Saturday, September 26, 2015

Perhimpunan esok, Ahad haram - Polis

SINAR HARIAN

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mengisytiharkan sebarang perhimpunan yang bakal diadakan di sini esok           ( SABTU ) atau Ahad ini adalah salah di sisi undang-undang, sekali gus adalah perhimpunan haram.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menganjurkan atau menghadiri perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
 
"Ingin saya tegaskan bahawa pihak polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan selepas tiada sebarang notis makluman diberikan oleh mana-mana penganjur.
 
"Justeru, sebarang perhimpunan, jika diadakan adalah haram dan menyalahi undang-undang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekecohan dan mengancam keamanan negara," katanya.
 
 

No comments: