THE RAKYAT POST
Ahmad Zahid mahu ahli
Umno berfikir sebagai pembangkang dan bertindak sebagai parti
pembangkang, untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. - Foto TRP/
Azrol Ali
PETALING JAYA, Kepimpinan Umno Selangor diingatkan supaya bergerak aktif sebagai ‘pembangkang’, bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), sekali gus menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin dan ahli parti saling
hormat-menghormati, untuk mengukuhkan Umno bagi menebus kekalahan di
Selangor.
“Tidak ada orang lain yang boleh memenangkan Umno di Selangor, melainkan ahli-ahli sendiri.
“Untuk itu, ahli Umno perlu berfikir
sebagai pembangkang, bertindak sebagai parti pembangkang bagi
mengembalikan sokongan rakyat (terhadap BN),” katanya yang dipetik Bernama ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, malam tadi.
Naib Presiden Umno itu berkata, sokongan
dan dokongan kepada BN perlu, bagi membentuk kerajaan baru di Selangor
untuk memberi khidmat kepada rakyat.
Sementara itu, perwakilan Umno
Bahagian Petaling Jaya Selatan kecewa dengan tindakan bekas Perdana
Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.
“Umno Bahagian menyanjung dan menghormati Tun Mahathir. Ini sepatutnya tidak berlaku.
“Saya amat kecewa dan kita
tidak setuju seorang pemimpin negara seperti Tun bersekongkol dengan
kumpulan parti yang hendak menghancurkan negara kita, hanya kerana
beliau tidak setuju dengan pemimpin utama Umno.
“Perkara ini seharusnya tidak berlaku. Cantiknya Tun Mahathir kerana beliau telah membina Malaysia, malang sekali endingnya tidak cantik sama sekali,” kata Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Raja Datuk Hanipudin Raja Datuk Nong Cik.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
No comments:
Post a Comment