MALAYSIAKINI
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa memberi tempoh
tujuh hari kepada anak syarikatnya MARA Inc untuk menjawab berhubung
dakwaan skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia seperti yang
dilapor media negara itu.
Beliau juga berkata MARA akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti
pembelian blok apartmen Dudley International House yang dijadikan asrama
pelajar tajaan agensi kerajaan itu sepertimana yang dilapor akhbar The Age.
"Saya
beri masa tujuh hari pada MARA Inc supaya beri jawapan bertulis
terperinci tentang apa yang ditulis oleh The Age dan dalam masa 14 hari,
kita akan panggil mesyuarat khas Majlis supaya meneliti secara lebih
terperinci.
"MARA Inc kena kemukakan alasan bertulis dan ulasan mengenai perkara
yang dibangkitkan. Dan seterusnya menentukan apa langkah yang perlu
diambil," katanya lagi.
Akhbar Australia The Age mendakwa sekumpulan pegawai MARA yang
amat kaya, menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida
harga blok apartmen itu daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5
juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai
rasuah di tanair.
Mengulas lanjut, Annuar berkata laporan oleh The Age berhubung pembelian apartmen tersebut merupakan maklumat baru.
MP Ketereh juga berkata MARA kini sedang menjalankan penyiasatan audit terhadap anak syarikatnya itu untuk tindakan lanjut.
"Apa yang dibangkitkan dalam The Age berkaitan pembelian terlebih bayar ini merupakan sesuatu di luar daripada pengetahuan kita sehingga masa ini.
"Dalam pengetahuan kita, untuk masa ini nilai oleh penilai antarabangsa
jauh lebih tinggi dan kita membelinya dengan harga yang rendah.
"Dan di luar pengetahuan kami sekiranya nilainya ialah A$17.8 juta (RM51.5 juta) yang mana perkara ini akan disiasat," katanya.
No comments:
Post a Comment