shahbudindotcom
Tulisan
kali ini hanyalah coretan ringan dan santai saja. Tak perlu terlalu
banyak berfikir, malah boleh dibaca sambil baring-baring atau ketika
berbual dengan kawan-kawan.
Menulisnya pun ketika mata sukar nak tidur dan mungkin terus berjaga sehingga sahur nanti.
Sejak
The Wall Street Journal atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran
masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam peribadi Najib
Razak pada Jumaat lalu, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa
tiada jawapan atau penjelasan yang tepat diberikan mengenai dakwaan itu
sehingga ini?
Jawapan
Najib hanyalah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan
peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat", "kalau saya nak
menyamun, takkanlah saya guna akaun peribadi" atau ayat lain ala-ala
memikat jiwa yang seumpama dengannya.
Semalam,
ketika peguam Najib menulis surat kepada penerbit WSJ, Najib sekali
lagi menulis di blognya mengulangi perkataan, "saya tak pernah ambil
wang 1MDB untuk diri sendiri".
Kenapa diulang-ulang lagi jawapan syahdu sebegitu rupa?
Pendedahan
WSJ sangat mudah iaitu mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi
Najib dan jawapan yang seharusnya diberikan juga menjurus ke arah itu.
Kenapa
dijawab "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi",
"saya tak akan khianati amanah rakyat" dan seumpamanya?
Itu bukan jawapan. Kalau dalam peperiksaan, jawapan sebegitu tidak mungkin mendapat apa-apa markah pun.
Jawapan sebenarnya juga sangat mudah, kalau ada wang dimasukkan jawablah "ya" dan kalau tiada pula jawablah "tidak".
Sahabat
saya, Mohd Sayuti Omar atau MSO mencadangkan agar Najib bersumpah. Ini
pun bagus juga, kalau dalam kes Altantuya Najib boleh bersumpah,
tentulah tiada masalah juga untuk melakukannya sekali lagi dalam kes
wang bilion- bilion ini.
Sebagai
pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri, jangankan menerima kemasukan
wang sebesar AS$700 juta atau RM2.6 bilion boleh dicurigai dan merupakan
suatu kesalahan, malah jika nilainya RM1 pun tetap kesalahan juga.
Termasuk
hari ini, sudah genap seminggu sejak dakwaan itu ditimbulkan oleh WSJ
tetapi masih tiada jawapan yang pasti dan meyakinkan daripada Najib.
Sebab
itu jangan marah atau melenting bila Tun Mahathir Mohamad minta Najib
menunjukkan buku akaun banknya. Ada pula yang menyoal, masa Tun Mahathir
jadi Perdana Menteri dulu, pernahkah beliau menunjukkan buku akaunnya?
Maksud
tersirat Tun Mahathir ialah kalau susah sangat nak mengaku "ya" atau
"tidak", tunjukkan saja buku akaun bank sebagaimana nombor akaun yang
sudah didedahkan oleh WSJ itu.
Biarlah buku bank berbicara jika mulut dan lidah sudah tidak boleh berkata apa-apa.
Memang
Tun Mahathir tidak pernah menunjukkan buku akaun banknya dan kita pun
tidak tahu kekayaannya, tetapi sepanjang berkuasa selama 22 tahun,
beliau juga tidak pernah dituduh menerima wang yang dimasukkan ke dalam
akaun peribadinya.
Kalau tiada tuduhan, apa perlunya Tun Mahathir menunjukkan buku akaunnya?
Yang
rakyat ingin tahu daripada Najib sekarang ialah betul atau tidak
berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa WSJ
itu, bukannya melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah
dikhianati dan kegunaan wang untuk diri sendiri yang kononnya tidak
pernah dilakukannya.
Sejauh
mana rakyat dikhianati atau tidak, ada Najib menggunakan wang negara
untuk kepentingan peribadi atau sebaliknya, biarlah Tuhan menghakiminya
di kemudian hari. Masanya akan tiba di akhirat nanti dan Najib tak perlu
kecoh-kecoh sangat mengenainya di dunia ini.
Yang
dunia ingin tahu ialah tentang kemasukan wang ke dalam akaun
peribadinya, maka jawablah dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali.
Mudah dan habis cerita. Rakyat pun pasti akan gembira dengannya.
No comments:
Post a Comment