MALAYSIAKINI
Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru -
bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan
besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum
ke arah entiti pembangkang baru.
Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas Timbalan Presiden PAS
Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan
muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.
Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat
tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.
Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.
Mohamad
berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara
semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terbukur dengan terputusnya
hubungan antara PAS dan DAP.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu
adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas
Aidilfitri nanti.
"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan,"
katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth,
Pulau Pinang hari ini.
Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk
menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.
"Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment