PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu
tampil dan membawa bukti kukuh bagi menafikan dakwaan beliau telah
menyeleweng dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah AS$700
(RM2.6 bilion) seperti didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ), " kata
Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu perlu dilakukan segera,
kerana sekiranya Najib lambat bertindak ia akan membawa lebih banyak
impak negatif terhadap negara.
"....Bagaimanapun jika perkara itu (pemindahan dana daripada 1MDB ke
akaun peribadi Najib) berlaku maka amat malang sekali kepada rakyat
Malaysia kerana dalam suasana ekonomi negara sedang diambang kemerosotan
dan nilai ringgit kejatuhan tetapi tiba-tiba kita dapat perkhabaran
macam ini yang menyebabkan pelabur luar takut untuk melabur di negara
ini.
"Jika berlaku sekaligus orang ramai akan hilang keyakinan kepimpinan
negara. Oleh itu saya berharap perkara itu tidak berlaku," katanya
ketika ditemui pemberita di Majlis Iftar Amal Institut Pintar Tahfiz
Fuqaha (IPTAF) di sini Everly Putrajaya hari ini.
Berikutan itu Haron berkata beliau berharap Perdana Menteri dan 1MDB
dapat mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan dakwaan terbaru ini.
"Bagaimanapun, jika berlaku juga memang amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.
No comments:
Post a Comment