Roketkini.com
KUALA LUMPUR Tindakan Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA) Annuar Musa mengumumkan MARA Inc berjaya membeli bangunan kontroversi di Australia lebih rendah dari nilai pasaran menimbulkan persoalan.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan tersebut menimbulkan rasa pelik dan turut mempersoalkan sama ada ia satu lagi usaha menutup jenayah rasuah pegawai MARA.
Kenyataan Annuar itu dilaporkan akhbar The Star dan RTM1 yang menyatakan nilai pasaran bangunan itu RM71 juta sewaktu dibeli, dan MARA Inc hanya membayar RM63.6 juta.
Menurut Tony, isu pokok skandal itu bukan menyentuh nilai sebenar hartanah, sebaliknya mengenai pegawai MARA yang bersubahat dalam jenayah rasuah dan penipuan seperti dilaporkan akhbar Australia, The Age.
“Mereka berjaya ‘songlap’ AUD$ 4.75 juta untuk kepentingan diri mereka,”ujar Tony.
Tambahnya,,kenyataan Annuar tidak melenyapkan persoalan besar mengenai skandal itu.
“Adakah benar nilai bangunan tersebut RM71 juta seperti didakwa?
“Jika berharga RM71 juta, mengapa penjual sanggup menjual dengan harga jauh lebih rendah, dan kemudian membayar ‘sogokan’ kepada pembeli?
“Adakah pemaju itu bodoh atau terlampau baik hati?”
“Kita khuatir kenyataan mengenai harga ini hanyalah samaran bagi menyelamatkan pegawai yang rasuah,” ujar Tony lagi.
MARA Inc, anak syarikat MARA dilaporkan terlibat skandal rasuah dan penggubahan wang haram sebanyak RM13.8 juta dalam transaksi pembelian bangunan Dudley House di Melbourne, Australia yang bernilai RM65.3 juta
Pihak berkuasa Australia kini menjalankan ‘Operasi Carambola’ khusus bagi menyiasat mereka yang terlibat dalam skandal rasuah yang dilaporkan melibatkan individu warga Malaysia bergelar ‘Datuk’. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment