MALAYSIAKINI
Naib Presiden PKR Tian Chua telah ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis Seberang Perai di Bandar Perda.
Ketika dihubungi, Tian Chua berkata, "Saya di sini tapi tidak boleh bercakap sekarang," sebelum talian telefon terputus.
Bagaimanapun, melalui catatan twitter pada jam 12.15 tengah malam, Tian
Chua berkata polis memintas keretanya di tengah-tengah lebuh raya di
Seberang Jaya.
Tian Chua mendakwa beberapa lelaki memukul kepalanya dan menarik
rambutnya. Dia mendakwa polis bertindak kasar ketika dia bertanya sama
ada dia ditangkap dan ke mana mereka akan membawanya.
Tian Chua berkata beliau percaya polis akan menghantarnya balik ke lokap di Kuala Lumpur.
ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon dan ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng kini bergegas ke ibu pejabat polis.
Lee berkata Tian Chua ditahan jam 11.40 malam di Jalan Tuna, Seberang Jaya.
Lee mendakwa Tian Chua telah dikasari.
Adalah dipercayai Tian Chua ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur kelmarin.
Tian Chua berada di Permatang Pauh untuk berkempen untuk calon PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil parlimen
tersebut.
No comments:
Post a Comment