Tuesday, July 7, 2015

Kurang pemantauan punca ramai peniaga asing

Kurang pemantauan punca ramai peniaga asing
Pekerja warga asing dilihat pandai memujuk pengunjung singgah di kedai mereka menggunakan katakata manis dan lembut.
 
 
LEBIH 8 juta warga asing berada di Malaysia dan tidak mustahil jumlah tersebut bakal meningkat pada masa hadapan, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
 
Beliau turut membidas kerajaan Persekutuan yang disifatkannya sebagai tidak peka dengan isu berkenaan dan membiarkan lambakan warga asing di pelbagai sektor.
 
“Jika benar penguatkuasaan mereka mantap, mengapa kemasukan warga asing secara haram semakin berleluasa dan tiada pemantauan.
 
“Sebagai contoh di Telok Panglima Garang, banyak kilang-kilang pembuatan dimonopoli warga asing dan apakah mereka ini datang ke sini secara sah atau sebaliknya,” katanya.
 
Katanya, menerusi pemerhatian, isu kebanjiran warga asing berlaku kerana kurangnya pemantauan dan terdapat ramai warga asing di negara ini tiada pengenalan diri yang sah.
 
 

No comments: