SHAH ALAM: PAS tidak pernah memandang rendah kepada mana-mana ahlinya
yang berhasrat mahu menubuhkan parti baru, demikian ditegaskan oleh Naib
Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim mempersoalkan apakah keperluan untuk
penubuhan parti baru tersebut memandangkan parti yang sedia ada sudah
memadai untuk memperjuangkan hak rakyat.
"Kita pun melihat soal-soalnya sebahagian daripada mereka ini
sebenarnya masih ahli PAS dan kita berharap mereka berbicara dalam
konteks mereka ini masih ahli dan bagi kita, kita tidak pernah pandang
rendah kepada siapa-siapa pun.
"Cuma kita lihat apa keperluan untuk menubuhkan parti baru dan
sebagainya dan bagi PAS kalau sekiranya hendak menghadapi
cabaran-cabaran yang ada, saya fikir parti pembangkang yang ada hari ini
sudah memadai.
"Soalnya kita perlu meneliti dasar-dasar dan prinsip parti dan harus
menghormati dasar tersebut," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi
di sini pada Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Yang DiPertua PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz
Omar yang memberi peringatan kepada pemimpin parti itu supaya tidak
memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru.
Mahfuz selain itu mengingatkan pemimpin PAS supaya tidak meletakkan
pemikiran mereka pada takuk yang lama apabila dilihat sentiasa terikat
dengan sejarah lalu bersabit penubuhan parti serpihan.
Ujarnya, kebanyakan pemimpin PAS kerap kali menyamakan cadangan
penubuhan parti baru itu sama seperti Hamim dan Berjasa, yang tidak
kekal lama dalam arena politik negara.
Susulan kelantangan Mahfuz menasihati pemimpin PAS, Tuan Ibrahim yang
juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama turut meminta supaya bekas Ketua
Penerangan PAS Pusat itu memahami tujuan dan dasar parti itu ditubuhkan.
"Kita tahu sebagai orang Islam, ada kewajipan terpaksa kita ambil dan kewajipan itu tidak pula mengancam polimik.
"Contohnya isu Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, ianya hanya melibatkan
orang Islam dan hak orang Islam, dia tidak melibatkan mereka yang bukan
Islam dan masyarakat lain, jadi kita fikir itu adalah diantara ruang
yang kita sebut bahawa setiap parti itu ada polisinya sendiri dan polisi
itu tidak pernah padam dan menganggu hak beragama orang lain.
"Jadi sekiranya kita menyekat hak beragama dalam pakatan sebagai
contoh, maka itu baru dikatakan kita sudah mencabuli dasar dan polisi
parti lain," katanya lagi.
Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya Mahfuz dan
kumpulan yang mahu menubuhkan parti baru tidak tersasar dari landasan
dan tanggungjawab sebagai orang Islam.
"Jadi pada kita, tanggungjawab kita sebagai orang Islam, ada hak yang
mesti kita pikul dan kita hanya memperjuangkan hak kita, jadi saya fikir
semua orang Islam faham dan tahu tanggungjawab dia," katanya.
PAS tidak mulakan dulu menyerang individu
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan supaya tidak meletakkan
segala kesalahan di atas bahu presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jelasnya, pemimpin PAS tidak pernah memulakan dahulu serangan ke atas
individu sebaliknya meminta supaya pemimpin utama daripada rakan
komponennya, DAP dan PKR saling hormat-menghormati di antara satu sama
lain apabila memperjuangkan dasar polisi parti masing-masing.
"Saya melihat kepada sikap hormat-menghormati sebagai asas dalam
muafakat, kalau saling hormat-menghormati itu timbul dan kita tidak
menyerang satu sama lain, maka kita akan jumpa satu titik persamaan.
"Dan PAS hendak menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak pernah
memandang kecil kepada mana-mana kumpulan atau parti, cuma jika hendak
tubuh parti, ke arah mana ianya hendak tuju? Dan ianya akan menimbulkan
polimik dan menyebabkan sebarang penubuhan parti baru, dia akan
menggembirakan UMNO sahaja dan akan menyebabkan pembangkang pecah dan
perpecahan pembangkang ini akan menyebabkan UMNO lebih selesa," katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai reaksi kepada tuntutan Mahfuz
yang mahukan Hadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat
DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR, Lim Guan Eng merendahkan
ego dan perlu berjiwa besar.
No comments:
Post a Comment