MALAYSIAKINI
Selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri beberapa jam lalu,
Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut.
Dalam kenyataannya, beliau menegaskan mempunyai pendirian sendiri dalam
isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan
kepentingan negara.
“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” katanya.
Kecuali dalam isu 1MDB, beliau juga menegaskan selama berkhidmat, beliau
sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan
perdana menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengumumkan, Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Muhyiddin
Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet.
Najib berkata keputusan menggantikan Muhyiddin keputusan amat sukar,
tetapi terpaksa dilakukan agar kabinet dapat bergerak sebagai satu
pasukan yang jitu.
Pengguguran Muhyiddin itu dikaitkan banyak pihak, termasuk pemerhati
politik, dengan kelantangannya mengulas isu sekitar syarikat pelaburan
negara kontroversi 1MDB.
No comments:
Post a Comment