MALASIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini enggan untuk membuat perbandingan
antara penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Perdana Menteri
sekarang, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sebaliknya, Dr Mahathir membandingkan Najib dengan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia.
"Saya tak buat perbandingan antara Najib dan Abdullah," kata Mahathir,
apabila diajukan soalan di majlis makan malam anjuran Kelab Wartawan
Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur.
Pada Dr Mahathir, Najib tidak sehebat bapanya yang merupakan seorang yang hebat.
Beliau mendakwa, Najib telah melakukan sesuatu yang sangat salah dan itulah sebabnya beliau (Mahathir) terpaksa tampil bercakap.
Najib adalah anak sulung Tun Razak.
No comments:
Post a Comment