Tunggu punya tunggu, seperti yang
dijanjikan tiada kedengaran berita pasukan guaman Najib Razak bakal
saman berita WSJ yang dikatakan oleh orang ramai sebagai fitnah, mahu
sabotaj ekonomi negara, mahu gulingkan kerajaan dan macam-macam lagi
disebalik dakwaan berita WSJ yang mengatakan ada duit masuk sejumlah
RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib Razak.
Berdasarkan sejarah berita WSJ, yang
pernah satu ketika dahulu menjadi antara yang mendedahkan skandal yang
cukup terkenal “Skandal Watergate” sehingga menumbangkan Presiden
Amerika Syarikat pada ketika itu Richard Nixon. Jadi Berita Semasa tidak
rasakan laporan dan pendedahan berita WSJ Wall Street Journal Online
kali ini “just for fun”
Rakyat Malaysia terus menanti saman
fitnah najib razak kepada berita WSJ Wall Street Journal. Tetapi masih
lagi kedengaran, yang ada hanyalah surat tunjuk sebab yang mahu
kepastiaan daripada pihak Wall Street Journal Online. Macam “show cause
letter or letter require more informations dari WSJ.” Itu sahaja….
Kronologi Dakwaan Berita WSJ Najib Razak : Isu US$700 Juta?
- Dalam laporan asal berita WSj Wall Street Journal, sudah jelas WSJ sama sekali tidak mengatakan duit tersebut datang dari 1MDB
- 1MDB cuma mengatakan ada duit datang dari Tanore Fiannce dan juga dari SRC International milik Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Lawyer tanya adakah awak kata (wall Street Journal) yang Najib Razak ada songlap duit US$700 juta dari 1mdb
- Mengapa dan kenapa dalam surat peguam Najib Razak menyoal soalan yang tiada kaitan dengan laporan berita WSJ?
- WSJ hanya dedah sejumlah wang masuk ke akaun najib…WSJ tidak pernah sesekali cakap pun pasal Najib salahguna wang tersebut
- Ermmmm…….
Cubaan apakah yang mahu dilakukan sekarang ini?
Dalam sejarah dunia, beberapa pemimpin dunia pernah letak jawatan dan ada juga dihukum atas hukuman jenayah.
Anda boleh semak gambar dan laporannya seperti di bawah ini :
- Naoto Kan bekas Perdana Menteri Jeoun letak jawatan kerana gagal menunjukkan kepimpinan selepas gempa bumi dahsyat 11 Mac, tsunami , dan seterusnya krisis nuklear.
- 2 Menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri letak jawatan dek kerana dakwaan penyalahgunaan dana Pilihan Raya
- Liu Zhijun, bekas menteri kereta api China, dijatuhi hukuman mati kerana rasuah dan salah guna kuasa.
- Zhou Yongkang adalah ahli politik Cina yang paling kanan telah dipenjarakan seumur hidup kerana rasuah
- Lee Wan- Koo meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Korea Selatan kerana terlibat dengan skandal rasuah
Dalam sejarah Malaysia pula, sejak zaman
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah Tun Abdullah Ahmad
Badawi, belum pernah ada Perdana Menteri yang diseret ke mahkamah atas
tuduhan jenayah sebelum ini.
Sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra lagi berlaku kes pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa
melibatkan orang kanan politik. Ada yang berakhir di mahkamah dan ada
yang tidak, tetapi umumnya ahli politik yang terbabit meletakkan
jawatan. Antaranya adalah:
PP/S : Semua yang saman mesti guna
lawyer negara yang berkaitan kes. Contohnya kes MH370, waris dari china
saman guna lawyer di Malaysia untuk saman Malaysian Airline. Waris Indon
guna lawyer di Chicago untuk saman Airbus pasal Malaysian Airlines yang
hilang. Jadi, macammana PM Najib hanya guna lawyer, show cause letter?
Musykil sebentar…..
PPP/S : Berita WSJ sudah beberapakali kata yang ‘they stand by their report’. Mahu tunggu apa lagi?
PPPP/S : Mahu ditanya pendirian Wall
Street Journal Online apa lagi? Tidak pernah dibuat orang, jikalau mahu
saman, saman berdasarkan apa yang diterbitkan. Jikalau mahu tanya, tanya
di mahkamah. Tolong jangan ditambah lagi bahan ketawa untuk dijadikan
bahan jenaka dunia. Ermmmm….
No comments:
Post a Comment