MALAYSIAKINI
Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan
siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Malah agensi berita itu juga berkata, artikel berkenaan dibuat
berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah
dilihat oleh Najib.
Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana
dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam
akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd
Razak" melalui proksi.
"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah
diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam
kerajaan.
"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana
menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara
bersama CNBC.
Selain itu, Najib melalui setiausaha politiknya semalam telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Sehubungan itu, Brown berkata WSJ tetap mempertahankan laporan mereka.
"Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami
perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan
bukan siasatan politik.
"Ia adalah satu berita yang penting dan kami mengambil perkara ini dengan serius.
"Setiap kali anda melihat pemimpin negara yang telah [...]
sekurang-kurangnya bukti itu menunjukkan aliran wang ke akaun peribadi
beliau dan ia melibatkan urusan kerajaan, ia sangat dramatik," katanya
lagi.
No comments:
Post a Comment