KUALA LUMPUR: Sebanyak 112 gegaran, termasuk gempa bumi utama yang
berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu direkodkan di Ranau sehingga
pagi ini.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gempa
susulan terbaru berukuran 4.4 skala Richter pada jam 12.10 pagi tadi
dikesan kira-kira 7.16 kilometer di timur laut pekan Kundasang dan 10.07
kilometer dari pusat gempa bumi utama berskala 5.9 Richter pada 5 Jun
lalu.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 97 gegaran direkodkan
sepanjang Jun, manakala 15 gegaran dikesan pada Julai sehingga pagi
ini.
"Sebanyak 76 gegaran dapat dirasai termasuk gegaran susulan 4.4 yang direkodkan awal pagi tadi," katanya.
Gegaran susulan selama beberapa saat awal pagi tadi turut dirasai di sekitar Kota Kinabalu.
Tengah malam tadi satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa
itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer
ke Barat Laut Ranau.
"Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment