SHAH ALAM - Pertembungan dua penjuru bagi merebut jawatan Timbalan
Presiden menyaksikan laluan sukar buat penyandangnya, Mohamad Sabu
apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan
satu-satunya calon yang bakal menentangnya dalam pemilihan Muktamar Pas
ke-61, awal bulan depan.
Pemerhati politik berpendapat, populariti Tuan Ibrahim semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat sedikit berdepan ‘masalah’ susulan kontroversi yang timbul mengaitkannya terutama berkaitan usaha menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani akui beliau tidak dapat menjangka siapa yang bakal memenangi pemilihan itu nanti.
“Sokongan terhadap Mat Sabu ini kuat dalam parti. Dulu pun dia pernah kalahkan Tuan Ibrahim. Ini kali kedua. Cuma sekarang ini, Tuan Ibrahim agak popular sebab kumpulan ulama...kumpulan yang progresif, golongan profesional ini pun menyukai dia. Jadi, cabarannya sengit juga di sit tapi peluang itu ada.
“Mat Sabu pula masih popular dan dapat sokongan banyak cuma imejnya sedikit tercalar apabila dia dikatakan lawan ‘tokey’ dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini termasuk didakwa dalam rakaman (komplot cuba jatuhkan Hadi) walaupun sejak kebelakangan ini kenyataannya kelihatan menyokong Hadi.
“Persaingan antara kedua ini memang saya tak boleh jangka siapa boleh menang sebab masing-masing ada kekuatan,” katanya kepada Sinar Online.
Hari ini, Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat mengesahkan pertembungan dua nama ini dalam pemilihan bulan depan.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel, Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata, penyokong tegar Mat Sabu yang berada dalam barisan perwakilan akan menjadi penyelamat kepada orang nombor dua Pas itu dalam pemilihan nanti.
“Jika pertandingannya dua penjuru sahaja antara Mat Sabu dengan Tun Ibrahim, saya fikir pertandingan itu sengit juga. Kita tak boleh nafikan bahawa Mat Sabu ini ada pengikutnya selepas berpolitik sejak tahun 80-an. Mat Sabu ada pengikutnya di akar umbi terutama yang menjadi perwakilan. Pengikut tegar Mat Sabu akan banyak membantu nanti.
“Walaupun jangkaannya persaingan ini sengit, tapi jangan nafikan juga bahawa Mat Sabu pernah menewaskan Tun Ibrahim dalam dua penggal yang lalu,” katanya.

No comments:
Post a Comment