MALAYSIAKINI
Kumpulan progresif yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS sewaktu
pemilihan lalu mungkin berdepan tempoh yang sukar pada pilihan raya umum
akan datang jika mereka memutuskan untuk menubuhkan parti.
Bercakap kepada Malaysiakini, penganalisis politik Wan Saiful
Wan jan berkata ini kerana kumpulan konservatif lebih banyak menguasai
sokongan akar umbi berbanding parti baru itu.
"Saya
rasa ia akan menjadi cabaran sengit kepada setiap orang. Kumpulan
konservatif dalam PAS mempunyai sokongan akar umbi, manakala parti baru
mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, belum lagi.
"Ia bergantung kepada sejauh mana cepatnya kumpulan progresif menubuh
parti baru dan bagaimana cepatnya mereka membina momentum ke arah
pilihan raya umum akan datang. Tetapi kelemahan mereka akan terjadi pada
jentera akar umbi," kata Wan Saiful.
Beliau menjawab soalan berhubung peluang parti Islam baru akan melonjak
lebih berbanding PAS dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 kelak.
Parti baru yang sedang difikirkan oleh pemimpin progresif PAS, sebagai
tindak balas kepada apa yang mereka mendakwa menjadi "semakin tertutup"
dalam kepimpinan baru PAS.
Mereka yang dikenali Harapan Baru atau Gerakan G18, katakan sebuah parti
baru, jika dibentuk, akan menjadi lebih terbuka dan inklusif daripada
PAS, dengan membuka keahlian kepada bukan Islam.
No comments:
Post a Comment