sakmongkol.blogspot
Ada pembaca2
menulis mengatakan penulisan ini bias
dan tidak akan menyiarkan komen. Elok pembaca ketahui komen jenis mana yang
TIDAK akan disiarkan.
Komen sebaris
tidak akan saya layan kerana tidak ada pemikiran serius dalam ayat sebaris. Orang
yang komen untuk meluahkan marah dan kebencian dalam bentuk ayat sebaris, tidak
akan dimuliakan dengan penyiaran komen jenis tersebut. Hanya dengan berkata
tulisan ini bias tanpa menunjukkan
dimana bias nya, tentulah tidak akan
disiarkan. Saya minta maaf- ini bukan tulisan karangan tingkatan 3.
Komen yang maki
hamun dan menolak kesemua hujjah dalam artikel ini kerana tersangat anti DAP
dan berfikiran tidak rasional, dalam bentuk cacian peribadi tidak akan disiarkan.
Jadi elok jangan buang masa.
Komen yang tidak
bersetuju tapi memberi penalaran/reasoning dan penhujjahan, walaupun pedas
kepada saya, saya tidak ada masaaalh untuk menyiarkan. Berapa banyak komen dari
tukang komen yang tidak setuju dengan saya, telah saya siarakan kerana saya
menghormati hujjah yang rasional dan menampakkan proses penalaran.
Musibah melanda negara akibat angkara
durjana Najib Tun Razak.
Negara ini
mengalami musibah dan malapetaka kerana suatu orang. Nama dia Najib Tun Razak. Bahkan
isteri nya yang tidak dipilih oleh orang ramai secara demokrasi turut sama
menyibukkan diri dalam memerintah negara.
Kesan kepimpinan yang buruk.
Kepimpinan yang
buruk mengakibatkan pentadbiran dan pengurusan yang buruk. Kalau dia tidak
amanah dan jujur, apa nasihat yang dia beri akan di perlekehkan orang. Ucapan dia
akan hanya diterima dengan sinis dan ketawa.
Pecah amanah diperingkat
tertinggi akan hanya mengukuhkan amalan pecah amanah diperingkat
bawahan. Belian
dengan harga yang dipalsukan, hanya menjadi amalan itu suatu kebiasaan.
Penglibatan
pemimpin tertinggi dalam aktiviti mendobi wang menunjukkan bahawa system
kewangan
dalam negara huru hara. Jika pemimpin boleh langgar undang dan memunggah
wang sana sini, ia akan menggalakkan penyeludupan wang haram.
Wang hasil dari rasuah, komisyen, pemalsuan invoice, akan terus berleluasa. Antara tahun 20003-2012, Malaysian hilang USD395
billion atau secara purata USD39.5 billion setahun.
Macam mana perompak dan
penyamun yang memunggah wang keluar secara haram hendak takut, kalau pemimpin
negara melakukan perkara yang serupa?
Kredibiliti Bank Negara Malaysia sebagai institusi yang mengawal dan memelihara integriti sistem kewangan akan musnah.
Api tidak boleh dibungkus dengan kertas.
Semua usaha
mempertahankan Najib akan dilayan dengan telinga pekak. Rakyat sudah percaya bahawa
Dato Najib ialah PM yang terburuk kita ada. Segelintir pemimpin UMNO yang
mempertahankan Najib, melakukan demikian kerana mahu kekal releven.
Orang2 seperti Salleh Said keruak, Ahmad
Maslan, Syed Ali Al Habshee, Anuar Musa, Ali Rustam, Noh Omar melakukan
apa yang mereka lakukan untuk kekal releven dalam pandangan Najib.
Dr Mahathir di perjahatkan/Dr Mahathir is vilified.
Tokoh yang
paling dikecam hari ini ialah Dr Mahathir. Saya mendapati ianya
melucukan
kerana terkadang kala terpaksa mempertahankan Dr Mahathir; sepatutya
tugas ini dilakukan oleh orang UMNO yang berhati-budi/yang ada
conscience.
Adakah budaya orang
UMNO melupakan orang yang paling berjasa sekali kepada UMNO dan bangsa Melayu?
Sumbangan Dr
Mahatir berbanding dengan sumbangan Najib, ibarat langit dan bumi. Namun,
penyokong Najib memperlakukan Dr Mahathir sekian kurang ajar, orang Melayu mahu
berdiam diri?
Sebagai seorang
yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, tentulah Dr Mahathir mempunyai
maklumat terperinci untuk mendedahkan salah laku Najib.
Cuba tanya
soalan ini- kenapa perlu Dr Mahathir memilih jalan susah untuk mengkritik Najib
kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan. Pada umur 90 tahun, mengapa perlu Dr
Mahathr ambil risiko dan mengundang kebarangkalian hilang semua? Nama baik,
penghormatan masyarakat, di dipulau?
Kenapa perlu Dr
Mahathir menyusahkan diri dan mendedahkan diri nya kepada kemungkinan dicerca
dan dihina orang, KECUALI jika apa yang
dicakapkan oleh beliau benar2 belaku? Dr Mahathir mesti bersuara.
