Muhammad Adam Qhalish Hairul Anuar meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kanak-kanak ini dikatakan telah memanjat timbunan kotak di biliknya sebelum jatuh dari tingkap kira-kira 11:00 pagi Isnin.
Ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu berada di tempat kerja, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Teluk Air Tawar sementara ibu dan adiknya berada di bilik lain.
Seorang jiran yang menemui mangsa dalam keadaan dipenuhi darah segera memberitahu ibunya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ibu bapa kanak-kanak tersebut masih berada dalam keadaan terkejut dan enggan menemui media.
No comments:
Post a Comment