Monday, July 6, 2015

Kecoh gambar Chef Wan separuh bogel

 
Motif Chef Wan memuat naik gambarnya yang hanya memakai seluar renang ketika berumur 24 tahun menjadi tanda tanya.


Chef-Wan



PETALING JAYA: Sekeping gambar yang menunjukkan chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan separuh bogel mengundang kurang selesa kepada pengguna laman sosial.
 
Imej itu menunjukkan Chef Wan yang hanya memakai swimming trunk (seluar renang) duduk di atas batu di tepi pantai.

Difahamkan lokasi gambar itu diambil adalah di Pantai Cherating, Pahang ketika usia beliau 24 tahun.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati kepada segelintir individu kerana Chef Wan memuat naik foto yang memperlihatkan tubuh badannya ketika bulan Ramadan.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Chef Wan sendiri melalui Instagramnya baru-baru ini dan telah disiarkan oleh sebuah laman blog.

Melalui kapsyen pada gambar tersebut Chef Wan menulis

“Penampilan sedemikian adalah perkara biasa ketika mandi di tepi pantai namun ia menjadi satu kesalahan besar pada hari ini dimana peminat akan menjadikannya bahan kutukan,” katanya.

Motif lelaki berusia 57 itu memuat naik gambar seperti itu juga tidak diketahui.

No comments: