Punca dan Sebab Najib Razak Tidak Hadir Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC)? Faktor Keselamatan?
Nah….sekarang ini, 130 buh negara telah
menghantar wakil masing-masing di bumi bertuah kita, Kuala Lumpur,
mereka berkampung dan berkhemah serta berdiskusi mengenai gejala dan isu
rasuah atas nama Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).
Biasanya acara besar sebegini akan
dirasmikan oleh Ketua kerajaan dan kali ini ini giliran Perdana Menteri
Malaysia datang merasmikannya.
Malangnya,
kelibat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tidak akan kelihatan untuk
merasmikan dan menyampaikan ucaptama di Persidangan Anti Rasuah
Antarabangsa (IACC). Tidak sama sekali.
Eh…kenapa pula? Apa yang sudah berlaku?
Kenapa Najib Razak tidak datang dan berdepan dengan hadir dalam Anti
Rasuah Antarabangsa (IACC) ini?
Seperti biasa, akan ada alasan yang
dikemukan punca dan faktor Najib Razak tidak datang, dan ini diterangkan
sendiri oleh Paul Liow Menteri yang akan mewakili Najib Razak dalam
Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) kali ini dan menyampaikan
ucaptamanya. Katanya :
Alasan Paul Liow : Najib Tidak hadir Persidangan Transparency International di KL?
- Paul Liow risau dengan penerimaan delegasi yang hadir terhadap Najib Razak termasuk mungkin bersikap dingin
- Faktor keselamatan
- Bakal berdepan aktivis yang “garang”
- Juga bakal berdepan persekitaran persidangan yang “ganas”
Ermmm….tidak sudah-sudah dengan faktor keselamatan. Nampaknya ada 2 acara sekarang ini yang cukup bahaya kepada Najib Razak :
Ya….Memang tidak boleh dinafikan 2-2 event itu amatlah merbahaya kepada Najib Razak. Harap maklum.
- Forum Nothing to Hide: Tidak hadir. Faktor: Isu keselamatan
- Persidangan anti-rasuah sedunia: Tidak hadir. Faktor: Isu keselamatan
Hakikatnya, selepas mendengar ucapan
daripada Presiden Transparency International, José Ugaz barulah Berita
Semasa apa sebab sebenarnya Najib Razak tidak hadir. Ya….memang betul,
ucaptama tersebut memang membawa kepada isu keselamatan Najib Razak,
tetapi keselamatan “telinga Najib Razak”. Dan ucapan tersenyum menjadi
bahan gelak ketawa kepada 1,000 delegasi delegasi yang hadir di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Dan kata-kata dan ucapan pedasnya
terhadap Malaysia terutamanya berkisar mengenai skandal RM2.6 bilion ini
boleh anda semak seperti gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di
bawah ini :
Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) : Ucapan Jose Ugaz Mengenai Malaysia
PP/S : Kenapa apabila bercakap dengan
dengan “anak-anak buah anda” dan orang kampung isu mengenai RM2.6
bilion, begitu bersemangat dan bersorak-sorak, tetapi mengapa takut
menikus berdepan dengan masyarakat antarabangsa terutamanya delegasi
anti rasuah? Bukankah tempoh hari dilaungkan mempunyai semangat
kepahlawanan bugis? Bukanlah lebih gunakan peluang dan pentas ini untuk
menyatakan pendirian anda.
PPP/S : Sekali lagi Najib Razak menjadi
beban kepada Malaysia sehingga sekali lagi Malaysia menjadi bahan berita
di portal berita di seluruh dunia mengenai isu dan skandal RM2.6 bilion
ini. Persoalannya sampai bila?
PPPP/S : Fakta yang paling nyata that
USD700 million equal to RM2.6 billion sudah masuk dalam private account,
orang itu. Dan satu lagi fakta yang paling nyata ialah apabila pasukan
yang menyiasat kes 2.6 billion itu dibubar, disiasat, direman, dipecat,
ditukarkan dan diberhentikan.
PPPPP/S : RM2.6 bilion derma? Bak kata Mahathir, cakap dengan kambing bolehlah.
No comments:
Post a Comment