MINA: Angka kematian akibat insiden rempuhan di Mina dilaporkan kepada
769 pada Sabtu, demikian menurut Menteri Kesihatan Arab Saudi.
Sebelum ini, angka kematian dicatatkan seramai 717 orang setakat Jumaat.
Menurut Khaled al-Falih, jumlah jemaah haji yang cedera turut meningkat kepada 934 berbanding 805 sebelum ini.
Kejadian itu berlaku di Jalan 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa
kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa
hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.
Insiden rempuhan di Mina pada Khamis merupakan kali kedua berlaku sejak
2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan
ibadah melontar.
Ketika ini kira-kira dua juta orang sedang mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.
No comments:
Post a Comment