Tuesday, July 7, 2015

Dihalang guna bilik mesyuarat, MP Pakatan ‘bersidang’ di lantai

KEADILAN DAILY

 




KUALA LUMPUR: Mesyuarat tergempar Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama pimpinan masyarakat pagi ini terpaksa diadakan di tangga bangunan Parlimen kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan bilik taklimat.
Wawi
Pertemuan itu bagi membincangkan skandal 1Malaysian Development (1MDB) dan pendedahan RM2.6 bilion akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Wall Street Journal (WSJ).

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, alasan diberikan kerana bilik taklimat tersebut telah ditempah oleh Felo Perdana Kementerian Belia dan Sukan.
Wawi 2
Ekoran halangan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama barisan Ahli Parlimen Pakatan termasuk pimpinan masyarakat sivil antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah mengadakan mesyuarat di ruang terbuka di perkarangan bangunan itu.
IMG-20150707-WA0009
“Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan PAS, termasuk NGO-NGO hari ini, bergabung untuk bermesyuarat di 
Parlimen…bagaimanapun kami terpaksa mengadakan mesyuarat di parade ground Parlimen setelah dinafikan bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen.

“Sebagai Ketua Pembangkang, Kak Wan memanggil semua Ahli Parlimen Pembangkang untuk membuat resolusi berkenaan 1MDB dan PM.

“Inilah bukti solidariti dan kesatuan untuk memperjuangkan isu rakyat masih utuh. Alhamdulillah…,” tulis Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam kenyataan di facebook.



No comments: