Gambar hiasan
KEMAMAN – Sebuah bot dinaiki empat nelayan yang keluar menangkap ikan
di sekitar perairan Pantai Geliga dikhuatiri hilang di laut selepas
tidak pulang dan gagal dihubungi sejak awal pagi Jumaat lalu.
Kesemua mangsa yang merupakan saudara-mara iaitu Azuari Muda @ Abu
Bakar, 41; Mohd Zawawi Seman, 36, dan tekong bot, Abdul Wahab Tekak, 57,
serta anaknya, Mohd Nasri Abdul Wahab, 29, keluar ke laut pada jam 6
pagi pada 21 Jun lalu.
Kali terakhir bot kelas B yang dinaiki kesemua mangsa dilihat oleh
nelayan lain sedang menangkap ikan dalam jarak lebih kurang enam batu
nautika daripada Pantai Geliga, dekat sini, pagi jam 3.30 petang Jumaat
lalu.
Namun, lebih enam jam kemudian iaitu kira-kira jam 12.30 tengah malam
kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan mereka tidak
pulang sehingga pagi Jumaat.
Bapa Azuari, Muda@Abu Bakar Salleh, 67, berkata, berikutan gagal
dihubungi dia bertindak mencari di jeti Kampung Geliga kira-kira jam 7
pagi namun hampa apabila pemilik jeti tempat bot anaknya itu berlabuh
memberitahu bot yang dinaiki anaknya itu tidak muncul.
“Namun hingga ke pagi semalam (Sabtu), bot itu tetap tidak
sampai-sampai jadi saya minta tolong pemilik bot laju dan dia pergi
meninjau sekitar kawasan bot anak kali terakhir dilihat iaitu enam batu
nautika dari Pantai Geliga.
“Tapi kelibat bot tidak ditemui jadi saya buat laporan polis pada jam
11.30 pagi di Balai Polis Chukai untuk mohon bantuan,” katanya ketika
ditemui di jeti nelayan Kampung Geliga, hari ini.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dilancarkan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mula dilancarkan petang
semalam menggunakan dua buah Kapal Maritim (KM) iaitu KM Kilat dan KM
Gemia dengan tumpuan kerja mencari dilakukan di sekitar kawasan yang
dipercayai tempat biasa bot berkenaan menangkap ikan.
Usaha mencari dipergiatkan lagi apabila sebuah bot nelayan yang
diketuai seorang tekong dan 11 awak-awak mula bergerak ke laut kira-kira
jam 9.30 pagi tadi dengan membawa bersama bekalan makanan untuk tempoh
seminggu bagi membantu pihak Maritim mencari bot malang berkenaan.
No comments:
Post a Comment