Saya telah menjadi pengundi berdaftar di Shah Alam sejak tahun 1995. Kali pertama saya memenuhi tanggungjawab politik saya di ibu negeri Selangor adalah apabila saya mengundi dalam PRU10 pada tahun 1999.
Pada zaman Reformasi, Shah Alam menyaksikan persaingan sengit antara Ezam Mohd Nor dari PKR dan calon BN, Mohd Zin Mohamad.
Mohd Zin muncul pemenangnya, tetapi dengan majoriti tipis.
Pada
tahun 2004, BN berjaya mempertahankan kerusi itu dengan selesa di
PRU11 dengan meletakkan bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad,
Aziz Shamsuddin.
Namun
empat tahun kemudian, penduduk Shah Alam mengundi untuk perubahan
dengan memilih calon PAS, Khalid Samad sebagai ahli parlimen mereka.
Bekas jurutera Petronas itu, yang juga adik kepada veteran BN Shahrir Samad, mengalahkan Aziz dengan majoriti 9,314 undi.
Khalid
kemudian mengulang kejayaannya dua tahun lalu dalam PRU13 dengan
mematahkan cabaran daripada peguam kelahiran Kedah, Zulkifli Nordin
yang mewakili BN.
Baru-baru ini,
konflik dalaman PAS telah menyaksikan kumpulan progresif yang turut
menampilkan Khalid, digulingkan oleh kem ulama semasa muktamar PAS awal
bulan ini.
Oleh itu, masa depan Khalid dalam PAS masih tidak menentu.
Bersama-sama
dengan pemimpin-pemimpin progresif lain parti Islam itu yang
menggelarkan diri mereka G18, khabar angin bertiup bahawa Khalid
mungkin akan membentuk sebuah parti politik baru untuk meneruskan
perjuangan mereka.
Ini seterusnya, akan mewujudkan kemungkinan yang tidak berkesudahan untuk perebutan untuk kerusi parlimen Shah Alam.
Bagaimanakah parti Islam itu akan bertindak balas?
Jika
PAS akan mencalonkan seorang calon lain dalam PRU14 tiga tahun dari
sekarang, saya percaya yang menantu presiden PAS, Zaharuddin Muhammad
perlu dipilih bagi menggantikan Khalid.
Zaharuddin
adalah antara pemimpin dari kumpulan ulama yang lantang bersuara
menentang dakwaan khianat Khalid terhadap presiden, Abdul Hadi Awang.
Ketua
penerangan pemuda PAS itu juga pernah berkhidmat sebagai ketua agama
sebuah syarikat milik negara semasa pentadbiran Khalid Ibrahim, dan
memainkan peranan penting dalam pertandingan tiga penjuru di antara
PAS, BN dan PSM bagi kerusi DUN Kota Damansara semasa PRU13.
Oleh itu, pengundi di sini mungkin dapat melihat pertandingan antara kem konservatif PAS dan Umno-BN.
Tetapi, setelah kerjasama Pakatan Rakyat mereput, parti-parti lain juga berkira-kira untuk bertanding di Shah Alam.
PKR
harus mempertimbangkan untuk mencalonkan Nik Nazmi Nik Ahmad, 33
tahun, yang kini merupakan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.
Nik
Nazmi adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia di
Kelana Jaya, dan menetap di Denai Alam, sebuah bandar di Shah Alam.
Seorang
pemimpin muda pintar yang lulus dari King College London, Nik Nazmi
telah dipilih sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan (pemuda PKR), dan
akan menjadi pilihan yang popular di kalangan pengundi-pengundi muda di
sini.
Selain itu, DAP juga boleh mengambil langkah menampilkan salah seorang tokohnya.
Mungkin
DAP boleh meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud, seorang bekas pelajar
undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang sememangnya
sinonim dengan Shah Alam.
Dyana
tumpas kepada ahli politik veteran, Mah Siew Keong dari BN di kerusi
parlimen Teluk Intan tahun lepas, tetapi mungkin lebih sesuai untuk
kawasan ‘alma mater’ beliau.
Walau bagaimanapun, Shah Alam terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu, dan 40 peratus pengundi Cina dan India.
Oleh
itu, parti-parti lain seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti
Rakyat Malaysia (PRM) perlu mencuba nasib mereka dengan meletakkan
calon tanpa mengira kaum.
Secara peribadi, saya percaya calon-calon bebas yang berkelayakan juga perlu dialu-alukan di sini.
Dan saya teruja jika penyanyi Faizal Tahir, seorang penduduk tempatan, mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Faizal
mendapat tumpuan berita apabila muncul dalam pertandingan nyanyian
"One in A Million", dengan memakai lambang Superman pada T-shirt dan
tali pinggangnya.
Dia kalah pada
peringkat akhir kerana penonton TV mengundi Suki, tetapi dari segi
populariti, Faizal, 36 tahun, sudah pasti disayangi oleh ramai orang.
Di
samping itu, Faizal mengikuti politik tempatan seperti yang dibuktikan
oleh tweet beliau: "Keluarga saya dan saya adalah penduduk di Shah
Alam. Kami benar-benar merasa terhina dengan penamaan calon yang
ditawarkan kepada warga Shah Alam," yang mungkin merujuk kepada
Zulkifli Nordin semasa PRU lalu.
Faizal Tahir sebagai Ahli Parlimen Shah Alam? Okay juga tu.
Saya akhiri nukilan saya ini dengan meminjam tajuk dari sebuah lagu Faizal Tahir.
Assalamualaikum Dunia - See more at: http://bm.theantdaily.com
No comments:
Post a Comment