Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?
Nampaknya bahagian PR 1MDB sekarang
terpaksa bekerja keras untuk menangkis pelbagai dakwaan yang dilemparkan
terhadap 1MDB. Terbaru laporan berita Reuters mengatakan yang mana
akaun bank 1MDB di Switzerland kena beku.
Seperti biasa, kebanyakan dakwaan
terhadap 1MDB semuanya dinafikan. Jikalau disemak laporan berita Astro
Awani dan The Rakyat Post seperti yang Berita Semasa kongsikan di bawah
ini :
- kejap nafi akaun kena beku
- kejap kata tidak tahu ada yang akaun di Switzerland itu sudah kena beku
- Ermmmm…..
Kebanyakan
yang simpan di Switzerland kerana kelebihan yang ada di bank di
Switzerland iaitu apa yang dipanggil “privacy protection”.
Nampaknya negara luar yang perlu
mengambil tugas-tugas yang sepatutnya boleh diselesaikan pihak-pihak
yang berkuasa di Malaysia. Ermmmm…
Dan dakwaan terhadap 1MDB ini cukup berat atas sebab pembekuan akaun bank mereka:
- penggubahan wang haram
- juga rasuah.
P/S : Berita Reuters fitnah…..berita WSJ
fitnah….Sarawak Report fitnah….persepsi apa semualah. Carilah jawapan
yang bijak sikit. Dah ada pasukan penyiasatan 1MDB dibubarkan. Ada
peluang untuk bela diri di hadapan delegasi, tidak mengambil kesempatan
yang ada untuk memeprtahankan diri. Grow up please…
PP/S : Sebelum ini berminat juga
mendengar kenyataan daripada Arul Kanda. Tetapi selepas beliau pernah
mengatakan dahulu yang mana dana dalam bentuk tunai yang akhirnya
terbongkar yang kononnya duit dalam bank tiada terus tukar kepada unit.
Unit apa Berita Semasa tidak tahu. Tetapi yang pastinya selepas daripada
itu, Berita Semasa sudah mula berkira-kira untuk menelan bulat-bulat
apa yang diperkatakannya.
Isu Akaun Bank 1MDB di Switzerland :Lagi Butiran Dakwaan Terhadap 1MDB
Butirannya ada pada gambar-gambar di bawah ini yang disahkan Jabatan Peguam Negara Switzerland….
No comments:
Post a Comment