Oleh Hazlan Zakaria
Bagi sebuah parti yang pernah bersenandung lagu cinta terhadap Pakatan Rakyat seperti Romeo dengan gitar di luar anjung Juliet, DAP kini ironinya beria-ia mahu berjoget di atas kubur pakatan pembangkang persekutuan itu, yang kini tidak berfungsi lagi.
Namun saya
merasakan dalam kes DAP, gitar yang mereka gunakan adalah serupa
dengan gitar yang digunakan oleh el Mariachi, watak pembunuh upahan
Antonio Banderas dalam filem Desperado. Satu peralatan yang lebih
membawa maut dan bukannya mewujudkan rasa cinta populis.
Ini ditekankan sekali lagi hari ini dengan pengisytiharan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh parti demokrasi sosialis itu, bahawa ia tidak seharusnya lagi dirujuk sebagai kerajaan negeri Pakatan.
"...
ia kini dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang, dan bukan lagi
kerajaan negeri PR Pulau Pinang," setiausaha agung DAP dan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan menjelaskan dalam satu
kenyataan.
Itulah kata KM kerajaan
negeri yang pernah dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu,
seolah-olah kerajaan negeri itu adalah bintang pop tahun 80-an, yang
kini dirujuk sebagai "the artist once known as Prince" (artis yang dahulunya dikenali sebagai Prince), kerana namanya kini ialah sebuah simbol yang tidak boleh disebut.
Sudah
pasti bagi ramai penyokong tegar pembangkang, keadaan parti-parti
pembangkang pada masa kini mungkin juga merupakan sesuatu yang hanya
boleh digambarkan dengan kata-kata yang tidak boleh dituturkan di
khalayak ramai dan ulasan-ulasan politik.
Adalah
lebih selamat dengan itu, dan lebih-lebih lagi sesuai dalam bulan
Ramadan, untuk merujuk kepada gabungan yang tidak lagi berfungsi itu
sebagai "pakatan pembangkang yang dahulunya dikenali sebagai Pakatan,"
daripada menyatakan apa yang benar-benar difikirkan ramai pihak,
apabila berita mengenai pakatan itu timbul.
Tetapi
dalam apa-apa hal sekalipun, DAP terlalu terburu-buru dalam
mengisytiharkan kematian Pakatan secara unilateral, bertindak tanpa
berunding terlebih dahulu dengan ahli-ahli pakatan, sama ada mereka
dipulaukan atau tidak. Pada dasarnya bertindak sama seperti apa yang
mereka tuduh presiden PAS, Hadi Awang telah lakukan secara sombong.
Disebabkan
DAP gemar memberitahu BN mengenai keadilan dan banyak perkara lain, ia
bukan sahaja perlu bersikap demikian, tetapi juga dilihat bersikap
demikian. Ini mesti dilakukan dalam hal konsensus dan niat baik di
kalangan ahli-ahli gabungan itu.
Mereka mungkin mengatakan macam-macam perkara mengenai PAS, tetapi mungkin perlu cermin diri mereka sendiri.
Ini
adalah kerana DAP dengan mudahnya tidak mempertimbangkan bahawa
resolusi muktamar PAS untuk memutuskan hubungan antara kedua-dua parti
itu, secara khususnya bergantung pada keputusan oleh jawatankuasa kerja
pusat dan majlis Syura parti Islam itu.
Mungkin
ia sudah hampir pasti disebabkan kawalan kem ulama. Tetapi melainkan
jika dan sehingga ini berlaku, ianya masih belum pasti.
Tetapi
reaksi terburu-buru DAP terhadap perkara ini hanya menekankan bahawa
mereka sendiri sebenarnya tidak sabar-sabar untuk bukan hanya keluar
dari pakatan itu, tetapi juga seolah-olah mahu berjoget di atas kubur
pakatan itu.
PKR
perlu menjadi doktor yang berusaha keras untuk menyembuhkan Pakatan,
walaupun tanpa bintang pakar bedah dan ketua umum mereka yang kini
dipenjarakan Anwar Ibrahim, ini adalah satu rawatan yang tidak diberi
harapan oleh sesiapa.
Sudah pasti
penganut Kristian di kalangan kita harus mula meminta berkat dari St
Jude, santo penaung harapan dan perjuangan mustahil.
Malahan,
lebih daripada sekadar pengumuman di Pulau Pinang itu, DAP sedang
menyebabkan kebimbangan di Selangor sewaktu laporan-laporan timbul
mengenai sikap berkerasnya yang mahukan sijil kematian Pakatan Selangor
supaya dikeluarkan, sebagaimana ia telah dikeluarkan bagi Pakatan
Pulau Pinang.
Laporan-laporan
menyatakan bahawa parti demokratik sosialis itu enggan mengesahkan
sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan Selangor semasa yang
diketuai oleh PKR, melainkan jika tuntutan mereka dipenuhi. Ada yang
menganggapnya sebagai DAP meminta PKR untuk memilih antara ianya dan
parti Islam itu.
Oleh itu telatah DAP
seolah-olah menunjukkan bahawa ia sedang berjoget di atas kubur
Pakatan yang telah ia sendiri gali dan sediakan, walaupun sudah pasti
Hadi dan puak ulama yang kini mengawal PAS, yang mungkin telah telah
menjejaskan Pakatan dengan teruk.
Jika
kita menggunakan analogi permainan video Mortal Kombat, mungkin PAS
yang telah membelasah Pakatan setengah mati di gelanggang, tetapi
DAP-lah yang melakukan pukulan akhir "Fatality".
Jadi
pada akhirnya, walaupun ia mungkin mempunyai sebab-sebab yang baik
untuk memutuskan hubungan dengan Pakatan setelah mendapat banyak
manfaat daripada kerjasama sementara itu, DAP tidak sepatutnya bersikap
terlalu beria-ia untuk memutuskan sokongan hidup Pakatan, dan menari
di atas kuburnya yang masih kosong.
Hazlan Zakaria merupakan ahli pasukan Semut Harian yang gemar membaca, menulis dan memerhatikan kenanehan dunia tampak hari ini.
No comments:
Post a Comment