Katanya harga daun saderi meningkat mendadak kepada RM20 daripada RM3 dan menurut peniaga peningkatan itu berikutan permintaan tinggi terutama sekali pada bulan Ramadan.
"Bagaimanapun, kenaikan lebih 500 peratus itu amat mengejutkan walaupun daun saderi senang diperolehi dan ditanam," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan segera dan keras terhadap peniaga yang menaikkan harga amat tinggi itu mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.
No comments:
Post a Comment