Sunday, September 27, 2015

Jerebu:4 penerbangan lewat, 1 dilencongkan di Sarawak

THE MALAYSIAN INSIDER



Empat penerbangan mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Empat penerbangan mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Empat penerbangan, masing-masing 2 pelepasan dan 2 ketibaan mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pagi ini.

Menurut Pengurus Kanan LTAB Kuching, Mohd Nadzim Hashim, ia berikutan jarak ketampakan rendah di lapangan terbang itu pagi ini iaitu 800 meter saja.

Beliau berkata kelewatan itu melibatkan sektor pelepasan Kuching-Kuala Lumpur dan Kuching-Sibu serta sektor ketibaan Kuala Lumpur-Kuching dan Sibu-Kuching.

"Kelewatan ini melibatkan 333 penumpang iaitu 144 bagi ketibaan dan 189 untuk pelepasan," katanya. Nadzim berkata kesan jerebu turut mengakibatkan penerbangan MH2542 Kuala Lumpur-Kuching dengan 65 penumpang dilencongkan ke Sibu.

Sementara itu, Nadzim berkata dua penerbangan, satu ketibaan dan satu pelepasan melibatkan sektor Kuching-Pontianak dan Pontianak-Kuching dibatalkan sejak 5 hari lepas.

"Sektor ini dibatalkan sehingga diberitahu kelak. Tiada penumpang terlibat kerana semua penumpang dimaklumkan lebih awal," katanya.

Setakat 10 pagi tadi laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching mencatatkan bacaan tidak sihat pada 141.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300). – Bernama


No comments: