MALAYSIAKINI
Kerajaan tidak akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat
awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian
baru-baru ini.
Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.
"Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan
tanpa merujuk kepada kementerian terlebih dahulu," kata Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Malah, kerajaan akan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.
"Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang
dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di
bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan
pinjaman perumahan penjawat awam."
LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen
engan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada, katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment