KUALA KANGSAR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur - Padang Besar akan bermula esok.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata buat permulaan
ia di adakan sebanyak dua kali sehari iaitu satu perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur.
"Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu
depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana
perjalanan lebih cepat dan selesa," katanya pada sidang media di Stesen
Kereta Api Kuala Kangsar, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Keretapi
Tanah Melayu (KTM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media
menaiki tren baru ETS dari Stesen Kereta Api Batu Gajah ke Kuala
Kangsar.
Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu akan berhenti di semua stesen utama
termasuk Ipoh dan Butterworth dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Padang Besar mengambil masa anggaran empat jam 45 minit.
Katanya, tren yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.
No comments:
Post a Comment