berdiri gagah,"
katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web rasmi parti
berkenaan.
Pada ketika spekulasi bertiup kencang mengenai penggabungan PAS dengan
Umno, ujar Idris, pandangan peribadi mana-mana individu tidak wajar
dipakai.
"Heboh diperingkat media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan UMNO.
"Ingin saya tegaskan bahawa PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, dan Muktamar.
"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment