SHAH ALAM – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
memberikan persetujuan bersyarat atas desakan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang meminta anggota Kabinet meletak jawatan
sekiranya tidak bersamanya untuk pemulihan 1Malaysia Development Bhd
(1MDB).
Memetik kenyataan di laman mikro Twitternya, Hishammuddin berkata,
badan pelaburan itu mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana
pihak yang didapati terlibat dengan salah laku perlu diambil tindakan.
Tambah Hishammuddin lagi, proses rasionalisasi berkenaan mesti dilakukan secara telus.
"Setuju dengan syarat. Yang pertama, rasionalisasi 1MDB. Yang kedua
akauntabiliti sekiranya ada salah. Yang ketiga ketelusan,” tulisnya.
Najib hari ini dilapor sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan
meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam
usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.
Kenyataan Najib itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai
membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.
"Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama
dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun
berbuat demikian (menyatakan tidak bersama)," katanya seperti dipetik
menerusi laporan tersebut.
No comments:
Post a Comment