Oleh Hazlan Zakaria
Dikepung di hadapan, diburu di segenap penjuru, Perdana Menteri Najib Razak boleh sama ada meletak jawatan secara terhormat atau tinggalkan penyiasatan yang belum selesai, tetapi perkara terbaik buat beliau mungkin adalah memanggil pilihan raya mengejut.
Tetapi
semulia darah keturunan beliau, susur galur tidak menjamin keupayaan
atau semangat mulia seseorang. Mempunyai darah mulia atau darah diraja
tidak menjadikan seseorang itu mulia atau agung. Ianya memerlukan
karakter dan lebih dari sekadar gelaran untuk mendapatkan perkara
luhur seperti itu.
Maka tindakan terburu-buru beliau untuk menafikan berita dakwaan penyelewengan kewangan beliau, tudingan jari beliau kepada orang lain dan cubaan perhubungan awam beliau dalam menguruskan krisis ini menunjukkan beliau tidak mengambil jalan mulia, tetapi cubaan untuk mempertahankan selagi yang boleh.
Ini
kerana dakwaan ke atas beliau yang semakin memuncak daripada pemimpin
lemah dan tidak tegas kepada tuduhan melulu cubaan jenayah.
Tuduhan
tindakan menyeleweng Najib melibatkan 1MDB sekarang ini telah memuncak
untuk mendakwa beliau telah menyeleweng wang daripada dana berdaulat
itu atau menggunakannya untuk kempen politik beliau.
Sementara
Dr Mahathir Mohamed, kumpulan dalam Umno, Pembangkang dan sejumlah
besar rakyat telah meminta beliau bertanggungjawab sejak sekian lama,
sekarang ini media asing juga telah turut menyertai, untuk apa saja
sebab yang mereka ada.
Najib
telah menyalahkan Mahathir dan melabel beliau sebagai punca migrain
beliau. Walaupun mungkin kerumitan serangan ke atas beliau dan jejak
‘bukti’ yang disengajakan memberikan beliau sebab untuk membuat dakwaan
begitu.
Ianya jelas merujuk
bagaimana ketua umum PKR yang dipenjarakan dan bekas anak didik
Mahathir, Anwar Ibrahim menerima akibat tindakan doktor itu.
Atau
mungkin Najib seorang yang bodoh, untuk menggunakan akaun dengan nama
sendiri untuk menyalurkan wang itu. Atau beliau benar-benar telah
diperangkap, atau seorang ‘pembantu’ yang bertindak sendirian untuk
mengenakan PM akan ke hadapan untuk mengakui jenayahnya.
Benar
atau tidak, Najib telah teruk terjejas. Kerosakan telah mencapai tahap
yang teruk sekali sehinggakan cara untuk menebusnya adalah dengan
melepaskan jawatan dengan terhormat. Ini sajalah yang tinggal untuk
beliau.
Tetapi memandangkan Najib
tidak mempunyai sebarang paksaan dalam dirinya untuk menjadi muliau,
beliau mungkin menjadi berdendam dan berniat jahat.
Jika
beliau ingin meletak jawatan, tidak kira betapa mulia pun, ia hanya
membuka pintu kepada salah satu musuh beliau untuk mengambil alih
kuasa. Dan beliau sendiri mungkin akan dapati beliau mempertahankan
diri terhadap dakwaan jenayah.
Tetapi
jika beliau berbuat begitu dan kekal menundukkan kepalanya, diam-diam
mengorbankan dirinya - demi Umno, sudah tentu - beliau mungkin, seperti
sejarah parti Melayu itu telah buktikan, akan dibenarkan untuk
mengekalkan sebahagian hartanya dan kembali kepada dunia politik.
Ini
akan berlaku hanya selepas beberapa tahun diberi ‘hukuman’ oleh parti
itu telah berlalu. Walaupun dakwaan jenayah ke atas beliau dan
kebarangkalian pendakwaan mungkin bertukar arah atas rayuan atau
mungkin dibuang begitu saja seperti bekas menteri dan ahli politik yang
lain.
Najib masih lagi tidak dilihat
sebagai seseorang yang akan berbuat begitu, atau mungkin orang di
sekeliling beliau tidak membenarkan beliau buat begitu.
Justeru
jalan terbaik oleh Najib keluar daripada bencana ini, walaupun
lemahnya, adalah membubarkan kerajaan dan memanggil pilihan raya
mengejut.
Dengan apa saja masih
terawangan sekarang ini, ianya mungkin masa paling buruk buat Umno dan
BN untuk menghadapi pilihan raya umum.
Walaupun
pembangkang yang pernah dikenali sebagai Pakatan Rakyat sedang
dibelenggu masalah, mereka mungkin akan membuat kemunculan semula
akibat daripada krisis 1MDB sahaja.
Dan
ia akan menjadi satu masa yang sukar buat Umno dan BN, bahawa mereka
akan kalah lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum, jika dipanggil.
Ianya jika mereka tidak kehilangan kuasa terhadap kerajaan sama sekali.
Sekarang
dengan cara itu, beliau akan pergi, tetapi beliau akan membawa
pengkritik terapat beliau bersama, timbalan presiden Umno Muhyiddin
Yassin, Mahathir dan orang lain.
Kecuali mungkin rakyat dan pembangkang, yang mungkin berupaya menyingkirkan orang lama dengan satu undi sahaja.
Seseorang itu hanya mampu berharap.
Komen dan cadangan dapat dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com
No comments:
Post a Comment