Ibu 'Yaya' menunjukkan gambar anaknya yang mengalami kecederaan ketika menjalani rawatan di HRPZ II.
KOTA BHARU - “Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa
dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga
patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam
di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.
“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap
dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus
kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya," kata ibu
kandung kepada anak malang itu.
Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’
diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai
dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.
“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan
selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar
anak.
No comments:
Post a Comment