Bukanlah lebih
seronok jika dr Mahathir pencen, berjalan sana sini dan menikmati masa dengan
anak cucu dan sahabat handai? Kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan, maka
itu mendorong Dr Mahathir bersuara. Dia bersuara untuk menyelamatkan orang
Melayu dari musibah yang dbawa oleh Najib.
Jika hari ini,
diadakan pungutan suara dikalangan orang Melayu menanyakan siapa antara Mahathir
dan Najib yang mereka percaya, orang lebih meyakini Mahathir.
Komplot menggulingkan Najib cara tidak
demokratik?
Dalam suatu
himpunan silat, Najib berkata kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak
boleh ditumbangkan. Ini kenyataan sudah terang lagi bersuluh. Semua orang tahu
ini. Tidak ada sesiapa mahu menggulingkan kerajaan dengan cara bukan
demokratik.
Depan orang yang
menyokongnya, tentulah dia boleh keluarkan kenyataan ini tanpa bantahan.
Maka, biar kita jawab
Najib. Sebelum kelentong nya diterima sebagai kebenaran.
Tidak ada komplot
menggulingkan Najib secara tidak demokratik. Jika seorang PM didapati bersalah membunuh
orang misalnya, dia akan di hukum. Jika seorang PM didapati mengamal salah laku
dia boleh di impeached secara demokrasi
melalui parlimen.
Jika UMNO
menyingkirkan Najib, maka Najib akan dikeluarkan sebagai PM. Ianya sama seperti
apa yang berlaku di Australia. Dia boleh berdepan dengan undi tidak percaya-
suatu cara yang dibenarkan oleh parlimen. Jika kalah, Najib kena berhenti. Dia juga
akan berhenti jika mana2 bil yang dibentangkan dalam parlimen tidak dipersetujui.
Jika bil mengenai bajet 2016 dikalahkan, maka kerajaan Najib gugur.
Jika tiba2 BN
tidak cukup ahli parlimen, maka kerajaan Najib akan diberhentikan.
Maka tidak benar
Najib kata kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak boleh disingkir. Ianya
boleh melalui cara yang dibenarkan oleh parlimen.
Jika 57 ahli parlimen
Malaysia Timur memilih untuk keluar BN, kerajaan UMNO akan tumbang. Jika hanya
30 orang MP dari BN menyebelahi 88 orang MP bukan BN,maka BN sudah hilang
sokongan majority dan akan tumbang.
Negara kita dilanda musibah politik.
Kita sekarang
tidak ada 1 Malaysia. Itu konsep omongan kosong Najib sebab pengistiharan tidak
disusuli dengan perbuatan. Najib hanya berlagak mahukan sebuah negara yang
bersatu tapi pada masa yang sama menjalankan dasar pecah belah. Dia melakukan
ini kerana mahu menutup salah laku yang dia jalankan semasa dalam jawatan.
Bila masa maruah
najib dimalukan atau dirobek dan dicalar oleh Cina sedangkan dia
berrekreasi
dan berbuat bisness dengan orang Cina? Pemilik Gerge Kent yang diberi
Najib
kontrak RM11.5 billion ialah seorang Cina. George Kent ada masaalah
dengan Ampang LRT extension project tapi walaupun dengan masaalah ini,
Geroge Kent dan MRCB terus diberi lagi kontract LRT3 dari bandar Utama
ke Kelang. Dan Cina ini telah melantik si tin
kosong dan bising mulut, Ibrahim Ali sebagai pengarah syarikat. Jho Low
adalah
sahabat karib Najib yang bertukar whatsapp ribuan kali. Dia juga budak
Cina.
Kita hendak
rakyat beritahu Najib supaya berhenti berlari dengan binatang buruan sambil memburu
bersama anjiing.
Fakta yang
menyedihkan ialah: Kita ada Malaysia untuk Melayu. Malaysia untuk Cina. Malaysia
untk setiap suku kaum dalam negara kita.
PM yang ada sekarang meruncingkan
pembahagian ikut kaum dengan menyebelahi himpunan merah dan mengeluarkan
kenyataan membakar api di himpunan silat.
Sedangkan kita
semua tahu Najib menggunakan itu semua untuk menenggelamkan isiu rasuah nya,
salah guna kuasa, songlap duit, memperkudakan1MDB sebagai skim cepat aya, menyalurkan
wang kedalam akaun peribadi nya, gagal menjelaskan kemana wang dan dana 1MDB di
aplikasi.
Setiap kali
ditanya, orang 1MDB akan mengkakaktuakan jawapan, nilai asset kita lebih besar
dari tangunagan. Jadi mengapa tidak mampu membayar faedah setiap tahun?
Semua orang tahu
dalam keadaan terdesak, asset akan djual pada harga fire sale KECUALI Najib
memaksa GLC membeli pada harga yang 1MDB mahu. Itu sama dengan pembelian dengan
harga yan dipalsukan.
Sila ambil
perhatian. Jika pun penjualan asset akan dapat cover nilai hutang dan tanggungan, kesalahan tetap kesalahan dan
tidak dihapuskan. Songlap wang, pemalsuan harga, masuk duit dalam akaun sendiri
semua nya tetap kesalahan walapun sudah di cover.
Apabila di cover, wang yang disonglap dari 1MDB
wajib dipulangkan.
No comments:
Post a Comment