MALAYSIAKINI
Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dia mengidamkan jawatan menteri besar apabila menawarkan diri untuk jawatan itu baru-baru ini.
Ditemui media di majlis berbuka puasa di Putrajaya malam ini, Khalid
berkata, dia hanya membuat tawaran dan tidak bermakna mesti diterima
pihak yang berkenaan.
"Alasan (tawaran saya) ialah menunjukkan kesediaan saya menggalas
bertanggungjawab. Saya tidak fikir menjadi menteri besar lagi," katanya.
Ekoran krisis hubungan antara PAS dan DAP baru-baru ini, Khalid tampil
menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekali lagi bagi
menyelesaikan kemelut berkenaan.
Bagamanapun tawaran itu ditempelak beberapa pihak termasuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Khalid berkata, beliau bersedia untuk mengambil alih beban sebagai
menteri besar jika orang yang menduduki jawatan itu tidak dapat
melaksanakan tugas atau tanggungjawab mereka dengan baik.
"Lagipun pemimpin mesti bertanggungjawab kepada rakyat dan memenuhi janji-janji mereka," katanya.
Khalid sebelum ini dipecat daripada PKR kerana enggan melepaskan jawatannya seperti diarahkan partinya.
Keengganan itu menimbulkan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor dan turut menyebabkan dua Adun PAS digantung.
Krisis tersebut berakhir selepas Sultan Selangor melantik Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali sebagai menteri besar baru di Selangor.
No comments:
Post a Comment