KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah 3.3 magnitud direkodkan di Ranau
pada jam 1.25 tengah hari tadi dengan kesan gegarannya dapat dirasai di
sekitar daerah itu.
Berdasarkan maklumat dikeluarkan Jabatan Meteorologi, gempa bumi itu
dikesan kira-kira 11 kilometer di barat pekan Ranau dengan kedalaman 10
kilometer.
Ia adalah gegaran susulan terbaharu direkodkan dalam tempoh sebulan selepas gempa bumi 5.9 magnitud di Ranau pada 5 Jun lalu.
Setakat ini sudah lebih 100 gegaran susulan direkodkan di kawasan terbabit.
No comments:
Post a Comment